January 31, 2011

banyakkan putih dari hitam.

banyakkan putih dari hitam.

jangan bagi hitam menang.

kuatkan tentera putih.

-sumber hamka

ujian itu rahmat.

rahmat itu kasih sayang Nya.

so... think of it~

mohon ditetapkan jalan. di tetapkan iman.

kerna hati mudah berbolak balik.

rabbana la tuzigh quluubana ba'da iz hadai tana wahab lana milladun ka rahmah. inna antal wahhab.

choclat wrapper yg comel


he he..

ni one of my best friend.

sekarang famous dengan choc wrapper die.

honestly, aku suke semua artwork dia. comey2. cantik2. creative mative. simple- dimple always care. erk?

sangat struggle dalam business dia in the beginning.. skang dah berjaye ke puncak gunung merapi.

asik masuk tb n paper je dia.

last friday

Pidot calling..

"weh tak pi keja ke? " - sebab call pukul 930 aku kt umah lagi.

"lmbt skt la dot. nape dot?"

"beli la paper ari ni ... hihihihi"

dengan pantas aku singgah mamak. besaqqq gamba hang. macam jual product kecantikan je ko pegang choc tu. XP.

dulu masa aku tunang, die sponsor 100 chocs. sangat sweet. nanti aku amek gambar. ade lagi.

mak cik mackik aku siap collect chocs wrapper tu nak buat bunga katenye. hahaha.

and aku kahwin ni dia nak sponsor gift pack dari dia, .. untuk hantaran. so sweet. thanks me dear friend.

kalau ade budget aku nak beli choc kecik2 tu. aku suke sangat... comel. ade yg aku beli aku tak bgi orang jap gi XP.

pada yg nak buat majlis. boleh la beli for doorgift. cantik2 belaka.

January 28, 2011

Dari sahabat



Hadiah Hantaran.

Terima kasih wahai sahabatku Rina & Bob, for this lovely hantaran. for my wedding day.

semuga dilimpahi rahmah sentiasa utk mu dan keluarga.

Sayang Rina.

Terima kasih tak terhingga. :)

Wajah kesayangan hamba


Alang elok raut wajah,
Yang dikenang pada lembutan,
Yang diadu pada susah,
Yang dititi pada sebutan.


Zahir alis memandang,
Bicara dada berindu,
Tertoleh manakan senang,
Tersimpan wajah perdu qalbu.


Teringat terbit khabar,
Terbau terbit bayang,
Tercakap terbit jasad,
Terpandang terbit kata.


Kepalang rapat ke dekat, dekat ke rapat.


~2:51am. 22.2.1432H~


Gambar: Amam


Tinta: Faiz Shamsuddin

January 26, 2011

AR RAHIM, ALLAHU AKBAR

Hari ni mendung. pukul 930 macam pukul 730.

sayup je. syahdu.

tambah-tambah rindu aku.

dan rindu terubat, juga berbalas.... terima kasih. rasa hati aku lapang sampai bulan tiga :).

yang menjadi kan jadi itu Dia.

Kun faya kun, tiada daya , gerak, kekuatan... kita. lemah selemah lemah nya kita, Tinggi setinggi tinggi Dia.

sampai kah kau pada tahap berserah jika kau masih rasa semua dari diri sendiri?

sampaikah kau pada tahap bertawakkal jika tiada rasa lemah dalam diri?

sampaikah kau pada tahap yakin sebenar yakin jika tidak diuji,

ya Allah sungguh jauh lagi aku ke tahap itu. berilah aku petunjuk.

ya muqallibal qulub. thabbit qalbi a'la diinika wala taa tik.



pujilah kejadiannya, agungkanlah penciptaNya.

awan itu cantik, tapi cantik nya sebentar.

awan itu buat aku kagum, tapi kagum aku hanya sebentar.

pandanglah penciptanya, yang KEKAL.

tiada sesuatu pun dapat mencipta walau sesisip cahaya serupa itu yg menembusi awan.

MAHA BESAR ALLAH.

rahmat Mu ke atas alam, rahmat Mu ke atas manusia, rahmat ke atas kekasih Mu Rasulullah SAW.

January 25, 2011

Ahmed Yassin

Kisah Ahmed Yassin.



boleh baca di sini ya > link

rasa nak nangis tak tengok wajah dia?sayup.. oh berhati hati google. byk pictures gambar beliau syahid, otak bersepai :).

pemimpin yg berjaya mengajak rakyat palestine syahid di jalan Allah.

dalam Mesia ni rasa-rasa siapa yg layak. agak-agak nyelah, kalau dia bersuara .. sekali bersuara. pemimpin mana?

"Ayuh, Syahidlah, Berperanglah, Tinggalkan lah Anak & Isteri.... " ...

agak-agaknyalah, suara siapa yg akan ramai ikut, akur?

aku dapat jumpa seorang.

alhamdulilah, yang aku rasa, sekali dia mengajak @ bersuara, ramai yg tanpa fikir panjang keluar berjuang.

semuga kebaikan untuk muslimin dan muslimat,

orang islam, walau sejahil mana, walau se-sosial mana, walau leka, tp aku rasa .. deep inside them, kalau sekali orang "luar" kacau agamanya, tetap berdiri mempertahankannya.

inilah umat Muhammad, kerana kasih, syafaatnya , Islam di hati semua umat Baginda.

selawat dan salam, rahmat dari Allah untuk kekasihNya.

Mohram - flute - alam


They are like no others.

Aku dengar seruling by Mohar lebih menyampaikan hati aku pada bunyi alam.

tak tau kenapa. sebab tu aku suka mohram.

mereka boleh buat bunyik seruling, kalau dengar macam bunyi air.

kalau dengar bagai bunyik angin,

kalau dengar bagai bunyi nafas.

dalam lagu mereka ade sayu,

ada sayup,

ada syahdu,

ada insaf,

ada kerendahan,

ada tenang.

alam= satu nama kalau dengar je buat aku tenang. and i dont know why...

salah satu kalau aku gusar, aku dengar mohram. sebab lagu mereka lagu alam...

Thanks.

Nak dengar? youtube: mohram. sekarang dah byk collection. dulu tak. :)

mae favourite - Menuju Cahaya

January 24, 2011

Untuk kawan-kawan yg aku sayang :)


Bila bertaut senyuman

Mata berlirikan
Memancarkan keluhuran
Cerah kesederhanaanmu
Seindah kejujuranmu

Detik seia sejiwa
Terungkap setia
Tiada upaya sepi
Mekar kudup penantianku
Hadirnya teman sejati

Melangkah kita menjejak mimpi
Bahagia berdiri dengan mu disisi
Harapan kita meniti hari
Sentiasa seiring

Paling agung teman terulung
Tenunan emas sayap hidupku
Tak inginku undur bertamu
Bertakhta teguh
Ke akhir waktu.


sedih

ayah called:

adik dah beriye carik langsir. Kesian orang nak kahwin takde mak.

~alahai. sedih giler... sebak

hardly woke up



oh i got flu. maybe sinus.

lepas tido umah cik karim - air cond 16 kot. giler ke ika nih. haahahah .. kurus tapi sejuk kemain.

then few days aku straight tido late night.

kalau jumpe abah tau lah. kalau kelopak mata tu leh bercakap, lame dah dia suh tido. dia punya ajak lepak macam hari esok tiada lagi. haahaha.

kesannye , around 4am idong tersumbat. bernafas ikot mulut. and mulut rasa kering. aduyaiiiii.

so around 4 am terpaksa bangun. macam nak suh aku bangun malam je. uhuk uhuk.

and the symptom repeatedly happened. sungguh tak selesa tidurku.

perlu tukar schedule minom madu. 1 spoon before sleep. bukan 1 spoon when wake up.

***



last saturday. - Wedding @ Shang Ri la





Few of us di minta tolong jadi usherrette untuk wedding tun hussein on by their wedding planner - Cik Khalid Ahmad.


yang datang tunku tunku, datok seri , datin seri .. dan berbagai seri lagi.


aku dok meja receptionist... tengok je diorang.


baju cantik. orang pon cantik. oh .. how if i be in their body for one day. sure best kan?


but every body was created perfectly by the creator. so .. be blessed!!


sangat simple wedding dia. tak macam wedding artist yg bagai nak gah wedding mereka. bagai nak menang sorak kampung tergadai. beringatlah. bersederhanalah.


eh aku kenapa emo? ? haha


ternampak kelibat isteri tun hussein on di kerusi roda.


terlihat kelibat adik beradik tun hussein on. lemah lembut yek?


oh gambar curtosy from fiena.

January 19, 2011

Sleepy Head



Totally exhausted!

seminggu straight tido late night - 2pm & above.

hari ni kat office mmg takleh handle. mungkin kopi tak cukup pekat?

aku dah turun tingkat dua, pegi lift hujung, naik tangga tingkat 3, turun balik tingkat satu, cross balik tingkat dua. satu block dah aku tawaf.  jangan sampai aku jalan kaki pegi alamanda sudah............sooooooooooooooOOOOOOoooOOOoooooo fenatttttttttttttttttttttttttttttt

huwaaaaaaaaaaaaaaa.. ape lagi nk buat? hantuk paler?

January 18, 2011

Minggu Busy & Sahabat

18.01.2011 - Training & Meeting

19.01.2011 - Training & Reherseal

20.01.2011 - Demo at UM

21.01.2011 - tengok movie (eh?)

22.01.2011- usherrete at shang ri la hotel till night.

okey! kurus!!!!!

^^



alhamdulillah,

sebenarnya kan. dalam sempit2 pon Allah bagi kelapangan.

ramai gila nak tolong aku .. time kahwin.

ade yg nak bagi satu dulang hantaran

ade yg nak buatkan hantaran

ade yg buat kan aku checklist

ade yg bagi VIP present.

ade yg nak jadi pengapit walopon da kawen

ade yg carikkan aku butik

ramai giler yg offer utk tolong. sayang kamu semua. semoga Allah melimpahkan rahmatnya ke atas kalian dan keluarga kalian.

Thanks to :-

Rina

Ayu

Fa

Elma

Yan

Eira

Abah

Kak yan

dan ramai lagi

----------------

Abah tengok cermin crack

abah: la ... cemane leh pecah ni. byk betul dugaan korang.

abah kalau ade duit , boleh abah tolong2.

huk >.<

terima kasih.
Paling Agung Teman Terulung.

Tenunan Emas. Sayap Hidupku.

January 17, 2011

Weekend with abah



ppppppppppppppppFew.

48Hours - Saturday & Sunday.

Friday night straight to IB for Demo Training. at night lepak with others till 3am. then sambung lepak dengan org lain till 4 am. abah ajak lepak. aku dah terkebil kebil.

Malam overnight at taman melawati. plannye nak hantar abah balik JB on Saturday. Dia dah ready plan for us. Petang while waiting for Faiz abes training, aku dengan abah merayau kt Mall, lepak kat secret recipe. dengar2 cerita dia. best :D

lepak la sampai faiz abes.

Malam plan nak jenguk nenek, cancel. tiba tiba abah call dah siapkan plan for us. harrrr.. letihhhhhhhhhh.

kami lepak with cik karim till 2pm. balik overnight at his house.

esoknye plan hantar abah. postpond lagi , tibe2 karaoke. ble ke? then lepak makan asam pedas... sampai petang. postpond lagi sampai esok nye baru dia balik. petang ahad baru dapat jenguk nenek.

tu, baju atas tu pon aku p beli kat giant RM10. semua instant. hahaah. tak sempat nk balik ambik baju pon.

dan 2 hari ni pon. satu tapak tangan aku abah telek. haahahaah.

faiz pon kena : akan ada seorang nak kawen dengan dia akan datang....(ada can berbini dua)

aku segera jawab: ingatla saat kesusahan bersama..(buat muka seposen)

abah gelak .. dia pegang kepala aku : .. alahaiii merajukkkk...

ok....

letih gilaaaaaaaaaaa.

we need to stay at taman melawati after wed!! kalau tak naya ulang alik. huhuhu

January 14, 2011

jerawat XP

Scene 01


me: b, ade jerawat la kat idonggggg.. camne nak demo???? :(

him: hah kenapa? diorang serang kat jerawat tu ke? buat kuntau kat jerawat tu ke?

ahahahahahahahahahahaa........ agak nye nak kene kuntau ini olang.

***

scene2


rindu~



lame tk update. sedang lagi sibuk ber tumblr. nice jugak. kerana aku lebih meminati entry berunsur gambr.

malam semalam ke RP. tak sangka jumpe abah.

rasa nak borak. biarkan je. sempat sapa senyum je.

then aku ke dapur. sedang sibuk minum air kopi... tiba tiba dia tepuk belakang.

abah: anak abah. lama tak nmpakkkkkkkk.

aku: hukkkkkkkkk... menyelamatkan dari tersembur...

abah: ahahah .. eh. nasib baik tak tersembur. sorry2.

aku: mmg la lame tak jumpe ... orang tu dah dok JB.. :(...

then aku borak. borak2 ... & perasaan rasa macam hari raya. rasa lama tak jumpe.

abah: rasa lain lah jumpe...

aku: tu lah. mungkin lama takjumpe kot.

abah: tak... baru je jumper.

aku : senyum.

malam tadi borak sampai 3 pagi.

betul2 rindu dia.

January 13, 2011

Ashabul Kahfi



Banyak ayat mujarobat
Bisa menawarkan luka
Namun penyakit jiwa ini
Tak bisa ditawan tanpa penyerahan


January 12, 2011

borak-borak dengan hati



-tutup mata-

1

2

3

4

5

6

7

8

9

10.

tarik nafas............................................. lepas.

resetting.

kalau tensi aku buat apa?

listen to ahmad deedat. streaming @ youtube. walau pon tak dpt catch up all his point sbb listening sambil buat kerja, tapi aku rasa macam lullaby kat telinga.

penyakit aku, aku tak reti nak list down songs kat playlist. aku tak reti nak dengar lagu. kecuali kalu aku suka satu lagu aku ulang-ulang sampai lebam.

herk.

hari ni mood tak berapa nak elok sejak pagi.

mungkin effect hari-hari yg lepas sejuk, mendung & dingin. tiba-tiba hari ni awan menghilangkan diri, maka matahari tidak sembunyik di balik mereka seperti selalu.

mood tak berapa nak elok , walau pon malam tadi dapat ubat.

haih!~ jangan merungut!

dah tengahari kot! *goncang goncang hati sendiri*

DIVERTING!!

Dia nasihat jangan putus asa. kecewa boleh.

aku sangat kecewa... sedih ... sayup. tengah control tak putus asa nih. nasib baik ada pesanan. ada pengingat.

byk kali diulang. org mukmin takkan putus asa!!!

aku nak divert! nak kumpul RM7000 by january 2012.

aku nak pergi  somewhere. aku nak pergi sana.

betulkan niat ye. *duk tepi hati... cakap cakap dengan hati*

boleh tak nak pasang ada satu niat nih. huuu >.<

(time tulis ni hati pun tengah meremang. erk. hati boleh meremangkah?)

okey hati ... (usap) .. be strong ye love. jangan lembik sangat. kat silat belajar ape? jangan elak & jangan undur kan?

er. giler ke aku?

January 11, 2011

turquoise



nah. untuk kamuch.

menarik kan? nice color! tahun ni blue + turqouise menarik mata aku! jika dibanding kan dengan ungu gelap tahun-tahun sudah.

masih, brown @ choclate gelap is my favourite.

okey cantik. tu je.

erm.  titik titik titik. jap gi sambung. no mood-

oke. pen on >.<

...........

alamak.hilang balik XD

Rindu~

kenapa ye. hati ini tersangat & teramatlah rindu

yang tak tersapa dek mata.

Semoga diberi izin.

amin

January 10, 2011

January 9, 2011

Suci



creamy. bukan putih. ^^


and ill design my nikah's dress myself.


kalau huduh. jangan gelaks. sbb tak jumpe design yg simple. nak design sendiri. boleh? ahaks.


belum nikah lagi aku rase nak nangis dah. boleh? huhuhu




kata ayah~:


selalunye, kalau before kahwin byk dugaan, lepas kahwin insya Allah kurang.


sebab nak diuji kuat mane jodoh kita.............



Allahurrahim. :D

January 7, 2011

hayyat

Jumaat kembali.

aku takut. sangat takut dengan masa yg semakin laju tinggalkan aku.

walhal satu hari aku dibuang begitu sahaja.

satu saat aku hilang tanpa mengingati Dia.

satu saat aku hilang tanpa merindui baginda.

satu saat aku hilang tanpa berkirim salam pada keliling aku.

satu saat aku hilang tanpa menghulurkan tangan.

dan sekelip mata, akan berjumpa 2012.

sedang malam aku sunyi tanpa Dia?

kenapa kurang nya syukurmu? sedang Dia telah mengurniakanmu sebesar2 kurniaan?

segera, kosong kan hati mu ...

tanam satu rasa setiap malam sebelum tidur.

ingat satu rasa ketika bangun.

jagalah hatimu, semaikanlah ia, lindungi ia dan berserah pada tuhan mu.

kerana si laknatullah tidak akan pernah putus asa mengotorkan hatimu.

ya Allah lindungilah hatiku

janganlah kau golongkan aku dalam golongan yg lalai.

aku takut... aku takut... aku takut yg amat ya Allah.


[gambar hiasan]


dengan izin Allah. aku berjanji mempertahankan sekeping daging ini sekuat mungkin. pinjamkan aku kekuatan Mu ya Allah dan tiada aku .. tiada aku .. tiada aku

January 6, 2011

Ijab

malam tahun baru, abg md dah wish Selamat Pengantin Baru.

kami amin kan saje... macam tau tau jer ... mintak2 didoakan sama.

2-3 kali di ulang. amin je kami.

actually, dugaan nak kahwin, sangat kuat... bahkan boleh dikatakan sayup hati kami dengan apa yg datang.

ape yg diplan semua gagal. tapi kami angkat semua sebagai didikan Allah pada hati kami. dengan segala kesusahan kami terima, hati makin kukuh.

aku hanya doa & terus doa supaya dimudahkan. dan dari awal aku doa, gantikan aku dengan seseorang yg mendekatkan aku padaMu, bukankah ini yg sedang berlaku?

cuma harap, lepas kahwin, kami kenal segala kesusahan nak kahwin, sebab memang susah nak kahwin. Allah Taala je yg tau dan kenal dan beri takat mana kami mampu....

dan aku harap hati kuat dengan segala yg datang. kurniakanlah aku yg terbaik. dan kurniakanlah aku suami yg nanti akan didik hati, cinta dan kasih pada mu dan pada nabi mu juga pada mereka yg mencintai mu.

dan jadikan lah aku isteri yg taat , berkorban pada suami... amin.

segala di atas kekuasaanMu. Bismillahitawakkal tu alallah. Lahawla wala quwwata illah billah.

sakit ototan.

ups.

hari ni training silat ... belum ape ape kene attack kt peha. sakit woo!

second injured- menyerang kot .. sakit tulang aku! maklum la tulang dominant dari daging.!! adeh!!

third one - ni best. kene serang sampai aku tercampak aka terpelanting 3-4 kaki. alhamdulilllah landing dengan selamat. macam terbang wehhhhh....

alhamdulillah.. selamat.

esok confirm sengal badan ototan

January 5, 2011

penghias entry (II)


okey. this girl sangat gorgeous. perfect!


seorang doctor yg happy-go-lucky.


cun n cute.


and gambar ni sangat superb.


color n editing.


credit pict dari blog dia. fatin liyana.



kenal

tidakkah kau ketahui bahawa mengenal itu semata-mata pemberian kurnia Allah pada mu

sedang amal perbuatan mu merupakan hadiah dari mu kepada tuhanmu

maka di manakah letak perbandingan antara hadiah mu dengan pemberian Allah kepadamu

- kata al hikam.



sungguh bergetar hati ..

lailahailla anta subhanaka inni kuntu minazzalimin.

long skirt II


cuba bayangkan. color color ni buat skirt? nice bukan?


actually stats masuk blog aku ramai search --->long skirt (link)


jugak ramai yg mintak buat cepat2 skirt.


insya Allah doa doakan boleh start dah. aku pon nak update skirt aku yg dah kepam koyak di sana sini struggle utk duduk sopan...

January 4, 2011

datang-pergi

satu berita sedih for early 2011.

abah tak stay KL dah. down giler kami dengar.

susah rasa nak lepak taman melawati takde dia.

rasa sangat kehilangan :(

January 1, 2011

01.01.11


01.01.11.


selamat tahun baru Masihi.


terima kasih tuhan untuk 28 tahun yg lampau.


kurniakan aku kebaikan utk akan datang.


01.01.11


Sambungan untuk kehidupan, alam pekerjaan, agama, sekeliling, family.


harap dapat improve satu dari bahagian hati itu. slow slow buat yeh.


ingin menyanyangi diri sendiri lebih. ewah.


dan semoga membawa kebaikan kepada semua muslimin dan muslimat . :)


link within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...