March 31, 2010

wira bukit


kagum dengan bahasanya. orang seni. cantik. tersusun... alun...

permaidani biru

sedar x sedar. dah 10 tahun aku gune.
makin elok ke? makin kurang ke? sama ke?

moga dibukakan jalan dikurniakan kefahaman.

-------------------------------------------------

March 30, 2010

new born baby!!~

sebab kan diri ku ini suke berblogging n suke buat web yg renyah itus, maka ku bina sebuah mahligai di alam maya.

blogging = mengadu kata hati, kongsi cerita hati nyiaha wink.(rupenye banyak blog ni tau rahsia hati. tp tak semua. huk. i put you as my reminder okehhh.. segala kataku. kau simpan.)

web = testing semua kerja web

upload = upload .. mm upload pe yek.

segalanya akan ku longgok di sini. muahsss ...

semangat nak wat under construction page. hia hiaaaaa hiaaa..

selamat tinggal blog. tengok lah. kalau anda lagi simple dr wordpress, i will continue to use u. hihihi.. hihih .. bestnye...

cemburu

Allah Maha Cemburu...
aku fikir. cuba faham...


aku kaitkan dugaaan manusia dengan sifat Dia - Maha Cemburu.

bersangkutan dengan pergantungan.

bersangkutan dengan syirik kecil.

bersangkutan dengan ar Rahman.


bergetar hati bila terkenang ar rahim.


yang mana sedikit sangat aku tahu, mampu buat aku sebak, mengingati apa aku buat dan apa Dia bagi.

terlalu kecil banding kan apa aku lalui dan apa Dia beri.


Maha Suci Engkau, ampunilah aku sehina manusia.


jangan Engkau lebihkan pada seketul daging itu dari yg lain melain kan untuk Mu dan kekasihMu.

kurniakanlah aku pemahaman.


Sesungguhnya sangat sedikit aku tahu. dan yg sedikit itu tidak lain kepunyaanMu dan aku bersyukur kerana pinjaman itu.

March 29, 2010

ismuhu

ismuhu ahmad..
ismuhu ahmad..
ismuhu ahmad..

walhamdu... lillahi... rabbil a'lamin

March 26, 2010

wasiat



1. Menghormati ulama dan orang tua
2. Baik sangka terhadap muslimin
3. Murah hati
4. Murah harta
5. Manis muka
6. Jangan menyakiti orang lain
7. Mengampunkan kesalahan orang lain
8. Jangan bermusuh-musuhan
9. Jangan tamak atau serakah
10.Berpegang kepada Allah, pada kabul segala hajat
11.Yakin keselamatan itu pada kebenaran.

-11 wasiat Asy-Syekh H. M. Zaini Abdul Ghani.


March 25, 2010

bening

ya Allah, kekalkan lah rasa ini.

rasa dalam jiwaku ini.
rasa syahdu ini.
rasa dingin ini.
rasa tenang ini.

bait-bait yang aku dengar.

rasa yang tidak aku dapat dari hamba Mu yg lain.

terima kasih tuhan, meminjamkan aku rasa ini.
tidaklah layak aku yg banyak berbuat dosa pd Mu tetapi tetap Engkau selitkan dalam hati aku.

pimpinkanlah aku ke jalan yang lurus, seperti mana yang Engkau tunjuki sebelum kami.
tidak aku sampai ke situ tanpa izin Mu.

terima kasih Tuhan
terima kasih Tuhan
terima kasih Tuhan

burdah~

Seluruh Makhluk Tiada Akan Mampu
Memahami Hakikat Nabi
Takkan Melihat Dari Dekat Atau Jauh
Kecuali Lemah Tak Berdaya Berdiam Diri

***
Semoga Rahmat Allah Rabbi
Ketika Dibagi Bagi
Datang Dalam Pembagian
Sesuai Dengan Nilai Kedurhakaan

more

skirting 2


adeit. chocs + blue = nice.

tapi harga RM 150....

asal skirt mahal.. huuuuuuuuu

March 23, 2010

petua kurus ewah -hoho


okeh... pst pst.....

ri tu ade terjumpe magazine ni .. ckp petua kurus...

u should drink lots of water.


after read that article, baru la come to sense "patut la me tak naik berat badan... " walaupon makan banyak...

i used to drink lotsss of plain water. sejak 5 years ago.

it started when i sleep, tetibe tekak rase kering... sampai taleh tido balik.
esok nye same gak... end up, i bought mineral water 500ml.

malam bile terjage je sebab tekak kering terus minum.
kalau takde air kt tepi mmg taleh tido..

blimey!, lots of mineral water ( stocks ) in my room. walau pon semak mate memandang, tp sbb kan taleh tido, i need them!... 1 mineral water sehari ... pffftt .. ( ade tak org keracunan air?)

so camne ni? i want to gain weight, but i cant sleep when there is no mineral water!

so camne ni camne?.........................

stressed~

- planning to put stressed picts, but when i browsed them, me got affected by them. so .. kosong je la ye :D

otak tepu sampai taleh pikir.

-morning-

sambil wat keje - headphone di telinga tapi takde lagu - nyanyi lagu industan ( unconciously )

lalallalalla ...

officemate 1: happy nye mailal
officemate 2: suke nye hari ni...

me: eh? ( baru perasan nyanyi ) ... he he ... i stress mmg mcm ni... sorry ..~~ senyum malu

i have this disease, if i listen to 1 song, will be singing this song whole week. boring kan?

i listened lagu hindustan time beli breakfast , ade bangla ni punye ringtone. huuu..

-evening-

sambil wat keje ....

tetiba teriak------------------- BAGUSSSSSS!!!!! ..

officemate 1:( laughing). you ni banyak emosi la ... hahaahah .. gelak panjang...
me: sorry sorry ... i tak perasan... computer ni slow (cover)

hoho

mmg tak perasan ...
sebab? cause i replaced my design with other file.. pffffttttttttt----

March 22, 2010

weeknd at ipohoho




bench.... dah type seratus patah perkataan die tak save. ingatkan tadek problem gini lagiikkkkk

whats the hatter with me?



-Dissapointing-dragging-

3D saje gempak. x macam avatar. storyline terlalu merepek.eh? mmg alice cerita tahyul. storyline simple sangat... tapi tim burton ni mmg style die dragging sket kot.

mad hatters saje tak mengecewakan. always love his movies... hoho. he is the best!!

and also white queen. watak die dah best. queen yg kononnye cover flawless, simple.they should elaborate more on her characters.

ah kecewa... waiting for IPMAN 2..

***

DINNER MSB bakal datang. theme Musim Bunga.
mane nak carik bunga nih?

planning to wear flowery long dress or skirt. with flowery blouse and a belt...
malas nak pk huuu- - -

weekend tak dirancang.

malas nak type .. rajin type topic je .. huuuu

March 20, 2010

alam


mood nak blogging. tutup lampu bukak lampu owenn..


suke tengok awan.
suke tengok air.
suke tengok alam.

boley jadi berjam jam tengok. kalau la ade camera yg gempak. n duit banyak, i want to travel around the world. shoots tasik, shoot langit, shoot waterfall, shoot alam.

hayati mereka.

tidur sambil dengar bunyik air sungai mengalir...

dan di sebalik kejadian mereka, tidak lah terbanding Kuasa Allah.
jangan terlalu memuji kecantikan alam tapi kita lupa siapa yg menjadikan.

selalu ade masalah, aku ingatkan diri aku tentang kisah garam, gelas n tasik.

kenapa tidak kita taburkan garam pada tasik dari taburkan pada gelas.

pada tasik masin garam tidak terasa.
pada gelas, masin yg amat.

taburlah masalah pada hati yang lapang dari hati yg sempit.
kerna hati yg sempit takkan dapat berfikir dengan betul.

berlapang dadalah dengan sesuatu musibah. kembalikan masalah pd Dia.


Dugaan kita tak seteruk nabi musa, tak sesusah nabi daud, tak sepayah nabi muhammad saw, tidak sesedih cerita cucu baginda.

siapa kita nak meratap dunia?

March 17, 2010

merah putih


nice cerita ni.
plot cerita yang sangat simple n fun.

suka watak mulan n mastura. forever fani both of them.english pon superb.
tak meleret. comel jerk. diorang switch watak instead of girls jadi merah putih, with boys.
dengar citer isma wat drama ni? tol ke... patot pon scenes kt MMU. anyway .. 2 thumbs up.

and i love BAU. lagu mereka sungguh syahdu =)

listening to BAU - anggun.

ku cuba menutup mataku
bila ku lelah untuk hidup

March 16, 2010

acception

last weekend, ke melaka menjaga ayah.

terlalu kurus. sedih tengok keadaan dia.
semua orang kt kampung ingat aku kuat.

aku tak pat bayang rambut dia gugur. memang runtun hati aku.
balik rumah takde dia, kosong...

rumah maklong.

ke bilik air, nangis puas2, then kuar teman die makan.

makan 2 suap je ayah,
nak mintak bawak buku, die tanak.
mintak bawak ni dia tanak. mmg die sedih. terperanjat mungkin.

kalau aku pon mmg leh down dapat tau penyakit tu.

then masuk bilik borak2.

ayah: ayah penat la berfikir, tak tau ape jadi
me: ayah fikir ape.. (sambil urut urut kaki dia)
ayah: sakit ayah ni.

me: mane leh sedih. ayah ni, kate belajar h**** kan?

aku tgk muke die.. agak tersentak.

me: blajar h**** kan?

ayah: angguk... (macam baru tersedar.)

me: aa.. mesti terima, jgn sesedih. kak nak kawen nanti takkan ayah nak macam ni...

dia termenung. fikir sesuatu.

--------- esok nya, baru tengok dia ade selera makan.

baru habis semangkuk mee. alhamdulillah.
mintak potong buah. yg sebelumnya buah pon tanak makan.

aku tulis kan syair ahlul bait. pass kat dia

me: ayah bace ni yek. ini elok untuk penyakit yg merebak. yakin je. ayah dengar ustaz tadi kate? zikir dengan fana. bila fana ni takde mende leh buat kite risau ..

(pandai je aku.. padahal aku nye la risau)

balik kl...

me sms:
take care. jage diri. ayah dah "selamat" dengan nenek. ini semua ujian nak naikkan maqam je.

ayah mmg anak kesayangan nenek. n nenek still ada lagi. dia anak yg sangat baik .. sampaikan saudara die sume doa .. panjang kan lah umur dia. sbb kalau die takde tatau ape jadi kat nenek.

ayah replied:
terima kasih. anak yg prihatin ...

what i learned...

walau belajar pon perlu ade pengalaman. untuk bagi faham. macam blajar add math, tak rasa buat solution takkan faham. begitu juge dengan semua ilmu. perlunya orang yg mengingatkan. perlunye pengajaran dan pengalaman.

dan aku percaye, orang mukmin takkan berjalan dengan selesa hingga akhir, kerana balasan syurga Nya kita takkan dapat bayangkan.

aku lemah .. tp perlu kuat untuk ayah.

ayah lemah .. byk dugaan dia... semoga kuat...

dan terima kasih kepada guru, dia banyak menyedarkan dan memahamkan aku.

dan terima kasih kepada kawanku, sahabatku, mohd faiz, yg juga menyedarkan aku bila aku lupe segala yg aku pelajari. bila aku jatuh tersembam. dia mengingatkan aku pada Dia.

semoga semua yg terjadi .. qada yg menjadikan kami lebih baik.

kenallah Allah kita takkan berasa runsing kerana semua dari dia, kepada dia juga semua kembali.

PENERIMAAN
:)

March 11, 2010

ada

yang sedia ada

white pink

white skirt + white blouse + baby pink cardigan + beidge belt....

thinking of color matching for those fashion..
huhuhu----

March 10, 2010

cupcakes




so much in love with cupcakes.....
comel la tengok design diorang. and color mixing....

suke tengok je .. tak suke makan. bleh ke?....

hihihi.....

planning to order cupcakes for his birthday la...
ble tumpang tengok :D


March 9, 2010

March 6, 2010

.

terlalu panjang lagi perjalanan.

memang ke hospital, seharian, menyedarkan aku dari sesuatu.

dari segala.... betulkah?

leka. ..
sedar. sedar kah?
faham. faham kah?

terlalu komplikasi untuk di beritahu.
terlalu jauh untuk difikirkan.

kerana akhiran tetap Dia.

fikir. kemanakah tuju fikiran itu?
betulkah apa yg difikir itu?
betulkah jawapan yang di fikir itu?

mohon tetap di beri petunjuk.

aku sujud. betulkah sujudku?
betulkah hati ku ketika sujud?

ya Allah, kurniakan lah aku petunjuk...
masih belum sedia,
masih terlalu panjang...

tidak layak aku untuk meminta.
tidak layak aku mengeluh.

namun aku manusia hina dan Engkau Maha Suci,
aku manusia miskin dan Engkau Maha Kaya,
aku manusia lemah dan Engkau Maha Kuat,

Maha Lembut Maha Penyantun.

janganlah Engkau lalai kan aku pada kecintaan hartaku, manusia sekelilingku, hidupku,
kerana hanya Engkau layak memilikinya.

jadikan lh aku hamba mu yg bersyukur.
yang mendapat petunjuk, di belakang nabimu.

kekuatan hanya milik Mu, pinjamkan lah aku, untuk terus berjalan.
kurniakanlah aku hati yang ikhlas.
mohon tunjuki jalan yang benar, mohon di beri hidayah....
hatta gerak kaki ku yg kau gerak, tujukan lah ia tempt yg betul

kerana Engkau Maha Mengetahui segala sesuatu..
sedangkan aku lemah selemah lemahnya.

yang tiada aku tahu melainkan Engkau Maha Mengetahui...

-jika ada yg lebih lemah dari lemah, itulah aku..

March 5, 2010

UM Hospital

yesterday, one whoole day kat sana.

my dad had an operation.
hope everything is oke. jiwa dia kuat. i know :)....

been having a bad instinct for 2 weeks.
rasa tak sedap hati... till i cried. ... a lotsssss.... rase serba tak kena...

after 2 weeks - every day.............. then i had a call from my dad... he was admiited to HUKM.

mase tu baru tau... ya Allah.. patut pon "sampai" sini rasa tu.

i dunno why. connection with him is too strong. every time dari dulu lagi ..

if hati tergerak nak call dia... dia call dulu...

mebbe people that i love. so.. dont play play ..huk

---------

carik parking around PJ. 2 3 kali round tak jumpe n hampir fed up.
then i try this thing called visualize....(daalam Law of Attraction ade)

i closed my eyes... visualise

on my left side, akan ade parking kosong.. which is

sebelah kiri vios silver and kanan four wheel drive maroon color yg lame.

.....................oh the four wheel drive tu appeared sendiri last minit...

and yakin .. DIA akan tolong...

then.. miracle happened. after few minutes,

we found parking kosong.

but sebelah kanan.
and parking kosong tu sebelah

kiri wira silver, and kanan new 4 wheel drive maroon color..

Maha Suci Allah :)...


-------------------------------------

ayah pindah wad depan counter. in front of him there is one guy. dari mula2 masuk senyap je.. mate terbeliak je pandang orang. around 40. kami borak adik beradik .... pasal nurse.. pasal semua... dia senyap je...

after few hours, me with my fiancee, tunggu ayah. my brother went out for dinner...

doc sampai... he asked why my dad didnt wore stokin?

then jumpe stoking hospital. the stokin mmg pelik. lubang kat depan, and ketat.

thanks to dear tolong pasang kaki kanan .. me pasang kaki kiri....

pasang dengan susah payah nye..struggle giler.... lame kot .. 10 minits... tetibe ade suara yang garau...

TERBALIK TU!!

kami pon tertoleh2... mencari punca suara.. then baru prasan brader depan tu sound. n dengan selambe die angkat kaki kiri die tunjuk stokin die...

MACAM NI!!!!


kami pon terdiam seminit... tanpe cover terus gelak kat situ gak.
rupenye die mmg perhatikan dari awal sampai abes... malu wooooo.

thanks dear, sama teman jage my dad.... ~love..

March 1, 2010

murtad


ongkeh. title agak straight to the point.

mlm tadi time makan ama sima amnik shidi n faiz.

sima bercerita pasal benjamin celaka dalam you tube.

budak ni ni dulu sekolah agama kt ipoh. dah 5 tahun convert. kristuss...

kami pon ingat title sampai umah nak youtube...

aku dapat intro je. ada ayat bible yg dibaca awal2 ceramah benjamin tu.

dalam hati aku: oke dah... mmg tak best...

esok awal pagi brekpes ngn dea

bincang2

dea: u tgk ke clip tu ?
me: tgk intro je . macam tak best. tgk deedat lagi best.


borak2 la.. dengar dari dea youtube tu pasal ape budak nih ckp.
tapi membara jugak bila part die kutuk rasulullah. kutuk islam

bile part die kate ... nabi sendiri pon tak tau bila sebut ihdinassiorolmustaqim.... tapi 3 ayat belakang tu tak pulak di habiskan nye....

sakit hati bile org macam ni. die bley kutuk rasulullah beristeri ramai...

kawan aku yg indian tu sendiri boleh faham kenapa nabi kahwin more than 1 women.... ... boleh adore nabi...boleh ngaku pengikut nabi...
si benjamin yg pernah belajar islam ni boleh pertikai kan pulak. nampak sangat sape lagi banyak berfikir...

tapi syukur lah aku bukan golongan yg macam ni. syukur ade guru. boleh menambahkan lagi ape tak faham. indirect or directly. syukur aku dilahirkan sebagai islam... syukur sangat. banyak2 kan lah doa kita jadi hamba yang bersyukur. takut hidayah tak sampai. jadi macam benjamin. mintak jauh.

n aku doa supaya my indian fren ni lagi terbukak mata hati. faham lagi tentang kita. :)

sesape yg nak tengok youtube - benjamin celaka.


~ pertama peribadi, kedua ilmu, ketiga mukjizat

saje buang mase

gwe memang hantu johnny. sebulan tak makan tak sah. tp nak makan kene duit banyiok. hoho. baru shyok. mane tah .. set for 2 dalam RM35 ( oh gwe sorang je makan ni seperiuk sbb dia kurang minat..)

al kisah merayau rayau di IOI.. sbb mlm tadi da ckp nk mkn joni.

dea: u nak p sunway ke ioi

me: ioi la.. ioi kan ade joni...

sampai tempat kejadian ... beli tiket .. round round saje biar perut kosong ... then carik joni.
carik punye carik punye carik tak jumpe. p counter tanye.. sist tu buat muke pelik

receptionist: ha .. mane ade joni sini...
me: er.. oke tq

----------

dea: bukan u kate ade ke ..
me: ade laa... selalu kite lalu hghway nak balik sy ade nampak logo die besar kt luar building ioi.

carikkk laa sampai tak dapat .. siap p luar tgk betul ke ade logo. pusing punye pusing.... mmg takde .. sigh~

last last makan sushiiiiiiiiiiii.. terkilannnnnnnnnnnnnn.. iwant joni.. i want joni....

------

oke. BOOK OF ELI


konon beli seat couple. so blakang skali.
masuk masuk je dah lewat 15 minit. oh cerita die more to black n white .. gelap je. ..
kami carik la seat ... gelap mmg tak nmpk org... mamat cina pon tak nmpk uolsss.. sangat gelap okehhh.. tiada sebarang pencahayaan. carik la seat 5 and 6

dea: sambil bisik... 5...6...5...6...5...6...

ehhhh..ni dah 12.....

dengan susah payah reverse .. tatau ade orang tak....

tonton la citer nih .. uh sangat ganas ongkeh...

potong tangan tu biase... me macam biase .. citer ganas ni membazir je tgk sbb 75% tutup mate jerk..

half way jerk cerite tu ..

antagonist.. carik buku tu .. buku tu je ble slamat kan kite..
denzel: buku tu bukan buku biase

me: ah sudahhhhhhhhhh.. lain macam....

denzel: i can hear the voice.. the voice guide me to the book....

denzel: hold my hand. close your eyes... blabla bla .. ameen..

me: ah sudahhhhh... bible kehhhhhhhhhhhhhhh..

denzel kene tembak tak kene tu... bullet x kena tu... mmg teraaa la ... mmg ngarut laa..

saje je tau dalam trailer tak tunjuk buku tu ape. huk

benci tau bile membazir tgk citer ginihhhhhhhhhhhhhhhhhh

title film punye la syok .. iskk

link within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...