October 27, 2011

Romantik itu Sunnah Rasulullah S.A.W

Sifat-sifat yang sempurna inlah yang membuat jiwa manusia merasa dekat dengan Rasulullah SAW. Membuatkan hati mereka mencintai baginda. Menmpatkan baginda sebagai tumpuan hati. Bahkan berapa ramai yang dahulunya bersikap keras dengan Nabi SAW berubah menjadi lembut dan akhirnya masuk Islam setelah terpanah kemuliaan akhlak dan budinya baginda Nabi SAW.

Kemuliaan ini bukan sekadar lakonan di hadapan manusia. Namun dibuktikan oleh insan pendamping baginda. Meneliti satu persatu perbuatan, pertuturan dan lenggok gayanya. Mereka ialah serikandi rumahtangga baginda Nabi SAW. Sehinggakan kemuliaan akhlak seorang suami bernama Muhammad bin Abdullah tidak dapat digambarkan oleh Aisyah RA, lalu menisbahkan akhlaknya dengan akhlak kitab suci al-Quran.

Walaupun Rasulullah seorang panglima perang, pemimpin tertinggi umat Islam, namun di sisinya terdapat nilai kasih sayang dan jalan kisah yang cukup romantis antara baginda dan isteri-isterinya. Namun berapa banyak sunnah ini dilupakan lalu suami masakini menggambarkan dirinya bagaikan pemegang kuasa keluarga yang perlu sentiasa kelihatan bengis dan penuh egois.

Siapalah kita berbanding Rasulullah SAW yang jauh kedudukannya lebih mulia dari segala manusia. Namun atas tawaduk dan romantisnya baginda membuatkan umat yang membaca kisah cinta baginda bersama isterinya seolah sedang menghayati novel cinta romantik.

Diberitakan bahawa Rasulullah pernah bermandi air cinta bersama isterinya. Dalam Sahih Bukhari diriwayatkan bahawa Aisyah berkata bahawa : “Aku sering mandi bersama Nabi Muhammad dari satu bekas air yang disebut al-faraq.” Perbuatan Nabi mandi bersama Aisyah tanpa sebarang tabir penghalang menunjukkan ianya satu sunnah. Terutamanya setelah melakukan hubungan intim sesama pasangan.

Romantik gaya Rasulullah SAW boleh diteladani. Walaupun hidup suami isteri masa kini sentiasa disibukkan dengan pekerjaan. Kita juga boleh mengambil sunnah-sunnah romantik Rasulullah SAW bermula dari sebelum keluar bekerja.

Sebagai contoh menghantar isteri ketika hendak keluar rumah seperti yang dilakukan oleh Nabi SAW kepada isterinya Shafiyyah binti Huyay sehinggakan Nabi SAW berkata “Jangan terburu-buru hingga aku mengiringimu (menemani sampai ke pintu)”. Hadis Bukhari dan Muslim. Bahkan Nabi SAW turut membantu isterinya menaiki kenderaan. Di dalam Sahih Bukhari dan Muslim menceritakan bahawa “Nabi Muhammad SAW duduk di sisi unta baginda. Kemudian baginda menekukkan lututnya. Lalu isteri baginda Shafiyyah meletakkan kakinya di atas lutut Nabi Muhammad SAW hingga naik atas unta”. Bukankah ini sesuai dipraktikkan dengan membuka pintu kepada isteri seperti zaman memikat isteri dahulu. Ataupun sekali sekala membonceng isteri di belakang seperti dalam riwayat Bukhari yang menyatakan Anas bin Malik menceritakan bahawa ketika pulang dari perang Khaibar salah seorang isteri Rasulullah membonceng di belakangnya.

Apabila waktu cuti hujung minggu atau di malam hari, bawalah isteri bersiar-siar. Ini bukanlah sekadar tips dari seorang pakar motivasi. Namun ianya merupakan suatu sunnah romantis Nabi SAW bersama isterinya. Diberitakan dalam Sahih Bukhari dan Muslim bahawa “Rasulullah apabila datang waktu malam, baginda berjalan bersama Aisyah dan berbincang-bincang dengannya”. Malah apabila baginda ingin keluar baginda akan mengundi siapa yang akan menemaninya untuk keluar bersama. Malah Rasulullah juga membawa Aisyah untuk makan bersama di luar. Sehinggakan suatu ketika Nabi pernah menolak pelawaan jirannya yang berbangsa Parsi untuk makan di rumah mereka sekiranya isterinya Aisyah RA tidak turut diundang bersama. (Hadis riwayat Muslim) Untuk menambahkan romantis terhadap isteri, disarankan suami menyuap sendiri makanan ke mulut isterinya. Sepertimana dalam sahih Bukhari dan Muslim sabda Nabi SAW : “Sesungguhnya apapun yang kamu nafkahkan, maka hal itu adalah sedekah hingga suapan yang kamu suapkan ke mulut isterimu.” Walaupun hadis ini berkisar tentang pemberian nafkah, namun bukankah menjalin ikatan romantik antara suami isteri itu satu tuntutan.

Romantik sesama suami isteri ini semakin malu untuk diamalkan. Mungkin bagi yang sudah lama berkahwin akan bertambah rasa jelik bermadu kasih dengan isterinya. Namun jika diteliti, sebenarnya sikap romantis ini adalah datang dari Nabi SAW. Sayang apabila kita lebih malu mengamalkan sunnah romantis sesudah berkahwin sedangkan kita tanpa segan silu melakukannya sebelum ianya dihalalkan.

Sebenarnya, gambaran seorang suami yang garang dan bengis bukanlah suatu yang datangnya dari agama. Nabi SAW tidak mendidik para isteri untuk takut kepadanya. Namun didikan sebagai pemimpin rumahtangga yang hebat membuatkan rasa takut itu bertukar menjadi lebih menghormati. Nikmat suasana percintaan itu lebih dihargai apabila suami turut meluang masa bergurau senda dan bermesra seakan-akan baru sehari diijabkabulkan.

Belaian terhadap isteri dapat memupuk kasih antara sesama pasangan. Nabi SAW dalam satu riwayat Ahmad berkata bahawa “ Rasulullah tidaklah setiap hari melainkan baginda selalu mengunjungi isteri-isterinya seorang demi seorang. Rasulullah menghampiri dan membelai mereka secara bergantian”. Adakalanya romantisnya Nabi SAW sehinggakan beliau sengaja bermanja dengan menyandarkan kepalanya kepangkuan isterinya sepertimana yang dipertuturkan Aisyah RA dalam Sahih Bukhari bahawa “Nabi SAW membaca al-Quran (mengulang hafalan) dan kepalanya berada di pangkuanku sedangkan aku dalam keadaan haid”. Bahkan amalan ini berlarutan sehingga detik-detik akhir hayat Rasulullah SAW. Aisyah berkata “ Ketika maut menghampiri Rasulullah SAW, kepala baginda berada diatas pahaku.”Ada suatu hari ketika Aisyah sedang asyik menyaksikan kanak-kanak bermain bersama ibu mereka, datang baginda Nabi SAW mengangkat Aisyah. Lalu baginda mendukung Aisyah di belakang beliau. Aisyah menuturkan bahawa : “Baginda mendirikanku di belakang dan pipiku di atas pipi baginda. Ku letakkan bahuku di atas bahu Rasulullah SAW”. (Bukhari dan Muslim). Begitu juga isteri Nabi SAW sentiasa mendapat kucupan mesra daripada Nabi SAW ketika ingin pergi ke masjid.

Rasulullah bukan seorang yang kaku dan keras. Ia juga seorang manusia yang mempunyai emosi tersendiri. Pemergian baginda telah membuatkan kehangatan rasa rindu di kalangan isterinya. Dikala isteri kesunyian, hadirnya mengungkap keriangan. Sewaktu isteri dalam kedukaan, baginda bukanlah sekadar pemerhati. Namun baginda juga sebagai ubat kedukaan dan kesakitan. Diriwayatkan dari Aisyah bahawa : Nabi Muhammad SAW adalah orang yang penyayang lagi lembut. Baginda akan menjadi orang yang sangat lembut dan paling banyak menemani ketika isterinya sakit.” (Bukhari dan Muslim) Hadirnya Nabi SAW mengubat hati para isteri.

Baginda paling banyak bergurau senda bersama isterinya. Suatu hari datang Saodah (salah seorang isteri Nabi SAW) kerumah Aisyah. Lalu Nabi SAW duduk diantara Aisyah dan Saodah dan meletakkan kaki beliau diatas pangkuan mereka. Ketika Aisyah menjemput Saodah makan, ia menolaknya kerana tidak berselera. Lalu Aisyah berkata : “(Demi Allah), makanlah atau aku akan mengotori wajahmu”. Saodah menolak dengan berkata : Aku tidak akan memakannya”.Lalu Aisyah mengambil makanan dan disapukan ke wajah Saodah. Rasulullah SAW tertawa. Kemudian Rasulullah menyuruh Saodah membalas semula dengan mengotori wajah Aisyah. Setelah Saodah mengotori wajah Aisyah, Rasulullah terus tertawa. (an-Nasai’e, Ibn Abi Dunya) Kisah ini merupakan senda gurau Nabi SAW bersama isteri-isterinya. Pernah juga Rasulullah memujuk Aisyah untuk menghilangkan marahnya dengan sengaja memegang hidung Aisyah seperti dalam riwayat Ibnu Sunni.

Begitu romantisnya rumahtangga Rasulullah SAW. Mungkin inilah rahsia cinta sejati yang kekal ke akhir hayat Nabi SAW. Beramah mesra, bergurau senda, belaian dan sentuhan. Sehinggalah ayat-ayat cinta terukir dari bibir seorang Nabi dengan memanggil panggilan manja terhadap isterinya. Suara indah memanggil “Ya Humaira” kepada Aisyah yang bermaksud “Wahai si putih kemerah-merahan atau Mawar merah”. Membuatkan ikatan itu lebih intim. Adakalanya Nabi SAW memanggil Aisyah dengan singkatan manja “Ya Aisy” yang bermaksud kehidupan ketika mana beliau menyampaikan salam daripada Malaikat Jibril untuk Aisyah RA. Dengan membuang huruf terakhir itu menunjukkan besarnya rasa cinta, kemanjaan dan kesayangan yang ditonjolkan dari Nabi SAW.

Sesungguhnya bersikap romantis sesama isteri itu adalah sunnah Nabi SAW. Kita berharap dengan sunnah ini dapat memupuk ikatan yang lebih erat antara sesama pasangan. Bukanlah sunnah ini suatu yang perlu dimalukan untuk diamalkan. Kepada suami, ayuh mengikut petunjuk Nabi dalam berkasih sayang sesama isteri. Andai isteri berasa pelik dari mana datangnya sikap romantis seorang suami. Adakah suami baru sahaja selesai menamatkan buku novel cinta Romeo dan Juliet. Jawablah dengan manja. Romantis ini bukan dari novel biasa, namun romantis ini datangnya daripada hadis Nabi SAW.

October 19, 2011

Smoothly~

ingat lagi kata ayah before aku kahwin. time byk betul ombak dan duri. ewah.
time tkde duit nk kawen. time umh kene rompan n cincin kesayangan aku kene curik. time ape lagi tah aku tak ingat.

kata ayah .... link.

ak ah. mmg betul. after kawen di permudahkn. walupun ade kocak kocak di air yg tenang. siapa kita nak melawan DIA kan?

kata Ustaz Don. kita siapa? Dia pemilik. Dia Tuhan. boleh buat apa saja kat kita.

Smoga di kurniakan hati yg kuat utk segala dugaan. di bersihkan hati.

menjadi isteri sebenar isteri.
menjadi anak murid sebenar murid.
menjadi anak sebenar anak.
menjadi manusia sebenar manusia.

October 16, 2011

exhausted:sweet Oct

nowadays, aku kerap ke memane by bike.
hitam sudeyh.

tengok kakiku...siap ade tanda slipar kat atas tu. berbalam kulit gelap n kulitku...

------------------------------------------------------------------------------------

exhausted.

smlm penat.... balik dari bangi terus tersungkur di katil. kol 1 baru bangun.
bangun2 je tengok ade sekotak asam & satu tumbler air habis.. alahai siannye cik suami. sure kelaparan giler... nk je aku kejutkn nk prepare food. tp tido nyenyak lak dia...

last2 aku yg lapar sampai kol 4 baru leh tido... sangap ..

October 14, 2011

Boolan

aku rase ni le gmbr terbaik bulan pernah dpt... camera tak power so not so clear. tp nmpk gk la awan2 tuusss..

dan kenapa aku tk leh resize gmbrrrrrrrrrrrrrrrr...~~

Convocation..

ak ah. esok convo. mlm smlm aku da melaram ngn hubby. beliau dgn tanjaknya, kain sampin nya, aku dengan baju kurung biaser... silap hantar sample baju utk dijahit yg "lame" , sbb aku da gemuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuukkkkk.. sendat kot baju.. aih. da la baju tu nanti gk nak pakai time usherette...





jintanmanis

Iman

Tunggu ibu kt sana.

I felt smtng khamis mlm jumaat. Mmg a few days before aku buat kerja berat2, and kt rumah bob time tlg rina ke hulu ke hilir dah rase lain.

Benar aku sasau sekejp. sebab aku dah tau akan jadi. aku dah tau ape jadi...
Takut kemungkinan.seharian aku dwn.
seharian aku tidur tak gerak.. sampai lapar aku makan, lepas tu aku tido balik. suami pon tak tau nak buat ape.

2 kali dlm tidur aku mimpi jumpa org baik2.. 2 orang... yep 2 orang MULIA

then suami dtg, u takleh cmni, jom jom kite kuar...

lalu aku ngn dia keluar ke RP.. lepak2 sama. aku minom2... masa minom tu darah byk dh keluar, suami dh pucat, dia tlg cover, sampai dlm kete,

iqa n yuyui excited, citer pasal baby... citer pasal adik diorang... aku mampu senyum. sebab aku tau dh takde... aku senyum tawar... senyum jage ati diorang, tp dlm hati aku luluh....

sampai umah, aku tk mampu tahan dh, duduk, bau darah semerbak kat luar kereta, suami pimpin aku, suruh tenang , suruh sabar, tapi aku tau dia nangis...

sampai dlm umah, suami cuci semua, cuci seluar, cuci smua, sampai aku ckp..

b, tunggu luar jap...

aku sambut bby dengan tangan , senang je keluar, x sakit..

b... sini jap..

aku tunjuk... dia istighfar panjang...

then aku releks, Demi Allah sikit pon tak sakit... tidur, mcm biasa, sedih tk sangat... sampai suami call abah suruh antar spital,


Smlm bleeding teruk. Sgt, husbnd tlg cuci smua. Sampai dia nangis tgk aku bleed.

Tp i dnt knw why, aku tk sedih sgt. Mungkin sbb mimpi, mungkin sebab dah sasau semalaman.

suami:-

Apa2 jadi sy ada dgn u

Igt dugaan menaikkan kita
Benarkn segala yg dtg

...

Dia jadi smgt aku mlm td.

Iman, utk lelaki atau perempuan, tunggu mommy kt sana, pimpin nanti tangan kedua org tuamu, kmi akn rindu kmu.ramai tunggu kmu, kehadiranmu sementara menggembirakn ramai org, ramai mahu kamu jdi slh seorg keluarga mereka.

Kmu sekrg dekt dengan tuhanmu. dan kami berdua akur dengn takdir penciPta kami

Mommy langsung tk rasa sakit.. Terima kasih tuhan atas nikmat sementara 3 bulan yg Kau pinjmkn.

before this mommy byk buat entry pasal iman, tp sbb belum masanye nak announce mommy privtekan.. tp bile terbaca balik mmy sedih..

October 13, 2011

test protected

Test protected

Protected Coding


Doa buat Suami

Ya Allah ya Tuhan ku, Yang Maha Segala-galanya,

Ampunilah dosa suamiku Mohd Faiz Shamsuddin,

Sejahterakanlah dia,

tenangkanlah dia,

mudahkanlah urusannya,

murah dan berkatilah rezekinya,

gembirakanlah dia,

jadikanlah dia pemimpin yg terbaik buat aku dan keluargaku.

peliharalah agamanya.

tetapkanlah aku menjadi penyejuk mata, peneman dan penyeri dia.

amin

Eid - Ipoh 1432H

tkde preparation raya sangat. kekurangan bajet. maklum la segalanye dah double. baju raye ni pon ade smbody special adiahkan kain dia.

1 SYAWAL – RAYER

2 SYAWAL – BOWLING

3 SYAWAL – mandi sungai

RAYA IPOH – Puasa

fuh… tarek napassssssssssssssssss—

sedang sy menulis di sini, sy dlm keadaan demam sesema. achum achum .. echo gitu.

Khamis malam – packing untuk dua beg. eh. satu luggage 2 org. cer teka baju sape byk. zoom. target ke – umah YM, kemudian terus ke ipoh. agakan ketibaan ke ipoh – 4 pagi.

di rumah YM- seperti biasa ramai yg singgah kat sana, YM pun dlm keadaan letih n mood tak berapa okey, kami pon ade gak dapat sedas dua teguran. alhamdulillah.. teguran yg kami pon tak sedaq kami salah. tima kasih abg md :D .

berenti RNR TAPAH – subuh, favourite kami kat RNR waktu pagi. tatau nape. feeling sangat best. macam rasa sayang kat suami bertambah.

at 4am sampai sana- ready2 kan food untuk sahur – untuk mother in law , father in law bersahur di masjid. after sahur MIL ajak kami solat kat masjid. masjid mmg dekat ngn umah hubby… jalan kaki sampai. tp aku ngn tak tido, dah la imam bace surah sajadah, sampai rakaat 2 dh terhuyung hayang, smpai sujud sajadah pon ter tama’ninah….

tido sampai tengahari :D . maklum lem lm tk tido, NOON tlg kemas umah bersama hubby, petang teman FIL & hubby beli barang buka. FIL yg amat pemurah bawak sekoyan plastik beg untuk buka.

at NIGHT – jalan kaki pi tarawikh.

2ND DAY – PUASA

mcm biasa, aku ditugaskan masak sotong maasak sambal - food pertama untuk MIL. approved :D .. padahal main cmpak je ape yg patut.

petang, lari ngn motor abah/FIL same abe gi beli mercun… malam kami dua je main mercun. sbb bajet murah. kang ramai balik takde da nak share2… :P

3RD DAY

SUBUH – 2 orng abg ipar n their wives pulem. baru meriah umah.

BUKA - buka ramai2 dgn diorang kt luar…. after that jalan2 kat shopping complex. first time kot. ramai giler orang. QUOTE favourite aku mlm tu kat hubby – ini baru rayerrrrr — ,, jalan2 ngn diaa.. ngn kakak biras n abg ipar… malam- tarawikh ngn hubby.

4rd DAY

last day kot puasa. sedih sangat.

sampai subuh tu aku rase sayupppp.. smyg subuh ngn hubby – dia serba putih, tambah ngn sejuk pintu bilik terbukak – luar coridor. aku rasa sangat sedih ramadhan dah abes… rasa cam rugi. rasa cammm.. sangat sedihhh laa.. dari rakaat pertama aku nangis gila2… mcm ade satu perasaan datang menyelinap. n abes je smyg terus ilang. TERIMA KASI”H TUHAN atas rasa ini.

NOON-kemas rumah esok dh raya. makin ramai kat rumah nih. takpernah aku sepenat nih, tp best giler, sebab geng dapor sme satu kepala. lebih gelak dari wat keja.

dari kiri, kakak ipr first, kakak ipar second-right & duduk- maksu.

AT NIGHT: kepenatan giler, and join them tgk scary movie ramai2. family hubby mmg ramai giler, sampai kan raye kene tido bergelimpangan kat hall. agak agak seram semua bantai jerit, sampai opah hubby keluar bilik tercengang2.

what i loved about them – suke tgk hubby n adik bradik. sengal giler .. mcm budak2 … tp kalau kat luar bajet seriyes.
diorang suke buli anak buah diorang, mcm konon da matured sangat… pestu suke buli opah beliau yg innocent n senang nangis. so cute! aku tukang senyum dr tepi… :) ~

at 2.00 am – tido menanti rayer utk smyg rayer~~~~

Mari Aku Ceritakan Tentang Guruku

Mari aku ceritakan. kisah mereka yg membawa kita ke syurga.

1. Ibuku

2. Bapaku

3. Guruku

4. Suamiku

aku lebih senang memilih menceritakan perihal guru ku sebelum kedua ibu bapa ku, kerana guru yg mengenalkan betapa besar nya ibu bapaku.

ingin aku ceritakan agar kisah ini akan jadi cerita dan ilmu untuk anak-anakku.

GURUKU

awalnya silat mengenalkan aku pd dia. jika tiada kenal, awal niat belajar silat untuk mempertahankan diri. tp di sebalik silat, lebih dari silat yg aku pelajari.

1. pergantungan - awal silat sudah mengajar hakikat. bahawa berdiri lurus menghadapi serangan. berdiri lurus – berserah pd Allah dan yg menggerakkan kita bukan kita. ilmu yg sangat dlm dalam ilmu hakikat. yg susah di fahami tanpa didikan guru.

2. Ibu Bapa – aku lebih suka memerhati keadaan sekeliling, yg paling aku kagumi, anak-anak muda yg “kering” hatinya, yg dulu tidak menghormati ibu bapa, berubah menjadi taat pd ibu bapa. yg tidak pernah salam cium tangan ibu bapa, bertukar jadi sayang dan kasih. didikan secara tidak langsung yg diterap- tanpa sedar, sejak dari zaman arwah ustaz. sebab aku rasa, hati kita-kita .. terutamanya yg samseng2 ni sangat sukar dibentuk, tp dengan kata-kata hikmah dari tuan guru, semua akur, insya Allah , berkat yg dikurniakan pd tuan guru. bukan TAKSUB, namun kasih. seperti nya kita kasih kepada RAsulullah kerana peribadi dan ajaran beliau, begitu juga kita kasih pd tuan guru.

3. sunnah rasulullah – secara tak langsung, semua salah silap anak murid beliau tegur, dan secara tidak langsung peribadi beliau kita ikut, kerana setiap perbuatan yg di lakukan, akan di selit, ini sunnah rasulullah, amalkan ini untuk sunnah rasulullah, buat begini buat begitu tanpa sedikit pun beliau membangga diri

4. ilmu - beliau menjadi tempat rujukan ilmu, tempat pertanyaan ilmu, dan setiap kata-kata dari beliau akan terselit ilmu-ilmu dan amalan. yang aku rasa selama ni sangat berselirat aku carik, tapi amat mudah apa yg beliau simpulkan. – islam itu mudah.

5. sillaturrahim – dengan adanya beliau sebagai idola, dan anak murid menghormati beliau. “ikutlah belakang nabi”~

semoga anak-anak kami tetap di bawah pimpinan silat cekak hanafi selagi ianya betul.

buat yg mendidik dan membentuk aku – ibu, bapa, guru, suamiku

Zaujah 17 Ramadhan 1432H

Semoga Allah memelihara “masjid” kami dari sebarang kejahatan & kecelakaan.

Dianugerah kan Rezki yg berkat, di kurniakan jalan yg lurus, dan hidayah dari Allah.

Di berikan kesabaran , & ketabahan.

Semoga aku tetap memperbaiki diri hingga hujung nyawa utk zaujahku

Kembali, kata rumi

Jika engkau belum mempunyai ilmu, hanyalah prasangka,
maka milikilah prasangka yang baik tentang Tuhan.

Begitulah caranya!

Jika engkau hanya mampu merangkak,
maka merangkaklah kepada-Nya!

Jika engkau belum mampu berdoa dengan khusyuk,
maka tetaplah persembahkan doamu
yang kering, munafik dan tanpa keyakinan;
karena Tuhan, dengan rahmat-Nya
akan tetap menerima mata uang palsumu!

Jika engkau masih mempunyai
seratus keraguan mengenai Tuhan,
maka kurangilah menjadi sembilan puluh sembilan saja.

Begitulah caranya!

Wahai pejalan!
Biarpun telah seratus kali engkau ingkar janji,
ayolah datang, dan datanglah lagi!

Karena Tuhan telah berfirman:
“Ketika engkau melambung ke angkasa
ataupun terpuruk ke dalam jurang,
ingatlah kepada-Ku,
karena Aku-lah jalan itu.”

—Jalaluddin Rumi—

Habib Umar Ibn Hafiz

Penuhilah hatimu dengan kecintaan terhadap saudaramu niscaya akan menyempurnakan kekuranganmu dan mengangkat derajatmu di sisi Allah

Barang siapa Semakin mengenal kepada allah niscaya akan semakin takut.
Barang siapa yang tidak mau duduk dengan orang beruntung, bagaimana mungkin ia akan beruntung dan barang siapa yang duduk dengan orang beruntung bagaimana mungkin ia tidak akan beruntung.
Barang siapa menjadikan kematiaannya sebagai pertemuan dengan sang kekasih (Allah), maka kematian adalah hari raya baginya.
Barang siapa percaya pada Risalah (terutusnya Rasulullah), maka ia akan mengabdi padanya. Dan barang siapa percaya pada risalah, maka ia akan menanggung (sabar) karenanya. Dan barang siapa yang membenarkan risalah, maka ia akan mengorbankan jiwa dan hartanya untuknya.

Kedekatan seseorang dengan para nabi di hari kiamat menurut kadar perhatiannya terhadap dakwah ini.
Betapa anehnya bumi, semuanya adalah pelajaran. Kukira tidak ada sejengkal tanah di muka bumi kecuali di situ ada ibrah (pelajaran) bagi orang yang berakal apabila mau mempelajarinya.

Sebaik-baik nafsu adalah yang dilawan dan seburuk-buruk nafsu adalah yang diikuti.
Tanpa menahan hawa nafsu maka manusia tidak akan sampai pada Tuhannya sama sekali dan kedekatan manusia terhadap Allah menurut kadar pembersihan jiwanya.

Jikalau sebuah hati telah terbuka, maka akan mendapatkan apa yang diinginkan.
Barang siapa yang mempunyai samudra ilmu kemudian kejatuhan setetes hawa nafsu, maka hawa nafsu itu akan merusak samudra tersebut.

Sesaat dari saat-saat khidmat (pengabdian), lebih baik daripada melihat arsy dan seisinya seribu kali.
Menyatunya seorang murid dengan gurunya merupakan permulaan di dalam menyatunya dengan Rasulullah SAW. Sedangkan menyatunya dengan Rasulullah SAW merupakan permulaan untuk fana pada Allah (lupa selain Allah)
Manusia di setiap waktu senantiasa terdiri dari dua golongan, golongan yang diwajahnya terdapat tanda-tanda dari bekas sujud dan golongan yang di wajahnya terdapat tanda-tanda dari bekas keingkaran.

Barang siapa yang menuntut keluhuran, maka tidak akan peduli terhadap pengorbanan.
Sesungguhnya di dalam sujud terdapat hakikat yang apabila cahanya turun pada hati seorang hamba, maka hati tersebut akan sujud selama-lamanya dan tidak akan mengangkat dari sujudnya.

Beliau RA berkata tentang dakwah, Yang wajib bagi kita yaitu harus menjadi daI dan tidak harus menjadi qodli atau mufti (katakanlah wahai Muhammad SAW inilah jalanku, aku mengajak kepada Allah dengan hujjah yang jelas aku dan pengikutku) apakah kita ikut padanya (Rasulullah) atau tidak ikut padanya? Arti dakwah adalah memindahkan manusia dari kejelekan menuju kebaikan, dari kelalaian menuju ingat kepada Allah, dan dari keberpalingan kembali menuju kepada Allah, dan dari sifat yang buruk menuju sifat yang baik.

Syetan itu mencari sahabat-sahabatnya dan Allah menjaga kekasih-kekasih-Nya.
Apabila ibadah agung bagi seseorang maka ringanlah adap (kebiasaan) baginya dan apabila semakin agung nilai ibadah dalam hati seseorang maka akan keluarlah keagungan adat darinya.

Bila benar keluarnya seseorang (di dalam berdakwah), maka ia akan naik ke derajat yang tinggi.
Keluarkanlah rasa takut pada makhluk dari hatimu maka engkau akan tenang dengan rasa takut pada kholiq (pencipta) dan keluarkanlah berharap pada makhluk dari hatimu maka engkau akan merasakan kenikmatan dengan berharap pada Sang Kholiq.

Banyak bergurau dan bercanda merupakan pertanda sepinya hati dari mengagungkan Allah dan tanda dari lemahnya iman.

Hakikat tauhid adalah membaca Al Qur’an dengan merenungi artinya dan bangun malam.
Tidak akan naik pada derajat yang tinggi kecuali dengan himmah (cita-cita yang kuat).
Barang siapa memperhatikan waktu, maka ia akan selamat dari murka Allah.

Salah satu dari penyebab turunnya bencana dan musibah adalah sedikitnya orang yang menangis di tengah malam.
Orang yang selalu mempunyai hubungan dengan Allah, Allah akan memenuhi hatinya dengan rahmat di setiap waktu.

link within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...