December 30, 2010

sangap menanti belah

semalam, aku doa mesia menang. agar aku dapat cuti hari nih..

arikian cuti di anjak ke jumaat. tak ke kurnia tu? :D.

esok dah ready jadual perjalanan hidup. susun susun .. stepler kan.

aku ngantok lah... semalam balik sampai rumah kol 230 am. soo00Oooo sleepy.

ahaks?

aku rindu sesuatu la. apa dia?

***



sementelahan berlakunya kemelut yang terasa berat tidak terdaya. dan alangkah rugi jika putus asa di ajukan sebagai penyelesaiannya

Selawat pelindung diri

tawassalna bi bismillah
wa bil hadi rasulillah[2X]
wa kulli 'arifin billah
wa ahlillahi ya allah[2X]


ya allah
syumusilhuda
shuyukhil waraa
nujuu min nada [2x]
bihinnas lamu min kulli aza
bi qadrillahi ya allah


"Kami bertawassul dengan nama Allah


dan dengan petunjuk Rasulullah


dan setiap orang yang arif mengenai Allah


dan ahli Allah,Ya Allah.


Ya Allah!


Dengan perantaraan kaum yang mulia,cahaya hidayah,dengan perantaraan amalan kebaikan mereka,kami selamat dari setiap malapetaka dengan kekuatanMu,ya Allah"


Fadhilatnya:Barangsiapa banyak membaca selawat ini setiap hari akan memperolehi keselamatan dan pertolongan Allah dengan wasilah/perantaraan Nabi Muhammad saw.

December 29, 2010

Sharing is Caring katanya. :)


1. Madu.


tahun 2011 azam untuk kesihatan~ istiqamah dalam pemakanan madu. Cuba niatkan kerana sunnah nabi dan al-Quran.


Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa minum madu setiap bulan dengan niat melakukan nasihat Al-Quran, maka Allah SWT akan menyembuhkannya dari 77 penyakit".




Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa ingin memiliki hafalan yang kuat hendaklah dia meminum madu".


Dari Imam Ja'far Ash-Shadiq, beliau berkata: "Biasakanlah dirimu memperoleh dua ubat iaitu meminum madu dan membaca Al-Quran".



Nabi Muhammad SAW bersabda: "Sebaik-baik minuman ialah madu kerana dia dapat mengkonsentrasikan hati dan menghilangkan dingin yang ada di dalam dada".


Nabi Muhammad SAW bersabda: "Allah SWT telah meletakkan berkat di dalam madu dan menjadikannya sebagai ubat dari rasa nyeri, dan madu telah didoakan oleh 70 Nabi".



Dari Imam Ali, beliau berkata: "Madu adalah ubat dari segala penyakit, tiada penyakit di dalamnya, ia dapat menghilangkan lendir dan membersihkan hati".


Dari Imam Ja'far Ash-Shadiq, beliau berkata: "Rasul SAW sangat menyenangi madu".


2.Toksin



guru aku selalu cakap. badan kita ni toksin susah nak buang. Dia tak penah tinggal ubat homepathy. so amalkan makan homepathy, murah je pon tak mahal ... mintak kat doc homepathy ubat toksin.

Dia cakap dalam badan kita- perut, walau 20-30 tahun pon "najis-najis" tak semestinya di buang sepenuhnya.

December 28, 2010

Hati

ya Allah, lindungilah hatiku,

peliharalah hatiku,

kerana Engkau yang membolak balikkan hati,

dan kepada Engkaulah aku pohon agar ia diberi jalan yang lurus.

aku takut akhirnya kesudahan hayyatku.

janganlah Engkau jadikan ia kesudahan yang tidak baik.

Pengakhiran aku hanya satu.

Kurniakanlah aku jalan yang betul.

Tetapkan lah aku dalam agamaMu.

Di jalan Nabi KekasihMu,

Di jalan Guru ku yang mengingatkan aku pada jalan yang benar.

aku takut kehilangan itu.

peliharalah hati ku.

dan aku letakkan ia sepenuhnya dalam penjagaanMu

December 27, 2010

Bahasa Terindah

Set mood.

dengar clip ni pukul 1-2 pagi.

pandang langit.

feel it. confirm nangis! ~

^^. my favourite song.

lagu melayu

nyanyi-nyanyi lagu SM salim on the way balik rumah. tiba2. dengan lenggok lagu ala sm salim dia nyanyi

bunga selasih di tanam orang

dipetik satu di buat pinggan...

nasi segenggam lauk segantang

makan setangan terasa kenyang.

--------------------


aku... err.. bunga selasih dibuat pinggan? main petikkkkkkkkkkkk jeeeeeeee

December 24, 2010

ketepikan Facebook.

quick tutorial. katanya. anda penah tak fening + tak kuasa dengan fb notification. sila lihat image di bawah utk cara-cara sort-your-fb-notification. (agak2 org google jumpe tak keyword ni ^^)

1. Click fb notification anda. Notes: kene pilih different notification and direct to the particular folder. ex: fb photo tagging notification, facebook message notification, facebook invitation noti, facebook comment status.. etc. so buat satu satu ye.



2. pi kat action, click filer email like this



3. select folder yg nak di sumbat.



Notes: Click gambar utk besar munyaaa

and tadaaaaaaaaaaa.... email anda akan bersih dari FB notification yg menyemakkan.!!!!

how do you like this tips? :P~

Abah

rindu kat abah sorang nih,

aku rindu lepak seharian dengan dia.

aku rindu dia buli faiz bile kitorang keluar sekali.

aku rindu dia buat lawak.

aku rindu dia cerita-cerita.

dulu pernah aku demam, dia jage aku. siap selimut, bg makan ubat, buatkan food.

kalau fikir balik, aku pon tak tau camne leh jadi anak angkat dia.

aku ingat dia gurau, sampai satu hari, faiz ckp, dah satu JB dia bitau aku ank angkat dia.

rindu dia.



p/s: tu bukn seluar silat. dia pakai track color same. ble ke? ahaha



December 23, 2010

ketuk-ketuk dinding hati

satu hari nanti,

kalau hati betul2 tersungkur. lembik,

cuba ambik wudhuk. solat.

lepas solat, cuba rendah kan hati . sehina hati sehina diri.

pasang niat,

ya Allah . kenapa aku rasa begini begini,

cuba mengadu,

tenangkan hati, bukak quran secara random.

akan jumpe satu ayat, jawapan dari Allah.

bukankah Quran itu sendiri mukjizat?

p/s: aku mungkin akan private entry ni later :)

December 22, 2010

terima kasih katanya

terima kasih yg sudi ziarah blog ni. aku tau 2-3 org je. sape yg bace blog aku mmg ble dikatekan rapat sbb tk ramai yg tau.

2011 lagi 2 minggu. cepatnye?

patut nya doa November 10 ni aku buat awal 2011. tp biasalah. otak ni kalau dia tade idea cubit pakse pakse pon takde ayat nak keluar.

anyway. terima kasih sesiapa yg bace... sampai ade yg print letak kat office. huk terharu...

all the best...

December 21, 2010

Soalan

Soalan sesorang buat aku tersentak.
Awak belajar hikam ke?

Mystatusinayear2010



haks. boleh ke aku baca page by page? giler ke? okey ni i like. bagus budak fb nih leh grab archive.

snooker. ke?



ha. ni la hobby aku kat office. pi merayau kat tempat org.tibe tibe terlihat satu kotak pin berwarna warna. aku susun susun la buat pyramid. tibe tibe jadi macam snooker yg comel plak.

^^

December 20, 2010

Hobby- collect buku kosong

aku ada 4-5 buku yg design cantik2. tapi aku tulis dalam 2-3 muka surat je. lepas tu aku letak tepi, carik buku buruk2.

tunang aku sungguh mengenali diri ini dan sangat pantang kalau aku kat kedai buku.

me: b, nk beli buuuuuu...

him: tapayahhhhhh..

me: tapi RM2.00 jeeeeeee

him: tapayaaaaaaaaahhhhh... you beli u guna 2-3 lai u tak pakai dah!!!


me: :(

sampai la satu hari ni aku p jalan2 kat mall sorang2. beli buku indah nih. refer gambar.


after 2 week baru dia perasan. tu pon aku suh dia pegang sat. sebab nak byr parking tiket. sambil2 bayar.

him: bile beli ni.

me: *senyap* - pura pura busy masukkan duit


him: bile beli nih?

me: lame dahhhh. sejak tak kenal u .. (oh giler bohong. .. hahahaa)

dia pon pass balik buku tu... pheeewwww.. sebaik tak marah.

ari esoknye---------

pagi ni aku kat office. selak2 buku tu.

p/s:oh! hobby aku kalau ade buku, first page aku kosongkan. second page aku letak signature.

tiba2 aku jumpe menda nih kat first page.


Terjemahan: bila beli ni? - Faiz


hahahaahahahahaha. dia p tulih kat first page lak tuuu...oh kalau jadi isteri dosa sudahhhh =P~

2011-tahun memberi


okey, jom ramai ramai buat lifetime investment.


http://rumahanakyatim.com/


sile pilih nak derma yg mane .. ^^

December 18, 2010

Smurf


Addicted to Smurf Village



Kebun, tanam carrot.



Taman Perumahan - Taman Smurf Indah

December 17, 2010

Restart

kalau la boleh restart, reformat otak & badan ni kan best.

December 16, 2010

rabiah adawiyah

okey. dah rasa diri cukup perfect utk dapat kecintaan Allah? belum lagi. rabiatul adawiyah - wali Allah dari kalangan wanita berusaha mendapatkannya.

Kunci, hinakan diri. rasakan diri byk dosa.sabar atas permulaan sesuatu musibah.

----------------------------------

Rintihan Rabi’ah sewaktu kesunyian di ketenangan malam ketika bermunajat kepada Allah:

“Ya Allah, ya Tuhanku. Aku berlindung diri kepada Engkau daripada
segala yang ada yang boleh memesongkan diri daripada-Mu, daripada
segala pendinding yang boleh mendinding antara aku dengan Engkau!


“Tuhanku! bintang-bintang telah menjelma indah, mata telah tidur
nyenyak, semua pemilik telah menutup pintunya dan inilah dudukku di
hadapan-Mu.


“Tuhanku! Tiada kudengar suara binatang yang mengaum, tiada desiran
pohon yang bergeser, tiada desiran air yang mengalir, tiada siulan
burung yang menyanyi, tiada nikmatnya teduhan yang melindungi, tiada
tiupan angin yang nyaman, tiada dentuman guruh yang menakutkan
melainkan aku dapati semua itu menjadi bukti keEsaan-Mu dan
menunjukkan tiada sesuatu yang menyamai-Mu.


“Sekelian manusia telah tidur dan semua orang telah lalai dengan asyik
maksyuknya. Yang tinggal hanya Rabi’ah yang banyak kesalahan di
hadapan-Mu. Maka moga-moga Engkau berikan suatu pandangan kepadanya
yang akan menahannya daripada tidur supaya dia dapat berkhidmat
kepada-Mu.”


Raungan Rabiah memohon belas ihsan Allah SWT:

“Tuhanku! Engkau akan mendekatkan orang yang dekat di dalam kesunyian
kepada keagungan-Mu. Semua ikan di laut bertasbih di dalam lautan yang
mendalam dan kerana kebesaran kesucian-Mu, ombak di laut bertepukan.
Engkaulah Tuhan yang sujud kepada-Nya malam yang gelap, siang yang
terang, falak yang bulat, bulan yang menerangi, bintang yang
berkerdipan dan setiap sesuatu di sisi-Mu dengan takdir sebab
Engkaulah Tuhan Yang Maha Tinggi lagi Maha Perkasa.”


Setiap malam begitulah keadaan Rabi’ah. Apabila fajar menyinsing,
Rabi’ah terus juga bermunajat dengan ungkapan seperti:


“Wahai Tuhanku! Malam yang akan pergi dan siang pula akan mengganti.
Wahai malangnya diri! Apakah Engkau akan menerima malamku ini supaya
aku berasa bahagia ataupun Engkau akan menolaknya maka aku diberikan
takziah? Demi kemuliaan-Mu, jadikanlah caraku ini kekal selama Engkau
menghidupkan aku dan bantulah aku di atasnya. Demi kemuliaan-Mu, jika
Engkau menghalauku daripada pintu-Mu itu, nescaya aku akan tetap tidak
bergerak juga dari situ disebabkan hatiku sangat cinta kepada-Mu.”


Seperkara menarik tentang diri Rabi’ah ialah dia menolak lamaran untuk
berkahwin dengan alasan:


“Perkahwinan itu memang perlu bagi sesiapa yang mempunyai pilihan.
Adapun aku tiada mempunyai pilihan untuk diriku. Aku adalah milik
Tuhanku dan di bawah perintah-Nya. Aku tidak mempunyai apa-apa pun.”


Rabi’ah seolah-olah tidak mengenali yang lain daripada Allah. Oleh itu
dia terus-menerus mencintai Allah semata-mata. Dia tidak mempunyai
tujuan lain kecuali untuk mencapai keredaan Allah. Rabi’ah telah
mempertalikan akalnya, pemikirannya dan perasaannya hanya kepada
akhirat semata-mata. Dia sentiasa meletakkan kain kapannya di
hadapannya dan sentiasa membelek-beleknya setiap hari.


Selama 30 tahun dia terus-menerus mengulangi kata-kata ini dalam sembahyangnya:

“Ya Tuhanku! Tenggelamkanlah aku di dalam kecintaan-Mu supaya tiada
suatupun yang dapat memalingkan aku daripada-Mu.”


Antara syairnya yang masyhur berbunyi:

“Kekasihku tiada menyamai kekasih lain biar bagaimanapun, Tiada selain
Dia di dalam hatiku mempunyai tempat manapun, Kekasihku ghaib daripada
penglihatanku dan peribadiku sekalipun, Akan tetapi Dia tidak pernah
ghaib di dalam hatiku walau sedetik pun.”


Rabi’ah telah membentuk satu cara yang luar biasa di dalam mencintai
Allah. Dia menjadikan kecintaan pada Ilahi itu sebagai satu cara untuk
membersihkan hati dan jiwa. Dia memulakan fahaman dengan
menanamkan rasa takut kepada kemurkaan Allah seperti yang pernah
diluahkannya:


“Wahai Tuhanku! Apakah Engkau akan membakar dengan api hati yang
mencintai-Mu dan lisan yang menyebut-Mu dan hamba yang takut
kepada-Mu?”


Kecintaan Rabi’ah kepada Allah berjaya melewati pengharapan untuk
beroleh syurga Allah semata-mata.

December 15, 2010

from him~

Buat penemanku, yg meredup mata pd sejuknya pandangan, peneman jiwa yg sntiasa disisi, kasih hatiku Mailal Hayati..

Hajat ini menzahirkn ucap rasa trima kasih yg plg tinggi dgn sulaman sayang dr hati ini utkmu wahai sepaling sahabat.. Yg tidak pernah putus asa, yg paling penyabar dlm dugaan, yg plg byk bkongsi susah hidup, yg paling tabah, yg paling tabah, yg paling tabah..

Wallahi, sungguh, Sedih mengingat perit dugaan & pengorbananmu, bergenang mengingt apakah masih ada lagi jasad mu pd dugaan akn dtg.

Demi Allah, engkau lh wahai kekasih, yg paling membenar & paling mnduduki ats namamu, Perjalanan Hidup..

~tinta airmata insan~



oh! aku nangis baca nih! huhu~


December 14, 2010

ar ra'd ayat 24

lepas solat, aku termenung, sedih jugak apa yg berlaku.

aku bukak quran, pasang niat utk jumpe ayat yg menenangkan aku. ayat yg bagi jawapan utk aku.

aku bukak dapat surah ar ra'd ayat 19. menangis aku baca terkenang rahman Nya
Salaamun alaikum bima shabartum

-keselamatan atasmu berkat kesabaranmu.

Allah kasihkan hambaNya. terbukti dengan kalam yg Dia turunkan. miracle bagi aku. subhanallah.

ketenangan

Ya Allah,

kegembiraan aku ini kepunyaanMu

ketenangan aku ini kepunyaanMu

kasih aku ini kepunyaanMu

nafas aku ini kepunyaanMu

kesedihan aku ini kepunyaanMu

kesusahan aku ini kepunyaanMu

kekuatan aku ini kepunyaanMu

hayyat aku ini kepunyaanMu

dan hanya padaMu hati aku tunduk,
dan hanya padaMu aku mengadu dan menceritakan segala kabar.

kasihku hanya untukMu, dan untuk hamba2 yg mencintaiMu, dan sesungguhnya kasih aku sendiri kepunyaanMu

Allahumma ya muqallibal qulub, tsabbit qulubana ala diynik,
wa ya musarrifal qulub, sarrif qulubana ala thaatik.

SMS

cukup dah, katanya :)

aku down 2 hari nih. hari ni dapat SMS dari org yg amat aku kasihi. terima kasih sangat~

terus tenang!

gembira + seronok!!!!

December 13, 2010

December 10, 2010

pinjaman sementara

pinj

Tuhan kaya aku miskin

Tuhan kaya, aku miskin

0912~victory

borak-borak dengan 2 beradik (2 months ago)

ika: kak, bila nak abes ek kes

me: tatau la ika, tengok hakim la

yui: yui kan sebenarnye dah tak sampai hati tengok abah dok situ je tiap2 kali. nak nangis jek.

me: *diam*

ika: kak, sian ayah kan

me:*diam*

ika: bwg, mlm tadi ika mimpi, ade tangan tarik ika, tapi tak sempat , ika jerit panggil mak. abah datang kat ika, abah cakap.

"sian ika, sebab abah ika jadi camni,"

me: *sebak*

yui: yui sian tengok mak.

aku tak sampai ati nak cakap ape ape.

me: korang sabar la byk2. insya allah dah nak abes dah ni. tengok pon macam kita lagi strong.

and that day dalam court. aku masuk berhimpit. seketul je aku kat tepi tu. pompwan.

hakim: dengan ini didapati encik ** **** didapati tidak bersalah ....

aku tak sempat dengar abes terus aku meluru keluar carik sesape yg dapat aku pelowkkkkk. sedih. aku baru 2 tahun dlm ni, aku da rasa betapa susahnye dugaan ni, ni kan pulak family dia yg 4 tahun tanggung,

aku carik yui, pelok dia kuat-kuat. melambak2 la menangis. lagi2 si yui yg sangat soft hearted. then aku carik kak ita, peluk dia kuat-kuat

ps: dialogue di ubah suai. tak ingat semua kot. huhu

December 8, 2010

telinga

okey. dah 3 kali aku bangun n tido balik sebab taleh tido.  golek kiri dan kanan toksah ckp.

excited kot!!

awal pagi kami bangun terpacak kat klcc. terima kasih kat dia byk menggembirakan atiku.

lewat petang~

me: lapar la plak, tapi tadi dah makan...

dia: *senyap*

me: makan ape ek tengahari tadi?

dia: *senyap*

me: oh. MAKAN tak abes.

dia*gelak*

oh telinga plak----

pagi pagi bangun dari tido mesti telinga aku sakit. tak kanan, kiri. pelik gak. nak kate sengal sengal takde plak training gune telinga.

tadi golek2 baru aku perasan, telinga aku "suke" terlipat kalau ngereng kepala.

sama ada telinga aku lembut atau telinga aku capang.

December 7, 2010

One Cycle Ends, Another Begins II

for 1432H

ya Allah, aku redha dengan apa yg bakal Engkau berikan akan datang.

kurniakanlah aku petunjuk seperti orang yg beriman sebelum ku.
perbaikilah peribadi ku, imanku,
kurniakanlah dan tambahkan lah cintaku pada Mu dan hamba2 yg mencintaiMu
kurniakanlah dan tambahkan lah cintaku pada kekasihMu dan hamba2 yg mencintainya.

aku bermohon pada mu kebaikan, dan dekatkan lah aku kepada nya sama ada dari segi perbuatan atau percakapan,
dan aku berlindung kepadaMu dari kejahatan, dan jauhkanlah aku daripadanya sama ada dari segi perbuatan atau percakapan,

kurniakanlah aku kefahaman tentang agamaMu,

tiada aku faham tanpa izinMu, tiada aku dapat satu kebaikan tanpa izinMu,

kurniakanlah aku hati dan akal yg faham tiada satu pun milik ku walau sebesar zarah melainkan Engkau Pemilik segala sesuatu.

ampunilah aku yg lepas, sesungguhnya kasih sayang Mu lebih besar dari kemurkaan Mu,

hanya Engkau tempat aku mengadu, dan syukur ku atas segala sesuatu yg Engkau pinjamkan sama ada yg telah lepas atau akan datang.

-jintanmanis 1 Muharram 1432H


December 6, 2010

Doa akhir tahun + Doa awal tahun

Doa akhir tahun


Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib  pada akhir bulan Zulhijjah.




Maksudnya:


Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.


Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.


Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.


*****



Doa Awal Tahun


Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram.



Maksudnya:


Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.


Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.


Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.

khat~ ^^


in the making

one cycle ends, another begins


salam hijrah. untuk kawan-kawan yang kita suka.

December 3, 2010

satu lagi Jumaat, satu lagi Disember

aku lapar, eh? tak kena dengan tajuk.

hm hm. alhamdulillah. aku kedapatan lagi satu jumaat. beza dari jumaat yg dah 1000x jumaat dalam hidup aku.

dan disember. disember yg ke berapa kali dalam hidup aku. pastinya takde disember yg sama dengan disember yg lain. eh? aku lapar. so dulikkan apa aku taip. har har....

Penutup.

Telah hampir penutup si 2010. Juga penutup si 1431H 3 hari lagi. kejap je kan. dan "rasa-yang-kejap" ni sebenarnya tanda akhir zaman. yg kecil. kau takkan rasa masa. dah bersedia ke melal? konfem belum!

dulu masa aku sekolah rendah, (mungkin pengaruh tv) aku berimaginasi aku ni watak dalam satu filem@buku. nama watak utama tu Mailal Hayati. masa kecik tu aku fikir. ape akhir buku cerita/cerita ni ek? masa kecik kot. pening tak melal masa kecik? kecik2 dah fikir menda complicated? nasib baik laaaa takde kawan halusinasi nak kawan dengan aku. kalau tak sure aku dah ke laut.

oh oke. aku tanak cerita ape aku dah buat. org kate yg lepas tu history. aku nak mandang ke 2011.

benda2 aku nak pandang byk benda.

  1. pandang peribadi sendiri. aku belum layak digelar hamba. byk compang camping nye aku. sana lalai, sini longgar. perlu kuatkan mana yg patut. harap diberikan jalan yg selamat.

  2. pandang peribadi sendiri. anak? aku tau ayah dah tak lama. anytime. be prepare. bagi setiap segala untuk dia sementara masih hidup. untuk ibuku. sungguh tak terasa aku berbakti pada mu. dan segala amalku aku hadiahkan padamu , sama-ada yang tersembunyi atau tidak.

  3. pandang peribadi sendiri. murid? berterima kasih kepada guru. mengenang jasa guru. kasihkan guru, doakan guru. sebab guru aku banyak bagi aku "faham" sesuatu. besar jasa dia

  4. pandang peribadi sendiri. diri? sendiri ni aku ganti sebagai isteri. dah cukup ke nak jadi isteri? betul2 munyaaaa.. bukan isteri yg suami tegur A dia pi jawab ABCDEFG?... semoga ditemukan dengan suami yg bersama nya aku bertambah KASIH pada Mu, dan RasulMu, dan mereka yg mencintaiMu.


tips utk melal: 2011 byk lagi benda kene lalu. dan kau satu induk, yg perlu berbakti pada sekeliling, perlu ada rasa tidak penting kan diri, dahulukan yg lain sebelum kamu. jangan letak MAILAL di depan. itu nafsu. segalanya berpaksi kan sabar! hilangkan rasa memiliki sesuatu zarah punnnnnn.


kan? aku tatau aku merepek apekah. otak tak cukup tido. mungkin terlebih caffein. bile aku dah normal, kalau aku baca entry ni tak releven. aku privatekan. hohoho.



selingan entry kecil.

lepas faiz ambik gambar aku pun nak gak amik gambar ngn kak fauziah. sementara replace posisi,

faiz: kak fauziah... ni kwn sy ni(tunjuk aku) nak belakonnnn--------------

kak fauziah (terus potong faiz belum abes ckp terus jerit) TAK PAYAHHHHHH

faiz: ala kenapa

kak fauziah: JANGAN KAU NAK MENGADA NGADA!!!!!


me: ahaahahahahahaahahaha padan mukaaaaaa

pesongan lagi.

abg poizi: adik kak fauziah. tinggi macam pokok pisang. tapi cutting pendekar. aku n faiz sangat adore dia. dalam diam ke dalam sedar ke dia perasan ke tak tah. sebab dia sangat macho. especially masa pakai singkap/baju pendekar. gagah nyah!!~~~ sempoi sungguh adik beradik nih.

sleepy~


ngantuk giler!




Kulepas semua yang ku inginkan
Tak akan ku ulangi
Maafkan jika kau kusayangi
Dan bila kumenanti
*courtesy of LirikLaguIndonesia.net
Pernahkah engkau coba mengerti
Lihatlah ku disini
Mungkinkah jika aku bermimpi
Salahkah tuk menanti


reff: Takkan lelah aku menanti
Takkan hilang cintaku ini
Hingga saat kau tlah kembali
Kan kukenang di hati saja


Kau telah tinggalkan
Hati yang terdalam
Hingga tiada cinta
Yang tersisa di jiwa


December 1, 2010

sibuk-sibuk



currently downloading PERSONAL TASTE ^^

favourite~


golden moment

merajowk

dia merajok 3 hari dah tak jumpe. aku tanye sepatah jawab sepatah.

komunikasi berunsur kan SMS

hari 1st

me: b, tak lapar ke tu

him: da makan siang tadi.

hari kedua

me: b, nk makan? i tapaukan

him: takpe.


hari ke tiga.

diamm je .... lastly aku hilang sabar....

texting him:
Dalam hati u ade taman tak b. kalau takde meh sy tanamkan.

he replied.
Ampeh u b..!!trs langsung gelak. best line ever.

link within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...