August 1, 2011

Assalamualaikum ya Ramadhan 1432H - zaujah

alhamdulillah,

kenangan ramadhan lalu masih kukuh dlm kotak ingat, dan kini dia menyapa aku kembali.

bersamanya kemuliaan dari pencipta,

bersamanya rahmat dari pencipta,

Dia beri peluang, pd hamba-hambanya yg kekurangan beramal agar menambah amal, kerana pada bulan ini berlipat kali ganda pahala yg diberi.

dulunya aku solat tarawikh, tiap-tiap malam akan aku rujuk, 1 ramadhan apa pahalanya, 2 ramadhan apa ganjarannya, 3 ramadhan, apa aku akan dapat...

sekarang baru aku sedar, dengan didikan guru,

aku buat itu semua kerana PAHALA bukan kerana TUAN KU, yakni TUHANKU,

aku buat itu semua kerana "KEASYIKAN=nafsu" merasai bulan ramadhan, ketenangan ketika ramadhan, bukan untuk TUANKU,

 

IKHLAS adalah kunci segalannya, namun untuk ikhlas, bukan susah tapi tak mudah.

semuga terdidik jiwaku yg lemah ini di dalamMu.

SUAMI--------------------------------------------------




terima kasih ya Allah kerana meminjamkan dia.

DIA MELENGKAPI AKU.

sangat gembira untuk Ramadhan baru ini , bersama dia... smuga dikurniakan MAWADDAH DAN RAHMAH pada rumahtangga kami.

untuk suami ku,

terima kasih untuk segala CINTA yg diberi,

aku semakin kenal akan dirimu ketika ini,

jiwamu sangat lembut.

terima kasih atas pengorbanan selama ini,

jika kau baca tulisan ini satu hari nanti, ketahuilah, aku amat menCINTAImu sehingga setiap hari tidak mampu aku tidak mengucup pipimu... kasih aku padamu hanya DIA yg tahu.

setiap hari ingin aku usap mukamu, dan membaringkanmu atas duduk silaku selepas solat, dan membayangkan baringnya Nabi di pangkuan Aisya.

dan setiap kucupan mu pada dahiku, mewujudkan betapa tinggi aku meletakkan hormat ku pada mu ya zaujahku.

hanya DIA yg tahu kasih nya aku padamu, suamiku dunia akhirat...

 

No comments:

link within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...