March 18, 2011

Idolaku: Siti Khadijah

SUATU hari, ketika Muhammad sedang tidur di Gua Hira’ dalam pengasingan dirinya sebagaimana amalannya di bulan Ramadham, ketika itulah datang malaikat membawa sehelai lembaran seraya berkata kepadanya: “Iqraq!” atau ‘Bacalah!’.
Dalam keadaan terkejut, Muhammad menjawab: “Saya tidak tahu (dapat) membaca.”Lantas Myhammad merasakan malaikat itu mencekiknya (memeluknya) dan kemudian melepaskannya sambila sekali lagi berkata: “Bacalah!”Masih dalam keadaan takut Muhammad menjawab: “Apa yang akan saya baca?”Lalu malaikat itu berkata:

“Bacalah! Dengan nama Tuhanmu yang menciptakan. Mencitakan manusia dari segumpal darah. Bacalah. Dan Tuhanmu Maha Pemurah. Yang mengajarkan dengan qalam (pena). Mengajarkan kepada manusia apa yang belum diketahuinya....”
Akhirnya Muhammad mampu mengucapkan seperti kata-kata malaikat itu. Dan malaikat itupun menghilang setelah kata-kata itu terpahat dalam kabu Muhammad.
Setelah itu Muhammad bangun dan rasa takutnya semakin dirasakan. Baginda tertanya-tanya kepada dirinya, ‘Gerangan apakah yang dilihatnya tadi? Adakah dia kerasukan seperti yang selalu ditakutinya? Lalu baginda menoleh ke kiri dan kanan, tetapi tidak ada apa yang terlihat olehnya.
Dalam keadaan takut dan fikiran yang berkecamuk dengan pelbagai pertanyaan yang tak terjawab, Muhammad perlahan-lahan lari meninggalkan Gua Hira’ kerana takut kalau-kalau sesuatu perkara buruk berlaku ke atas dirinya.
Dalam perjalanannya pulang melalui celah-celah gunung itu, Muhammad terus berfikir dan tertanya-tanya di dalam hati:

Siapakah yang menyuruhnya membaca itu? Yang pernah dilihatnya perkara seganjil itu hanyalah berlaku dalam ‘mimpi hakiki’ yang berlaku padanya semasa baginda ‘mengasingkan diri’ sebelum ini? Itupun dalam bentuk cahaya yang menerangi kegelapan yang menjerumuskan kaum Quraisy ke lembah penyembahan berhala.
Muhammad menyedari bahawa sinar terang yang memancar di hadapannya dan kebenaran yang telah ditunjukkan itu adalah datang daripada Yang Tunggal dan Maha Esa. Tetapi siapakah yang telah memberikan peringatan bahawa DIA yang menciptakan manusia dan bahawa DIA Yang Maha Pemurah, Yang Maha Mengajarkan kepada manusia dengan pena, mengajarkan apa yang belum diketahuinya?
Ketika berjalan melalui liku-liku yang payah di celah bukit-bukit itu, tiba-tiba Muhammad mendengar ada suara memanggilnya. Dahsyat sekali bunyinya. Baginda mendingak ke langit. Tiba-tiba yang terlihat ialah malaikat dalam bentuk manusia seolah-olah terapung di awangan.
Muhammad sedar malaikat itulah yang memanggilnya. Baginda jadi takut dan terpaku berdiri di tempat di mana dia berhenti. Muhammad memalingkan mukanya daripada melihat malaikat itu, tapi ke mana sahaja mukanya dipalingkan, wajah malaikat itu masih terlihat.
Muhammad tidak tahu nak buat apa. Baginda sekejap berjalan ke depan, sekejap lagi mundur ke belakang. Agaka lama juga baginda berada dalam keadaan sedemikian.
Setelah wajah malaikat itu menghilang dari penglihatan, baginda pun meneruskan prjalanan pulang kerumah dalam keadaan yang tanpa disedarinya bahawa kalbunya telah diisikan dengan wahyu pertama itu. Baginda masih berasa takut dan gementar.
Setibanya di rumah, Muhammad terus berkata kepada isterinya – Khadijah, “Selimutkan aku!” Lalu Khadijah menyelimutinya. Tubuhnya mengiggil seperti orang yang sedang demam. Setelah semuanya tenang dan beransur reda, baginda memandang Khadijah untuk mendapatkan kekuatan jiwa.
“Khadijah, kenapa aku?” kata baginda. Kemudian baginda pun menceritakan segala pengalaman yang ditempuhi bermula dari Gua Hira’ hinggalah sampai ke rumah.
Sesungguhnya Khadijah adalah tempat baginda melimpahkan rasa damai di dalam hatinya yang sedang dalam kekhuatiran dan gelisah itu. Malah isterinya itu dilihatnya memandang dengan penuh hormat, seraya berkata:“Wahai putra pamanku! Bergembiralah dan tabahkan hatimu. Demi DIA yang memegang hidup Khadijah, aku berharap kiranya engkau akan menjadi Nabi atas umat ini. Sudah tentu Allah tidak akan mencemuhmu, sebab engkaulah yang mempererat tali kekeluargaan, jujur dalam kata-kata, kau yang mahu memikul beban orang lain dan menghormati tamu serta menolong mereka yang dalam kesulitan atas jalan yang benar.”
Mendengarkan kata-kata Khadijah, Muhammad bertambah tenang dan selesa. Di pandangnya wajah isterinya dengan rasa penuh kasih sayang. Sekujur tubuhnya terasa letih dan memerlukan rehat – tidur. Lalau baginda pun tertidur.
Demikian kisah bermulanya suatu kehidupan rohani yang baru untuk Muhammad. Itulah risalah Tuhan yang akan diteruskan dan disampaikan kepada umat manusia dengan cara yang lebih baik sehingga sempurnalah cahaya Allah, walaupun tidak disukai oleh orang-orang kafir.

Notes: There 's another version of story, di mana baginda terlalu tidak berdaya dan yg membantu memberi kekuatan adalah siti khadijah. tak jumpe lak vers tu.

ya Allah jadikanlah aku penenang pada suami ku seperti Siti Khadijah sebagai penenang pada Rasulullah.

Yang diucap dalam bahasa terindah
jawapan yang bertanya didengar nabi
antara kagum dan khusuk setiap ayatnya
lereng gunung menjadi amat sunyi
suara saja tegas bergema
disampai arah berkias maksud serentak
tapi jelas intinya
tidak sedetikpun Allah menghindar
atau mencemuh nabi disisi segala didoa
dipenuhi segala yang dipinta tulus dan
penuh baraqah
yatim ia tak berlindung
tidakkah tersedia juga bumbung baginya
awal begitu bergantung
kini tidakkah merdeka
bebas hidupnya

No comments:

link within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...