March 31, 2011

Love



senyum tuan senyum hamba,
gembira tuan gembira hamba,
rindu hamba tiada berjasad,
kasih hamba tiada bersyarat

~jintanmanis


mood sajak ON

March 30, 2011

Honeymoon





macam-macam tempat aku pegi. 1 minggu cuti.

Genting, PD, Melaka....

feeling after kawen? sangat berbeza. rasa lagi respect partner. lagi kasih, lagi sayang. lagi tolerate.

dia plak, tambah romantic n caring n tanggungjawab.

feel secured. ^^

March 29, 2011

sayang Ella

hihi. found out this entry.

Masjid Tanah, Melaka

tq yayang. datang wedding akak. terharu sangat. sanggup majok ngn baba tu .. tima kacih... tima kacih to mama cancel class. suke sangat tengok ella datang .ceria majlis ai.

thanks for all the pictures dear. love u sangat. muahh

March 25, 2011

Isteri Solehah

Turunnya RAHAMAT dan KEBERKAHAN dari Allah SWT, sebagaimana sabda Rasulullah SAW “Sesungguhnya apabila seorang suami menatap isterinya dan isterinya membalas pandang (dengan penuh rasa cinta-kasih) maka Allah SWT menatap mereka dengan pandangan kasih mesra. Jika suami membelai tangan isterinya maka dosa mereka jatuh berguguran di celahan jari-jari tangan mereka”. (Riwayat Maisarah bin Ali daripada Abu Said Al-Khudri

March 24, 2011

kasih~

kerana senyum tuan adalah senyum hamba
kerana gembira tuan adalah gembira hamba
kerana sayang hamba ingat tuan
kerana rindu hamba tanda ingat kasih hamba pada tuan

-jintanmanis

March 23, 2011

Hari ke-17 kahwin

aku dah bersilat dengan dia.

konfem la aku kalah... die lengan besar ... huwaaaaaaaaaaaaaaaaaa..

dia jarang turun kelas aku tatau camne reflex dia still leh laju.... urghhhhh

aku flue. sok sek lepas kuar toilet..

kuar je aku dengar dia pasang lagu anuar zain - teman terulung.

me: eh .. u bukan tak layan lagu anuar zain?

him: ai dengar u sok sek sok sek. ai bukak la lagu tu <muka bangge>

***

pada semua....

kami officially berusaha nak ke SANA 2012 sama rombongan YM ... usaha. dapat atau tak tu bukan kudrat kita :)

pada kawan-kawan aku yg kenal ... jom sama-sama usaha. aku leh submit nama sekali. rombongan under abg Md syok sket ... sebab ade umrah ziarah which is penceritaan beliau sedikit special n extra dari satu tempat bersejarah ke satu tempat yg lain.

so total cost selamat RM7ooo...

berusahlah kawan-kawan.

moga dapat ke sana ramai-ramai .. sama kawan kawan yg aku sayang :)

pen off... dinner with hubby!

***

eh jap anuar zain.... naper lagu kamu bagus2 .....................................................

Xde mood

ndak ada mood nak nulih.

i am happy rite now ... ade org jage dah ^^... pempered me macam kitty... ^^...

oh i missed my bestie a lots. shes away to Mekah...

bestnye .. bile ai nak sampai .. umrah dulu pon jadilah.

2012. amin................

March 20, 2011

a gift~

its a gift. to see ur face when i wake up.

tenang je :). peaceful.

baru dapat online di rumah. he gave her monitor. ihiii..~~

March 18, 2011

Idolaku II-Aisyah RAD

TELADAN NABAWI

Pernah di suatu ketika, terdapat sebuah kisah yang disampaikan oleh ‘Abbas al-’Aqad di dalam‘Abqariah al-Siddiq berkenaan dengan sebuah syair yang telah dihafal oleh ‘Aisyah radhiyallaahu ‘anha. Syair berkenaan dipelajari oleh ‘Aisyah daripada bapanya Abu Bakr al-Siddiq radhiyalaahu ‘anhu.

“Suatu hari ketika cuaca begitu panas terik, Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam memperbaiki kasut baginda. Di dahi baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam mengalir peluh hingga ke pipi. Ketika itu ‘Aisyah mampir dan memerhatikan baginda dari dekat, seolah-olah beliau teringatkan sesuatu.

Lalu Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam bertanya, “Apakah hal yang menyebabkan engkau tercengang?”

‘Aisyah menjawab, “Diriku merenung wajahmu, dan keringat yang mengalir itu menerbitkan kilauan yang menakjubkan diriku. Sekiranya Abu Kabir al-Hazli melihatmu, pastilah dia tahu bahawa engkaulah orang yang paling berhak ke akan syairnya.”

Baginda bertanya lagi, “apakah yang dia katakan?”

‘Aisyah menjawab dengan lantunan syair:

syair-abu-kabir

Tidak berbekas padanya (kebudak-budakan) susuan ibu atau sakit yang melarat
Jika engkau memandang kepada wajahnya yang berseri-seri
Bercahaya bagaikan kilatan petir yang menyambar


Baginda Rasulullah sallallaahu tatkala mendengar syair itu melepaskan apa yang ada di tangan Baginda, bangun lalu mencium dahi ‘Aisyah dan berkata, “kemanisan apa yang telah engkau ungkapkan, adalah lebih mengujakan berbanding pandangan peluhku berbekas kepada dirimu!” [Lihat juga Rahmat-ul-lil-Aalameen: jilid 2, ms. 153]

Catatan itu begitu indah pada menggambarkan keintiman hubungan di antara Uswah Hasanah kita dengan isterinya. Bagaimana ‘Aisyah menggunakan kuasa kata-kata syair yang indah untuk memuji suaminya yang kepenatan bekerja, manakala suami pula menunjukkan penghargaan tertinggi kepada usaha itu lantas membalasnya dengan ciuman mesra di kening sang isteri.

Idolaku: Siti Khadijah

SUATU hari, ketika Muhammad sedang tidur di Gua Hira’ dalam pengasingan dirinya sebagaimana amalannya di bulan Ramadham, ketika itulah datang malaikat membawa sehelai lembaran seraya berkata kepadanya: “Iqraq!” atau ‘Bacalah!’.
Dalam keadaan terkejut, Muhammad menjawab: “Saya tidak tahu (dapat) membaca.”Lantas Myhammad merasakan malaikat itu mencekiknya (memeluknya) dan kemudian melepaskannya sambila sekali lagi berkata: “Bacalah!”Masih dalam keadaan takut Muhammad menjawab: “Apa yang akan saya baca?”Lalu malaikat itu berkata:

“Bacalah! Dengan nama Tuhanmu yang menciptakan. Mencitakan manusia dari segumpal darah. Bacalah. Dan Tuhanmu Maha Pemurah. Yang mengajarkan dengan qalam (pena). Mengajarkan kepada manusia apa yang belum diketahuinya....”
Akhirnya Muhammad mampu mengucapkan seperti kata-kata malaikat itu. Dan malaikat itupun menghilang setelah kata-kata itu terpahat dalam kabu Muhammad.
Setelah itu Muhammad bangun dan rasa takutnya semakin dirasakan. Baginda tertanya-tanya kepada dirinya, ‘Gerangan apakah yang dilihatnya tadi? Adakah dia kerasukan seperti yang selalu ditakutinya? Lalu baginda menoleh ke kiri dan kanan, tetapi tidak ada apa yang terlihat olehnya.
Dalam keadaan takut dan fikiran yang berkecamuk dengan pelbagai pertanyaan yang tak terjawab, Muhammad perlahan-lahan lari meninggalkan Gua Hira’ kerana takut kalau-kalau sesuatu perkara buruk berlaku ke atas dirinya.
Dalam perjalanannya pulang melalui celah-celah gunung itu, Muhammad terus berfikir dan tertanya-tanya di dalam hati:

Siapakah yang menyuruhnya membaca itu? Yang pernah dilihatnya perkara seganjil itu hanyalah berlaku dalam ‘mimpi hakiki’ yang berlaku padanya semasa baginda ‘mengasingkan diri’ sebelum ini? Itupun dalam bentuk cahaya yang menerangi kegelapan yang menjerumuskan kaum Quraisy ke lembah penyembahan berhala.
Muhammad menyedari bahawa sinar terang yang memancar di hadapannya dan kebenaran yang telah ditunjukkan itu adalah datang daripada Yang Tunggal dan Maha Esa. Tetapi siapakah yang telah memberikan peringatan bahawa DIA yang menciptakan manusia dan bahawa DIA Yang Maha Pemurah, Yang Maha Mengajarkan kepada manusia dengan pena, mengajarkan apa yang belum diketahuinya?
Ketika berjalan melalui liku-liku yang payah di celah bukit-bukit itu, tiba-tiba Muhammad mendengar ada suara memanggilnya. Dahsyat sekali bunyinya. Baginda mendingak ke langit. Tiba-tiba yang terlihat ialah malaikat dalam bentuk manusia seolah-olah terapung di awangan.
Muhammad sedar malaikat itulah yang memanggilnya. Baginda jadi takut dan terpaku berdiri di tempat di mana dia berhenti. Muhammad memalingkan mukanya daripada melihat malaikat itu, tapi ke mana sahaja mukanya dipalingkan, wajah malaikat itu masih terlihat.
Muhammad tidak tahu nak buat apa. Baginda sekejap berjalan ke depan, sekejap lagi mundur ke belakang. Agaka lama juga baginda berada dalam keadaan sedemikian.
Setelah wajah malaikat itu menghilang dari penglihatan, baginda pun meneruskan prjalanan pulang kerumah dalam keadaan yang tanpa disedarinya bahawa kalbunya telah diisikan dengan wahyu pertama itu. Baginda masih berasa takut dan gementar.
Setibanya di rumah, Muhammad terus berkata kepada isterinya – Khadijah, “Selimutkan aku!” Lalu Khadijah menyelimutinya. Tubuhnya mengiggil seperti orang yang sedang demam. Setelah semuanya tenang dan beransur reda, baginda memandang Khadijah untuk mendapatkan kekuatan jiwa.
“Khadijah, kenapa aku?” kata baginda. Kemudian baginda pun menceritakan segala pengalaman yang ditempuhi bermula dari Gua Hira’ hinggalah sampai ke rumah.
Sesungguhnya Khadijah adalah tempat baginda melimpahkan rasa damai di dalam hatinya yang sedang dalam kekhuatiran dan gelisah itu. Malah isterinya itu dilihatnya memandang dengan penuh hormat, seraya berkata:“Wahai putra pamanku! Bergembiralah dan tabahkan hatimu. Demi DIA yang memegang hidup Khadijah, aku berharap kiranya engkau akan menjadi Nabi atas umat ini. Sudah tentu Allah tidak akan mencemuhmu, sebab engkaulah yang mempererat tali kekeluargaan, jujur dalam kata-kata, kau yang mahu memikul beban orang lain dan menghormati tamu serta menolong mereka yang dalam kesulitan atas jalan yang benar.”
Mendengarkan kata-kata Khadijah, Muhammad bertambah tenang dan selesa. Di pandangnya wajah isterinya dengan rasa penuh kasih sayang. Sekujur tubuhnya terasa letih dan memerlukan rehat – tidur. Lalau baginda pun tertidur.
Demikian kisah bermulanya suatu kehidupan rohani yang baru untuk Muhammad. Itulah risalah Tuhan yang akan diteruskan dan disampaikan kepada umat manusia dengan cara yang lebih baik sehingga sempurnalah cahaya Allah, walaupun tidak disukai oleh orang-orang kafir.

Notes: There 's another version of story, di mana baginda terlalu tidak berdaya dan yg membantu memberi kekuatan adalah siti khadijah. tak jumpe lak vers tu.

ya Allah jadikanlah aku penenang pada suami ku seperti Siti Khadijah sebagai penenang pada Rasulullah.

Yang diucap dalam bahasa terindah
jawapan yang bertanya didengar nabi
antara kagum dan khusuk setiap ayatnya
lereng gunung menjadi amat sunyi
suara saja tegas bergema
disampai arah berkias maksud serentak
tapi jelas intinya
tidak sedetikpun Allah menghindar
atau mencemuh nabi disisi segala didoa
dipenuhi segala yang dipinta tulus dan
penuh baraqah
yatim ia tak berlindung
tidakkah tersedia juga bumbung baginya
awal begitu bergantung
kini tidakkah merdeka
bebas hidupnya

March 17, 2011

Sakinah - I

ya Allah, janganlah Engkau jadikan kesibukan dunia ini menghalang Sakeenah.

janganlah Engkau jadikan penghalang penghambaan kami padaMu.

janganlah Engkau kurangkan sedikit pun kasih kami pada yg mencintaiMu.

kuatkanlah yang putih agar yang hitam itu kalah.

kerana perkahwinan menyempurnakan agamaMu.

Kesengalan.

Helmee mengaku halimah.

aku & faiz pada hari ke-2 kami kahwin, penat fikir, sape aku scandal ade abang and adik perempuan dalam silat?

mmg takde kerja.

aku siap dah save number - halimah cekak.

March 16, 2011

rindu~

nak balik cepat...

rindu suami...

nak salam tangan cium dia....

nak tengok dia senyum & gelak

The Difference: :)


Alhamdu lillah,

aku suke tengok dia pakai baju melayu

aku suke aku berada seblah kiri dia.

aku suke aku rukuk, sujud, sama dengan dia.

aku suke tadah tangan aminkan doa dia.

aku suke alunan suara dia.

aku suka cium tangan dia.

aku suka dia kucup dahi aku.

thank you Allah.

ya Allah jernihkanlah rumah tangga kami seperti jernihnya Rasulullah & Siti Khadijah,

jadikanlah ijab kami sesuatu yg baik padaMu agamaMu dan sekeliling kami.

kurniakan lah kami kasih padaMu dan kasih pada hamba-hamba yang mencintai Mu.

perasaan halal itu indah, kerana perkahwinan itu melengkapkan separuh dari agama.

separuh dari agama....

selawat dan salam atas junjungan Nabi Muhammad saw

bercinta lepas kahwin mmg seronok :)

dulu terlimit nak pegang tangan. cik faiz mmg pangkah abes abesan.

sekarang ni dia yg hulur. :). seronok. cinta lepas kawen. :D

video ----- click here

reverse: bride-to-be - part II

Saturday 5 March 2011


busy seperti pengantin. eh?

aku cube buat ape yg patut, sebab petang dah kene pakai inai, takleh bekerja. asik kene marah sebab inai aku capok. orang yg jenis tak reti dok diam.. :))

last last kene pakai inai double. behave sikit sebab dah letih.

malam photoshoot antara keluarga.

yan, elma jue datang pon aku tak sempat entertain. sibuk kene mekap. sian diorang. siap tolong aku wat hantaran comey lotey lagik..

sorry ye korang tak sempat entertain. lawa hantaran. hihihihk.

then aku tunggu tetamu dari KL yg menjamah ikan dulu. kol 1230 baru sampai umah okehhhhh..

lantas aku suruh diorang layan diri sebab dah tak larat sangat-sangat dah ... sorry gugurls. mmg sungguh tak larat.

Sunday 6 March 2011



wake up at 630,

having breakfast

ready, mandi silat etc...

pukul 8 dah start make up,

me: nak natural je ek. bakal husband tak suka muka garang...

asik ulang jee .. ahahaha .. meluat mak andam ngn aku. aku byr... so ikot ckp la eh. :P.

then camera mana aku sampai.

around 915 abes make up. pengantin sampai bile pon aku tatau. cameraman kate dah. tp aku rasa dia silap org kot.

diorang pon ajak turun. aku ngn pengepit kesayangan ku.

orang pertama aku nampak -- somebody pakai baju owen. ... lepas tu aku carik pengantin lelaki...

then aku duduk simpuh. straight depan aku ayahanda dan YM.

YM bagi hint senyum senyum seronok + thumbs up..... aku pun balas senyum lagi lebar. huhuh


perasaan? takde perasaan. sebab org belakang aku dok buat lawak sampai kene panggil name ngn tok kadi pon tak dengar. tengok sape kat belakang tu .... :P


sampai la aku dengar khutbah, akad dari hubby & ayah, dan sampai aku disuruh setuju atau tidak.

dan sign paper.


sign cantik2 :P



amin2. terima kasih Yang Maha Menyempurnakan


dan disuruh baca notes. penyerahan amanah. <----------- melaka & johor je buat benda ni. so be prepare mmg sangat sedih. huk. aku seblom kene bace tu dah read tru.. scan. pergh....... sape karang ayat nihhh? bace bace sambil gigil

then dia ditanya nk solat ke tak. dia naik atas .. mmg tak nak solat kat bawah. seboleh2. tapi aku nak tengok ... suke n teringin nak tengok.

favourite part mase org2 nikah time sujud la. tatau nape. sayup... tapi die seboleh2 semunyik.

lepas tu aku selamat jadi isteri pada faiz shamsuddin, sessi mengambil gambar.


oh ye. aku suruh bapak aku jagekan cincin lelaki, tengok tengok dia sarung kat jari dia, takot lupe :P.

lepas tu aku jumpe tetamu n greets. terima kasih pada VIP sebab sudi datang. makan? takde selera dah. jap gi nak sanding ni haaaaa yihuuuuuu.

tengahari:


sanding, make up. sekali lagi aku suruh natural.... kalau tak aku ketuk mak andam tu.

sebaik, baju aku pilih simple simple... semua look nice tak over. :)

hasilnya aku puas ati sangat. murah pon murah.walau pon pelamin sekangkang kera.

ramai yg suke. aku lagi la suke... hihihhi.

special thanks to farah nadia, coz sudi jadi pengepit berkepit kepit ngn ai 24 hours. sure letih kan?

special thanks to rina sebab tlg ai handle especially YM. byk terima kasih sahabat2 ku.

special thanks ,, elma, yan jue sebab tolong sedikit sebanyak. sayanggggggg korang.

special thanks to YM n keluarga, sanggup datang kenduri n nikah. terharu kami.. walau pon tak available sangat. huhu

special thanks to bapak angkat sekeluarga sudi off cuti ari ahad utk aku.

tapi .. satu benda buat aku terkilan.

time nikah, bapak angkat takde kat dalam rumah. aku tak tau nape ade org tak bagi space. terkilan. sebab beliau byk tolong kami utk kenduri ni.

salam sayang untuk semua.

March 15, 2011

KameraKahwin


Our Momento

reverse -bride-to-be

Wednesday - 2 march 2011


i took half day, went to taman melawati, fetch somebody, find our ring. :). hijau.

at night, aku lepak dengan kak ita, borak-borak pasal perempuan. while faiz borak-borak dengan YM.

after 12 above, diorang ajak lepak at pelita.  sama abah... borak lagi. best moment ever. before i tukar status :)..

thanks to my beloved abah for helping us.

before balik

me: abg md, doakan kami ye...

abg md: ni nape sedih2 ni.... takde ape lah. insya Allah baik-baik jer.

me: terima kasih abg md.... doakan ye

abg md: senyum

aku sedih semacam. sebab last day bersama beliau.

Thursday - 3 march 2011


dengan berani nya aku ajak beliau & family breakfast. till 12 o clock. rasa sedih tatau nape. mungkin jumpe time gelar single. and after that kene tukar status. borak2 till noon. with abah sekali.

and this one moment, aku akan ingat sampai bile2.

petang aku perlu balik.

berapa kali dia ulang. jaga diri elok2, insurance takde tu ...

plan balik petang, sorang diri drive, tp cik faiz tak sampai hati, lalu dia hantar ke melaka at 8 pm. walaupon demam demam tu. sayang dia. kol 10 baru sampai.

friday - 4 march 2011


faiz gerak ke KL, aku berSPA SPA. ikotkan takmau. tapi kene paksa dengan geng2. sepanjang SPA aku tido je sebab exhausted sangat.

mak andam siap kan aku ------------- dia cukur kening!!!! pantang aku. sebaik tercukur. kalau tak dah bantah abes abesan. kalau tak jugak mati kene bambu ngn faiz.

Saturday - 5 march 2011


okey ..pening jap. jap gi sambung .hohooh

---------------------------------------------------------------

nota kaki: dah jadi isteri. kene jadi isteri yg ceria sentiasa .... ganbatteeeee


biar kehilangan semua yg dimiliki, asal masih adanya kamu

sayup..

syahdu..

rindu..

pada wajah kesayangan hamba.

terharu, terima kasih,

kami tau dia dan keluarga busy malam sebelum nikah.

mungkin tak dapat datang nikah... katanya.

Abg Md ade hal hari Sabtu tu.. mungkin tk dapat datang.

aku senyum, rasa nak tunda timing nikah je.

Eh jangan, buat apa nak postpond.. kata dia

tapi takpe .. takpe kak ita, tak pat datang pon tak pe .. :). senyum tawar.

beliau: takpe. kami rasa mungkin dapat datang.

and for my BIG DAY, wajah pertama aku nampak masa turun tangga, saat nak diijab kan, wajah dia aku nampak dulu. baju orange peach.

at my first sight: eh.. tak mungkin dia, lain muka dia, & awal sangat nak sampai,

aku duduk, facing dia. mmg dia... belakang isteri dia..

dia dekat dengan tempat pengantin lelaki, dalam kalangan keluarga, belakang ayah.

seronok.... tenang. gembira. complete nikah kami. :).. PERFECT

TERIMA KASIH, wajah kesayangan hamba. walau sibuk, letih, tetap hadirkan diri. walau jauh tetap datang meluangkan masa. sayang sangat2.



sayang beliau, sebab perkahwinan kami, beliau sangat sangat sangat sangat sangat byk membantu.

kasih kami, ya Allah kekalkan lah rasa kasih kami ini pada mereka sekeluarga.

March 11, 2011

2wonderful weeks

dear blogy,i missed u so much.im now at KL heading to genting.

Thanks god for giving me a wonderful gift

March 2, 2011

Checklist for Today 02.03.11

1230pm.

Collect something from Amam

1245pm

Off to Taman Melawati

145pm

Floral Heaven

2.30pm

To Ampang buying something . replacing my things :-s

Evening

Off back to Taman Melawati

Night

Meeting & Dating with abah.

Nota kaki: org perantin dok dendiam dalam umah. tak balik lewat malam. have to. abahku konfem ajak lepak. kalau tak sekajang perli masuk lam telinga ... huhuhu

pas ni busy nak update blog kot. ingat nak update ari ari. nak sematkan perasaan seblom tawen. tengok la kalau free.

ramai org buat entry @ blog pasal wed, persiapan, barang tu n ni, aku tak berjaye nak wat tatau nape. takleh nak wat walaupun cuba wat. tak reti kot .. :).

cuma reti nak letak kata hati direct ke wordpress nih. cuma ada yg terpakse di protectkan.

Datang ye semua. di jemput jemput.

04~




Rasulullah s.a.w. telah bersabda: Nikah adalah sunnahku (jalan agamaku), maka barangsiapa yang cintakan agamaku hendaklah dia menjalankan sunahku itu. (Riwayat Abu Ya'la dari Ibnu Abbas r.a)



3 steps more.


barang tak packing lagi.


esok nak balik dah.


muge-muge smua bahek bahek aja.


tolong doa ye kawan2.



me dear sista, make chocs for me. terharu. how sweet. comey2 semua...


ai buat as hantaran keyh. thanks dear. nnt wat business. sure best. wat color2 tau.


thanks love . muah.


Terima kasih ya Allah, atas kurniaan Mu kawan-kawan yg baik.


keliling yg baik.


Wallahi, sangat besar gantiannNya.


Sesungguh nya segala datang dari Dia.


aku speechless, kelu, terharu, sampai rasa jasad & jiwa ter apung.


Keajaiban byk berlaku. KEAJAIBAN. dan tiada mustahil bagi Dia.


Semoga aku jadi hambaNya yg bersyukur.


terima kasih buat semua.


terima kasih ya Allah menemukan aku dengan insan yg amat aku sayang.

March 1, 2011

05~ kawan-kawan yg aku sayang


Few steps to a new world.


penambahan satu lagi hati dalam jiwa aku.


satu hati lagi perlu di jaga lebih dari hati sendiri = suami.


feeling? cuak. and of course sedih.


lots of changes will happen to my life.


kawan-kawan aka friendship.


even belum kahwin pon, aku rasa byk hati-hati yg aku tak berapa dapat nak jaga. sebab aku busy dengan benda lain.


aku harap aku dapat jaga, kekalkan realation with my friends.


dan pada kawan-kawan yg aku sayang.


minta maaf salah dan silap, sebab kadang2 aku sedikit alpa sebab masa sangat suntuk utk bahagi pada semua.


especially kawan kawan aku since MMU. 10 years sama-sama.


takot jugak, sebab makin byk tanggung jawab after kahwin.


semoga kita di tetapkan ikatan :)... dan aku bersyukur. dapat kawan-kawan yg baik keliling aku.


semoga kalian mudah urusan dan lapang jalan :).



nota kaki pada diri : yey .. dapat pujuk ayahanda naik KL before aku balik melaka :). nak lepak before balik. aku nak dengar cerita sengal dia. :)




link within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...