May 31, 2010

rintihan hamba

Ada orang menyangka ibadah itu sekadar rukuk dan sujud di tikar sembahyang. Atau mengalunkan ayat-ayat Al Quran dengan penuh khusyuk dan tawadhuk. Atau menggentel biji tasbih dengan berzikir dan bertahmid. Atau sekadar membahagi-bahagikan harta kepada fakir miskin. Ibadah itu luas pengertiannya. Seluas lautan yang tak bertepi. Ibadah tidak terbatas pada sembahyang sunat berpuluh-puluh rakaat. Ia tidak terbatas pada puasa sunat seperti puasa Nabi Daud; sehari berpuasa sehari berbuka. Pun tidak dikhususkan kepada membayar zakat, menunaikan haji dan sebagainya. Ibadah adalah pengabdian diri kepada Allah. Dan antara bentuk pengabdian diri yang tidak ketara dan tidak perlu mengeluarkan tenaga ialah ingatan hati dan rintihan hati kepada Allah. Ia merupakan ibadah yang besar nilainya di sisi Allah. Mudah tetapi tidak ramai yang mampu melakukannya. Mengingati Allah dikira ibadah kerana ia menandakan seorang hamba itu benar-benar berhati hamba. Hamba yang tak punya apa-apa. Yang sewaktu datang ke dunia, tak membawa walau seurat benang di tubuh.
Justeru hati sentiasa ingat kepada Yang Maha Pencipta, senantiasa mengharap bantuan-Nya dan sentiasa bergantung kepadaNya. MengingatiNya menimbulkan rasa syukur atas segala nikmat kurniaanNya. Namun berapa kerat di antara kita yang ingat akan Allah. Ramai yang lalai dan lupa. Dalam sembahyang, fikiran menerawang entah ke mana. Apatah lagi di luar sembahyang. Renungilah sabda kekasihNya dalam sebuah hadis Qudsi yang bermaksud: "Wahai anak Adam! Jika engkau ingat kepadaKu. Aku juga tetap ingat kepadamu. Dan jika engkau lupa kepadaKu. Aku masih ingat terus kepadamu. Apabila engkau taat kepadaKu, maka pergilah ke mana saja yang engkau suka, di tempat engkau mematuhiKu dan aku mematuhimu, dan engkau mengikhlaskan kecintaanKu kepadamu, kemudian engkau memalingkan diri daripadaKu, sedang aku tetap mengambil berat terhadapmu. Siapakah yang memberimu makan sewaktu engkau masih janin di dalam perut ibumu. Aku tetap menguruskan segala keperluanmu dengan baik, sehingga terlaksana semua takdirKu terhadapmu. Apabila aku lahirkan engkau ke alam dunia, engkau lalu membuat maksiat. Bukan begini sewajarnya balasanmu terhadap siapa yang berbuat baik kepadamu.


"Memang wajar kita mengingati Allah yang telah banyak memberi nikmat kepada kita. Allah yang sentiasa ingat akan kita. Yang terus saja memerhatikan kita. Yang terus mengasihani kita. Yang terus memberi rezeki pada kita walaupun Dia seringkali diderhakai.

Dengan apa patut kita balas nikmat Allah yang terlalu banyak itu. Ibarat orang yang sedang bercinta, cukuplah asal dikenang atau diingati orang yang dicintai. Begitu juga dengan Allah. Ingatlah Dia kemana kita pergi. Ingat akan Allah bukan semestinya di tikar sembahyang saja. Biar tubuh bersama manusia tetapi hati bersama Allah. Agar setiap detik kita sentiasa dalam ibadah. Rasulullah bersabda yang maksudnya:


"berfikir sesaat itu lebih baik daripada sembahyang sunat seribu rakaat (yang tidak khusyuk)."

Demikian keutamaan bagi orang yang sentiasa berfikir tentang kebesaran Allah. Akal yang berfikir akan meruntun hati agar sentiasa ingat kepada Allah. Apabila hati selalu mengingatiNya, terasa betapa hampirnya Allah dengan kita. Hati akan selalu bermunajat dengan Allah; menginsafi kelemahan diri, lantas mengharap belas kasihan Allah kepada kita yang terlalu banyak berbuat dosa. Hati merintih dan mengharap rahmat Allah yang maha luas itu. Datanglah perasaan betapa hinanya diri yang berasal dari setitik air mani. Tanpa rahmatnya tinggallah kita dalam kehinaan selama-lamanya.


Rintihan hati inilah tanda kita hamba yang tak punya kuasa apa-apa untuk menghalang kudrat dan iradahNya.

Tak berupaya menepis Qadak dan QadarNya. Hanya belas kasihan Allah yang diharapkan dapat menjauhkan diri daripada segala bala bencana. Hati yang tidak pernah ingat, apalagi merintih kepada Allah, adalah hati seorang tuan. Adakalanya segaja Allah timpakan ujian yang berat ke atas hambaNya. Ketika itu hati si hamba akan merintih walaupun bibir boleh mengukir senyum. Kadang-kadang ujian datang silih berganti; seolah-olah Allah tidak mendengar rintihan hati hambaNya. Sebenarnya, Allah rindu untuk mendengar rintihan hati si hamba. Tanpa ujian, hati tidak ingat Allah dan ia berasa tenteram, hingga hilanglah rasa kehambaan daripada dalam diri.

Lalu kerana itu, Allah datangkan ujian silih berganti agar rintihan hati si hamba tidak terputus kepada Tuhannya. Hukama berkata: "Allah lebih suka mendengar rintihan hamba yang berdosa (termasuk rintihan hati) daripada seorang abid yang duduk beribadah.


"Demikian tingginya nilai rintihan hati seorang hamba dibandingkan dengan ibadah lahir. Ibadah lahir belum tentu melahirkan rasa kehambaan, kerana boleh jadi seorang yang beribadah itu berasa selamat dengan ibadahnya. Ingatan hati dan rintihan hati seorang insan terhadap Tuhannya datang daripada rasa kehambaan yang tulen. Rasa kehambaan inilah tanda seorang insan telah mendapat nikmat iman yang tinggi nilainya. Tiada sesuatu yang lebih berharga daripada nikmat iman. Beruntunglah mereka yang dianugerahi nikmat ini. Hanya hamba-hambaNya yang terpilih saja yang akan dikurniai rasa kehambaan.


Seorang hamba yang hatinya sentiasa ingat dan merintih kepada Allah tidak bangga dengan nikmat, tidak gelisah dengan bala, tidak rasa tenang dengan pujian, dan tidak menderita dengan kejian. Hati sentiasa merasa serba kekurangan dan amat memerlukan Allah dalam semua keadaan. Inilah yang dikatakan hati yang hidup, yang sentiasa dalam beribadah. Apatah lagi jika ditambah dengan banyaknya ibadah lahir seperti sembahyang, puasa, sedekah dan sebagainya; makin tinggilah darjat si hamba di sisi Khaliqnya.


Katakanlah: "Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. Tiada sekutu bagiNya, dan dengan yang demikian sahaja aku diperintahkan, dan aku (di antara seluruh umatku) adalah orang Islam yang awal pertama - (yang berserah diri kepada Allah dan mematuhi perintahNya)". (Al-An'aam: 162-163)

"Dan sebutlah serta ingatlah akan Tuhanmu dalam hatimu, dengan merendah diri serta dengan perasaan takut (melanggar perintahnya), dan dengan tidak pula menyaringkan suara, pada waktu pagi dan petang dan janganlah engkau menjadi dari orang-orang yang lalai." (Al-A'raaf: 205)


"Ketahuilah! Sesungguhnya wali-wali Allah, tidak ada kebimbang

an (dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita. (Wali-wali Allah itu ialah) orang-orang yang beriman serta mereka pula sentiasa bertaqwa. Untuk mereka sahajalah kebahagiaan yang mengembirakan di dunia dan di akhirat; tidak ada (sebarang perubahan pada janji-janji Allah yang demikian itulah kejayaan yang besar." (Yunus: 62-64)

yahudi buat kacau lagi...

simpati pada rakyat palestin.
hidup, makan, pakai, tak sesenang di sini.
semoga mereka tabah, sabar, dan syahid di tangan mereka.

sering org bertanya, tiada lagikah sehebat salahudin al ayyubi?

yang pastinya, jika tertegaknya kembali Islam di Palestin, itu tandanya kiamat benar benar hampir.
berjaga jagalah,  dengan fitnah dajjal.

walau sekarang seperti Yahudi mendominasi palestin, menindas, menghapuskan keturunan palestine, kita yakin janji Allah, yahudi akan kembali seperti dulu. terhapus terus dari peta dunia.

janji Allah pasti, janji nabi pasti...

"Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah orang-umat Islam berperang dengan orang-orang Yahudi (di sebuah tempat). Orang-umat Islam akan membunuh mereka beramai-ramai sehinggakan apabila mereka bersembunyi di sebalik batu dan pokok, tiba-tiba pokok-pokok dan batu-batu itu bersuara menjerit memanggil umat Islam agar membunuh orang-orang Yahudi itu, kecuali pokok 'Gharqad', kerana ia adalah pokok Yahudi".

berhati hati dengan permainan Dajjal, kerana guruku berpesan, di antara permainan dajjal adalah ramainya anak menderhaka pada ibu bapa...

berhati hati lah dengan syubhah, dan keadaan sekeliling.
mereka menarik hati kita kepada yg lebih "gelap"...

semoga aku, keluarga ku dan sahabat2 terpelihara dari fitnah dajjal.
semoga aku dikurnikan teman yg mengingatkan aku pd hal hal ini.

dan semoga Allah memelihara rakyat Palestin...

May 29, 2010

ohssss


memandang kan cuti lame ... aku pon merombak keadaan blik...


sebab ade org baru masuk = kipas ... he he he ..


pagi pagi buta dea call ..


b.. u wat pe ? tak bangun lagi?


dah dah .. (wat wat suare segar .. padahal ngah golek kt katey...)


turun turun ...


watpeeee...


eh .. turun je laaa...


turun turun rupenye die bawak kan nasi lemak n milo sekotak untuk brekpes.... sambil berlalu selepas memberi nasihat..


"tayah la bangun lewat ... ari ni kan jumaat..."


aku pon menggangguk mengiyekan ...sambil mate terkebil kebil blur


dan dea pon berlalu naik motor nya sambil bace bace nyanyi nyanyi ape tah ...


tersenyum aku tgk perangai die ..he is really enjoying the moment ... hahahaa


May 26, 2010

headache!~



sakit kepale la ... macam di tekan tekan.. nape ye?

panas? ke nape ? adeh.... air tak cukup kot ...

dah dua hari nih tak hilang...

tadi siang pesan pd dea belikan kipas cap haier... macam pilih rim kereta lak .. takmo yg 14" nak yg 16"....

kami dedua beli sorang satu... nape tade discount? ampeh...

kurang sket panas kat bilik nih...

- tiada kene mengena dengan gambar. cuma sy suka mkn petai... ohohohoh

chapter II


i cant sleep. rasenye nak tige hari dah takleh tido ni.
aku play movies kt PC. pure2 tgk n harap kepala letih.. terus lelap.
2 hari berjaye. mlm ni tak berjaye.

after 30 kali golekan kiri dan kanan, tukar position paler, still takleh lelap...

aku dok bersila atas katil... konon nak plan dalam kepale otak ... nak tukar2 kedudukan bilik...
makin mejadi2 plak paler otak ni berfikir... mmg takkan ngantok lah... hu hu ...

apsal nihhhhh.... ???? oh badan... i bg chan u letih.. this week cuti 3 hari. please ..rest .. pleaseeee...

agak lame lah tak demam. pelik jugek. dulu aku jenis senang demam... meybe akibat makan madu kot? then badan sek panas jeee... hm hm


=P

selalunya, after aku on the phone, beliau akan tanye sape... aku jawab la .. ahmad, naim, johan.. semua name lelaki... bagi die jeles....

and last night, after die on the phone aku tanye...

me: sape tu?

dea: .... (diam jap....).............................................. kak arpah...

me: hahahaahaahahah .... giler leym tadek modal yuh ....... :))... dah la kakak... arpah lak tu .... =)) ....

scene 2.. on the phone with him...


me: oke la ... bye ...

dea: oo0ooo0o00oOOoooOOooo

me: u dah kenape b?

dea: ooOOOOoooOOoo

me: B!!

dea: dory dory--- nemo .... boooooooOOOooooooiiiii..

me: aahahaahaha .... sengallll

May 24, 2010

lvoe

i dont know why,

makin byk kesusahan aku lalu, aku makin sayang kt dea...
makin dekat aku pd Dia...

hmm.. mungkin doa aku makbul... hmm.. mungkin untuk berfikir...

semoga Dia memberi aku yg terbaik...

May 22, 2010

warning: peminat KFC jgn bace



aku amat suke KFC... tetiap bulan 3 kali makan cukup...

but one day, org yg aku kenal dengan alim nye berkate..

"kalau boleh jgn la makan KFC, ayam tu mati bukan sebab sembelih. sebab elektrik..."

faham-fahamlah kalau die kate "kalau boleh"...

so me n my fiance skang. dah ban KFC... mmg sukar okeh... tapi baru 1 month. harap harap sampai bila bila lah. setakat cheezy wedges tu kami makan la ... bukan ape.. kite ni da la jenis tak cukup ilmu n amal...makan mende mende yg syubhah ni... hitam hati jadinya.

lagi pon hati dah was was... terpakse la tak makan ... hm hm..

aku rasa la .. salah satu sebab dunia skang ni caca merba, mudah sangat jumpe pembunuhan, penderaan, rogol kejam tu kejam ni... salah satu sebab nye ade lah cara makan... byk yg syubhah... sebab ape kite makan akan jadi darah daging kita... jgn main2... dulu2 zaman nenek kite takde pon jenayaht terang terangn nih ...

May 20, 2010

Hikmah Dugaan II

previous>Hikmah Dugaan

pertama nya...
aku berlindung kepada Allah dari sifat riak, ujub dan takabbur...

Hikmah ujian dan sabar..

Banyak yang aku lalu. ujian, musibah dan sabar... aku tak kata aku tabah n sabar. tp ini yg aku lalui. untuk peringatan pd aku sendiri masa akan datang.

dan ayat innamaal usri yusra fainna maal usri yusra...

setelah kesusahan ada kesenangan, setelah kesusahan, ada kesenangan...
dua kali di sebut maknanya dua kali kesenangan Dia beri setelah kesusahan.

Maha Suci Tuhan...

aku banding diri aku dengan yang dulu, dugaan sekarang makin kuat.
setelah apa yg aku lalu, tak kira dari segi duit, life, kerja, keadaan sekeliling, aku lalui kesusahan tu. walau banyak kali jatuh tersembam, kalah, tp aku pohon agar tali tetap tak putus...

kesusahan, musibah, sangat berat ... sampai tak larat...
dan baru baru ni aku dapat satu berita yg sangat menggembirakan.

aku fikir balik, kalau aku tak lalu kesusahan dulu, rasa "senang" ni aku rasa senang senang biasa.
kalau aku tak lalu kesusahan dulu, cara aku bersyukur tu amat kecil berbanding dengan apa aku rasa sekarang.
kalau aku tak rasa kesusahan dulu, kesenangan aku dapat sekarang, akan aku anggap mungkin dari aku.. bukan dari Dia.

aku sangkut kan balik dengan ayat surah alam nashrah... Dia bagi berganda kesenangan...

apa aku dapat rasa sekarang ... berganda kesenaangan tu = kesenangan +  rasa gembira, rasa berterima kasih yg amat sangat, rasa aku tiada kekuatan melainkan Dia, rasa appreciate tu lebih walau atas sekecil kecil nikmat aku dapat...

pendek kata, walau aku dapat seringgit tu rasa syukur tu tuhan je Yang Maha Mengetahui. contohnyer ...

berganda Dia bagi.. berganda .... ya Allah..... terima lah taubat ku, berilah aku petunjuk Mu.

setiap dugaan mmg pada hamba yg sesuai...

sabarlah atas sesuatu musibah... walau tak yakin, tolerate dengan hati, semua dari Dia. Dia mengasihi kita lebih dari ibu mengasihi anak. walau byk dosa yg aku buat , nikmat tetap Dia beri.

peliharalah hambaMu ini ya rahman.

terima kasih , syukur atas segala yg Kau beri....

Fitnah Dajjal

Pesan Guruku

berhati hati lah dengan fitnah dajjal. Dunia semakin teruk.

Ayat dan doa berlindung dengan Allah dari fitnah Dajjal

1- Sepuluh ayat permulaan Surah Al-Kahfi dan sepuluh ayat terakhir.

‘Jika seseorang membaca sepuluh ayat terakhir dari surat Al-Kahfi, ia akan terlindungi dari fitnah Dajjal’ (HR. Muslim no. 809)

“Barang siapa yang membaca sepuluh ayat pertama dari surah al-Kahfi maka akan dijaga dari dajjal.”

Dan di dalam riwayat yang lain disebutkan,

“Barang siapa yang membaca sepuluh ayat terakhir dari surat al-Kahfi maka akan dijaga dari dajjal.” (HR. Muslim) 2 – Baca doa elak fitnah dajjal, berdasarkan kepada hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a . Doa nya berbunyi begini,

????? ??? ?????? ?? ???? ????? ??? ???? ????? ??? ???? ?????? ??????? ??? ???? ?????? ??????

‘Allaahumma innii a’uudzubika min ‘adzaabil qabri wamin ‘adzaabinnaari wamin fitnatil mahyaa wal mamaati wamin fitnatil masiihid dajjaali’ ,

yang maksudnya ‘Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari siksa kubur, siksa neraka, dari fitnah hidup dan mati, dan dari fitnah al-Masih Dajjal‘.”

May 19, 2010

tiada kata


subhanallah,


allahumma antassalam
waminkassalam
wailaika ya'u dussalam
fahayyina rabbana bissalam


tidak tergambar rasa yg kau beri ya rahim

May 17, 2010

tiada kata-

alhamdulillah. terima kasih tuhan, atas rasa ini.

walaupun dalam kesusahan. Kau beri ketenangan.

bila terkenan rahmat Mu, kelu lidahku, kosong hatiku, tidak tergambar apa yg Kau beri. tidak tergambar keAgunganMu.

terima kasih tuhan atas ingat ini.

ya Allah... dosa ku menggunung tinggi, ampunilah aku hambaMu yg hina, jahil ini...

Sesungguhnya Engkau Maha Mulia dan Bijaksana.

kurniakanlah aku cinta Mu dan cinta pada mereka yg mencintaiMu

new line business.

hoho.. nak try design skirt lak lepas ni.

org tolong jahit dah ade. nak wat color sweet n simple jerk.

my officemate pon dah setuju. nak supply kt mesia nih...

cayok... kalau mampu berkembang bleh wat dunia fashion malaysia. with my name as the brand name. hohohho

May 12, 2010

long skirt

buat ke berape kali tah entry aku pasal skirt.

susah la nak carik kat malaysia nih... oke KL actually. ade pon mahal. geram lah.

hmm... my officemate kate nak suruh mak die jahitkan. ble la aku carik kain suruh tolong jahit.

untung badan nak wat business. tak kang aku sorang je pakai susah jugaaakkk...

semua cantik2 nih. tapi overseas... mesiaaaaa?? .. mahu!!!

macam nak pakai skirt je lepas ni .... tamo pakai seluar ...muslimah n supan sket ...

tengok la ade rezeki ... huhuhu









Doa nabi di thaif

Wahai Tuhanku, kepada Engkau aku adukan kelemahan tenagaku dan kekurangan daya-upayaku pada pandangan manusia. Wahai Tuhan yang Maha Rahim kepada siapa Engkau menyerahkanku? Kepada musuh yang akan menerkamkan aku ataukah kepada keluarga yang engkau berikan kepadanya uruskanku, tidak ada keberatan bagiku asal aku tetap dalam keridhaanMu. ...

Pengetahuan Mu lebih luas bagiku. Aku berlindung dengan cahaya mukaMu yang mulia yang menyinari segala langit dan menerangi segala yang gelap dan atasnyalah teratur segala urusan dunia dan akirat, dari Engkau menimpakan atas diriku kemarahanMu atau dari Engkau turun atasku azabMu kepada Engkaulah aku adukan permasalahanku sehingga Engkau ridha. Tidak ada daya dan upaya melainkan dengan Engkau

May 11, 2010

:)

dedicated by him :)

Thanks for the time that you've given me
The memories are all in my mind
And now that we've come to the end of our rainbow
There's something I must say out loud

You're once, twice, three times a lady
And I love you
Yes, you're once, twice, three times a lady
And I love you
I love you

You've shaded my dreams, my joys, my pains
You've made my life worth living for
And if I had to live my life over again
I'd spend each and every moment with you

You're once, twice, three times a lady
And I love you
Yes, you're once, twice, three times a lady
And I love you
I love you

When we are together, the moments I cherish
With every beat of my heart
To touch you, to hold you, to feel you, to need you
There's nothing to keep us apart

You're once, twice, three times a lady
And I love you
You're once, twice, three times a lady
And I love you

Yes, you're once, twice, three times a lady
I love you

rendah diri


Ingat wahai murid-muridku..Jika tiada sifat rendah diri , bagaimana untuk nak mencapai maqam Hamba Allah? Sedangkan seorang Hamba Allah itu bukan sahaja merendah diri,hatta tahap menghinakan dirinya pada Tuhannya.


sang monitor



terima kasih tuhan.

setelah sekian lame. dapat gak beli monitor. walaupon tak besar. tapi besar la dari kepala aku.

atas rasa sabar, n tunggu ade betul2 duit, baru le faham rezeki tuhan. baru nampak. kalau tak, tak reti nak bersyukur aku nih.

terima kasih tuhan
terima kasih tuhan
terima kasih tuhan

kerja lagi mudah. ewah. mate tak sakit. ble wat lampu tido (ok over) tapi agak pelik la sebab double resolution. nak click button" X" pon sejauh2 alam.

tapi best. sebab ade lampu color pepel. apsal pepel? tanye la designer die yeh... hoho!..tapi mmg smart la idea LG. semuga kamu tahan lama ya. seperti monitor samsung ku. (berat giler mase angkat. berat dari aku kot... ) 5 tahun guna *wink*. nak wat sedekah la..

oh kepala sangat letih. bertahanlah!

i have 5 tasks this week.

2 freelance + 3 kerja persatuan = pergh
semoga berjaye melalui hari hari dlm minggu ni. adeh.
kepala pon dah nak tersumbat kat opis ni. bersimpul sane sini dah urat...

cayok!

me: b, i nye baju sme da bau ubat nyamuk
(aku gune lingkaran fumakilla. sbb nyamuk kt umah tu semua dah too strong to kill ngn "ubat moden". so aku pasang la lingkaran tu. tau kan camne bau.)


dea: takpe. i suke bau tu.
me: erk?
dea: u biarkan je. buat jadi perfume u
me: erkkkkkkkkkkkkkk??????

May 10, 2010

circumstances

masa, keadaan macam cuba mengubah aku.

masa semakin pantas,
circumstances semakin menekan,
kerja, life, family, iman, ----- they came in a package!

kalau tak betul aku boleh putus asa.

kalau tak fikir aku boleh hilang akal.

mereka menekan, memaksa aku berubah jadi org lain.

makin aku cube hindar, makin byk yg datang.

makin aku sabar, makin kuat yg datang.

makin aku sabar, macam dipakse pakse -- pecahkan sabar.

makin lame aku rase aku makin lemah.

kadang2 sampai tahap kecewa.

tapi aku cuba kuat. dan aku dapat rase selemah lemah aku ada yg Dia beri.

Syukran Ya Rahim.

Sujud aku pada Mu ya Khaliq. yang tidak ada daya aku melainkan engkau. walau segunung dosa, Kau tetap ADA.
Kau tetap memberi. kasih dan sayang mu meliputi langit dan bumi. Hanya kau yg mempunyai hak ke atas hati ku. walau sejauh mana aku pergi, Kau tetap ingatkan aku. jadikanlah air mata ini tidak akan kering kerana Mu.
"Allahumma yaa musorrifal qulub, sorrif qulubana 'ala tho 'atika" ~

Ya Allah, Tuhan yang menunjukkan hati, tunjukkanlah hati-hati kami kepada jalan ketaatan kepada-Mu.

"allahumma yaa muqallibal qulub, thabbit qalbi 'ala dinika" ~

Ya Allah, Tuhan yang membolak-balikkan hati, teguhkanlah hati-hati kami kepada agama-Mu.

May 6, 2010

hati hujan!



just received an email. from my beloved friend.


dia nak hijrah ke perak. argh .. *sigh*... dah la email sedeyh kemain.  siap nak jumpe sorang2 minta maaf ...

org tamo keyh ayu... sebab kalau u buat i nangis ...

hari tu 1 of my friend can read peoples. he said , aku ni senang belas kasihan ...

memang betul ape die kate... tapi..

mmm.. x suke please... hati lemah macam tu ...

aku taleh tengok org tua, senang sebak,

taleh tengok binatang tak mkn .. sedeyh...

dulu2 aku tengok monyet gigit gigit plastik pon aku nangis...

pestu siap gado ngn elma.. sebab die forward video ade org ketuk2 ketuk kepala anak kucing, nak rebus .. buat supp ... (hope ko ingat .. gaga)

not good okehhhhhh org mcm aku nih... hati senang lemah... *gulp*

sebab tu bila dapat email ayou .. (acceli i dun read it each paraghraph ...) tu pon dah nangis .. i tengok point2 jerk..tak sanggup bace semua...

adeh... baru nak berlipat kasih sayang .. sorang lagi nak kuar dari KL...

to my dear ayou:

jangan lupe org yeh. u are such a lovely person. macam mak mak dah. i will miss ur jokes. ur laugh.

thanks bantu org mase org susah hari tu... ape ape apdet bagitau. jgn minta di bagitau. i tak suka kawan dok jauh tapi wat wat tatau. kadang2 i ni macam pak put sket tak sempat nak contact ... tapi dalam hati tak pernah lupa kawan... dlm hati tetap dekat.

harap hati sentiasa dekat ...  ye ayu...

nanti org p perak org singgah kat menara tinggi umah ayu ye... nak jenjalan mandi sungai segala .. bawak tau... org tuntutttttttt!!!

update blog selalu. tanak sawng. hutan segala ..

i love u sahabat~

May 5, 2010

my Boss

i managed to propose 3 template designs for this US product.

their bosses approved one of my template. alhamdulillah.

but my big boss, once he saw the design, instantly he asked me to change our site. Design mcm client nye site.

sibuk je nak design yg baru ... adehhhh

tadepesebabbbbb...

kepala dah nak pecah pk concept.

harap2 okey lah propose nih...



***



CUP OF COFFEE for today~



err... 2 cups actually.

my head is getting dizzy. slept pass 1 o clock for this 2 weeks.

harini, untuk dpt design yg boleh dipercayai ... ewah... i drink  a cup of coffee, cause im so00oooooo sleepy... konon nak segar .. megar .. bugar ... hyper... active... productive ... cause i really need you my beloved brain ... hoho..

tak jalan--- 1 cawan tak cukup.

i drink 1 more cup of u... baru okeyh.. but getting sleepy n pasiffff cause nite is coming.

perlukah nescafe lagi secawan. pfttt ... i dah lame tinggalkan u....

dont seduce me!

i cant have overdose caffeine. acceli when i drink white coffeee at old town.

boleh mabuk... like one day i drink white coffee, my officemate belanje. then i'm getting merapu, gelak gelak.. blur blur .. on d way balik office .. till my office mate said

"mailal oke ke, awak dah mabuk niieee ....."

May 3, 2010

kutu

OMG. i am very sleep. last night after bowling, we have kutu with YM. seronok coz for this 2nd time. he was there.

2 persons lelong their kutu. except for zamtek.
yg seronok nye. anybody yg dapat, YM bace doa sikit.

and lastly, penutup, doa by YM

antaranya
:- jadikanlah kami umat muhammad dan pengikut muhammad
jadikanlah kami dalam golongan yg soleh dan solehah.
rapatkan lah perhubungan di antara kami.
murah kan rezeki kami berkati rezeki kami, jadikanlah di kalangan kami jutawan.
satukanlah hati hati kami
satukanlah hati hati kami
satukanlah hati hati kami.

link within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...