December 7, 2010

One Cycle Ends, Another Begins II

for 1432H

ya Allah, aku redha dengan apa yg bakal Engkau berikan akan datang.

kurniakanlah aku petunjuk seperti orang yg beriman sebelum ku.
perbaikilah peribadi ku, imanku,
kurniakanlah dan tambahkan lah cintaku pada Mu dan hamba2 yg mencintaiMu
kurniakanlah dan tambahkan lah cintaku pada kekasihMu dan hamba2 yg mencintainya.

aku bermohon pada mu kebaikan, dan dekatkan lah aku kepada nya sama ada dari segi perbuatan atau percakapan,
dan aku berlindung kepadaMu dari kejahatan, dan jauhkanlah aku daripadanya sama ada dari segi perbuatan atau percakapan,

kurniakanlah aku kefahaman tentang agamaMu,

tiada aku faham tanpa izinMu, tiada aku dapat satu kebaikan tanpa izinMu,

kurniakanlah aku hati dan akal yg faham tiada satu pun milik ku walau sebesar zarah melainkan Engkau Pemilik segala sesuatu.

ampunilah aku yg lepas, sesungguhnya kasih sayang Mu lebih besar dari kemurkaan Mu,

hanya Engkau tempat aku mengadu, dan syukur ku atas segala sesuatu yg Engkau pinjamkan sama ada yg telah lepas atau akan datang.

-jintanmanis 1 Muharram 1432H


No comments:

link within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...