January 26, 2011

AR RAHIM, ALLAHU AKBAR

Hari ni mendung. pukul 930 macam pukul 730.

sayup je. syahdu.

tambah-tambah rindu aku.

dan rindu terubat, juga berbalas.... terima kasih. rasa hati aku lapang sampai bulan tiga :).

yang menjadi kan jadi itu Dia.

Kun faya kun, tiada daya , gerak, kekuatan... kita. lemah selemah lemah nya kita, Tinggi setinggi tinggi Dia.

sampai kah kau pada tahap berserah jika kau masih rasa semua dari diri sendiri?

sampaikah kau pada tahap bertawakkal jika tiada rasa lemah dalam diri?

sampaikah kau pada tahap yakin sebenar yakin jika tidak diuji,

ya Allah sungguh jauh lagi aku ke tahap itu. berilah aku petunjuk.

ya muqallibal qulub. thabbit qalbi a'la diinika wala taa tik.



pujilah kejadiannya, agungkanlah penciptaNya.

awan itu cantik, tapi cantik nya sebentar.

awan itu buat aku kagum, tapi kagum aku hanya sebentar.

pandanglah penciptanya, yang KEKAL.

tiada sesuatu pun dapat mencipta walau sesisip cahaya serupa itu yg menembusi awan.

MAHA BESAR ALLAH.

rahmat Mu ke atas alam, rahmat Mu ke atas manusia, rahmat ke atas kekasih Mu Rasulullah SAW.

No comments:

link within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...