October 27, 2010

S.A.L.E



lame da aku tak shopping. macam tak tau ape nak beli (eh.. melal ke ni).
bukan jimat. tp abes duit kt tempat lain rupenyer.

hari tu ade org message kat fb.

sist: kat mane ek ade jual skirt yg cantik cantik?

mane la budak ni tau aku ngah plan nak wat skirt?

October 25, 2010

SRP - training

fuh fuuuhhhh.....

kesat kesat habuk dalam blog.

aku pon tak faham ape org lain yg buat blog bercerita kat blog dia. penat aku perah otak. takde idea.  blog ni lebih pada aku share suka duka dengan diri sendiri je. sebagai kotak ingatan. sebab kalau akusendiri yg hingat. kompem lupe .. kat sini leh bace balik.

just that sesape yg terjumpa@terkenal@terbaca tu .... sudah suratan kebetulan ye tak?

SRP


aku ni kene training SRP.

SRP ni sijil rendah persilatan. patutnye aku amek umo RM22. la ni umo 28 da.

udah la tu. tester semua aku kenal (diorang mmg tunggu aku amek sbb nak buat lauk).

udah la tu. malas nak sakit badan training sbb mmg esok nye tak larat nak keja.

training pon sama adik adik umo rm22.. (kenape RM .. aku pon tatau. sbb akal suh letak.) lagi la aku segan.

udah la tu. aku da lame tak turun. mmg tak ingat buah semua.

udah la tu. kurang training. sbb aku tu kategori pesilat tua yg nak blaja silat dulu masa amek.

udah la tu. selalu ponteng.

udah la tu. yg train aku pon kawan2 aku gak (dah tua)

tapi lakan. silat ajar jangan elak ngn masalah. kene baru tepis. so aku buang jauh jauh terms *udah la tu* ke laut.

kalau tak sampai bile bile aku tak amek SRP.

sampai bila semua org tekejot denga aku tak amek lagi walaupon muka aku da macam dinding kt umah satuan tu. semua kenal.

sampai bile weh??????????? (tarik tudung kiri dan kanan)

okeh okeh  aku amek.

October 23, 2010

tertarik

jalan-jalan di halaman google image. tertarik dengan air muka syeikh ini. ade yg "menarik". lalu aku google profile beliau. sekadar berkongsi


Syeikh Abdul Fattah Abu Ghuddah


Syeikh Abdul Fattah Rahimahullah memiliki terlalu banyak sifat yang mulia. Antaranya ialah kecintaannya kepada kesempurnaan dalam semua urusannya. Beliau amat menghormati tetamu, seorang yang amat berlemah lembut lagi pemaaf. Selain itu beliau sangat beradab dan berakhlak mulia, sangat lembut lisannya serta tidak pernah menyakiti seseorang dengan kata-katanya.

Syeikh juga sangat cerdas dan pandai memilih kata-kata. Beliau tidak akan melakukan sesuatu melainkan setelah dipertimbangkan secukupnya dan amat cermat lagi teliti dalam setiap urusannya. Beliau juga sangat penyabar dalam ketaatan dan ujian, sangat menjaga solatnya, sentiasa menunaikannya di awal waktu walau ketika penat atau sakit.
Beliau amat rajin membaca Al-Qur’an serta mempunyai wirid yang dibaca setiap pagi di samping amat banyak berzikir dan berwirid. Tidak akan didapati syeikh duduk tanpa urusan ilmiah, samaada menulis, mengajar, bermuzakarah atau memberi fatwa, melainkan beliau akan bertasbih, bertahmid, bertahlil dan bertakbir.

Syeikh Abdul Fattah memiliki hati yang sangat lembut, mudah menitiskan air mata, sangat terkesan dengan setiap sesuatu. Air matanya mengalir laju ketika membaca Al-Qur’an dan berzikir, serta membaca kisah-kisah Salafus Solihin, dan ketika mendengar kelemahan dan kesusahan umat Islam, malah ketika beliau dipuji. Beliau sangat pedih atas kelemahan umat ini dan keadaannya, hingga beliau telah kehilangan sebelah pendengarannya apabila diceritakan oleh seseorang berkenaan apa yang menimpa umat Islam di sebuah negara. Beliau amat sedih apabila diceritakan demikian dan tidur pada malamnya dalam keadaan demikian. Apabila bangun dari tidur Syeikh mendapati darah mengalir daripada telinga kanannya, kemudian sebelah pendengarannya pun hilang.

Beliau telah diuji pula selepas itu dengan penglihatan yang semakin lemah, namun tidak pernah dilihat beliau mengadu atau mengeluh sebaliknya terus bersabar, malah ianya tidak menjadi penghalang baginya meneruskan kerja-kerja ilmiah. Beliau terus mengarang dan mentahqiq kitab, kerana bimbang ajal akan tiba, tetapi beliau tidak dapat mencurahkan ilmu di dadanya. Ketika sakitnya bertambah teruk, beliau tidak pernah mengeluh tetapi ketika terlalu sakit beliau hanya menyebut Ya Allah atau Lailahaillallah.

Syeikh Abdul Fattah sangat mengutamakan ilmu, sentiasa membaca, mentelaah atau menulis. Pena dan kertas sentiasa mendampinginya walau dalam bermusafir mahupun di waktu sakit. Beliau telah mengarang dan menamatkan sebahagian kitabnya dalam perjalanannya yang banyak, malah ada di antaranya ketika beliau sakit, 20 hari sebelum beliau kembali ke Rahmatullah.

Beliau juga amat sedikit tidur. Kedua-dua sifat ini menunjukkan beliau amat menjaga waktunya. Beliau juga tidak akan menyuruh kepada sesuatu melainkan beliau sendiri membuatnya, dan tidak akan melarang sesuatu perkara melainkan beliau sendiri meninggalkannya.

Syeikh dikurniakan akal fikiran yang amat cerdas dan hafalan yang kuat. Beliau merupakan seorang yang beramal dengan ilmunya, kuat beribadah, bertaqwa, soleh, wara’ lagi tawadhu’.
Semoga Allah memudahkan kita mencontohi akhlak dan peribadi para ulama dan solihin, kerana mencontohi orang yang mulia adalah suatu kemuliaan. Amin.

-sumber

October 18, 2010

officemate sengal 1




budak office aku sorang nih. programmer.

satu hari minum petang. dia makan aiskrim vanilla,

kami tanye: tak muak ke .. makan ais krim vanilla, lepas tu minum teh tarik?

dengan pantas nye reaksi dia.. dia celup ais krim tu dalam teh tarik, pestu makan.

er... sakit budak nihhhh

October 17, 2010

rindu~


rasa macam dah lama tak dengar butir butir tenang , nasihat, mengingatkan, menyedarkan dari YM Tuan Syeikh

October 14, 2010



rindu ler blog nih. nak edit skin. tapi wordpress ni tadek plak yg simple cam blogspot. grrr

Gelombang Biru 10.10.10

dah hampir seminggu. Wall FB aku belum surut lagi.

penuh dengan album color biru gelap...
penuh dengan tagging...
penuh dengan comments.
ramai yg add.

notification penuh dlm mail.

banyak cerita aku dengar. ade ke malam aku p dataran tu rupenye ramai org jumpe hantu. err.. tatotttt... cannot tell here.

dont know either hantu or jembalang. eh? same ke?

okey. aku suka puisi nih. meremang roma roma. naik semangat melayu aku walopon bukan pure melayu .. hahah...

link

puisi by a. aziz. (sangat dua tiga lapis puisi dia)

disampaikan oleh 3 generasi : Fauziah Nawi, MAshitah, wajhih

Nota kaki: okey. nape byk jerawat gegantic nihhhhh

Nota kaki lagi satu: malam ni niat nak tido awal... berjayakah? kita lihat esok

October 12, 2010

Jom Silat: 10.10.10

8.10.10 - Jumaat (2 days left)


masa ni aku berhempas pulas siapkan buku program last minuted requested by pihak atas. bern gee zura napi n faiz. till 4 oclock, tarak tahan wa tido same zura. org lain kat bawah pulun demo n prepare.

ade yg prepare persembahan khas, papan sekeping, n demo ramai2.

akibat nk cepat, kami tak sempat makan, sebaik org seblah buat open house. tumpang sekaki. fufufuf. oh first time i tido umah satuan. sebaik semua org takde.

9.10.10 - Sabtu (1 day left)


aku bangun je tengok note for changes utk buku program. oh mandrem amat. sape perasan muke aku mmg macam tuut..

mane tak .. tak cukup tido+ rest+weng+lapar. hampir saja mau marah2... tp pikio pikio.. dugaan.. cabaran. sebaik dah ade org blanjer roti cannai kt bawah.

semua org jumpe mlm tadi tanye, tak balik ke? baju tak bertukar. huhu

tengahari aku gerak balik utk mandi. evening lari ke KL check in hotel. sebaik gee sempat dapat hotel yg amboi amboi enak macam kt rome. so excited. letak2 barang terus ke rumah satuan semule sambung kija.

malam bersame team mate. gee bern faiz napi , memulunkan prog book. berkejar kejran siapkan nak binding. alhamdulillah sempat. last minute ni la ade kedai nak bbuka. and delay tutup sbb ade org luar nak print banner. :).

late nite: kak gee open table. nasi+ ikan patin + sayur .. sedap sungggggggggguhhhhhhh. thanks kak gee..




aku excited nak tengok diorang prepare kt dataran. harap sempat. abes je keje kami ke hotel n jalan kaki ke dataran. tgk tgk kosong :(.... oh .. ingat jalan kaki dekat. upenye dalam 15 mins gak. da la penat tak abes. fufufuf

sempat tido kemas diri @4 am. aku rase baru je tutup mate, kak gee da kejot suh bangun. n faiz n bern da kene call. Zone 6 mane zone 6.. hohoh .. oh .. seperti biase. MMU mmg last minute :P

10.10.10 - Ahad (^^)


morning

Reherseal at 9am. Cuaca sangat lah redup. macam ade awan tutup dataran ^^. betul tak tipu... tak panas tak hujan. see my face? tak burn :P. hujan pon turun tak sampai basahkan baju ^^.

then kami balik siap2



hah. ni kerja giler. aku salute sape yg amek gamba ngn natang ni. saiko tol. besaq dari peha den. eeeeee. tngok gambo pon da geli. boleh pengsan sape yg suh aku pegang nih.


evening

event start at 430pm. tunggu YB datang. aku suka time sajak. sajak abg aziz terbaik ^^.... naik semangat melayu akuh. huhuhuh.. aku dengar gerak hanafi sangat cantik dari atas. semua seragam. ^^

abes je event (ade time aku tertido) semua org meluru ke depan. aku ngn fa sempat selit nak amek gamba media. sempat gak kedepan seblum di himpit org belakang. sakit wo.. aku penat bergambo bukan penat demo. siot diorang ni himpit2 kami yg kerdil nih. aku da tatau nak protect badan camne, aku prepare siku kat rusuk sesape yg ketegak. lantak kome lor .. :)). last last tak tahan, fa tarik kuar .. fufufu .. ade yg pengsan keh. bukan sebab demo. tp sebab amek gambo.

after abes semua posing amek gambaq, feeling dia mmg takle lupe .seronok!!!

malam kami makan di lotus. our news kuar kat TV3 ^^... semua berlonggok tengok ^^..

@ night aku SMS YM and he replied

Syukran Katsiran wahai muridku yang disayangi selalu ... ^^

cukup dah tu semua.






Fakta


hari rabu 4 days before aku tanye ajk pendaftaran da berape org

me: berapa da skang ek?

him: 6000

me: yeke? sempat ke nak jejak 10 000?

him: entahla .. tp YM kate 7000 okey dah.

and 1 day before - saturday, aku dapat berita dah cukup 10 000.

aku mmg tekejot. bayangkan 1 whole year promo, dapat 6,000. mane datang lagi 4,000 dalam masa 4 hari?

wallahualem.

October 8, 2010

Ayu Norafida:what is special friend in your definition?

kalau dia takde i rindu,
kalau dia hilang i gusar,
kalau i susah dia tolong dulu,
kalau i senang i ingat dia dulu

~jintanmanis

atan

kami jumpa atan kt kedai makan.

playful yg amat.

manja yg amat.

si faiz nak jage. (betui ke?)

tp berulang kali dia ckp "u potong kuku kaki dia dlu.. nanti i bela"

cemane ni ? nak bela kucing tp takot?

esoknya.. chatting

dea: b.. i rase atan ni marah kt i lah.

dea: alkwesdfwq

dea: ha .. tu dia yg taip.

me: hahaah .. yeke ? die mmg taleh tengok org senang.

dea: b .. kalau dia buat bunyik macam nk gado tu dia marh ek

me: ak a la .. asal dia marah

dea: sy letak muka dekat dekat ngn muka dia slow2

me: ahahah .. sebaik tak kene tampo.

dia la yg bagi nama atan tu

dan tadi menalipon dia.

dea: oke la .. i nak siap siap.. u nak ckp ngn atan?

me: aaa

dea: atan ... ckp .. pat ...

atan : miowww ... mioww..

dea: ckp lagi pat ...

atan: meowwww...

aku gelak jeee .. dengar ckp kucing nihh..

rindu atan

October 4, 2010

hopes

1st week of October 2010.

  • hoping for tomorrow. 401,402,403.

  • hoping for tomorrow office lunch & celebration

  • hoping for wednesday 404

  • hoping for wednesday for approval ^^

  • hoping for M, once 404 okey.

  • hoping for Sunday, Jom Silat.


oh... sudah gelap seperti kek coklat yg baru dikukus. bakal gelap lagi dalam one week.

hohohohohhoho.

ya Allah,

kurniakanlah kemudahan bagi minggu ini, sesungguhnya Engkaulah tempat pergantungan setiap hambaMu.

hoping for the bestt... amin ya Allah.

link within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...