December 29, 2011

Party @Nubex

semalam.

Fayzi ( Supervisor ) ckp ari ni - khamis office tutup. takde trading emas. sebab nak restock item.

so hari ni . punyelah gigih aku buat banner utk website telling our company is closed today for restocked and will resume operation tomorrow.

then our other boss, called for meeting this afternoon.

hilmy: okey smua. prosedur dia senang je. (dlm hati kami ingat nk kene kire stock)
dalam masa 2 minit smua siap, kite pegi Tropicana tgk Ghost Protocol, pestu kite pi makan Tony Rhoma's.

muka smua tercengang2 ....
punyelah poyo buat notice ckp office tutup upenye nak tgk movie.



 Watching Ghost Protocol: menarik. tp tak menarik sbb hubby tkde. Tom Cruise dh tuaaaaa... tp part kat building dubai tu aku tutup mata. gayat woah!!

Tony Rhoma's
k this is my first time kt sini. aku tatau nk order ape .. smua pepelik. and bukan taste aku. no seafood steamboat! no sambal tumis! no nasik padang... ><... end up. aku makan setengah... rugi k. sebaik free.

Tetiba,

Fayzi: Mae, sini kalau staff baru kene nyanyi tau. 
Me: mmg tak laaaaaaaaaaa.....

Fayzi: Mae, nyanyi laaa... lagu ape ape je ..
Me: diam...

Fayzi: oke la kalau Mae tknk nyanyi kitorang nyanyi...
me: gelak (ingt memain)

TETIBE

ALL: Happy Birthday to you, Happy Birthday to you, Happy Birthday to Mai, Happy birthday to you.

aku siap tgk kek tu waiter Tony Rhomas nak bawak kemane. siap lilin bagai. sebab aku blur. bukan besdei aku kottt..

last last smpi depan aku, lalu kipas la lilin gune tangan.

me: sebaik tk kene nyanyi. dh la tengah sengau. =P

SUPRISED sgt. Thanks All. Alhamdulillah. Rezki Penutup 2011, :D. dah 10 bulan birthday pun dpt kek lagik.


keringat

keringat.


smalam dinner di ampang.
at 830 pm. somebody jual kerepek. umur 30-40

lalu terdetik kata hati.

ya Allah betapa tidak bersyukurnya aku.
keringat dia LEBIH byk dr aku.

tempat berteduh aku lebih baik dr dia.
gaji aku lebih dr dia.

betapa tak bersyukurnya aku.
berkeringat kecil namun pulangan besar. duduk di depan laptop, aircond, mungkin tk berkeringat langsung.
berbanding dia, berjalan berkeringat banyak, lebih dari 8 jam berkerja.

ya Allah jadikanlah aku di kalangan hambamu yg bersyukur.

December 28, 2011

Hati itu seni

Aku pernah kagum zahiril adzim ni.
terjumpa blog dia. kata2 mmg klasik, seni.
AQUA! sama dgn aku!...

dan terbukti bila dia buat puisi masa time nikah.

so sweet. simple yet nice. tahniah atas bakat yg anda miliki!



puisi cinta yg datang dari hati....




Aku pasti punya masalah
Tiap kali ingin menulis puisi buatmu.
Entah kenapa, kuasa cintamu lebih hebat
Dari kata-kata yang akan terkeluarkan.
Saat itu langsung aku setuju yang dirimu satu.
Dan hari ini kau menjadi isteriku.


Ampunkan aku kalau aku pernah berkasar,
Ampunkan aku kalau aku pernah mengherdik,
Ampunkan aku kalau aku pernah menjerit,
Ampunkan aku kalau aku pernah terpekik, melolong,
Isteriku, percayalah sebabnya ialah kasih dan cinta.


Akan ku jaga kau seperti ku jaga diriku sendiri,
Memang hidup itu tidak pernah ada jaminan keselamatan,
Bahaya, ancaman di mana-mana
Tapi selagi kau dalam dakapanku,
Aku berjanji akan menjagamu
Setiap saat dan waktu,
Setiap siang dan malam,
Setiap guruh dan hujan,
Setiap panas dan terik,
Setiap nafasku.


Aku sering menadah telapak tangan,
Dan memohon pada Tuhan,
Agar kau, bukan sahaja kau menjadi isteriku,
Tetapi menjadi isteri yang disayangi Allah Ta’ala


Isteriku.
Selamat datang ke hidupku,
Selamat menjadi isteriku.
Selamat menjadi ibu pada anak-anakku kelak.
Selamat menjadi menantu ibu bapaku.
Selamat menjadi adik dan kakak pada adik-beradikku.
Selamat menjadi keluargaku.
Selamat menjadi pelengkap hidupku.
Selamat menjadi separuh dari aku.

Conteng hati

Saje conteng. Ngntuk~

December 27, 2011

Simplicity is everything. Creativity is something

byk lagi perlu belajar. utk jadi isteri terbaik utk suami.
ya Allah bimbinglah aku. pimpinlah hatiku.
bentuklah aku.


December 23, 2011

GOLD

okey im so excited about my new company. their business nature.
and really interested in it. sebab ape?

daripada kita simpan duit kertas berlonggok2 dlm bank,
why not kite beli this piece of gold.

boleh simpan ar rahnu. and boleh keluarkan n jual bile2 masa kita nak.

like my supervisor said

zaman rasulullah 1 ekor kambing = 1 dinar.
same gk ngn zaman skang.

maknanya nilai emas takan pernah susut even dah 1000 years.

oleh itu marilah bertabung dgn cik suami.

nk kompol jongkong emas plak lepas ni.

sape nak tau price details.

http://www.nubex.com.my/webuy.php

im ooo excited. sebab tu aku suke pos bile harga jatuh kat facebook. so that others interested nk bli. tlg sesama islam.

and our customer here kebanykannye islam.
so sape kate org islam tk kaye. :)

diorang bli emas every week. kompol byk2.

harga sini mmg murah. kalau tgk pattern dia huduh sket. sbb kalau pattern cantik2 tu ade gk jual tpi mahal sket sbb sulit sket nk buat.
and harga tk byk beza ngn kilang.

emas cantik 10g = mahal sket
emas tak cantik 10g = murah sket.

kite jual pon kire berat bukan kire cantik kan.

so kire sendirik heee...

December 22, 2011

Burung

Ketika cik melal blur
Situasi atas motor- mata tekedip2 kenr angin

Me:B, u tgk kejadian tuhan kan.burung leh terbang tp mata dia leh bukak kene angin (sambil bayangkn mata burung kt depan).

Habibi: (diam seketika).... Mmg la sbb mata dia kt tepi....u igt mata dia kt mane b....

Me: (dlm hati:ye tk ye gk... Diamm)

Habibi: wahahahahaahha - (gelak hppy dpt kenekn org)

MYLO XYLOTO

MYLO XYLOTO
by Coldplay.
one of the band yg kalau dengar lagu dia tak serabut paler otak.
<3 it.



December 21, 2011

December 20, 2011

Will be missing you


find me here :D

http://nubexblog.blogspot.com/2011/12/keluarga-baru-di-nubex.html

my fourth day here.

alhamdulillah. everything is fine.
im sleepy so blogging sebentar.

they all called me Mai.
Yeap,  people used to call my mom - MAI.

so i love it.

same ngn mai alias tk :P

esok hubby outstation. so it will be my first time staying at home without him.
rinduuuuuusssssssssssss... ak a .. aku ni mmg manje giler.

tak tau la ade bby camne. nnt sure berebut kasih sayang ngn babahnye. :D

take care dear. rindu selalu.



--memandangkan ari tu ade kes ngn tok ketua, aritu aku gagahkan diri gak follow him and family n family afu nonton movie.

then kene perli. terima kasih la walaupun sibuk sudi kuar same2.
aku terpisat2.

sampai nak balik tak sempat jumpe beliau sebab rushing. lalu beliau call odw back.
say

maaflah tak sempat jumpe. nk cepat. terima kasih la sudi luangkan masa keluar sama-sama.

aduh... betapa beradabnye beliau. patut aku yg beradab..

kan!!






December 16, 2011

Sweet

Lately ni after dh start keje baru mesti dia call lunch hour. So sweet ;)

December 13, 2011

Last night

Aku dh ketaq lutut nk ngadap Sampai depan pintu di sambut baik je Padahal 2 mggu tk jumpe. Lalu aku pun bru sebut nama terus nangis minta maaf Dia pun sambut baik... Tapi, dia kata salah tetap salah, tk kire sape pun sy akn tegur. Aku pn minta maaf berulang kali. Seblum balik dia kasi brg. Hubby: u tgk dh la buat salah, dia bg barang plak tuuuu Tp mmg 2 minggu x keruan sugguh. X senang duduk. Makiumla dh buat salah... Alhamdulillah dh clear n 0-0....

December 6, 2011

Dec 11

Yo ah... Its been a while. My life was miserable lately Aku ade kecikkan hati org yg aku sayang. Mmg bodoh aku nih. And hes really mad at us!!! Tk berpeluang menyusun 10 jari. Dgn keadaan aku skang.but we knew dia marah sbb sayang. Cuma kene tahan style marah dia. Tp terkilan gk apsal la aku leh kecikkan ati dia. Bak kata ayahanda, org lain xde de dia nk tegur, asal dia nk tegur korng. Sbb dia ambik berat!!so mailal learn frm ur mistke. Tk sabar nk tggu nxt week. Will be workng at damansara. Busan duk umah. Ari ari x sabar tggu kul 7 tgk muke hubby balik. Baik la carik keje sementara xde little khalif. A big secret i want to hide, tp mcm biasa terbocor & terdrama depan smua org. Sape nk bli dinar emas find me ya!! Harga murah munya. Kejap je kn. D dec . Lagi 3 buln dh setahun aku kawen. aritu masak kari. Walopon x suke kari tp busan tkde lauk lain. End up licin, siap bli mee kuning buat mee kari. So i know what menu im gonna add for my open house later. Hari ni nk masak kormakkkk

November 18, 2011

Badai semalam

At first aku tukang bli tiket je.. Sampai nk roboh umh aku ckp dgn budk2. Dlm telinga aku gk nk diskass dok seat mana. Tgh nk masak lak tu Sampaila Dh dh korng pi diskass dlu bru call bslik akk nk masak niiiiii Yui: okeeehhh. Last minit YM nk join gk so kk nur segn sbb smua satu fmly je. Lantas aku diajak teman. Aku pon ok la sbb firdt time tgk live . Tp nk cita kt cni aku tabik abg md. Dia bru 3 hari blk dr haji, tgh tk sehat bstuk n sesema, tp sbb nk luangkn masa ngn anak2 sanggup berkorbn. Dlm hall tu aku dgr suara dia sorng terbatuk2... Nnt la aplOt gmbr hu

November 16, 2011

Calling.ME.Out

aku suka bila dia panggil aku

1. MAILA!!... MAILA!!! --------- without L, style tone apex bukit jerit jerit.
2. MUHAMMAD MAILAL ooo MUHAMMAD MAILAL .... sambil jerit2...



Ar Razaq

Alhamdu lillah.

cik somi successfully OFFERED new job that he loved the most. reasonable salary.
setelah apply almost 2000 applications in jobstreet.

he seemed addicted to JB...
sampai account JObstreet aku pon dia hack pi apply keja.

at last after few interviews ( lebih dari 10 kot)

usaha yg bersungguh... dapat kerja yg amat berbaloi baloi.

Happy for u my love ^^

November 14, 2011

sweet.memo.me

last night,

he did evrythng,
from cooking to dish washing to cleaning.
so sweet.
thank you kasih.
you are the best husband in d world.

muahs





November 11, 2011

i.miss.u.

Everyday i cant wait for 7pm.
because that time u will be in front of the door.
knocking, with your tired face.
and me will open the door with a smiling face, amin your hand, kiss your forehead, and you kiss mine

because i missed you everyday of my life.



November 10, 2011

10 Wasiat Fatimah Azzahra


 Sepuluh wasiat yang beliau sampaikan merupakan mutiara yang termahal nilainya, bila kemudian dimiliki oleh setiap istri sholehah. Wasiat tsb adl:

1. Ya Fathimah, kepada wanita yang membuat tepung untuk suami dan anak-anaknya, Allah pasti akan menetapkan kebaikan baginya dari setiap biji gandum, melebur kejelekan dan meningkatkan derajat wanita itu.

2. Ya Fathimah, kepada wanita yang berkeringat ketika menumbuk tepung untuk suami dan anak-anaknya, niscaya Allah menjadikana dirinya dengan neraka tujuh tabir pemisah

3. Ya Fathimah, tiadalah seorang yang meminyaki rambut anak-anaknya lalu menyisirnya dan mencuci pakaiannya, melainkan Allah akan menetapkan pahala baginya seperti pahala memberi makan seribu org yang kelaparan dan memberi pakaian seribu orang yang telanjang

4. Ya Fathimah, tiadalah wanita yang menahan kebutuhan tetangganya, melainkan Allah akan menahannya dari minum telaga kautsar pada hari kiamat nanti.

5. Ya Fathimah, yang lebih utama dari seluruh keutamaan di atas adalah keridhoaan suami terhadap istri. Andaikata suamimu tidak ridho kepadamu, maka aku tidak akan mendoakanmu. Ketahuilah wahai Fathimah, kemarahan suami adalah kemurkaan Allah

6. Ya Fathimah, apabila wanita mengandung, maka malaikat memohonkan ampunan baginya, dan Allah menetapkan baginya setiap hari seribu kebaikan serta melebur seribu kejelekan. Ketika wanita merasa sakit akan melahirkan, Allah menetapkan pahala baginya sama dengan pahala para pejuang di jalan Allah. Jika dia melahirkan kandungannya, maka bersihlah dosa-dosanya seperti ketika dia dilahirkan dari kandungan ibunya. Bila meninggal ketika melahirkan, maka dia tidak akan membawa dosa sedikitpun. Didalam kubur akan mendapat pertamanan indah yang merupakan bagian dari taman sorga. Dan Allah memberikan pahala kepadanya sama dengan pahala seribu orang yang melaksanakan ibadah haji dan umrah, dan seribu malaikat memohonkan ampunan baginya hingga hari kiamat.

7. Ya Fathimah, tiadalah wanita yang melayani suami selama sehari semalam dengan rasa senang serta ikhlas, melainkan Allah mengampuni dosa-dosanya serta memakaikan pakaian padanya di hari kiamat berupa pakaian yang serba hijau, dan menetapkan baginya setiap rambut pada tubuhnya seribu kebaikan. Dan Allah memberikan kepadanya pahala seratus kali beribadah haji dan umrah.

8. Ya Fathimah, tiadalah wanita yang tersenyum di hadapan suami, melainkan Allah memandangnya dengan pandangan penuh kasih.

9. Ya Fathimah, tiadalah wanita yang membentangkan alas tidur untuk suami dengan rasa senang hati, melainkan para malaikat yang memanggil dari langit menyeru wannita itu agar menyaksikan pahala amalnya, dan Allah mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan yang akan datang.

10. Ya Fathimah, tiadalah wanita yang meminyaki kepala suami dan menyisirnya, meminyaki jenggot dan memotong kumisnya, serta memotong kukunya, melainkan Allah memberi minuman arak yang dikemas indah kepadanya yang didatangkan dari sungai2 sorga. Allah mempermudah sakaratul-maut baginya, serta kuburnya menjadi bagian dari taman sorga. Dan Allah menetapkan baginya bebas dari siksa neraka serta dapat melintasi shirathal-mustaqim dengan selamat.
Tadi malam,
kami lepak2 kt balconi,
pandang langit,
borak-borak.
tunjuk bintang

kebetulan malam td bulan terang

lalu terlintaslah tahi bintang depan mata kami. subhanallahil adzim.

warna hijau ...lebih kurang camni



November 8, 2011

Swimming

improvement

yes.. sejak dua menjak ni. im glad.

1. i can swim. tp tk pandai tarik napas lagi.
2. i can float....

conducted by hubby. ^^





aku rindu, terkenang dalam hati
lalu aroma menjawab
lalu terbau harum

November 6, 2011

Puisi Al Amin




Syahdu awal kata, suci awal hasrat, khidmat awal hajat
Mentari teman pagi terbit, sasau inti diri yang mencari
Rindu benih cinta, sayu sisa resah, lidah batin suara
Dari jantung purbakala gedung khazanah bertanya jiwa
Hingga ke inti dicari, sampai ke akar digali, 
antara hilang dan sua, bermimpi atau berjaga, 
resah sejarah manusia
Dijejak jalan pulang, disedia jalan datang, nurani kemudi
Inilah lembar, renyuk dan terbiar, carik paling sukar


A Samad Said



November 4, 2011

lvoe

i want to hold your hand untill my last breath
Terima kasih Tuhan atas anugerah ini.





November 3, 2011

Mengemis Kasih


Tuhan dulu pernah aku menagih simpati
Kepada manusia yang alpa jua buta
Lallu terheretlah aku dilorong gelisah
Luka hati yang berdarah kini jadi parah

Semalam sudah sampai kepenghujungnya
Kisah seribu duka ku harap sudah berlalu
Tak ingin lagi kuulangi kembali
Gerak dosa menhiris hati

Tuhan dosaku menggunung
Taki rahmat-Mu melangit luas
Harga selautan syukurku
Hanyalah setitis nikmat-Mu di bumi


Tuhan walau taubat sering kumungkir
Namun pengampunan-Mu tak pernah bertepi
Bila selangkah kurapat pada-Mu
Seribu langkah Kau rapat padaKu


rindu lagu ni. lagu time sekolah menengah. touching...


signature

test signature

oke2 puas hati dengan blog baru yg tak berape nk baru........





Updating... tet tet

baru abes update blog.

dah 7 bulan kawen, baru arini tukaq banner.
kalau dh malas tuuuuuuuuuuuuuuss..

keputusannya: aku lapaqqqqqqqqqqqqq....

kt bwh ni kucing gado jerit2. rebut kucing tino kot?

tunggu 530 nk masak masak tok somi......

seblom tu browse gmbr food... akibatnye gastrikkkkkkkkkkkkkkkk.. lapar lapar

Ismuhu Ahmad

Dengar tak background music blog ni?
 jumpe qasidah ni time time berchenta dengan cik suami.

 dolu-dolu org lain share lagu lagu -- aku ngn dia share ceramah2... macam org tua kan?

guru ijai ni cik somi yg introduce

hahaah mane yg aku minat aku convert jadi mp3.
 oh yg ni usaha nk embed dlm blog. akhirnyaaa...

 Tuan Guru Ijai

satu sbb aku suka dia, sbb lagu yg dia bawak. simple tapi sayup.. rase cam nak nangis dengar waktu subuh..

 beliau byk bawak dari Maulid Habsyii.. ni antara bacaan beliau - ayat2 yg dikumpul dan dibacakan. ayat2 al quran mengenai Muhammad saw. ade lagi antara bacaan beliau Ya ahlil baiti and maulid burdah...

Guru Ijai jugak dikenali sebagai Wali di indonesia, tp sangat low profile. jadi terkenal pon selepas meninggal dunia.

Collection Tn Guru Ijai antara favourite aku, selain dari collecition ceramah & tazkirah YM.

and one more kisah abu nu'iman pd zaman nabi. penceramah dia aku dh lupa. tp kalau dengar kisah dia mmg dpt gambarkan peribadi nabi. Seorang yg dijanjikan syurga sebab suka buat nabi gelak dengan perangai dia.

collection2 ni kalau ilang tensi wooo. jgn crash la wahai harddisk.

Swing

lately ni mood aku swing la. nk control pon susah. apsal haaaaaa?

 jintanmanis

keberuntungan


saat kau hilang rasa syukurmu
ingatlah betapa BESARNYA nikmat dilahirkan sebagai ummat baginda

keberuntungan yang besar menjadi salah seorang ummat,
RAHMAT ALLAH meletakkan kita sebagai salah seorang umat,

walau tidak menjadi sebenar ummat,

malu aku pada baginda,
pengorbanan baginda menyelamatkn ummat yg dikasihi,
tp aku tetap cuai dan lalai.

ya Allah jadikanlah aku sebenar2 ummat kepada kekasihMu Muhammad Rasulullah


October 27, 2011

Romantik itu Sunnah Rasulullah S.A.W

Sifat-sifat yang sempurna inlah yang membuat jiwa manusia merasa dekat dengan Rasulullah SAW. Membuatkan hati mereka mencintai baginda. Menmpatkan baginda sebagai tumpuan hati. Bahkan berapa ramai yang dahulunya bersikap keras dengan Nabi SAW berubah menjadi lembut dan akhirnya masuk Islam setelah terpanah kemuliaan akhlak dan budinya baginda Nabi SAW.

Kemuliaan ini bukan sekadar lakonan di hadapan manusia. Namun dibuktikan oleh insan pendamping baginda. Meneliti satu persatu perbuatan, pertuturan dan lenggok gayanya. Mereka ialah serikandi rumahtangga baginda Nabi SAW. Sehinggakan kemuliaan akhlak seorang suami bernama Muhammad bin Abdullah tidak dapat digambarkan oleh Aisyah RA, lalu menisbahkan akhlaknya dengan akhlak kitab suci al-Quran.

Walaupun Rasulullah seorang panglima perang, pemimpin tertinggi umat Islam, namun di sisinya terdapat nilai kasih sayang dan jalan kisah yang cukup romantis antara baginda dan isteri-isterinya. Namun berapa banyak sunnah ini dilupakan lalu suami masakini menggambarkan dirinya bagaikan pemegang kuasa keluarga yang perlu sentiasa kelihatan bengis dan penuh egois.

Siapalah kita berbanding Rasulullah SAW yang jauh kedudukannya lebih mulia dari segala manusia. Namun atas tawaduk dan romantisnya baginda membuatkan umat yang membaca kisah cinta baginda bersama isterinya seolah sedang menghayati novel cinta romantik.

Diberitakan bahawa Rasulullah pernah bermandi air cinta bersama isterinya. Dalam Sahih Bukhari diriwayatkan bahawa Aisyah berkata bahawa : “Aku sering mandi bersama Nabi Muhammad dari satu bekas air yang disebut al-faraq.” Perbuatan Nabi mandi bersama Aisyah tanpa sebarang tabir penghalang menunjukkan ianya satu sunnah. Terutamanya setelah melakukan hubungan intim sesama pasangan.

Romantik gaya Rasulullah SAW boleh diteladani. Walaupun hidup suami isteri masa kini sentiasa disibukkan dengan pekerjaan. Kita juga boleh mengambil sunnah-sunnah romantik Rasulullah SAW bermula dari sebelum keluar bekerja.

Sebagai contoh menghantar isteri ketika hendak keluar rumah seperti yang dilakukan oleh Nabi SAW kepada isterinya Shafiyyah binti Huyay sehinggakan Nabi SAW berkata “Jangan terburu-buru hingga aku mengiringimu (menemani sampai ke pintu)”. Hadis Bukhari dan Muslim. Bahkan Nabi SAW turut membantu isterinya menaiki kenderaan. Di dalam Sahih Bukhari dan Muslim menceritakan bahawa “Nabi Muhammad SAW duduk di sisi unta baginda. Kemudian baginda menekukkan lututnya. Lalu isteri baginda Shafiyyah meletakkan kakinya di atas lutut Nabi Muhammad SAW hingga naik atas unta”. Bukankah ini sesuai dipraktikkan dengan membuka pintu kepada isteri seperti zaman memikat isteri dahulu. Ataupun sekali sekala membonceng isteri di belakang seperti dalam riwayat Bukhari yang menyatakan Anas bin Malik menceritakan bahawa ketika pulang dari perang Khaibar salah seorang isteri Rasulullah membonceng di belakangnya.

Apabila waktu cuti hujung minggu atau di malam hari, bawalah isteri bersiar-siar. Ini bukanlah sekadar tips dari seorang pakar motivasi. Namun ianya merupakan suatu sunnah romantis Nabi SAW bersama isterinya. Diberitakan dalam Sahih Bukhari dan Muslim bahawa “Rasulullah apabila datang waktu malam, baginda berjalan bersama Aisyah dan berbincang-bincang dengannya”. Malah apabila baginda ingin keluar baginda akan mengundi siapa yang akan menemaninya untuk keluar bersama. Malah Rasulullah juga membawa Aisyah untuk makan bersama di luar. Sehinggakan suatu ketika Nabi pernah menolak pelawaan jirannya yang berbangsa Parsi untuk makan di rumah mereka sekiranya isterinya Aisyah RA tidak turut diundang bersama. (Hadis riwayat Muslim) Untuk menambahkan romantis terhadap isteri, disarankan suami menyuap sendiri makanan ke mulut isterinya. Sepertimana dalam sahih Bukhari dan Muslim sabda Nabi SAW : “Sesungguhnya apapun yang kamu nafkahkan, maka hal itu adalah sedekah hingga suapan yang kamu suapkan ke mulut isterimu.” Walaupun hadis ini berkisar tentang pemberian nafkah, namun bukankah menjalin ikatan romantik antara suami isteri itu satu tuntutan.

Romantik sesama suami isteri ini semakin malu untuk diamalkan. Mungkin bagi yang sudah lama berkahwin akan bertambah rasa jelik bermadu kasih dengan isterinya. Namun jika diteliti, sebenarnya sikap romantis ini adalah datang dari Nabi SAW. Sayang apabila kita lebih malu mengamalkan sunnah romantis sesudah berkahwin sedangkan kita tanpa segan silu melakukannya sebelum ianya dihalalkan.

Sebenarnya, gambaran seorang suami yang garang dan bengis bukanlah suatu yang datangnya dari agama. Nabi SAW tidak mendidik para isteri untuk takut kepadanya. Namun didikan sebagai pemimpin rumahtangga yang hebat membuatkan rasa takut itu bertukar menjadi lebih menghormati. Nikmat suasana percintaan itu lebih dihargai apabila suami turut meluang masa bergurau senda dan bermesra seakan-akan baru sehari diijabkabulkan.

Belaian terhadap isteri dapat memupuk kasih antara sesama pasangan. Nabi SAW dalam satu riwayat Ahmad berkata bahawa “ Rasulullah tidaklah setiap hari melainkan baginda selalu mengunjungi isteri-isterinya seorang demi seorang. Rasulullah menghampiri dan membelai mereka secara bergantian”. Adakalanya romantisnya Nabi SAW sehinggakan beliau sengaja bermanja dengan menyandarkan kepalanya kepangkuan isterinya sepertimana yang dipertuturkan Aisyah RA dalam Sahih Bukhari bahawa “Nabi SAW membaca al-Quran (mengulang hafalan) dan kepalanya berada di pangkuanku sedangkan aku dalam keadaan haid”. Bahkan amalan ini berlarutan sehingga detik-detik akhir hayat Rasulullah SAW. Aisyah berkata “ Ketika maut menghampiri Rasulullah SAW, kepala baginda berada diatas pahaku.”Ada suatu hari ketika Aisyah sedang asyik menyaksikan kanak-kanak bermain bersama ibu mereka, datang baginda Nabi SAW mengangkat Aisyah. Lalu baginda mendukung Aisyah di belakang beliau. Aisyah menuturkan bahawa : “Baginda mendirikanku di belakang dan pipiku di atas pipi baginda. Ku letakkan bahuku di atas bahu Rasulullah SAW”. (Bukhari dan Muslim). Begitu juga isteri Nabi SAW sentiasa mendapat kucupan mesra daripada Nabi SAW ketika ingin pergi ke masjid.

Rasulullah bukan seorang yang kaku dan keras. Ia juga seorang manusia yang mempunyai emosi tersendiri. Pemergian baginda telah membuatkan kehangatan rasa rindu di kalangan isterinya. Dikala isteri kesunyian, hadirnya mengungkap keriangan. Sewaktu isteri dalam kedukaan, baginda bukanlah sekadar pemerhati. Namun baginda juga sebagai ubat kedukaan dan kesakitan. Diriwayatkan dari Aisyah bahawa : Nabi Muhammad SAW adalah orang yang penyayang lagi lembut. Baginda akan menjadi orang yang sangat lembut dan paling banyak menemani ketika isterinya sakit.” (Bukhari dan Muslim) Hadirnya Nabi SAW mengubat hati para isteri.

Baginda paling banyak bergurau senda bersama isterinya. Suatu hari datang Saodah (salah seorang isteri Nabi SAW) kerumah Aisyah. Lalu Nabi SAW duduk diantara Aisyah dan Saodah dan meletakkan kaki beliau diatas pangkuan mereka. Ketika Aisyah menjemput Saodah makan, ia menolaknya kerana tidak berselera. Lalu Aisyah berkata : “(Demi Allah), makanlah atau aku akan mengotori wajahmu”. Saodah menolak dengan berkata : Aku tidak akan memakannya”.Lalu Aisyah mengambil makanan dan disapukan ke wajah Saodah. Rasulullah SAW tertawa. Kemudian Rasulullah menyuruh Saodah membalas semula dengan mengotori wajah Aisyah. Setelah Saodah mengotori wajah Aisyah, Rasulullah terus tertawa. (an-Nasai’e, Ibn Abi Dunya) Kisah ini merupakan senda gurau Nabi SAW bersama isteri-isterinya. Pernah juga Rasulullah memujuk Aisyah untuk menghilangkan marahnya dengan sengaja memegang hidung Aisyah seperti dalam riwayat Ibnu Sunni.

Begitu romantisnya rumahtangga Rasulullah SAW. Mungkin inilah rahsia cinta sejati yang kekal ke akhir hayat Nabi SAW. Beramah mesra, bergurau senda, belaian dan sentuhan. Sehinggalah ayat-ayat cinta terukir dari bibir seorang Nabi dengan memanggil panggilan manja terhadap isterinya. Suara indah memanggil “Ya Humaira” kepada Aisyah yang bermaksud “Wahai si putih kemerah-merahan atau Mawar merah”. Membuatkan ikatan itu lebih intim. Adakalanya Nabi SAW memanggil Aisyah dengan singkatan manja “Ya Aisy” yang bermaksud kehidupan ketika mana beliau menyampaikan salam daripada Malaikat Jibril untuk Aisyah RA. Dengan membuang huruf terakhir itu menunjukkan besarnya rasa cinta, kemanjaan dan kesayangan yang ditonjolkan dari Nabi SAW.

Sesungguhnya bersikap romantis sesama isteri itu adalah sunnah Nabi SAW. Kita berharap dengan sunnah ini dapat memupuk ikatan yang lebih erat antara sesama pasangan. Bukanlah sunnah ini suatu yang perlu dimalukan untuk diamalkan. Kepada suami, ayuh mengikut petunjuk Nabi dalam berkasih sayang sesama isteri. Andai isteri berasa pelik dari mana datangnya sikap romantis seorang suami. Adakah suami baru sahaja selesai menamatkan buku novel cinta Romeo dan Juliet. Jawablah dengan manja. Romantis ini bukan dari novel biasa, namun romantis ini datangnya daripada hadis Nabi SAW.

October 19, 2011

Smoothly~

ingat lagi kata ayah before aku kahwin. time byk betul ombak dan duri. ewah.
time tkde duit nk kawen. time umh kene rompan n cincin kesayangan aku kene curik. time ape lagi tah aku tak ingat.

kata ayah .... link.

ak ah. mmg betul. after kawen di permudahkn. walupun ade kocak kocak di air yg tenang. siapa kita nak melawan DIA kan?

kata Ustaz Don. kita siapa? Dia pemilik. Dia Tuhan. boleh buat apa saja kat kita.

Smoga di kurniakan hati yg kuat utk segala dugaan. di bersihkan hati.

menjadi isteri sebenar isteri.
menjadi anak murid sebenar murid.
menjadi anak sebenar anak.
menjadi manusia sebenar manusia.

October 16, 2011

exhausted:sweet Oct

nowadays, aku kerap ke memane by bike.
hitam sudeyh.

tengok kakiku...siap ade tanda slipar kat atas tu. berbalam kulit gelap n kulitku...

------------------------------------------------------------------------------------

exhausted.

smlm penat.... balik dari bangi terus tersungkur di katil. kol 1 baru bangun.
bangun2 je tengok ade sekotak asam & satu tumbler air habis.. alahai siannye cik suami. sure kelaparan giler... nk je aku kejutkn nk prepare food. tp tido nyenyak lak dia...

last2 aku yg lapar sampai kol 4 baru leh tido... sangap ..

October 14, 2011

Boolan

aku rase ni le gmbr terbaik bulan pernah dpt... camera tak power so not so clear. tp nmpk gk la awan2 tuusss..

dan kenapa aku tk leh resize gmbrrrrrrrrrrrrrrrr...~~

Convocation..

ak ah. esok convo. mlm smlm aku da melaram ngn hubby. beliau dgn tanjaknya, kain sampin nya, aku dengan baju kurung biaser... silap hantar sample baju utk dijahit yg "lame" , sbb aku da gemuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuukkkkk.. sendat kot baju.. aih. da la baju tu nanti gk nak pakai time usherette...





jintanmanis

Iman

Tunggu ibu kt sana.

I felt smtng khamis mlm jumaat. Mmg a few days before aku buat kerja berat2, and kt rumah bob time tlg rina ke hulu ke hilir dah rase lain.

Benar aku sasau sekejp. sebab aku dah tau akan jadi. aku dah tau ape jadi...
Takut kemungkinan.seharian aku dwn.
seharian aku tidur tak gerak.. sampai lapar aku makan, lepas tu aku tido balik. suami pon tak tau nak buat ape.

2 kali dlm tidur aku mimpi jumpa org baik2.. 2 orang... yep 2 orang MULIA

then suami dtg, u takleh cmni, jom jom kite kuar...

lalu aku ngn dia keluar ke RP.. lepak2 sama. aku minom2... masa minom tu darah byk dh keluar, suami dh pucat, dia tlg cover, sampai dlm kete,

iqa n yuyui excited, citer pasal baby... citer pasal adik diorang... aku mampu senyum. sebab aku tau dh takde... aku senyum tawar... senyum jage ati diorang, tp dlm hati aku luluh....

sampai umah, aku tk mampu tahan dh, duduk, bau darah semerbak kat luar kereta, suami pimpin aku, suruh tenang , suruh sabar, tapi aku tau dia nangis...

sampai dlm umah, suami cuci semua, cuci seluar, cuci smua, sampai aku ckp..

b, tunggu luar jap...

aku sambut bby dengan tangan , senang je keluar, x sakit..

b... sini jap..

aku tunjuk... dia istighfar panjang...

then aku releks, Demi Allah sikit pon tak sakit... tidur, mcm biasa, sedih tk sangat... sampai suami call abah suruh antar spital,


Smlm bleeding teruk. Sgt, husbnd tlg cuci smua. Sampai dia nangis tgk aku bleed.

Tp i dnt knw why, aku tk sedih sgt. Mungkin sbb mimpi, mungkin sebab dah sasau semalaman.

suami:-

Apa2 jadi sy ada dgn u

Igt dugaan menaikkan kita
Benarkn segala yg dtg

...

Dia jadi smgt aku mlm td.

Iman, utk lelaki atau perempuan, tunggu mommy kt sana, pimpin nanti tangan kedua org tuamu, kmi akn rindu kmu.ramai tunggu kmu, kehadiranmu sementara menggembirakn ramai org, ramai mahu kamu jdi slh seorg keluarga mereka.

Kmu sekrg dekt dengan tuhanmu. dan kami berdua akur dengn takdir penciPta kami

Mommy langsung tk rasa sakit.. Terima kasih tuhan atas nikmat sementara 3 bulan yg Kau pinjmkn.

before this mommy byk buat entry pasal iman, tp sbb belum masanye nak announce mommy privtekan.. tp bile terbaca balik mmy sedih..

October 13, 2011

test protected

Test protected

Protected Coding


Doa buat Suami

Ya Allah ya Tuhan ku, Yang Maha Segala-galanya,

Ampunilah dosa suamiku Mohd Faiz Shamsuddin,

Sejahterakanlah dia,

tenangkanlah dia,

mudahkanlah urusannya,

murah dan berkatilah rezekinya,

gembirakanlah dia,

jadikanlah dia pemimpin yg terbaik buat aku dan keluargaku.

peliharalah agamanya.

tetapkanlah aku menjadi penyejuk mata, peneman dan penyeri dia.

amin

Eid - Ipoh 1432H

tkde preparation raya sangat. kekurangan bajet. maklum la segalanye dah double. baju raye ni pon ade smbody special adiahkan kain dia.

1 SYAWAL – RAYER

2 SYAWAL – BOWLING

3 SYAWAL – mandi sungai

RAYA IPOH – Puasa

fuh… tarek napassssssssssssssssss—

sedang sy menulis di sini, sy dlm keadaan demam sesema. achum achum .. echo gitu.

Khamis malam – packing untuk dua beg. eh. satu luggage 2 org. cer teka baju sape byk. zoom. target ke – umah YM, kemudian terus ke ipoh. agakan ketibaan ke ipoh – 4 pagi.

di rumah YM- seperti biasa ramai yg singgah kat sana, YM pun dlm keadaan letih n mood tak berapa okey, kami pon ade gak dapat sedas dua teguran. alhamdulillah.. teguran yg kami pon tak sedaq kami salah. tima kasih abg md :D .

berenti RNR TAPAH – subuh, favourite kami kat RNR waktu pagi. tatau nape. feeling sangat best. macam rasa sayang kat suami bertambah.

at 4am sampai sana- ready2 kan food untuk sahur – untuk mother in law , father in law bersahur di masjid. after sahur MIL ajak kami solat kat masjid. masjid mmg dekat ngn umah hubby… jalan kaki sampai. tp aku ngn tak tido, dah la imam bace surah sajadah, sampai rakaat 2 dh terhuyung hayang, smpai sujud sajadah pon ter tama’ninah….

tido sampai tengahari :D . maklum lem lm tk tido, NOON tlg kemas umah bersama hubby, petang teman FIL & hubby beli barang buka. FIL yg amat pemurah bawak sekoyan plastik beg untuk buka.

at NIGHT – jalan kaki pi tarawikh.

2ND DAY – PUASA

mcm biasa, aku ditugaskan masak sotong maasak sambal - food pertama untuk MIL. approved :D .. padahal main cmpak je ape yg patut.

petang, lari ngn motor abah/FIL same abe gi beli mercun… malam kami dua je main mercun. sbb bajet murah. kang ramai balik takde da nak share2… :P

3RD DAY

SUBUH – 2 orng abg ipar n their wives pulem. baru meriah umah.

BUKA - buka ramai2 dgn diorang kt luar…. after that jalan2 kat shopping complex. first time kot. ramai giler orang. QUOTE favourite aku mlm tu kat hubby – ini baru rayerrrrr — ,, jalan2 ngn diaa.. ngn kakak biras n abg ipar… malam- tarawikh ngn hubby.

4rd DAY

last day kot puasa. sedih sangat.

sampai subuh tu aku rase sayupppp.. smyg subuh ngn hubby – dia serba putih, tambah ngn sejuk pintu bilik terbukak – luar coridor. aku rasa sangat sedih ramadhan dah abes… rasa cam rugi. rasa cammm.. sangat sedihhh laa.. dari rakaat pertama aku nangis gila2… mcm ade satu perasaan datang menyelinap. n abes je smyg terus ilang. TERIMA KASI”H TUHAN atas rasa ini.

NOON-kemas rumah esok dh raya. makin ramai kat rumah nih. takpernah aku sepenat nih, tp best giler, sebab geng dapor sme satu kepala. lebih gelak dari wat keja.

dari kiri, kakak ipr first, kakak ipar second-right & duduk- maksu.

AT NIGHT: kepenatan giler, and join them tgk scary movie ramai2. family hubby mmg ramai giler, sampai kan raye kene tido bergelimpangan kat hall. agak agak seram semua bantai jerit, sampai opah hubby keluar bilik tercengang2.

what i loved about them – suke tgk hubby n adik bradik. sengal giler .. mcm budak2 … tp kalau kat luar bajet seriyes.
diorang suke buli anak buah diorang, mcm konon da matured sangat… pestu suke buli opah beliau yg innocent n senang nangis. so cute! aku tukang senyum dr tepi… :) ~

at 2.00 am – tido menanti rayer utk smyg rayer~~~~

link within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...