March 5, 2012

Bercinta



kalau orang tanya, apa mukjizat nabi muhammad saw?

simple, basic dari sekolah - membelah bulan, berkata-kata, alQuran.

bile kite jawab al Quran, dalam benak kita sekadar al quran.
ini bagi aku, apa yg aku fikir,
selama ni aku sekadar pegang quran, membaca, dan sangat jarang membaca.

baru-baru ni aku terfikir, bukankah ia dari lidah muhammad?
bukankah ia PERNAH keluar dari lidah muhammad?
pernah berada dalam dada muhammad?
pernah disampaikan oleh muhammad?

Muhammad Rasulullah yg aku/kita claim sebagai yg dikasihi, yang dirindui,

padahal mukjizat ini pernah di GENGGAM beliau, dari hati baginda, kini berada dalam tangan aku, dalam rumah aku, dalam bilik tidur aku.

yang sekadar apabila aku baca dalam kotak ingatan aku hanya ayat SUCI al quran.

bukankah ia dari kekasih yg dirindui?

aku tidak menghargai Quran sepertinya YANG sepatutnya aku hargai.

baca sekadar baca, untuk doa, untuk ketika resah, untuk ibadat, walhal banyak lagi kegunaan Dia.

yang mana kalau aku mencintai seseorang, aku simpan barang dia bagi sebaik mungkin, bukak n ingat hari-hari.

tidak pada Quran.

aku rasa yang selama ni aku kata rindu rasulullah, kasih baginda, hanya sekadar nafsu.
yang terbawa bawa bila malam sunyi
yang terbawa bawa bila membaca kisah baginda
bukan sebenar kasih
bukan sebenar rindu

kerana aku tidak menjalankan tanggungjawab sebagai sebenar kekasih

INI amat susah diterangkan. diluahkan dlm diari aku, tp aku titipkan sebagai ingatan agar satu hari jika sampai waktu, akan aku buka kembali lembaran ini bila aku alpa.

amat cetek.

pengakuan hanya berdasarkan nafsu.

HATTA solat yg di beri Allah khusus direct kepada Rasuulullah pon tidak aku jaga.

smuga di kurniakan hidayah padaku dan keluarga ku...

amin.


No comments:

link within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...