June 29, 2010

Wastainu bi sabri wa salah…

Wastainu bi sabri wa salah…

Minta tolonglah dengan sabar dan solat…

Setelah solat…. duduklah dalam keadaan …Diam …segala fiziknya santai…,Tenang…jiwanya dan batinya tenang.. tanpa sebarang gangguan dari luar…, Wukuf..tumpuan penuh…mengingat Dzat Nya…

Dalam keadaan ini.. otak dan dada Salik akan berada dalam kedudukan yang selari dengan “otak” dan “dada” ….kehendak…… Allah..

Setiap kali dada mu sempit kembalilah dengan melakukan solat ….. mikraj.. dan dada mu akan menjadi tenang…

Allah akan memberikan ilham… jalan penyelesaian … kepada jiwa-jiwa nan tenang…

Setiap kali kamu menghadapi masalah…, jalan buntu…, dan sesuatu yang mendebarkan dalam kehidupanmu seharian,

Maka….kembalilah kepada NYA dengan …..mikraj… solat adalah mikraj bagi orang mukmim…

Itulah caranya Allah membimbing salik-salik nya ..(salik…mereka yang cintakan Allah)

Apabila Allah telah ada DI SINI

Dia juga telah MELIPUTI…. kerana Allah itu ….Yang Maha Meliputi… dan Maha Mengasihani…

MasyaAllah

sumber:hajirikhusyuk

malam

bila malam-malam macamni, n aku rasa aku sorang je berjaga... macam ade satu perasaan.

sayup, sayu, syahdu, tenang, ....

June 28, 2010

doa

Hidup ini ujian. Ujian ini bisa berupa sesuatu yang disenangi, bisa juga berbentuk sesuatu yang tidak disenangi. Siapa yang mengira bahwa kekayaan dan kesehatan adalah tanda cinta Tuhan maka dia telah keliru. Siapa yang menduga bahwa suatu hal yang terasa negatif adalah tanda benci Tuhan, itupun dia telah keliru. Allah mengecam kepada orang-orang yang apabila diberi nikmat oleh Tuhan, lantas berkata, “Saya disenangi Tuhan,” dan kalau Tuhan menguji dia sehingga mempersempit hidupnya, dia lantas berkata, “Tuhan membenci saya, Tuhan menghina saya.”

“Ya Allah, kami bermohon kepadamu, hidup yang sebaik-baiknya, dan kematian yang sebaik-baiknya, serta segala yang baik yang berada diantara hidup dan mati. Ya Allah, hidupkanlah kami dalam kehidupan orang-orang yang Engkau senangi agar dia tetap hidup, dan wafatkanlah dalam wafat orang-orang yang Engkau sukai untuk bertemu dengannya.”

sejarah solat 5 waktu

wallahualem...

Nabi Muhammad SAW merupakan nabi terakhir yang diutuskan oleh Allah SWT untuk membimbing manusia ke arah jalan kebenaran. Tidak seperti umat nabi-nabi yang lain, umat nabi Muhammad telah diperintahkan untuk mengerjakan solat 5 waktu setiap hari. Ini merupakan kelebihan dan anugerah Allah SWT terhadap umat nabi Muhammad dimana solat tersebut akan memberikan perlindungan ketika di hari pembalasan kelak. Berikut diterangkan asal-usul bagaimana setiap solat mula dikerjakan.


SUBUH
Manusia pertama yang mengerjakan solat subuh ialah Nabi Adam a.s. iaitu ketika baginda keluar dari syurga lalu diturunkan ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar subuh telah keluar, Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua rakaat.


Rakaat pertama: Tanda bersyukur kerana baginda terlepas dari kegelapan malam.
Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana siang telah menjelma.

ZOHOR
Manusia pertama yang mengerjakan solat Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s. iaitu tatkala Allah SWT telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s.. Seruan itu datang pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim sebanyak empat rakaat.


Rakaat pertama: Tanda bersyukur bagi penebusan.
Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya.
Rakaat ketiga: Tanda bersyukur dan memohon akan keredhaan Allah SWT.
Rakaat keempat: Tanda bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.


ASAR
Manusia pertama yang mengerjakan solat Asar ialah Nabi Yunus a.s. tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari perut ikan Nun. Ikan Nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai, sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah SWT daripada 4 kegelapan iaitu:


Rakaat pertama: Kelam dengan kesalahan.
Rakaat kedua: Kelam dengan air laut.
Rakaat ketiga: Kelam dengan malam.
Rakaat keempat: Kelam dengan perut ikan Nun.

MAGHRIB
Manusia pertama yang mengerjakan solat Maghrib ialah Nabi Isa a.s. iaitu ketika baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukur Nabi Isa, lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut iaitu:


Rakaat pertama: Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.
Rakaat kedua: Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.
Rakaat ketiga: Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah SWT semata-mata, tiada dua atau tiganya.


ISYAK
Manusia pertama yang mengerjakan solat Isyak ialah Nabi Musa a.s.. Pada ketika itu, Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah SWT menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir. Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.


Rakaat pertama: Tanda dukacita terhadap isterinya.
Rakaat kedua: Tanda dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.
Rakaat ketiga: Tanda dukacita terhadap Firaun.
Rakaat keempat: Tanda dukacita terhadap anak Firaun

June 24, 2010

kopitiam

diorang kate halal,

aku pon masuk lah... masuk je dah rase seriau...

aku pon tengok keliling, oh! ramai muslim. halal mungkin...

tengok tukang masak. oh! halal mungkin...

bila food di hidang, aku makan sayur and nasi putih je. tapi hanya 2-3 suap.. 2- 3 helai...

then aku taleh accept, aku tolak tepi...

few sconds tekak rase burning... aku minum air...

sampai office client, tanpa diminta minta terus p toilet, muntah...

makanan dlaam perut tadi berlumba2 nak kluar.

mungkin cara masak, mungkin perencah nye pedih..

tapi bile dah was was... tolonglah tinggalkan.. jangan buat lagi, ye mailal.

June 22, 2010

pergantungan tanpa kecewa

bismillahirrahmaanirrahim. aku berlindung kepada mu dari sifat riak dan sum'ah...

ya Rahman, ya Rahim...

pergantungan hanya padaMu.

pelihara aku dari mengganggap makan ku ini dari pekerjaan ku.
pelihara aku dari mengganggap pakai ini dari pekerjaan ku.
sesungguh nya rezeki ku hanya dari Mu ya rabb.

jangan Kau sandarkan pengaduan ku pada keluarga ku,
jangan Kau sandarkan pengaduan ku pada yang lain .. selain dari Mu .. ya hayuu ha qayyum.

kadang kala aku rebah... aku tak sanggup tahan sakit.. berat.. beban.. pedih..
tapi setiap kali kecewa hampir mengambil alih sabarku, Kau datang, Kau ingatkan aku kembali, Kau tarik aku kembali.

kadan kala aku harap, biar rasa sakit ini tetap, asalkan ini yang aku dapat. tapi, kadang kala aku tak mampu menanggungnya ya Allah.
hanya Engkau mengetahui terbaik untukku. Pimpinlah jiwa ku pada jalan yang lurus ya Allah, janganlah Kau golongkan aku dalam golongan yang Engkau Murkai.

Sesungguhnya, aku lemah, selemah lemah ciptaan Mu. Walau sezarah rasa ini hanya sesungguhnya Dari Mu yang Hak.

Sesungguhnya sujud hamba itu adalah paling dekat hamba dengan Allah.
Ketika sujud, fikiran berada lebih rendah daripada hati.

sujudku, rukukku, hidupku dan matiku hanya untuk Mu ya Allah.

tidak dapat aku mengangkat takbir tanpa izinMu.
lahaulawalaquwwata illah billahil aliyyil adzim.

Hell's Kitchen


okey, im addicted to HELL's KITCHEN!!

June 18, 2010

29112009

~for this coming 29112009

he looks so happy. =)~
i love to hear his story.
cerita tentang nabi
certia tentang sahabat
cerita tentang wali
cerita tentang ulama
cerita tentang keramat
cerita tentang ibu
cerita tentang bapa
cerita tentang guru
cerita tentang adab

mengajar aku tidak mendabik dada.

ill never get boring, by his version of story.
references for all my misery.

and .... im falling in love with him for what he is not.
syukur Maha Suci Allah

boutique

menunggu siapnye skirt.

mahu belajar menjahit.

mahu bukak butik dengan design sendiri.

mahu kerja dari rumah.

dea, nak modal boleh? huuuu

bahagia

tidak semestinya cinta membawa kebahagian. :)

fikirkanlah berulang kali, pasti kamu akan dapati sabar tiba dahulu sebelum kegelisahan pada hati atas sesuatu yang terjadi...

June 17, 2010

to the V and tion... huhu

cepatlah petang.

nak pulang ---> kemas bilik ---> basuh baju ---> packing ---> siapkan keje ---> berkerja di opis ---> vacation!!!

June 16, 2010

bacaan

semalam ke hospital melawat kawan kesayangan.

rasenye first time cik faiz jumpe mereka secara dekat.
and on the way balik, borak punya borak, then he described my friend one by one.

tepat okeh .. tekejot i .. sebab i kenal all my friends dah lame... tapi die baru je kenal sebab jarang jumpe.

elma - he described you precisely...... wink

oh rindu korang semua.. kalau lawat org mesti org lagi tambah sakit ngan peel kitorang.

to my dear yan, semoga cepat sembuh... take care.. huk huk.. tak sempat amek gamba kalu tak leh letak lam nih ..

nanti gather gather yeahhhhh.. nak borak cit cet cott ngn semuaaa...

class: darul quran


gambar: cik nazrin sarawak


ade 2 orang mewakili ibu pejabat ke darul quran membantu kelas silat sebagai tenaga pengajar.

yang sorang ni muka memang agak bengis, and yang sorang lagi mmg suka berlakon garang. maklum le , student baru.. kene la garang2 sket especially yang lelaki = banat.

jurulatih A mengajar kaedah asas pade banat. abes terangkan kaedah asas, die pon berdiri tepi sorang student ni, dengan garangnye sambil buat kaedah :

jurulatih A: kau nampak macammane aku buat ni ? (sambil membuat kaedah)... kau nampak takkk?? nampak ni?? nampak?? (ulang kaedah)
student A : senyap je
jurulatih A: kau nampak tak macamane aku buat ni?

tiba tiba datang student B berbisik perlahan pd telinga jurulatih A
(bang, die ni memang buta ......)


- aku gelak giler dengar part nih... adeh .. konon2 nak gertak student. ahaahah

................ terus jurulatih A & B tahan malu sambil gelak. dengan perasaan serba salah nye..

jurulatih A: maaflah ye saya tak perasan...

pengajaran: jangan pure pure garang dengan student.

ada 3 orang buta belajar silat kat darul quran. alhamdulillah. macam mane agaknye diorang hafaz quran kan. aku yg celik ni punye la berat nak hafaz. huhuhu

June 15, 2010

June 14, 2010

berebut keropok dengan cik semut

i bought this jajan last night... makan skit je .. then sepit dengan niat, semut baik kot takkan nak masuk dalam nih ..

and today, after 1 hour jem .. JEM okeh... macam ke PJ plak jarak nye 1H ... sebab tu malas nak balik kol 6... grrr

penat, letih, first day peot dalam kepale dah terbayang encik potato ... nak makan alas perut.
sampai umah dah menggigil2 dah .. lapar sangat .. terus capai encik potato.

alangkah sedih rase hati, housemate (semut) ade dalam tu .. buat camping ramai2. sebab lapar sangat, aku buang sekor2, makan gak kupok tu.paling menyedihkan, aku makan tepi toilet sebab takot semot jatuh kat bilik ... apsal la semot ni suke sangat follow aku... haish..

June 13, 2010

al-fatihah

baru balik dari tahlil, rushing tapi tak sempat jumpe baby.

my fren's daughter meninggal - 2 years old. sangat cute.

meninggal atas pangkuan dia. and she looks fine. redha. nangis seperti biase.
mak mane yg takde instinct kan? die sempat "rasa" something wrong, and teringin nak record video telatah anak dia. so die sempat record telatah anak dia.

and pagi tadi, her baby sesak nafas, and on the way ke hospital, tengok macam nazak.
her husband stop tepi,  and she, her husband and her first daughter sempat lihat anak dia menghembuskan nafas yg terakhir.

her baby tarik nafas panjang .... n serentak air dia mata keluar...sakit... bayangkan.... baby takde dosa pon sakit masa ditarik nyawa.. inikan pula kita yg banyak dosa.

to nurul atikah, syurga untukmu. dan kamu mempunyai ibu bapa yg sangat tabah menghadapi ujian ini...

al-Fatihah.

June 11, 2010

umur

banyak plak apdet kan... dah tatau ape nak wat time nih .. huuuu

last week berjalan jalan di IOI... si dea survey spec a.k.a cermin mata. mintak i comment itu dan ini. n lastly i suggest =mont blanc... suggest je .. nak beli mmg mati la .. huhu.. frame saje almost 2k. then the sales girl maybe tengok kami selekeh dan tak berduit n untuk menjage hati pelanggan (dalam erti kate lain ... korang tak sesuai kot beli ni mahal!...)

sales girl: haa .. this is mont blanc...
me n dea: *angguk *angguk*... (miskin sangat ke kami ni tak tau ape mont blanc...)


pestu cam tengok kami tak reti reti nak blah die ckp

salesgirl: this one sesuai untuk org berumur je .. 35 and above ...

me like : !!!! ... terus i jawab ...

HAAAAA.. sesuai la .. .he is 35 years old this year.. (sambil tunjuk ke dea)


dea: hahahaahahahah....

sales girl : ... (blur nak reply ape ... hohohho)

pengajaran: tengok tak bererti membeli :P .. pantang jugak salesgirl yg suke folor org satu inci dari belakang... the?

*last night*

he recited something, sedap, lunak, merdu....
n aku hanye mampu puji dalam hati, sebab die tak suke dipuji.

hati cakap: sedap nye suare die bace (meremang bulu roma dengar)  cukuplah kalau dapat dengar seumur hidup :)

cuma berfikir

sedang berfikir maksud hadith nabi saw

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: “Jika aku boleh memerintahkan seseorang untuk menyembah yang lain, aku akan memerintahkan istri untuk menyembah suaminya.” (HR. Bukhari dan Muslim)

jika suami sebagai pendidik, kenapa tidak guru patut kita sembah, pasti ada sebab

jika suami penjaga isteri, kenapa tidak ibubapa patut disembah, pasti ada sebab

bukan menyangkal... cuma berfikir .. sebabnya hadith nabi... pasti ada yg tersembunyi.

dan kenapa berkahwin...
aku perlu ada guideline untuk memulakan sesuata perkara... supaya ke kiri atau ke kanan, aku tetap ikot jalan itu.

mudahan di beri petunjuk

June 10, 2010

not good


i dah addict dengan coffee  balik. last i addicted mase office lame. every morning and evening i buat kopi sebab office busan.. hoho...


skang nih .. cause last month kot .. one week tak cukup tido, so i started minom kopi. skang ni kalau tak minom jadi lembik.... arghhhh... taknak taknakkkk...


Chilli..


this one oso .. last masuk duk cyber, time diserang gastrik hampir kene masuk camera dlm perut. kalau tak each meals mesti mintak add on chili potong...!! =(....kalau tak food rase tawar lah .. darn. skang dah start balik... chili pickles lak.. dah siap ratah nih .. adeh .. badan.. are crazy? apsal aku pelik2 semenjak dua menjak nih ... uhuhhu ..


sesape aku ade wat salah .. mintak maaf ye kengkawan. sesungguhnye aku manusia biasa. tidak sempurna, tidak lah maksum seperti yg dipeliharaNya... tak salah mengingati mati...


5 before 5 ...


i ignored this thing. sebab dah selalu dengar...tapi byk kejadian2, yg recall menda ni pd aku. cause now, i think, aku byk buang masa... buang masa dari segi mengadap internet... internet boleh buat aku buang mase aku berjam jam... risau nih!!.. harap rezeki murah bile dah kawen, nak berkhidmat 100% pada suami, nak abaikan internet yg buang masa nih... dan mudah mudahan, ditemukan dengan suami yang dapat bukak topik best best, dapat berbincang, dapat tukar pendapat benda2 berilmu dari buang masa. which i think he is with me now. insya Allah dengan izin Dia. sesungguhnya di tangan Dia jualah segala urusan...


1. Sihat sebelum sakit
2. Muda sebelum tua
3. Kaya sebelum miskin
4. Lapang sebelum sempit
5. Hidup sebelum mati.





Duhai anakku,...berikanlah hakikat penghambaan, dan ambillah (dari Allah) kecukupan atas segala urusan...jika sempurna penghambaanmu pada-Nya maka akan datang padamu kecukupan dari Allah. Allah berfirman : Bukankah Allah akan mencukupi hamba-Nya (Az Zumar : 36) ---Syaikh Abdul Qadir Jailani dalam Al Fath Arrobbani


barang siapa menjadikan kehidupan akhirat sebagai cita-citanya-- dalam lafadz lain niatnya - maka Allah jadikan rasa cukup dalam hatinya, dan Allah himpun urusannya yang bercerai berai dan dunia datang kepadanya dalam keadaan mudah. Barang siapa dunia cita-citanya, Allah cerai beraikan urusannya, dijadikan kemiskinan ...ada di depan matanya, dan dunia tidak mendatanginya kecuali apa yang telah ditetapkan Allah baginya


June 9, 2010

Clumsy ME!

al kisah. merantau membawa travel pack...name pon travel kan? for sure sesekali baru guna.

and i cant remember when i filled in all the bottles. using what what and who who?

aku pon mengeluarkan satu bottle , which i filled with a blue liquid .. tak ingat ...

dengan yakin nye i masukkan dalam mulut ....

rasenye .. erk .. kenape tak macam listrene biase? oh maybe lain nye kot ..

komor komor dengan yakin nye .. pestu baru teringat ... ya Allah .. dalam mulut aku ni toner mukaa akuuuuuuuuu...

sebab kan toilet i tumpang tu toilet org org besar ... terkeluar la satu suare kecik sebab nak cover ...

"umph!!"


semua same color kan? -_-!

marah dan sabar

aku ade bace hadith ni .. tapi jalan cerita agak berlainan. apa yg aku ingat..

dari Ibnu Musayyab radhiallahu:-

pada satu ketika, rasulullah saw duduk beramai ramai bersama sahabat termasuk Abu bakar as siddiq. kemudian datang seorang quraisy menghina Abu bakar.

Kali pertama, abu bakar hanya berdiam diri. apa beliau berdiam diri, rasulullah saw mengalihkan duduknya utk duduk dekat dengan Abu bakar.

Kali kedua di hina, tetap abu bakar berdiam diri, dan rasulullah mengalihkan duduknya, semakin rapat dengan abu bakar.

Kali ketiga di hina, Abu Bakar marah lantas menarik pedangnya. rasulullah lantas bangun dan berpaling muka dari Abu bakar.

kemudian abu bakar bertanya:-

Kenapa ya Rasulullah, adakah sesuatu perlakuan yg aku lakukan, membuatkan kau berpaling muka ya rasulullah?

dan rasulullah menjawab:-

Wahai abu bakar, tahukan engkau ketika kamu dimaki oleh quraisy itu pertama dan kedua kali, kerana diammu(sabar) malaikat turun mengelilingi mu. dan apabila kamu marah buat kali ketiganya, malaikat naik kembali ke langit dan di gantikan dengan syaitan mengelilingi.

-sedikit ingatan utk aku... :)


June 8, 2010

:)

diri ini terasa nak send  a rose to somebody.

i chose 1, and i will give another person 1 .. :)

June 3, 2010

untuk hati II

at the end of the day,

walau berat mane dugaan, jangan membuat keputusan melalui hati, jangan melayan nafsu melalui hati, fikir dengan akal, menenangkan si hati, memelihara si nafsu...

kerana jika tidak akal campurtangan, aku hendak terus pupus dari muka bumi ini. hati sudah terlalu letih menghadap semua...

tapi aku nasihat si hati, kau sedang bersedih, jangan kau dengar satu suara jahat pon menembusimu, kerana si syaitan menuggu peluang, bila pintu sedih terbuka.

sabar, separuh daripada iman.

untuk memaniskan iman, dugaan di beri, ... lapar, dahaga ... JIWA...
untuk menghadirkan sabar...
agar sabar jadi penepis si jahat...

kerana sabar, MENYEMPURNAKAN iman...

bersabar lah wahai hati,

kerana terlalu awal untuk kau mengalah,
terlalu murah untuk kau menyerah,

hasbunallahu wanikmal wakil...

-jintanmanis | 03.06.10

June 2, 2010

Nur



cahaya masjid semakin terang semasa azan "asyhadu anna muhammadarrasulullah"

June 1, 2010

hujan

aku nak nangis... but i cant...

rase macam hati je menangis nih...

kenape yeh?

dan tetap, aku memujuk si hati...

kerana kau di tangan tuhanMu, dia menentukan segala sesuatu... yang terbaik buatMu.

tidakkah kau yakin dengan Dia wahai hati?

jakel

semalam ke jakel shah alam.

punya la susah nak pujuk kekasih p sane. till i said

asal susah nak ajak u p jakel nih? dari ari jumaat kot...

dea: i bukan tanak pegi .. jap gi u tgk la ape jadi...

sampaila kami di jakel. 3 x round baru dapat parking.

sampai2 je .. aku langkah kaki kanan... die langkah kaki kiri, then he said...

ni kan pasar... naper tak langkah kaki kiri? tempat setan nih ..

me: oh .. lupe .. confius senarnye kaki kiri n kanan... kadang2 kt toilet pon aku macam menari sebab nak beza kanan ngn kiri .. oh .. hehehe..

dengan jakun nye kami melangkah masuk... signboard: Cotton - first floor.orang ramai. macam beli ikan kat pasar.

kami pon naik first floor .. "WORLD OF COTTONS"

memang sempit giler okeh.  ramai giler orangg .... nak lalu pon susah... pelik gak diorang ni beli baju raye ke ape... then aku dengar one family ni borak2 ... alah ... baju cotton raya kedua lahh ...

oh .. confirmla mereka memborong cottons untuk raya...

acceli nak cari utk wat skirt ... kain cotton sane memang banyak choices okeh .... mmg byk terpikat ... rambang mate .. rase nak buat baju raye 30 pasang .. cottons je .. tu baru attack cottons.. belum fabric lain .. alahhh....

sampai 1 area ...

dea: eh .. cantik giler nihhh ....

me: tu mane sesuai wat skirt b ...

dea: sape kate wat skirt? i nak wat kemeja ..

me : oh .. oke .. cantik cantik..

then semua dah .. cantik bg die .. ni cantik tu cantik ni .. aihhh ...

me: b .. kate datang tgk kain skirtt .. ni dah lainnn...

dea: kan i da kate .. i taleh datang sini .. giler jadi nye ..

oh no wonder lah .. berat sungguh nak ajak die p jakel... tapi die mmg have a good taste in shirts...

pandai gak la match making pattern n colors  semua utk buat shirt. sangat teliti org nye... walhal beli baju RM20  pon, dalam 2 jam baru dapat.

sangat cermat, kemas... bersih, kereta pon taleh sepah sikit ... asal aku letak selendang ke sweater jap je pon dah kene .. hukkk.. even makan pon tak pernah aku tgk org makan setertib die...

suke minyak wangi tayah cakaplah, dia wangi dari aku .. ho ho ...

tunggu saja shopping for weds nantiii ... ^_^!











link within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...