March 6, 2010

.

terlalu panjang lagi perjalanan.

memang ke hospital, seharian, menyedarkan aku dari sesuatu.

dari segala.... betulkah?

leka. ..
sedar. sedar kah?
faham. faham kah?

terlalu komplikasi untuk di beritahu.
terlalu jauh untuk difikirkan.

kerana akhiran tetap Dia.

fikir. kemanakah tuju fikiran itu?
betulkah apa yg difikir itu?
betulkah jawapan yang di fikir itu?

mohon tetap di beri petunjuk.

aku sujud. betulkah sujudku?
betulkah hati ku ketika sujud?

ya Allah, kurniakan lah aku petunjuk...
masih belum sedia,
masih terlalu panjang...

tidak layak aku untuk meminta.
tidak layak aku mengeluh.

namun aku manusia hina dan Engkau Maha Suci,
aku manusia miskin dan Engkau Maha Kaya,
aku manusia lemah dan Engkau Maha Kuat,

Maha Lembut Maha Penyantun.

janganlah Engkau lalai kan aku pada kecintaan hartaku, manusia sekelilingku, hidupku,
kerana hanya Engkau layak memilikinya.

jadikan lh aku hamba mu yg bersyukur.
yang mendapat petunjuk, di belakang nabimu.

kekuatan hanya milik Mu, pinjamkan lah aku, untuk terus berjalan.
kurniakanlah aku hati yang ikhlas.
mohon tunjuki jalan yang benar, mohon di beri hidayah....
hatta gerak kaki ku yg kau gerak, tujukan lah ia tempt yg betul

kerana Engkau Maha Mengetahui segala sesuatu..
sedangkan aku lemah selemah lemahnya.

yang tiada aku tahu melainkan Engkau Maha Mengetahui...

-jika ada yg lebih lemah dari lemah, itulah aku..

No comments:

link within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...