January 20, 2012

January 2012~ Sahabat & Kekasih


"Tiada petua kemenangan
Setanding ketaatan
Kepada Sang Pemilik
Kehendak dan ikhtiar
Rindumu yang sebenar"


ya Allah Ampunilah aku
aku malu denganMu, aku malu dengan diri sendiri
begitu banyak LALAI dalam aku
begitu banyak LEKA dalam aku

Aku malu tidak berusaha keras
JIWA aku MAHU
HATI aku tidak

JIWA aku lemah
ENGKAU lah yg memilik PIMPINAN yang terbaik

Begitu banyak JIWA-JIWA yg bergerak
Apalah nilai JIWAku

Pandangkanlah kami pada pandangan yang betul
Kurniakanlah Hidayat Dan TaufikMu 
pada KAMI sekeluarga
Kekuatan pd KAMI untuk memperbaiki
Kekuatan pd KAMI untuk bersyukur

Hatiku tersentuh amat pada SIRAH ABU BAKR
Datang tanpa di undang
Kelembutan beliau sampaikan aku pada baginda
Ketenangan beliau sampaikan aku pada baginda
Pengorbanan beliau sampaikan aku pada baginda

Sentiasa membenarkan Nabi
Sentiasa di HATI Nabi
Sentiasa menjadi kesayangan Nabi

SAHABAT & KEKASIH

Lama tidak hadir GETARAN RASA ini.

Terima kasih ya RAHIM atas anugerahMu
Kau ambil yang pertama
Kau gantikan yang kedua
Cuma kami tiada kenal erti Syukur
Ampuni kami kekurangan kami

Jadikanlah dia sebaik Cahaya
Cahaya Islam melimpahi keluarga kami
yang membetulkan kami
yang menyenangkan kami
yang menenangkan kami.

yang mendirikan Solat keranaMu

Ya Qudus, Ya Ghaffur
Ampunilah kami atas permintaan kami.
Perbaikilah kami
Tiada Tunduk tanpa kebenaranMu
Tiada Patuh tanpa kekuasaanMu

ya Rabbi yang memiliki segala GERAK

Anak,
Kau SUCI di dalam
Tiada terpalit dosa
JAGA ibu untuk menjagamu

Jangan lalaikan kami ya Allah.
Jangan pesongkan kami ya Allah.

Ya zal jalaali wal iqram.

~tinta air mata 2012~


No comments:

link within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...