October 28, 2009

watevaaa

pepejam ceceliks, in october odi.

cepat betul masa, probation pon da habis.
dono till when ill be here, no comfort zone please.

but the good thing is, the bossess allowed me to learn new thing.
to build my career further.

hm, baru terima wedding invitation. next 2 months bakal penuh makan nasik minyak org.
no rest in weekends. nak p survey barang, sempatkah?

aiyak. masa betul betul tak tunggu dah.

ohs. me friend pidot masuk tv3. gile hot .. hahaha

movies? mm papadom is the best. lawak giler. dengan keslumberan afdlin.
sampai gelak nak masuk bawah kusi.

gmer: thumbs up.

waiting for new moon... n nak tengok CUCI the musical... kalu ade afdlin nak pegikk.....

October 23, 2009

tiada aku tanpaMu

ya Allah yang jiwaku & hatiku di tanganMu, permudahkanlah urusan aku pada hari ini dan akan datang. dan aku kembalikan urusan ku padaMu. Sesungguh nya Engkau MAHA Mengetahui segala yang terang dan tersembunyi, dan kelak segalanya tetap kembali padaMu~

October 15, 2009

October 12, 2009

Hikmah di sebalik Ujian Allah

Setiap manusia yang Allah cipta sentiasa akan diberi musibah,ujian atau masalah hidup didunia yang sementara ini.Tipu jika seseorang itu berkata yang dia tidak pernah ditimpa musibah. Setiap orang ada masalahnya tersendiri,Allah uji dengan berbagai-bagai ujian tetapi sebabnya adalah sama. Allah menguji seseorang itu kerana Allah swt mempunyai rahsianya tersendiri,sama ada Allah hendak tambah iman kita atau hendak uji sejauh mana keimanan kita. Dan kerana sesuatu ujian itulah yang membuka mata hati kita,yang mendidik kita supaya jangan mudah putus asa dalam kehidupan yang bagaikan bahtera dilautan yang penuh dengan onak duri,ujian juga dapat mematangkan kita.

Kadang-kadang kita tertanya-tanya, mempersoalkan kepada Allah swt kenapa kita diberi ujian yang berat sebegitu sekali sehingga kita terlupa pada siapa yang perlu kita mengadu segala masalah kita, pada siapa kita harus minta kembali kekuatan kita. Astagfirullah, lemahnya dan rendahnya iman kita. Tidak redha dalam menghadapi ujian yang Allah beri terhadap kita. Jika kita anggap diri kita ditimpa musibah yang besar kita hendaklah ingat bukan kita sahaja yang mengalaminya,mungkin ada sahabat-sahabat kita @ saudara seakidah kita yang lain menghadapi musibah yang sama bahkan lebih teruk atau lebih besar dari kita.

Bukankah,Allah telah berkata dengan jelas di dalam Al-Quran yang Allah tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya. Allah tahu kita kuat dalam menghadapi ujianNya jadi Allah berikan ujian itu ke atas diri kita. Di sini kita dapat lihat betapa sayang dan kasihnya Allah kepada kita sebagai hambaNya.
Allah menguji seseorang bukan kerana Allah benci kepada kita tetapi percayalah yang Allah sangat kasih kepada kita. Cuma kita sebagai hambaNya tidak pernah hendak bersabar dalam menghadapi ujianNya. Pasti Allah telah aturkan yang terbaik buat kita kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya.

Alihkan pandangan matamu ke arah LAUT, airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenangan. Tetapi hanya Allah sahaja yang mengetahui rahsia di dalamnya. Begitu juga dengan kehidupan manusia, riang dan ketawa tetapi hanya Allah yang mengetahui rahsia kehidupannya. Jika rasa kecewa, alihkan pandanganmu ke arah SUNGAI, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu yang menghalangnya. Dan jika rasa sedih,alihkan pandanganmu ke arah LANGIT, sedarlah dan sentiasa ingatlah bahawa Allah sentiasa bersamamu.

Jadi seharusnya apa yang perlu kita lakukan? berdoalah kepada Allah, Allah lah tempat kembali segala masalah yang sering membelenggu diri kita. Jangan malu untuk merayu-rayu, meminta-minta, memohon-mohon kepada Allah swt.Selalu diingatkan yang Allah tidak pernah jemu mendengar rintihan hambaNya, Allah itu Maha Mendengar.

Dekatkanlah diri kita dengan pencipta kita yang menguasai seluruh alam, yang memegang hati-hati kita. Disamping berdoa perlulah kita berusaha menyelesaikan masalah yang dihadapi. Mungkin ada yang rasa diri mereka tidak kuat hendak hadapinya tetapi cubalah bangun! Usah tewas dengan hasutan syaitan, cari kembali kekuatan kita kerana kekuatan itu ada dalam diri kita masing-masing. Yakin dengan diri, kuatkan azam dan cita-cita. Usah tonjolkan kelemahan kita pada syaitan kerana syaitan tidak pernah berhenti menghasut agar kita lemah-selemahnya.

Jika rasa tidak kuat, carilah sahabat-sahabat yang sentiasa memberi kata-kata semangat kepada kita dan bukan sahabat yang menjatuhkan kita. Itulah pentingnya sahabat kerana kita tidak mungkin bisa hidup berseorangan.

Kita perlu tahu selepas ujian itu selesai, satu lagi ujian akan datang, maka bersedialah dalam menghadapi ujian yang seterusnya. Untung bagi mereka yang selalu diberi ujian tanda Allah swt sayang padanya. Semoga kita sentiasa menjadi hambaNya yang sentiasa redha atas ujian dan ketentuan Allah swt. Apa yang ditetapkan untuk kita itulah yang terbaik!



i copy paste this article from somewhere. for me to remember.

~ bila sedih, pandang langit. yes, thats so true. i've did that before. rase tenang n lapang.
if u have problems, u really need a shoulder, ears. coz for me, been thinking before,

if we have problems, apakah tidak perlu mengadu pada manusia?

kita harus, wajib mengadu pada Allah.. and at the same time, we still need friends " manusia". jika tidak, kenapa nabi saw mengadu pada siti khadijah, meminta selimut pada pertama wahyu?
jika tidak mengapa Allah menyebut Dia menjadi kan manusia berpasangan untuk melengkapi each other.?

Sesungguh nya terlalu besar rahsia Allah. Allah menyayangi hamba Nya lebih dari ibu yang menyayangi anak.

Sesungguh Allah Maha Penyayang. Jangan di biarkan hati sedih terlalu lama kerana sedih itu pintu syaitan.

October 7, 2009

gerak~


aku lihat sekawan burung mematuk matuk mencari makanan.
sekor ke kiri, sekor ke kanan, sekor lompat lompatan.
aku tutup mata, aku bayang gerakan semua binatang dalam malaysia.
aku tutup mata, aku bayang gerakan semua makhluk - manusia, pokok, awan, binatang besar n kecil dalam seluruh dunia.

tidak tergambar Maha Besar kuasa Allah mampu menggerakkan setiap inci, untuk setiap makhluknya dalam kurang dari sesaat. Maha Suci Allah. Engkau tiada tandingan.

Sesungguh nya tiada aku tanpa Mu.
Tiada gerakku tanpa izinMu.
Aku lemah.
Aku kembalikan seluruh urusan ku pada Mu.

siapa kita hendak meletakkan sesuatu / seseorang pada hati kita.
mahu atau tidak, yg di dalam hati Dia punya kuasa.

Maha Suci Engkau, aku yang hina meminta petunjuk pd jalan lurus.
Ihidinassiroo tol mustaqim.
kurniakan lah aku cintaMu dan cinta kepada orang orang yang mencintaiMu.
laa hau la wala quwwata illa billahil a'liyyil adzim~
laa hau la wala quwwata illa billahil a'liyyil adzim~
laa hau la wala quwwata illa billahil a'liyyil adzim~

?

why i dreamed that dream?~
why i felt that instict?~

October 6, 2009

fandaii

gatai p try n error. hasilnye. semak.
huhuuh.. lupe lak kalau replace template sme mende kene reset.

edit character tu.. letak suar.. klu tak skirt pendek. wakakka.. ingat nak kaluer rambut itam, tak pon tambah tudung. tengok la nnt .. huhuhu.

agak aneh layout. dah biase layout entry left side. aadeit.

October 5, 2009

stayback


its 7.49pm

still in the office. waiting for my programmer to finish his part.
need to monitor the flow. wargh.
nak pulem beli barang.
JUSCO jgn tutup dluuuuu.

ngu ngu ngu.

me: jet , kalu wat logo nak charge berape ek? (send to a wrong number)
dea: Taktau la melal. cube tanye airoplane.

blur... aeroplane? ...
second thought. ohs.. mesti sbb name jet ni. huhu

October 3, 2009

alamak!

terperasan title post previous adela - "entahler".
malas nak pk buh title ape. plan nak type pasal received new item.
ter celoteh plak berjela ...

uh. anywy that entry is just for me n me.
cause later when i read back that entry, it will remind me.
sebab aku sering lupa.
tiada kene mengena ngn others ya.

oke daaa~

~ even explain macammana pon keadaan tetap sama, what should i do?

October 2, 2009

entahler

30 September 2009

get that new "tangkal dunia"

***

Syukur pada Yang Maha Memberi Rahmat~

Lately banyak cerita pasal convert. but i took it as general.

Alhamdulillah aku dicipta dan dilahirkan dalam family Islam. What if aku lahir bukan dari Islam. Kebarangkalian kenal Allah mungkin kurang. tapi mungkin lebih - jika Dia mahu memberi.
Ada juga dilahirkan Islam keluar Islam umur 25.
Ada juga dilahirkan bukan Islam masuk Islam umur 25. - dan mungkin lebih faham Islam dari aku.

Its all depends on
Hidayah. hidayah bukan di pilih, namun hidayah perlu di minta.
Hidayah seperti rezeki, perlu dicari. Sedang kan Umar al Khattab, di doakan nabi antara 2 pilihan untuk di beri hidayah masuk Islam dan menjadi pilihan adalah Umar.

dan kerana itu perlu di sebutkan dalam doa, "
ya Allah jangan lah Engkau sesat kan hati kami setelah Engkau memberi petunjuk kepada kami"

kerana itu lah "
ihdinassirotol mustaqim" dibaca setiap 17 kali sehari. bukan sekadar di baca namun perlu di fahami.

kerana hati manusia adalah antara dua jari Allah. Senang berbolak balik.

perlunya rasa syukur kerana
sakit dalam kehidupan.
perlunya rasa risau jika hidup bersenang lenang tanpa rasa
sakit.
kerana mereka yg diberi ujian tanda Allah mengingatinya.

para sahabat berdukacita jika sehari tidak merasa kesusahan. kerana pada pandangan mereka Allah tidak mempedulikan mereka. mereka senang dengan kesusahan.
kerana orang mukin akan diberi ujian selama mana dia berjalan di muka bumi ini.
kerana setiap masalah walau tercucuk duri, Allah membalas dengan pahala.

Kalau Kami uji kamu dengan nikmat, kamu tidak mahu bersyukur. Dan kalau Kami uji kamu dengan kesusahan, kamu tidak mahu bersabar, maka nyahlah kamu dari bumi dan langit Allah ini dan carilah Tuhan yang lain selain Aku.


doa tidak dimakbulkan?
dan kenapa ketika nabi saw berdakwah, di kurniakan berbagai ujian dari semua arah.
kenapa tidak nabi saw kekasih Allah dapat berdakwah dengan mudah tanpa dugaan?

"
sesungguh nya bertafakur sejenak adalah lebih baik dari sembahyang 1000 rakaat yang tidak kusyuk."

~aku berlindung kepada Mu dari kejahatan aku sendiri

link within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...