November 30, 2010

hayyat

dan diberi pinjam rasa 27 1431 kembali.


ALHAMDU LILLAH

November 29, 2010

rasa~

baru bukak blog aku. jintanmanis.

adzan tu keluar. serta merta satu "benda" masuk menyelinap dari dada aku merata ke satu badan.

allahu akbar, allahu akbar.

saat ini. aku sedang berfikir. kenapa yg aku impikan tak dapat.

dan saat ini jugak aku terus dapat jawapan.

"jika tidak Dia izinkan, tak dapat kau angkat satu butir nasi pun..."

hilangkanlah rasa memiliki walau sebesar zarah dari dunia, agar kau dapat rasa ringannya beban.

dan setiap kali rasa kecewa aku rapat, Kau angkat kembali.

aku hina sehina ciptaan. aku milikMu dan jiwaku kepunyaan Mu.


"Ya Tuhan! Ampunilah aku, rahmatilah aku, tutupkanlah keaibanku, angkatlah kedudukanku, kurniakanlah kepadaku rezeki, dan berilah aku petunjuk serta berilah kepadaku kesihatan."

November 25, 2010

23112010-HUKM

23.11.2010 | HUKM


him: u nak tau bau syurga macam mana tak?

me: camne tu?

him: u bau baby nih :).

HP7

HP7           ---success!!!!!!!!!!!!!!~~~~~~~~

dalam 7 movies HP, aku rasa yg fail interpret JK Rowling punye imagination was the director of

1. Prisoner of Azkaban
2. Order of the Pheonix


Prisoner of Azkaban. maybe sebab title dia Prisoner, the concept was dark grey. sooo spooky, tapi aku tak dapat rasa feeling kasih sayang seorang godfather. echehhhhhhhhhhhhh...



and some more, the sirius character itself tak sama dalam buku. we were hoping tarabas or johnny depp. sebab dalam buku dia sangat hensem.

DISSAPPOINTED!!!!

Order of Pheonix.


this is my favourite book antara 7. sebab masa ni sirius mati. and masa ni jugak harry potter jadi seorang yg emotional jugak gedik, jugak perasan hero. sebab dia la pok angkat dia mati. huwarghhhh... aku siap nangey bace mase sirius jatuh dalam archway tu. semua sebab harry potter. the storyline (buku) dr awal sampai abes, mmg syok dan tak busan. tapi the director tak dapat interpret betui2 dalam buku. sedih nyah.

Half Blood Prince.




orang tua yg hebat. caya la atokkkkkkkkkkkkkk

yang bi best. among others, aku rasa the director kuarkan sebijik2 imagination jk rowling dlm scene dia. apa aku imagine time baca buku, lebih kurang sama. and luckily, he was the one who direct Deathly Hallow.!!

p/s: aku lagi suke richard harrris jadi dumbledore. suara semput-semput dia macho... n cool.

Deathly Hallows @ HP7




comment first. apsal dlm movie tak buat horcrux sebijik cam book cover nih. sangat cun. hohohoh.



part 1 ni ade sedikit relax. maybe director nak sumbat semua dalam part II. sebab ramai lagi bakal mati. aku pon tatau apsal ramai mati. for the first 6 books, jk rowling mcm targeted to kids. kalau kids, takde la sedasat n kejam n sahdis sangat. tapi dalam 7 macam ganas. maybe sebab dia tau audience HP adelah adult.

HP7 ramai yg mati. huhuhuhu. tak pueh ati buku dia . huhuhuh ...

my favourite scene: time animation of the Deathly Hallows. sangat perfect, superb, imaginative .. lain dari yg lain. takde plak kat google nak letak.

Hero sebenar: conclusion. apsal tajuk cerita ni harry potter? aku lagi suka letak Albus Dumbledore. sebab dialah mastermind serta genius serta the best wizard ever.

harry potter plak macam prasan org semua berkorban utk dia. dari dulu lagi. pestu perasan kuat nak buat semua sorang2. (aku anti dia sejak order of pheonix. hoho. emo tak tentu pasal mamat nih...)

Snape plak paling kesian. cerita kisah idop sedih dan berkorban dari kecik. huhuhu. tungguss~~



masa muke harry potter masih suci.


Butik Pengantin Idaman Jelita





"lahir kat rumah, nak mati kat rumah, biar kawen pon kat rumah"


-dari allahyarham ustaz hanafi melalui makteh-


November 24, 2010

7 muka sama. hik

topic: bincang persamaan muka

him: ramai cakap muka sy macam yg dlam melodi tu. abg tat pon asik cakap cemtu je. ade ke ek?

me: mm.. tak kot. type face je .. sy rasa yg betul2 sama muka ngn u, yg raja lawak tu.. yg buat tv show pasal makanan tu.

him: haa.. tu betul. tu sy pon ngaku ade rupa. muka. telinga. mata.

me: ak ah. rambut dia pon tegak macam you dulu.

him: ade betul .. sy ngaku. selama ni sy perasan 2 org je sama rupa dengan saya. *muka serious. sambil tunjuk tangan no 1*

him: first, yg macam raja lawak tu. mmg sama.

*tunjuk tangan no 2... muka serious abes. aku pk gak. sape lagi. muka dia ni pelik. jarang jumpe sama*

him: yg kedua................................. anuar zain. *muka mmg tak gelak*

me: *diam tanpa sepatah kata.*

everything 'bout us


Waktu terasa semakin berlalu
Tinggalkan cerita tentang kita
Akan tiada lagi kini tawamu
Tuk hapuskan semua sepi di hati


Ada cerita tentang aku dan dia
Dan kita bersama saat dulu kala
Ada cerita tentang masa yang indah
Saat kita berduka saat kita tertawa

Teringat di saat kita tertawa bersama
Ceritakan semua tentang kita

Ada cerita tentang aku dan dia
Dan kita bersama saat dulu kala
Ada cerita tentang masa yang indah
Saat kita berduka saat kita tertawa

di ambil & di beri

Semalam dapat 2 berita dari orang terdekat

1. kelahiran anak sulung kak mar. perempuan. comel, cantik, mulus. cute.

2. pemergian penyelian Masjid USJ. innalillah.

satu di ambil dari dunia, satu di beri ke dunia.

Maha Bijaksana Allah atas segala ketentuannya,

berilah aku petunjuk seperti yg Kau berikan pada yang terdahulu sebelumku.

bersedialah menghadapi sebarang kemungkinan. dari situ dapat sabar sebenar sabar.

penerimaan itu sukar, kalau kenangan tidak terlalu utuh dalam hati. kenangan mendatangkan rindu pada ketidak hadiran seseorang.

November 23, 2010

iPhone vs iPad

mae dear fa


tengah aku kabut buat review iphone 4 and i pad

faa nad: melal wat paa
my_yatie: tengok ipad review
my_yatie: macam nak beli ipad dari ipon
my_yatie: huwargh
faa nad: waa
faa nad:
faa nad: tayah la yang
faa nad: beli iphone je
faa nad: ipad ni jz mcm saje2 je.. fa tgk boss fa pakai..die kai kejap je

my_yatie: yeke
my_yatie:
my_yatie: seb ade fak
my_yatie: kakaak
my_yatie: dapat satu opininon
faa nad: fak*
faa nad: ahahahahhaha?
faa nad:  *gelak guling*

my_yatie: *gelak guling*
my_yatie: *gelak guling*
faa nad: *gelak guling*
my_yatie: *gelak guling*
faa nad: adoi
faa nad: tergelak fa

my_yatie: faaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
my_yatie: *gelak guling*
faa nad: hahahahahahahah

my_yatie: fa... sorry yangggg

syahide


shedee: saba wei..
my_yatie: aku suke ipad
my_yatie: sebab besar
shedee: aku suka ipad..
shedee: tp pd aku iPhone dulu beb..
shedee: aku kesian kt hanfon ko yg button tu..
shedee: org lain takle nk gune
shedee: sbb semua dh touch skrin..
shedee:

my_yatie: haahha
my_yatie: adeh
my_yatie: tensen tak dapat ipohne 4
my_yatie: arghhhhh
shedee: iye
shedee: mmgbeso..
shedee: tak dinafikan
shedee: ipad mmg cool wei..
shedee: tp dia akan cool setelah ko ade iphone 4
shedee: kalo ko takde lg,
shedee: takde cool maner pun..
shedee: sabo2..
shedee: ade la rezeki tu nnti
shedee: ko letak kt wall ko
shedee: hadiah kawen nk iPad..
shedee: ade la tu nnti bg..
shedee: tak dinafikan mmg murah..
shedee: tp sabar wei..
my_yatie: huhuhuhu
my_yatie: sampai bila harus ku tunggu iphone 4

shedee: aisey..
shedee: mar pun tunggu 9 bulan tau nk dpt baby..
shedee: cuba tanyer dia
shedee: aper feel menunggu tu..
shedee: mesti bes kn..
shedee: hehehe
shedee: ada kaitan tak?
shedee:
shedee: jgn kerana iPhone, ko tersilap dgn beli ipad..
shedee: jgn wei..
shedee: jgn..
shedee: katakan TAK NAK!


my_yatie:
my_yatie: wei
my_yatie: ko nye example tu
my_yatie: lawak weh

my_yatie: *gelak guling*
shedee: *gelak guling*

Wife-to-be

aku serious bosan. ni la tempat aku luahkan bosan + sedih + gembira. byk cerita gembira pon aku kurang cerita. tatau nape huk.

belajar-belajar jadi isteri solehah. susah nyah.

lately ni byk aku dengar/baca pasai isteri solehah. betapa perlunye jadi isteri yang dengar kata, taat, dulukan suami, berkorban, bersusah-payah, ceriakan suami, kongsi susah suami.

aku rasa aku belum sampai tahap tu. dan aku rasa kunci untuk segala di atas adalah = SABAR.

untung dapat suami penyabar. kalau tak.?

musti belajar lagi. hihi!!
carilah isteri yang sanggup basuh najis kita

- YM Tuan Syeikh Hj Md Radzi


simple does matter

always simple does matter. date belum confirm ye kawan-kawan. i just add this picts for my references. :)

cream + pink = soft and sweet

purple + white = attractive yet too common

cream + turqouise / white + turqouise = sweet and rare

white + red / red + black = unique yet no softness/sweet

i want white as the dominant color with colors pattern.

Dais:

tips dari aku (apply sket skill design)

kalau baju you full color = orange/purple/red cuba carik pelamin yg berlatarkan putih. off white. and bunge situ sana sini sama ngn color. jangan pilih pelamin full color jugak. kalau tak nampak anak mata je jap gi. =D

kalau baju white= dominant, pelamin boleh color2.

jangan pilih pelamin yg terlalu byk bunga gantung seperti rimba. nanti pengantin tenggelam.

wah aku cam da pandai sangat je ... kekeekekek


pelamin atas ni cun. simple. :)



The dress : sile pilih dress yg sesuai dengan body shape. :)



Dais Concept: suke concept memei walopon tak uske memei. so simple. sangat islamic :).



The Beads



my final idea for NIKAH

plain top dress. with simple touch of maniks.

and kain with simple lace.

because simplicity is SWEET

November 18, 2010

A millioanaire first love



watching it over and over again. mua favourite movie ....

Sabar

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

Ya Allah..lancar jari ini menaipkan sebuah pengalaman yg amat berharga dr seorang insan yg dipilih Allah utk berjumpa Nabi Muhammad s.a.w. melalui mimpi hari Khamis, 16 Rejab 1427H bersamaan 10 0gos 2006.

Nama yg dipilih oleh ayah beliau adalah Syamimi yg bermaksud 'kesayanganku', jua gelaran Nabi pada puteri kesayangan Baginda, Fatimah. Ketika khilaf memilih nama itu, ayah beliau mengharapkan mudah2an suatu hari nanti anaknya akan menjadi salah seorang mutiara kesayangan Rasulullah s.a.w. Alhamdulillah, doanya makbul selepas 23 tahun kelahiran anak sulungnya daripada 8 adik-beradik.

Al-Quran 30 juzuk terpelihara kemas dalam hatinya. Beliau menghabiskan masa 3 tahun utk menghafal 30 juzuk Kalamullah ketika berada di negeri kelahirannya. Beliau hafal sendiri utk memenuhi harapan ibu ayah yang mengharapkan ada dalam kalangan anak mereka menjadi seorang hafiz atau hafizah. Sebagai anak sulung, beliau mengambil tanggungjawab ini utk menjadi contoh kpd adik2 yg lain. Setiap hari beliau hafal 2 mukasurat Al-Quran dan tasmi' dgn ustaz di sebelah rumahnya. Sekarang beliau pelajar tahun 4 jurusan Undang-Undang Syariah di universiti ini.

Akak ni memang diuji dengan sakit yg tak tahu apa punca sejak lebih setahun yg lalu. Sakitnya rasa seperti ditikam-tikam dengan pisau di bahagian belakang tubuhnya, tambahan pula kaki yang sakit di bahagian lutut sejak 8 tahun lalu tidak pernah sembuh. Pernah satu ketika, selepas makan, beliau muntah bersama segumpal rambut dari kerongkongnya. Penderitaannya hanya Allah dan dia sendiri yang tahu. Sudah lama beliau tidak terdaya ke kelas kerana sakit itu membuatkan dia tidak dapat berdiri atau berjalan. Hilang selera makannya hingga badannya susut hampir 13 kg. Beliau hanya menggagahkan diri untuk pergi berwudhu' 2 hingga 3 kali sehari. Wudhu' itu dijaga sebaik mungkin untuk ibadah sepanjang hari.

Hari2 yang dilaluinya dipenuhi dgn membaca Al-Quran dan qiamullail sebagai pendinding daripada gangguan yg terus2an menyakiti diri. Diceritakan makhluk2 halus itu akan mengganggunya terutama pada waktu sebelum Subuh, Zuhur dan Maghrib. Beliau telah banyak berubat di merata tempat, berjumpa doktor2 pakar, malah ulama' yg faqih dalam ilmu perubatan islam serta akhir sekali bertemu sorang lecturer di sini. Tapi beliau hanya mampu bertahan. Pesan ustaznya, setiap kali beliau sakit, banyakkan baca Surah Al-Baqarah.

Pagi Khamis itu, beliau berniat utk hadir kuliyah sebab sudah terlalu lama tidak mampu ke kelas. Beliau bangun kira2 jam 4.30 pagi utk solat. Berbekalkan sedikit kekuatan yg digagahkan, beliau ke bilik air utk berwudhu' dgn memapah dinding dan segala apa yg mampu membantu beliau untuk berdiri. Habis berwudhu', beliau jatuh tersungkur, rasa seperti ada yg menolak keras dari belakang. Tika itu beliau sudah tidak mampu berdiri, justeru beliau merangkak ke bilik. Sampai saja di bilik, beliau ketuk pintu dan rebah di depan bilik tersebut. Disebabkan sakit yg mungkin dah tak tertanggung, dengan spontan beliau niatkan, "Ya Allah, kiranya mati itu baik untukku, aku redha, tapi kiranya Engkau ingin aku terus hidup, aku ingin dengar kata-kata semangat drpd Rasulullah s.a.w. sendiri.."

Kemudian beliau pengsan. Sahabat2 sebilik mengangkat beliau ke dalam biliknya dan di baringkan di sana . Waktu itu, sahabat2nya telah pun 'forward message' pd rakan2 yg lain agar dibacakan surah Yasin kerana beliau nampak sudah nazak. Malah mereka telah sedia dgn nombor2 ahli keluarganya utk dihubungi kiranya ada apa2 berlaku dengan izin Allah. Kira2 jam 11 pagi itulah, ketika tertidur dgn tenang dalam waktu qoilullah, beliau bermimpi. Beliau sedang terbaring dalam keadaan memakai telekung dgn tangannya diqiam seperti dalam solat di suatu tempat asing yang sangat cantik. Beliau terbaring di sebelah mimbar dan kelihatan banyak tiang di sekitarnya.

Tiba-tiba datang seorang Hamba Allah dgn wajah yang bercahaya dari arah depan dan berdiri hampir sekali, kira2 2 meter dari beliau. Wajahnya SubhanaLlah..indah sekali, tak dapat nak digambarkan. Beliau tertanya2, siapakah orang ini? cantik sekali kejadiannya dan hati beliau rasa sangat tenang dgn hanya melihat wajahnya. Dirasakan seluruh kesengsaraan yg ditanggung selama ini lenyap begitu sahaja. Kemudian, Hamba Allah itu mengatakan, "Assalamu'alaikum, ana Rasulullah.." Subhanallah..baginda Nabi rupanya! Nabi memakai jubah putih dan kain serban berwarna hijau di atas bahu baginda. Beliau nampak dgn jelas mata Baginda Nabi, janggut Baginda, rambut Baginda, kain serban di atas bahu Baginda dan tubuh Baginda. Kemudian Nabi katakan "Enti fil masjidi" (kamu sekarang berada di masjidku, Masjid Nabawi).. Allahuakbar!

Kemudian Baginda Nabi s.a.w. berkata: QalAllahuta' ala; "InnaAllahama' assobirin" (sesungguhnya Allah bersama orang2 yg sabar). Ketika mendengar suara Nabi mengalunkan Kalamullah, terasa bergema suara merdu Nabi di seluruh alam. Sememangnya Baginda sebaik-baik kejadian dan diciptakan dgn penuh kesempurnaan. Nabi katakan (dalam lughahl arab, tp diterjemahkan di sini) ; "Ya Syamimi, dengan berkat kesabaran enti, dgn sakit yg enti tanggung selama ini, dan dgn berkat Al-Quran yg enti pelihara di dlm hati, maka Allah bukakan hijab utk enti nampak ana.." Ketika Nabi menyebut Ya Syamimi, terlintas di hatinya "Ya Allah..Baginda kenal ummatnya!". Ya Rasulullah... Ketika itu, beliau dapat merasakan baiknya Allah, memberikan nikmat yg begitu besar buat dirinya.

Kemudian Nabi katakan lagi; "Sampaikan salamku buat sahabat2 seperjuangan Islam. InsyaAllah, kita semua akan berjumpa nanti.." Nabi s.a.w. kemudian melafazkan; "Ummati.. ummati..ummati..." dan beliau nampak jelas Nabi menangis saat itu. Beberapa titisan airmata Baginda yg suci mengalir utk ummat Baginda! Kemudian Baginda Nabi melangkah pergi. Beliau merintih, "Jangan pergi Ya Rasulullah.." tetapi Baginda tetap pergi. Subhanallah, walaupun kita tak pernah bersua dgn Nabi yg mulia, Baginda kenal dan sentiasa ingat akan ummatnya. Beliau sendiri tidak pasti, apakah Baginda menangis kerana rindu kepada ummatnya, atau mungkin saja baginda sedih dgn ummat akhir zaman ini? wallahua'lam...

Sedar daripada tidur yg amat indah pengisiannya itu, beliau masih dikelilingi oleh rakan2 yg turut terdengar rintihan beliau dalam tidurnya "Jangan pergi Ya Rasululah..." Beliau kemudian menceritakan kpd para sahabat tentang mimpinya sekaligus menyampaikan salam Rasulullah buat ummat Baginda. Semua yg mendengar menangis lantaran rindu pada Nabi. Rasa malu pada Nabi krn kita jarang2 ingat pada Baginda sedangkan kita amat terhutang budi padanya. Lebih2 lagi kita sedar bahawa hanya syafaat Bagindalah yg dikejar di akhirat kelak.

Ya Allah..ketika itu, tiada kata yg lebih tinggi drpd kalimah Alhamdulillah utk di rafa'kan pada Allah atas ni'mat yg begitu besar yg Allah berikan pada dirinya. Rasa tak layak dirinya menerima anugerah dgn ujian yg hanya sedikit berbanding insan2 yg lebih berat diuji oleh Allah. Kiranya ada kalimah pujian yg lebih tinggi dr Hamdalah, pasti akan beliau sebutkan buat Allah Yang Maha Kaya. Semuanya terangkum dalam Rahmat-Nya yg melimpah ruah. Rasa sakit masih menular di tubuhnya. Cuma kali ini dia bertekad tidak akan menangis lagi utk kesakitan ini.

Usai solat Zuhur, rasa sakit yg ditanggung makin hebat. Tak pernah beliau merasakan sakit yg sebegitu rupa. Terasa panas seluruh badan dan seluruh tubuhnya rasa ditikam pada setiap penjuru. Kalau dulu, beliau akan menangis dalam menghadapi kesakitan, namun pada waktu itu beliau pujuk diri utk tidak menangis. "Apa sangatlah sakit yg aku tanggung ini berbanding nikmat yg Allah telah bagi utk melihat Baginda Nabi s.a.w.."

Kemudian beliau tidur. Beliau terus rasakan berada di tempat tinggi, tempat yg biasa hadir sepanjang beliau menerima gangguan. Beliau katakan "Ya Allah, apa lagi yg hendak Engkau berikan buat hambamu yg hina ni, rasa malu sangat dengan-Mu Ya Allah..." Kemudian dgn izin Allah, datang empat orang yg berpakaian serba hijau. Salah seorang daripadanya mengatakan; "Assalamu'alaikum Ya Syamimi..Rasulullah s.a.w. sampaikan salam buatmu. Kami utusan Rasululah..Nahnu khulafa' ar-rasyidin. Ana Abu Bakr, ini Ummar Al-Khattab, Uthman bin 'affan dan Ali.." Subhanallah..Saidina Abu Bakr memperkenal dirinya dan ketiga2 sahabat yg mulia. Beliau nampak sendiri, Saidina Abu Bakr yg amat lembut perwatakannya, Saidina Ummar dgn wajah tegasnya, Saidina Uthman yg cantik sekali dan Saidina 'Ali yg agak kecil orangnya.

Para Sahabat mengatakan; "Kami diutuskan oleh baginda Nabi utk membantu enti.." Kemudian keempat2 mereka membacakan ayat 102 surah Al-Baqarah yg bermaksud:

"Dan mereka mengikuti apa yg dibaca oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman. Sulaiman itu tidak kafir tetapi syaitan-syaitan itulah yg kafir, mereka mengajarkan sihir pada manusia dan apa yg diturunkan pada 2 malaikat di negeri Babylon iaitu Harut dan Marut. Padahal keduanya tidak mengajarkan sesuatu kepada seseorang sebelum mengatakan 'sesungguhnya kami hanyalah cubaan (bagimu) sebab itu janganlah kafir.' Maka mereka mempelajari dari keduanya (malaikat itu) apa yang (dapat) memisahkan antara seorang (suami) denagn isterinya. Mereka tidak akan dapat mencelakakan seseorang dgn sihirnya kecuali dengan izin Allah. Mereka mempelajari sesuatu yang mencelakakan, dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan sungguh, mereka sudah tahu, barang siapa membeli (menggunakan sihir) itu, nescaya tidak akan mendapat keuntungan di akhirat. Dan sungguh, sangatlah buruk perbuatan mereka yang menjual dirinya dgn sihir, sekiranya mereka tahu.."
Selesai membaca ayat itu, para sahabat Nabi menghembus pada makhluk2 yang sedang mengganggu beliau dan mereka semua hancur terbakar. Subhanallah..waktu itu terus terasa seolah2 tubuhnya yg sakit dahulu ditukarkan Allah s.w.t. dgn tubuh yg baru. Hilang segala kesakitan yg setahun lebih ditanggung beliau dgn sabar. Saidina Abu Bakr mengatakan; "Inilah ganjaran besar dari Allah buat orang-orang yang sabar.." Kemudian, para sahabat Nabi yg mulia pun pergi meninggalkannya.


Selesai mimpi indah yg kedua ini, beliau bangun dr tidur dan terus duduk. Rakan2 sebilik pelik, kenapa beliau dapat bangun dan duduk dgn mudah . Kemudian sahabat2nya itu menyuruh beliau bangun berdiri dan alhamduliLlah..dgn mudah beliau bangun berdiri dan berjalan d sekitar bilik. "Ya Allah, penyakit ana dah sembuh.." Semua sahabat yang ada di situ bergembira dan menangis. Kemudian beliau segera ke bilik air untuk berwudhu'. Dengan tubuh yang 'baru', beliau sujud syukur pada Allah s.w.t. "Ya Allah, kiranya di beri tempoh sujud 100 tahun pun belum dapat diriku menjadi hamba-Mu yg bersyukur atas nikmat yg telah Engkau berikan.."

Beliau berpesan pada kami; "Adik-adik, wajarlah para sahabat Nabi yang mulia sanggup mati demi mempertahankan Baginda. Akak yang diberi rezeki melihat Nabi tak sampai pun 5 minit dah rasa tak sanggup berpisah dengannya. Kalau boleh, nak duduk je di bilik untuk beribadah pada Allah dan mengenang wajah Nabi yg mulia. Tapi menyedari banyak lagi taklifan dan tanggungjawab kita atas muka bumi Allah ini, maka hidup mesti diteruskan. Sekarang ini hati akak tenang sangat..kalau boleh, nak je akak pinjamkan hati ni walau hanya sesaat agar adik2 dapat merasakan betapa beningnya hati ini. Tapi itu tak mungkin kan , mungkin ini bahagian akak, bahagian kalian? Hanya Pemiliknya Yang Maha Tahu. Akhir sekali akak ingin katakan, tak rugi kita bersabar..."

pengajaran:

- hikmah org bersabar. besar tu~ ni yg kita nmpk. yg tak?

dugaan

gantikanlah kesusahnmu/musibah itu dgn kegembiraan atas suatu ganti atau hadiah yg akan Dia berikan akan datang, yang tidak kita ketahui, Itu janji Nya. Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yg sabar~

November 16, 2010

sabtu+ahad

Sabtu & Ahad

2 hari bersama abah.

sabtu: breakfast di wangsa maju, ke Great eastern, ke hospital, ke KLIA, ke kampung baru for dinner.

and the whole day dia belanja kami dua.

ahad: bersama dia jugak. yg best bersama dia banyak input dia kasi. banyak la refreshment kat otak.

pasal aurat, pasal solat, pasal adab, pasal guru...

seronok walau pon amat exhausted. and aku batuk teruk sebab last night overnight kat hospital. air cond sejuk beku + pesakit.

dia yg jaga suruh makan itu ini. ^^

sabtu:

me: b, jom tengok movie malam ni.

abah terdengar. and dia p cakap kat faiz.

abah: kau nak kene maki ko pegi la tengok, nenek sakit sakit ni ko nak tengok mwayang.

aku : erk. terkedu. kalau tengah minom air mesti tersedak. hoho

er, raya? er, demam? er, busy? er, none

3.48pm. takde mood nak keje. ofis dah kosong. smua pakat balik raya.

pakai headphone, dengar-dengar lagu m nasiaq.

lately ni busy. weekend tak balik rumah. 1 hari overnight di hospital. 1 hari bersama abah. kebetulan aku batuk teruk. abah jage. best .. ^^!
"Jika Allah membuka hijab kepada hamba hambanya mengapa tidak dimakbulkan doanya, hamba-hambanya itu akan bersetuju mengapa doanya itu tidak dimakbulkan"

huk~~ i ve something to say , tapi dah hilang semua rangka dalam paler. tak di izinkan.

selamat hari raya~

November 11, 2010

terkilan. amat

Sudah seminggu nenek di hospital.

one week before, aku ke rumah nenek, ambik baju-baju dia. Dia pon seronok amat lantas suruh aku test 2 helai baju favourite dia and arwah.

aku try merah. dia amat suka. cantik kata dia, cuma kurus sikit. ulang kali dia cakap, suka sangat.

cantik, dah macam jahit untuk dia, boleh buat baju kahwin dah ni.

aku try lagi satu, muat muat jugak. respond yang sama dari nenek. tapi nenek cakap

hak yang merah tadi lagi lawa...

nenek petah. sangat peramah. semua org senang dengan nenek.

seblum balik aku peluk dia kuat-kuat.

me: nek... datang ye khamis ni..
nenek: insya Allah .. doa lah nenek sihat ..

Khamis


aku "dapat" baju 2nd choclate. dapat baju aku jumpa nenek.

nenek: awat tak ambik hak merah. makteh lagi suka hak tu. padan. cantik.
me: takpa lah nek, yng ni pon cantik. arwah pun suka kan?


sampai kan pada abah pun dia ckp suka aku pakai yg merah. untuk menjaga hati, abah pun arrange agar aku dapat yg merah suka sama suka dengan yg choclate. sebab nenek dah sebut2.


borak-borak dengan nenek. urut-urut nenek.

nenek: dah macam mak ngn anak dah ngn hang nih .. "dia tepuk paha aku"
nenek: paksu maksu takdak malam jumaat & malam sabtu. mai la umah teman nenek.
me: boleh nek... nanti sy tanya faiz. nenek nak kami datang hari apa?
nenek: mai haghi sabtu malam la ..

nenek borak sakan malam tu.

malam jumaat- cuti


Faiz telefon nenek. nenek ada kat taman melawati.  seronok berjalan kat sana. semangat. excited.  macam dah tau dia akan sakit.

mula nya kami plan nak p taman melwati, sebabkan keadaan tak mengizinkan kami cancel -

cik saad beriya ajak datang untuk borak.
nenek pon tanya tak mai sana ka malam tu .. faiz jawab .. kami teman nenek tido ye malam esok.

nenek semangat. semua org dia bagitau kami tido sana.

esok nya, jumaat. hajat nak p breakfast and training. tiba tiba dapat call dari ayah angkat ku.

abah: mailal. nenek sakit teruk ni. dah tak kenal orang. kalau boleh mailal datang ye.

*aku sentap* semalam kan dia dok elok borak ramai2.

aku and faiz rushing. sampai umah nenek, tengok nenek dalam bilik.

meruntun hati, beliau yg amat petah bercakap, tiba-tiba tengok terbaring lemah, cakap pun tak berapa clear.

aku urut kepala nenek. kurang 5 minit aku ansur. tak tahan tengok nenek. sedih.

aku jumpa pakcik: nenek berapa kali cakap hang n faiz mai tido umah.
me: alahai. lemah hati...


nenek, betapa kami terkilan, tak dapat teman nenek malam sabtu.
betapa kami terkilan tak datang malam jumaat tu. kalau datang boleh borak puas2 dengan nenek.
sedih. nenek dah ajak sejak puasa tido umah dia.
sedih, time dia sihat, aku tak tido umah dia.

aku benar2 terkilan... terkilan sampai hati aku bergetar bila fikir.
aku dah pack barang hari jumaat nak tido umah nenek...

aku doakan nenek pulih. nenek dapat pandang kami macam selalu. nenek borak macam dulu.

Task Nov 10


  1. Seluar Latihan

  2. Sijil Convocation

  3. Adat Istiadat Convocation documentation

  4. Khutbun Nubuwwah

sod.ba.rho


Sabar.
“Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar

(surah al-Baqarah, ayat 153)

sebenarnya , sabar nih simple jer jika benar faham.
sebenarnya dugaan tu simple jer jika benar faham,
kalau benar faham, kita akan risau kalau idup senang tanpa dugaan.

bila kau di uji dugaan, kau sabar, tanpa sebarang keluhan, ALLAH bersama kamu.
dan bila ALLAH beri ujian berturut-turut, berkali-kali, tidak patutkah kita bersyukur, kerana ALLAH ingin bersama mu.
Jika tidak kenapa Dia pilih kita utk di uji, dan sabar bila diuji.

simple bukan? Allah bersama orang-orang yang sabar.
tidak cukup kah lagi? Pencipta Mu yang MAHA BERKUASA  bersama mu apabila kamu sabar.
apa lagi yg kamu mahu , Tuhan Mu, bersama mu apabila kamu sabar.

November 9, 2010

Technology yg tak berapa nak pandai

seperti yg semua sedia maklum. Cyberjaya adalah bandar pintar pertama di Malaysia.

Kononnya, nak jimat electricity, management install movement detector dalam toilet. detector tu detect movement baru otomatically light on.

MOVEMENT OKEH!!!!!!!

dulu aku bukak pintu toilet sikit je, tapi sekarang kene bukak lebar2 sampai detector tu detect movement pintu. bayangkan. pintu sama berat ngn aku.

lepas tu dalam toilet tu ade la 2 cubicle comel, masuk dalam tu nak buat *project* , ade lagi satu detector. aku cam kene buat exercise pintu, bukak tutup banyak kali kalau nak detector tu detect. baru light on. erghhhhh...

lepas tu pulak. kot la kan kene diarrhea.. dok lamaaa tak gerak, dia p switch off otomatically.....

PINTAR KE PANDIR?????

November 8, 2010

Aku da amek Sijil Rendah Persilatan :)

punyelah aku struggle submit form under MMU. (sebab kalau submit under Ibu pejabat diorang letak last), diorang tapis jugak p letak antara yg last akan di panggil.

sementara tunggu luar dewan, dok dengar suara org jerit2 ... macam kene torchure kat dalam dewan. senak perot aku.

tiba tiba nampak plak kete swift biru.

Allah.. YM datang kaaaa...

he wished me the other night: semuga berjaya, nanti abg md turun jadi tester..

me: haaaaaaaaaaa? tayah la abg md...

him: heheeh... xpe, nanti abg md turun tengok.

me: lagi laaaa lupe semua buah jap gi abg md.. huhuuh

him: nanti mintak abg md ayat ye...

alhamdulillah dapat ayat. memang hilang gerun time tu. sebelum tu rasa nak lari balik rumah dah.

makin lama makin kurang orang dah masuk dewan. last2 tinggai aku sorang pompwan.

sudah. diorang ni mmg nak letak last ke?

tiba tiba nama aku dipanggil.

masuk je hall, diorang tunjuk counter... semua dok jengah muka .. haaaa mailalll ..

yang mane tengah test org lain , terus p counter aku. memang cuak.

aku dok tengah counter, satu kumpulan org pakai uniform biru dok keliling.. kerumun..... saikooo.

dah nak start baru diorang ke tepi. warghhh...

1. buah jatuh.

alhamdulillah ingat semua buah.

2. buah potong.

alhamdulillah dapat potong semua

3. cekak menanti.

pergh. org pertama attack aku shidi. dia tunjal kepala, sampai ari ni sakit. bile dah amek buah, aku rasa nak *makan* beliau cukup2. yg lain semua tukang tambah kuah. "makan dia makannnn"

3 lagi serangan untuk cekak menanti. semua aku *makan* cukup2 sebab panic, & geram diorang p keraskan badan. tukang sorak suh makan pon ramai. huhuhuhu

4. cekak menyerang ..

eh kejap je dah sampai cekak menyerang?

alhamdulillah semua boleh amek. ade petua dapat dari somebody. sebab tu senang sket kot :D..

semua sorak "tumbok muka dia tumbok..."... aku tengok tester pon da tersengih sengih. buat lawak betul penonton nih.

habisss... dan papaan sekeping. habis lah penanti suatu penyiksaaan aku. abessssssssss. yihaaa

November 3, 2010

November 2, 2010

November 10


tidak dapat aku pegun masa
cuma dapat melajukan langkah
mengejar masa yg hujung nya hanya satu
pohonku jalan ku di beri petunjuk
petunjuk dari Mu yang Maha Mendengar
kurniakan aku sabar atas setiap sesuatu
kurniakan aku kekuatan untuk sabar itu
jangan lupakan aku pd sesuatu yg baik
jadikan lah pengakhiran ku nanti,
pengakhiran yang baik.


ya Allah ya Rahman


sungguh, tiada dapat aku lihat kebaikan aku lakukan sepanjang tahun
hanya Engkau lah Maha Mengetahui sesuatu yg tersembunyi
Janganlah Kau tunjukkan aku sesuatu yg tidak Engkau sukai
dan janganlah Kau sembunyi kan sesuatu yg Engkau sukai.


ya  Qahhar ya Wahhab


sesungguhnya telah kau tulis segalanya dalam bukuku,
jodoh, ajal, maut, musibah,
janganlah ya Allah kau catitkan pengakhiran yang buruk.
Tunjukkanlah aku tunjang keyakinan,
Tunjukkanlah aku akar ikhlas,
Tunjukkan aku ihsan,
kerana tidak aku jumpa sesuatu jalan melainkan dengan petunjukMu ya Hafiz


ya Mu'id


jika kau takdirkan satu masa Kau ambil kembali apa yg telah dipinjamkan
Teguhkanlah hatiku melaluinya,
Kerana tidak aku kenal sabar tanpa musibah
Tidak aku kenal pergantungan tanpa asakan
Tidak aku dekat pada Mu tanpa dugaan.


ya Hamid,


Telah kau ciptakan Nabi Muhammad sebagai kekasihMu,
Semulia mulia ciptaanMu,
tambahkan lah rasa kasih dan sayang ku pada baginda SAW
keluarga baginda
sahabat-sahabat baginda
juga kepada mereka yg mencitai baginda.


ya Ghaffur,


Ampunkan lah dosa kedua ibu bapa ku.
Dan kau tumpang lah rasa "susah" mereka padaku.
Tenangkan lah setiap detik jantung mereka.
Sejahterakanlah mereka


ya Samad,


Ampunilah dosa guruku.
Kurniakanlah kesenangan pada beliau.
dan syukur aku ditemukan bersama beliau
solatku, adabku,hormatku, kasih pada baginda
beliaulah yg mengajarnya.


Ampunilah hambaMu,
ampunilah dosaku.
ampunilah dosaku.
Tiada tempat aku mengadu selain darimu.
Namun, hanya Engkaulah sebaik baik pergantungan.


"Allahumma ya muqallibal qulub, tsabit qulubana 'ala diinik wa 'ala ta 'atiq"


~jintanmanis~

Condolence

takziah buat elma.

semoga dipinjamkan kekuatan atas kehilangan kucing tersayang.

link within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...