April 24, 2012

[28wks] Minum air gula

last 3 weeks nurse suruh mmy posa.
mmy siap tanya.

me: erm? bleyh minom air tak.
nurse: hah name pon posa kan...
me: mane tau. india kalau puasa bleh minom air.
nurse ramai2 gelak.

on 20 april mommy kene amik air gula.
kol 10pm takleh makan dah.
ble kerhhhhhhhh.. takleh makan! elo, bab lain leh bawak main, bab makan .. :P.
makan takpe lagi. tapi mmy need plain water. kalau tengah tido tu kene ade botol ayo kat tepi.
lagi-lagi la time preggy ni . badan panas 24 hrs.

puasa la mmy dgn tabah. dah la tengah kering tekak sebab demam. bengkak2 tekak.

pepagi 730am dah terpacak kat KK.

que punye que, dapatla amek darah, then mmy teguk la secawan air gula.
bayangkan perot kosong gila pestu kene minom air gula. tak ke gestrik.

patut la semua review ckp muntah bagai. rupenye sebab perot kosong. ingatkan sebab tak sedap.

mmy telan laju2. (sedap gk) .. eh? super manis kot.
mmy pilih cawan palign sket.. sket pon ade la beza setitik dua dakwat pen.

okey abes telan releks jerk.

nurse kate kene tunggu 2 jam baru datang balik cek darh.

odw, tunggu papa amek ubat. dah rasa sakit pedih kat ulu hati. aih. jgn membuat.

mmy usap perot: sabar ye sayang .. mmy pon lapar. jap gi kite carik choc indulgence.
mmy dengar bby jawab: hoho

mmy kuar teman papa breakfast.
beli paper bace helaian demi helaian sebab nak buang mase.

pestu masuk amek darah. doc takpat detect urat. hello .. kurus kot urat timbul. huk.
2 kali cucuks.  so 3 kali hari ni.

pestu masuk ofis selepas makan choc indulgence. :D. mengalah kan puasa seminggu. hoho.

hopefully result okey. takmo diabetis tau bby. takmau bby kuar awal. nak bby kuar cukup bulan.. :
bby angkat tangan doa cam mmy. :)



  

April 23, 2012

[28wks] dari hati ibu

Ya Allah,
lahirkanlah dia pada bulan yang baik, hari yang baik, waktu yang baik.
agar lahirnya dia membawa kebaikan pada ibu bapanya dan agamanya

Ya Rahman,
Jadikanlah dia pengikat kasih antara kami suami isteri
Jadikanlah dia penghubung baik antara kami dan guru kami
Jadikanlah dia pemahaman dalam kami dengan Rasul kami
Jadikanlah dia seperti Abu Bakr,
yang mencintai Rasulullah keranaMu,
agar kami faham cinta itu.

Ya Rahim,
Terima kasih peluang ini.
anugerah ini.
betapa nikmat menjadi perempuan yang hamil
betapa besar rahmatMu
Aku ini dosa, kotor, hanya layaknya tempatku di sebalik debu
malu pada Mu untuk meminta
tetapi tiada tempat aku dapat merayu selain dari Mu ya Rabb.

Ya Hayyu Ya Qayyum
janganlah Engkau letakkan kesalahan kami pada anak kami.
Sejahterakanlah dia
Sihatkanlah dia
cukupkanlah dia
Hadirkanlah dia dalam kalangan hamba-hambaMu yg mencintaiMu
Jadikanlah dia anak yg pintar, soleh, wajah yang cantik.
sempurna luar dan dalam

Ya Latif,
Kurniakanlah pada ibubapanya kesabaran dalam mendidiknya
membesarkan dia
menyusukan dia.

Ampunikan lah kami dan anak kami.
Jadikanlah baki 2 bulan ini yg terbaik dari Ibunya untuk si Anak.

-Jintanmanis Apr 12

April 19, 2012

[28wks] Breastfeeding - intro


Antara masalah yang mungkin dihadapi adalah:
puting yang luka atau merekah
kekurangan susu
bengkak payudaraatasinya

Mari kita lihat sebab dan cara mengatasinya

1. puting luka atau merekah
Penyebab:
Bayi menyusu pada puting bukan apa areola
Cara ‘latch’ yang salah

Cara mengatasi:
1.Pilih kedudukan yang selesa dan dekatkan bayi ke payudara
2.Pastikan bayi memasuk areola ke dalam mulutnya
3.Beri bayi menyusu payudara yang tidak sakit terlebih dahulu barulah ditukar ke belah yang sakit
4.Sapukan sedikit susu ke puting untuk memulihkannya
5.Elakkan penggunaan sabun-kerana sabut lebih menyeringkan kawasan tersebut
6.Jika boleh dedahkan sekerap mungkin puting pada udara.
7.Elakkan memakai bra yang menyakitkan
8.Jika sakit berlarutan dapatkan nasihat doktor atau pakar laktasi

2. kekurangan susu
Adalah masalah yang terlalu ‘common’
Apakah sebabnya?
Pengaliran susu akan berkurangan jika:
1.tidak membenarkan bayi menyusu sekerapnya seperti yang dikehendaki
2.Mula memberi makanan tambahan terlalu awal atau memberi susu botol
3.menyusukan bayi sebelah payudara sahaja
4.menghadapi tekanan emosi
5.kurang yakin dalam menyusukan anak

Cara mengatasinya
1.susukan bayi sekerap mungkin..2-3jam sekali…
2.susukan bayi dengan kedua dua belah payudara
3.makan makanan seimbang
4.yakin pada kemampuan diri
5.Tenangkan diri-susukan bayi dengan rasa gembira dan penuh kasih sayang

3. bengkak payudara
penyebab:
1.tidak menyusukan bayi secepat mungkin selepas kelahiran
-susukanlah bayi seawal 30 minit selepas kelahiran...baby syafiq setengah jam lepas lahir sudah mampu menyusu dengan baik hari tu, alhamdulillah.
2.tidak menyusukan bayi dalam tempoh masa yang lama
-proses menyusu biasanya makan masa 10-40 minit

Cara mengatasi:
1.menyusukan bayi secepat mungkin sebaik sahaja dilahirkan
2.‘menyusukan sekerap yang mungkin
3.memastikan bayi menyusu dengan cara yang betul
4.Jika payudara masih keras selepas menyusukan bayi, perah baki susu dan simpan
5.memakai bra yang mengampu payudara

Selamat menyusukan bayi anda, moga kita berjaya menyusukan si manja sehingga dia berumur 2 tahun, insyaAllah.

-sumber-

ade gak youtube cara2 nak BF. smuga berjaya . Bismillah.. :)



[Mom & Baby Expo 201228wks]



Mom & Baby Expo 2012
@ Mid Valley Exhibition Centre from 11 – 13 May 2012







April 18, 2012

[27wks] Breastfeed info

okey, tengok schedule last skali tu. nk masuk keje nanti buat ye!!!!
mmy is sooo happy, sbb papa nak lanjer Breast Pump.
mmy nk mintak yg mahal.
long-term investment yeahh....

satu perkara mmy risau, peti ais kecil molek je kt rumah. takot tak muat ( mcm byk sgt produce) so nak kene survey freezer baru (alasan) 

hooho.

start dari skang kene amalkan surah hujurat - utk susu.
surah al baqarah - ayat 60 - utk susu.

for me la kan.. sbb busy tak sempat bace surah (lain la mmy hafaz smua) the important thing is surah yusuf and surah maryam. and selawat.
jgn terkejar2 nk buat smua. nnt jadi niat tk betul. betulkan niat. baca pun bukan ayat tu yg buat bby kite sihat, tp Allah.

buat dengan ikhlas. sbb tak sempat bace semua. yg penting selawat + fatihah jgn lekang. nk buat smua tk mmpu.. :)


-copypaste info supaya senang mmy refer balik.


refer

April 17, 2012

[27wks] Ar Razzaq


hah. nampak tak? kerja siapa? 
kerja maklong awak.

okey frankly speaking mmy budget baju awak more or less RM200. termasuk la short sleeves, L/S, baju lubang.

and last weekend tetiba maklong awak - kakak papa ajak shops.
both of us not hoping too much. mungkin nk teman.
okey kami pon ikot memandang kan dh lame tak pi IOI.

then dia ajak pi kids department.
mmy ritu target pureen harga murah je.

smua mmy pegang dia kata - kain tak sedap, amek elok sket. okey la mmy just pegang letak pegang letak.
mmy pusing tengok troley dah penuh wehhh..

kerja maklong n cousin awak.

then mmy amek la sebab maklong suruh pilih sepasang dua.
mmy amek je salesgirl tu ckp 

ni bukan dah amek? eh ni tadi kakak tu dah amek.

pestu mmy reply.

ehh........ mak dia tak pilih pun.

salesgirl gelak. - kelakar la diorang ni ( mmy dgr dari cuping telinga )

pestu anything yg maklong amik papa tak approve papa pi letak balik.
dia check dlm troley... tak suke dia letak balik. mmy gelak je.

ayong malas nak tengok harga. amek je lah.

mmy: terkedu

haa pilih la korang. mmy tak kesah... yg penting ade org sponsor rezkiiiiii..

pestu maklong bentangkan satu satu baju.

baru 11 pasang la mailal. tak ckup ni.

me: aaaaaaaaaaaaa..? 
papa: dah la satu minggu ade 7 hari je kan?
maklong: abes kalau ujan sape nak basuh.. awak?

mmy senyum je.

lalu maklong top up lg.

harga plak nak nangis. kalau ikot harga mmy over budget SANGAT!!!

tp takpe rezki awak.



stacks of baju awak...


okey mmy dapat pow blanket ni .. sukeeeeee... mmy suke color dia.


tag yg banyak kemain.. T_T


key 2 pasang booties n mittens ni papa n mama pilih. satu RM10 mase tu sales kat shah alam. lame dah tatau gender awak main beli jerk

lastly maklong bawak pi stroller world. blikan nursing pillow and bowlster. sepasang smua. mmy suke satu design ni. tp sebab maklong yg bayor mmy biar dia je pilih.

pestu yg terharu nye maklong belanjer mmy maternity dress. alahai tinggal 2 mnths jeee... dapat 2 suar and 3 dress. 

thanks maklong yg murah hati. smuga murah rezki apat belanjer kami lagi :D

*** 
abes je kami bentang2 kan baju ni papa bukak tag. nak rendam ngn air panas katenye. termasuk la nursing pillow mmy. napkin segala. jenuh nak sidai nih..

April 13, 2012

[27wks] Supplements

surely, all mommies nak the best for their babies kan.
memandang kan mmy tak suke sayur time mengandung. tak sempat makan buah time pregnant - sebab beli byk2 lupe potong lalu lebam terjun sendiri ke dlm tong sampah, mmy pon invest on supplements.

Alhamdulillah, dulu kulit muke agk teruk, skang dh nak jadi mcm kulit bby dah .. -- oceh tipu sangat. skang dh okey la sket. balik umah tak cuci muke pon takpe.

eh ni keberuntungan utk mmy bukan bby... =P.

alhamdulillah perkembangan nya okey. sebab last scan doc kate bby sayang mmy sihat, berat okey, panjang okey.

tak sia-sia mmy invest.

Secondly, 

mmy berusaha teguh buat research on BF. and ramai kawan add infos. bagi support. mmy found out supplement for breast milk.

stakat ni baru 2 minggu makan. so far rase la perubahan kat B****. 

ape saje untukmu. untukmu. untukmu...

la ni nk survey confinement set plak. 

[27wks] Mom's Care Baby Carnival Sale


Baby Carnival Sale
13-22 April 2012


 

April 12, 2012

[27wks] wahnan ala wahnin

 diam tak diam, dah 27wks. nak masuk 7 bulan.
lagi 2 bulan je u will be in my tummy.
lagi 2 bulan je mmy dpt rase awak gerak2.
lagi 2 bulan je mmy ble wat yg terbaik.


mmy doakan semua okey. anak mmy sehat. biar mmy sakit.

everyday before start keje mesti mmy bukak video awak, tgk gambar awak. tenang giler.
ever time  tengok hilang segala masalah.
muke awak sejuk, bile mmy susah hati awak la paling byk gerak.

lagi 2 bulan je mmy attached ngn awak.
lepas ni tru BF.

mohon yg terbaik dari Allah.

sayang awak.
anak sulungku -2012

April 9, 2012

[26 weeks] VVIP Access

Marvelous termendous. Mmy suke preggy. All the way sgt best. Dpt more attention especially from papa. Apetah lagi kene marah takleh buat itu ini, makan itu ini.

Sayang papa.

Kalau bleh pen down everyday the feeling kan best. Tringt mule2 tau mmy preggy... Alhamdulillah. Syukur sgt. allah je tau kenapa. Dpt meramailan umat nabi. Hppy.. Mmy rela mmy sakit asalkan awak sehat kt dlm. Mmy rela susah payah asal awak okey kt dlm..

Tp awal mengandung not hoping too much. Yela segalanya bukan kita punya.

Sekarang perut makin nampak. Mmymakin manjer. Papa makin berebut nk jage awak. Sampai hati nk awak stay ngn papa n mmy pantang sorang2...mane aciiiii...

Papa takot pegang perot byk2. Dia kata nnt x sabar tggu awak kuar. Huhu.

Kalau p memane sure org sorong kusi kt mmy. Padahal mmy larat lagi diri lame2... Tp mmy mmg senang lupe diri. Selagi x rase exhausted selagi tux berenti. X berenti jalan,merayap...

Makan? Mintk la ape je dpt... Sampai nk rendang pu mmbr dr ganu belikan mmy. Mmy ckp suke sambal tumis pun ade org n masakkan. Mmy nk ni itu dpt..

Untungla awak...;)..

Ni dpt lagi durian runtuh insya Allah, maklong awak nk sponsor barang2 awk sket.... Wah .. Nnt kite shopping eh bebeh..

Oh awak makin ligat. Mmy makin geli.
Gerak x reti diam nih. Org lain pegang dia diam. Aritu wajadiri tgk demo lg la bertukang dlm tu.

Smuga sihat2 sahaja anakku

April 6, 2012

[26wks] Supply-and-demand




okey. basically im quite excited with BF. tatau nape. maybe sebab ramai sangat yg BF and banyk cabaran. so cant wait to face-it.

tadi doc advice buat research btol2, how to storage ur milk, frequent BF, jenis pump - mahal tak semestinya bagus. depends on your supply.

marilah membacaaaa..

kalau berjaya nanti - amin , kene beli deep freezer la. itu harapan mommy.. harapan besar.




First, consider why you feel the need to increase your milk supply. Lots of moms think they have a low milk supply, when their milk supply is just fine. If you are exclusively breastfeeding and baby’s weight gain is on target, there is absolutely nothing wrong with your milk supply. This holds true even if baby is fussy, suddenly gets hungry often, will take a bottle immediately after breastfeeding, or if your breasts are soft, and even if you aren’t able to pump any milk. If baby is gaining weight, you DO have enough milk. To maintain a healthy milk supply, most moms don’t need to do anything (besides feed baby when she’s hungry).


If you do have a low milk supply, you'll need to figure out why. Work with an internationally certified lactation consultant (IBCLC) to help get to the root of your particular supply issue. If your supply is dropping, it may mean that baby isn't effectively removing the milk from your breasts. You may need to help baby achieve a deeper latch, or you may need to wake baby to nurse more frequently. It is very important not to supplement as you try to build your milk supply (unless there is a clear medical reason, like if a newborn has dropped 10 percent of his birth weight). Supplemental bottles signal your body to make less milk. Also, using artificial nipples (aka bottles or pacifiers) can lower your milk supply since baby can learn improper sucking techniques. Pacifiers can also lower supply by taking away baby's cues to feed.



Once you have identified the problem and know how to solve it (or if you are trying to boost your supply for another reason, like to increase your pumping output at work or to feed an adopted baby), there are three main ways to increase your milk supply:


Frequent feedings

Frequent breastfeeding is the number one way to establish and/or grow your supply of breast milk. As a general rule, the more baby nurses, the more milk your body will produce. Nursing baby every two hours (or less) for a couple of days can be very effective in giving your supply a boost. Frequent nursing is especially important in the first days and weeks of breastfeeding as you work to establish a healthy supply of breast milk.


Breast pumps

If frequent nursing isn't boosting your supply enough, consider emptying your breasts with a high-quality double-electric pump. Breastfeeding is a supply-and-demand affair: Your body makes milk according to the amount removed from your breasts. Try pumping between feedings or pumping one breast while baby nurses on the other. Continue to pump for five or so minutes after the milk stops coming. The added stimulation will signal your body to produce more milk.


Galactagogues

Galactagogues are substances that increase milk supply. Fenugreek, blessed thistle, and alfalfa are herbal galactagogues sometimes used to increase supply, and sometimes prescription medicines are used, like Metoclopramide (Reglan), Domperidone (Motilium), and sulpiride (Eglonyl, Dolmatil, Sulpitil, Sulparex, Equemote). The drug Domperidone isn't widely available in the United States, but it is approved by the American Academy of Pediatrics for use in breastfeeding mothers. (The primary use of the drug is to treat nausea and vomiting caused by other drugs; a boost in milk production is a side effect.) Talk to a doctor and/or board certified lactation consultant (IBCLC) before using any galactagogue.

Rest and stress reduction may make it easier for you to make milk too. And remember to avoid pacifiers and bottles, and give baby only breast milk. (If you have been supplementing with formula, gradually give less and less. This should help baby suckle on your breasts more, leading to increased milk supply.)


 

April 5, 2012

AMALAN KETIKA ANAK SEDANG TIDUR

AMALAN KETIKA ANAK SEDANG TIDUR

Sebagai ibu bapa eloklah kita cuba lakukan kepada anak-anak.... 

♥►Setiap malam apabila anak tidur hendaklah kita wiridkan Ya Latif ke ubun-ubun kepalanya sebanyak yang mungkin atau 100 kali. seterusnya, 

♥►Membaca surah al fatihah 1 kali,alam nasyrah 1 kali.Berbisiklah ditelinga anak dengan lembut dan perlahan-lahan ketika dia sedang tidur dengan menyeru kepada nama penuhnya.

♥►Bisikan tersebut hendaklah berupa nasihat, pujian dan perasaan kasih sayang kerana sesungguhnya percakapan kita kepada anak yang sedang tidur itu sangatlah berkesan kepada jiwa dan rohnya.

♥►Ayah dan ibu juga hendaklah selalu menyapu air lebihan wuduk yang ada pada kita misalnya air yang masih basah di tangan ke muka dan ubun-ubun anak.

AVENT murah

okey basically budget mommy

3 bulan terakhir - baby care + antenatal class + scan 4D + item RM200 above. - done half
2 bulan terakhir - baby gear + item RM200 above
1 bulan terakhir - mommys confinement set + feeding accessories
1st month confinement - breast pump + additional feeding accessories

mmy dapat offer beli advanced set for new born - AVENT paling murah di abad ini

for only at RM100. tp kene pick up sendiri.
harga kat luar kalau 2 bottles je dah RM84. syukurrrrrrrrrrrrrr sangat jimat. thanks fiena :D

actually plannye mmy nak beli 2 bottles je. sebab my friend advice kadang2 bby tak suits dengan bottle. confuse dgn mmy nye. tp sebab harga 2 bottles je dah RM65 mmy amek la yg ni .. kurang2 dapat bottle brush .. ^^

sesiapa berminat and AVENT's fans ble la add Barang Bayi Murah berkualiti. tp set ISI DUO xde stocks :(..

TUNGKU BAYI

dah survey tunku bayi online. ni paling murah. then dia ada rempah ratus, ade yg jenis tungku tp dalam dia kosong. so maybe mmy beli yg ni je. beli satu je dlu yeh.

Tungku Bayi

Kandungan : Habbatus Sauda', Lada Hitam, Halia Bara, Kulit Bawang yg telah di keringkan dan herba2 terpilih yang berfungsi untuk:

1. mengelakkan perut bayi dari dimasuki angin atau kembung perut
 2. mengecutkan pusat bayi apabila dituam di sekeliling pusat bayi
 3. mengelakkan angin pasang bagi bayi lelaki apabila dituam di sekeliling zakar bayi lelaki
4. memanaskan badan bayi apabila dituam selepas mandi.

Cara penggunaan:
Panaskan tungku bayi herba ini pada sterika sehingga suam2 kuku. 
Terlebih dahulu, rasa lah kepanasan tungku dengan menggunakan belakang telapak tangan sebelum menuamnnya pada badan bayi.




 

April 4, 2012

[26wks] cepatnyer



lately ni dia gerak sangat banyk. especially when mmy baring.
maybe lagi banyk space kot mase baring. tu dia dok putar alam, susun2 organ dlm tu yek.
gerak jangan bawah sangat tau , nanti block jalan kuar. sian awak. kuar elok2 tau nanti. tolong mmy, mudahkan mmy.

semalam papa dia ajar training, mmy kat rumah. paling active gerak mlm tadi la kot, bedebuk2 mmy rasa.
naughty!!!! 

mmy tggu je awak rest. 10-11-12-1 am, till 2 am mmy dah lelap pon awak dok bergusti kt dlm.
awat excited sangat. mmy salah mkn ke? hermmmm.. 

countdown. lg 3 bulan lagi awak ade dlm tu. mmy seriously enjoy. the best moments. rasa cam nak pregnant selalu. feeling nya tuhan je yg tahu. at the same time mmy taksabar nak tunggu awak keluar. budak baik nih.
everyday datang office, mesti bukak video awak dlu. hilang stress mmy pi keje jejauh.

papa kata muke awak redup, dahi jendul,  tak kesah la asalkan sihat sempurna.
memilik iman yg kuat
menjadi pengikut nabi sebenar pengikut
jaga solat
cepat faham ilmu
jadi contoh yg baik pada adik2.. mmy hoping sangat, ull be the second leader kalau kami takde for your siblings.

sekarang ni pon makin dekat, mmy makin risau. dah prepare ke nak didik awak. semua mmy serah pada Allah. smuga di beri kekuatan & petunjuk.

excited mmg excited. tp mmg jenis pandang ke depan what will happen. so exxcited tu mmy simpan dalam hati mmy n dalam blog je.

Bismillah, dengan namaMu ya Tuhanku, peliharalah zuriatku. jangan lah Kau letakkan kesalahan dan kekurangan ibu bapanya pada nya, kuatkan iman nya. kurniakan lah dia CINTA yg ikhlas hanya pada Mu.

lenggangnya lenggang abu bakar
tenang nya tenang abu bakar
sabar nye sabar abu bakar
imannya iman abu bakar

jika tidak semua, separuh mungkin.

baru mmy jumpa... bagaimana jiwa cinta abu bakar pada nabi.
walhal dia paling rapat dengan baginda.
tp di hari kewafatan beliau menerima dengan tenang.
apabila umar seperti sasau tidak menerima kematian baginda

katanya: "Wahai kaum Muslimin! Barangsiapa yang menyembah Muhammad, maka Muhammad telah mati. Tetapi barangsiapa yang menyembah Allah maka Allah selama-lamanya hidup tidak mati.

sungguh tiada yg dapat menandingi beliau.


Baby sikat rambut.
mmy letak video cover muke sopan2 awak. letak gmbr active kang lain lak.. 
video ni elok je puas tunjuk muke kat scan dia kalih balik ngadap dinding. malas nak layan kot. mmy dh lapar bangat!!


 

April 3, 2012

Kisah abu bakar as Siddiq

Alhamdulillah, setiap apa yg buntu Engkau berikan jalan keluar.

wahai anakku, semoga kamu memilik sifat Abu Bakar As Siddiq.
kekasih rasulullah sebenar kekasih.


Nama Saiyidina Abu Bakar Al-Siddiq R.A. adalah tidak asing lagi bagi sekelian ummat Islam, baik dahulu mahupun sekarang. Dialah manusia yang dianggap paling teragung dalam sejarah Islam sesudah Rasulullah S.A.W. Kemuliaan akhlaknya, kemurahan hatinya dalam mengorbankan harta benda dan kekayaannya, kebijaksanaannya dalam menyelesaikan masalah ummat, ketenangannya dalam menghadapi kesukaran, kerendahan hatinya ketika berkuasa serta tuturbahasanya yang lembut lagi menarik adalah sukar dicari bandingannya balk dahulu mahupun sekarang. Dialah tokoh sahabat terbilang yang paling akrab dan paling disayangi oleh Rasulullah S.A.W.

Nama sebenar Saiyidina Abu Bakar Al-Siddiq adalah Abdullah Bin Qahafah. Sebelum Islam, beliau adalah seorang saudagar yang tersangat kaya serta datangnya dan keluarga bangsawan yang sangat dihormati oleh masyarakat Quraisy. Bahkan sebelum memeluk Islam lagi, Abu Bakar telah terkenal sebagai seorang pembesar Quraisy yang tinggi akhlaknya dan tidak pernah minum arak sebagaimana yang lazimnya dilakukan oleh pembesar-pembesar Quraisy yang lain.

Dan segi umur, Saiyidina Abu Bakar R.A. adalah dua tahun lebih muda dan Rasulullah S.A.W. dan telah menjalin persahabatan yang akrab dengan baginda Rasul lama sebelum Rasulullah S.A.W. menjadi Rasul. Beliaulah tokoh sahabat besar yang dianggap paling banyak sekali berkorban harta benda untuk menegakkan agama Islam di samping Nabi Muhammad S.A.W. Kerana besarnya pengorbanan beliau itulah Rasulullah S.A.W. pernah mengatakan bahawa Islam telah tegak di atas harta Siti Khadijah dan pengorbanan Saiyidina Abu Bakar R.A. Adapun gelaran Al-Siddiq yang diberikan kepadanya itu adalah kerana sikapnya yang selalu membenarkan apa sahaja kata-kata mahupun perbuatan Nabi Muhammad S.A.W. Dalam hal ini elok kita petik suatu kisah seperti yang diriwayatkan oleh Ibnu Mas'ud yang dicenitakan sendiri kepadanya oleh Saiyidina Abu Bakar, tentang bagaimana Saiyidina Abu Bakar R.A. memeluk agama Islam.

Kata Saiyidina Abu Bakar R.A. ketika menceritakan suatu kisah mengenai dirinya kepada Ibnu Mas'ud, "Aku pernah mengunjungi seorang tua di negeri Yaman. Dia rajin membaca kitab-kitab dan mengajar banyak munid. Dia berkata kepadaku:

"Aku kira tuan datang dan Tanah Haram.

"Benar, jawabku.

"Aku kira tuan berbangsa Quraisy?

"Benar, ujarku lagi.

"Dan apa yang aku lihat, tuan dan keluarga Bani Taiyim?

"Benarlah begitu, tambahku selanjutnya.

Orang tua itu terus menyambung, katanya, "Ada satu lagi hal yang hendak aku tanyakan dari tuan, iaitu tentang diri tuan sendiri. Apakah tak keberatan jika aku lihat perutmu?

Maka pada ketika itu aku pun berkata, "Aku keberatan hendak memperlihatkan selagi tuan tidak nyatakan kepadaku perkara yang sebenarnya.

Maka ujar orang tua itu, "Aku sebenarnya melihat dalam ilmuku yang benar bahawa seorang Nabi Allah akan diutus di Tanah Haram. Nabi itu akan dibantu oleh dua onang sahabatnya, yang seorang masih muda dan seorang lagi sudah separoh umur. Sahabatnya yang muda itu berani berjuang dalam segenap lapangan dan menjadi pelindungnya dalam sebarang kesusahan. Sementara yang separoh umur itu putih kulitnya dan berbadan kurus, ada tahi lalat di perutnya dan ada suatu tanda di paha kirinya. Apalah salahnya kalau tuan perlihatkan kepadaku.

Maka sesudah dia berkata itu aku pun membuka pakaianku lalu orang tua itu pun melihatlah tahi lalat hitam di atas bahagian pusatku seraya berkata, "Demi Tuhan yang menguasai Kaabah, tuanlah orangnya itu!

Kemudian orang tua itu pun memberi sedikit nasihat kepadaku. Aku tinggal di Yaman untuk beberapa waktu kenana mengurusi perniagaanku dan sebelum meninggalkan negeri itu aku sekali lagi pergi menemui orang tua tersebut untuk mengucapkan selamat tinggal kepadanya. Kemudian dia lalu bertanya, "Bolehkah tuan menyampaikan beberapa rangkap syairku?

"Boleh sahaja, jawabku.

Setelah itu aku pun membawa pulang syair-syair itu ke Mekah. Setibanya aku di Mekah, para pemuda bergegas datang menemuiku seraya berkata, "Adakah engkau tahu yang sudah terjadi? Maka ujarku pula, "Apakah yang terjadi itu?

Jawab mereka, "Si yatim Abu Talib kini mengaku menjadi Nabi! Kalaulah tidak mengingat engkau hai Abu Bakar, sudah lama kami selesaikan dia. Engkaulah satu-satunya yang kami harapkan untuk menyelesaikannya.

Kemudian aku pun meminta mereka pulang dahulu sementara aku sendiri pergi menemui Muhammad. Setelah menemuinya aku pun mengatakan, "Wahai Muhammad, tuan telah mencemarkan kedudukan keluarga tüan dan aku mendapat tahu tuan terang-terang telah menyeleweng dan kepercayaan nenek moyang kita.

Maka ujar baginda, "Bahawa aku adalah Pesuruh Allah yang diutuskan untukmu dan untuk sekelian ummat!

Aku pun bertanya kepada baginda, "Apa buktinya?

Jawabnya, "Orang tua yang engkau temui di Yaman tempoh hari.

Aku menambah lagi, "Orang tua yang mana satukah yang tuan maksudkan kerana ramai orang tua yang aku temui di Yaman itu?

Baginda menyambung, "Orang tua yang mengirimkan untaian syair kepada engkau!

Aku terkejut mendengarkannya lalu bertanya, "Siapakah yang telah memberitahu tuan, wahai sahabatku?

Maka ujar baginda, "Malaikat yang pernah menemui Nabi-nabi sebelumku.

Akhirnya aku benkata, "Hulurkan tangan tuan, bahawa dengan sesungguhnya aku naik saksi tiada Tuhan yang kusembah melainkan Allah, dan tuan (Muhammad) sebenarnya Pesuruh Allah.

Demikianlah kisah indah yang meniwayatkan bagaimana Islamnya Saiyidina Abu Bakan Al-Siddiq. Dan memanglah menurut riwayat beliau merupakan lelaki yang pertama yang beriman kepada Rasulullah S.A.W.

Keislaman Saiyidina Abu Bakan Al-Siddiq R.A. telah membawa penganuh besar di kalangan kaum bangsawan Quraisy kerana dari pengaruh keislamannya itulah maka beberapa orang pemuda   bangsawan Quraisy seperti Saiyidina Uthman Bin Affan, Abdul Rahman Bin Auf, dan Saad Bin Waqqas menuruti jejak langkahnya. Semenjak beliau memeluk Islam, Saiyidina Abu Bakan R.A. telah menjadi pembela Islam yang paling utama serta seorang sahabat yang paling akrab serta paling dicintai oleh Rasulullah S.A.W. Sebagai memperlihatkan kecintaan baginda terhadap Saiyidina Abu Bakar R.A., dapat kita ketahui dan satu dialog yang terjadi antara baginda Rasul dengan Amru Bin Al As. Amru seorang sahabat Rasulullah S.A.W. pernah suatu han menanyakan Rasul, "Siapakah di antara manusia yang paling tuan sayangi? Baginda menjawab, "Siti Aisyah, dan kalau laki-laki adalah bapanya.

Selain danipada itu Saiyidina Abu Bakar Al-Siddiq R.A. adalah seonang sahabat yang terkenal kerana keteguhan imannya, cendas akal, tinggi akhlak, lemah lembut dan penyantun. Rasulullah S.A.W. pernah menyanjungi sahabatnya itu dengan sabdanya, "Jika ditimbang iman Abu Bakan Al-Siddiq dengan iman sekelian ummat maka berat lagi iman Abu Bakan. Demikian teguhnya iman Saiyidina Abu Bakan R.A. demi apakala kita memperhatikan pengertian yang terkandung pada sabda Rasulullah S.A.W. mengenai dirinya itu. Gelaran AlSiddiq yang dibenikan orang terhadap diri Saiyidina Abu Bakan R.A. adalah lantaran memandang sikap serta pendiriannya yang teguh dalam membenarkan serta membela din Rasulullah S.A.W. Andainya sekelian ummat manusia akan mendustakan Muhammad S.A.W. Abu Bakar R.A. akan pasti pula tampil dengan penuh keyakinan untuk membelanya.

Tidak beberapa lama setelah memeluk agama Islam, Saiyidma Abu Bakar yang terkenal sebagai saudagar yang kaya itu telah meninggalkan perdagangannya dan meninggalkan semua usaha peribadi lain-lainnya lalu menyerahkan segenap kekayaan dan jiwa raganya untuk melakukan penjuangan menegakkan Islam bersama Nabi Muhammad S.A.W. sehingga oleh kerana kegiatannya maka Agama Islam mendapat kemegahan dengan Islamnya beberapa pemuda Quraisy yang lain seperti yang telah disebutkan itu. Beliau telah mengorbankan seluruh hanta bendanya untuk menebus orang-orang yang ditawan, orang-orang yang ditangkap atau disiksa. Selain danpada itu beliau juga telah membeli hamba-hamba yang kemudian dimerdekakannya. Salah seorang hamba yang dibelinya lalu kemudian dibebaskan yang paling terkenal dalam sejarah ialah Bilal Bin Rabah.

Tatkala Nabi Muhammad selesai melakukan Isra' dan Mikraj segolongan orang yang kurang mempercayai apa yang telah dikhabarkan Rasulullah S.A.W. telah pergi menemui Saiyidina Abu Bakan R.A. untuk mendengarkan apa pendapatnya tentang dakwaan Muhammad S.A.W.  itu. Tujuan kedatangan mereka mendapatkan Abu Bakar R.A. tidak lain dengan prasangka tentunya Abu Bakar R.A. kali ini akan mendustakan kisah yang tidak masuk akal pada fikiran mereka itu. Setelah pertanyaan itu disampaikan kepada Abu Bakar R.A. lalu beliau pun berkata, "Adakah Muhammad berkata begitu? Sahut mereka, "Benar! Maka ujar Saiyidina Abu Bakar R.A. "Jika Muhammad berkata begitu maka sungguh benarlah apa yang diceritakan itu. Lalu mereka pun terus menyambung, "Engkau percaya hai Abu Bakar bahawa Muhammad sampai ke tanah Syam lebih sebulan perjalanan pulang, di malam semalam tadi? Maka sahut Abu Bakan sungguh-sungguh, "Benar! Aku percaya! Malah lebih dan itu aku percaya kepadanya. Aku percaya akan berita dan langit diberitakannya baik pada waktu slang mahupun di waktu malam! Demikian hebatnya sambutan sahabat yang paling utama itu. Kerana tegas dan teguhnya iman beliau terhadap agama yang dibawa oleh Muhammad dan terhadap apa yang dikhabarkan oleh baginda maka beliau telah diberi oleh Rasulullah S.A.W. dengan gelaran Al-Siddiq, entinya yang benar.

Dan memanglah tidak menghairankan sekali sikap Abu Bakar itu. Beliau telah kenal akan Muhammad S.A.W. bukan sehari dua, melainkan sudah boleh dikatakan seumur manusia. Beliau tahu bahawa sahabatnya itu benkata benar, tak pernah bohong; orang amin. Mustahil baginda akan khianat kepada pengikutnya yang pencaya kepadanya. Beliau mengimani sahabatnya itu Pesunuh Allah Yang Maha Kuasa, menenima wahyu danipada Tuhannya. Beliau sudah bertahun-tahun mengikutkan petunjuk yang diwahyukan oleh Allah kepada sahabatnya itu maka telah teguhlah iman dalam hatinya.

Tatkala keadaan kekejaman orang-orang musynikin Quraisy tenhadap kaum Muslimin yang sedikit jumlahnya di Mekah semakin hebat dan membahayakan, Nabi Muhammad S.A.W. telah mengadakan permusyuaratan di numah Saiyidina Abu Bakan R.A. untuk mencani jalan keluar danipada kesulitan yang sedang dihadapi oleh pihak kaum Muslimin. Ketika itulah Rasulullah S.A.W. menjelaskan kepada Saiyidina Abu Bakan R.A. bahawa Allah S.W.T. telah memerintahkan baginda supaya melakukan hijrah ke Madinah serta meminta Saiyidina Abu Bakar R.A. supaya menemaninya dalam peristiwa hijrah tersebut. Dengan perasaan gembira tanpa sedikit kebimbanganpun Saiyidina Abu Bakar R.A. menyambut penmintaan Rasulullah S.A.W.

Dari pintu belakang rumah Saiyidina Abu Bakar R.A. Rasulullah S.A.W. bersama-sama Saiyidina Abu Bakar menuju ke Gunung Tsaur dan bersembunyi di gua yang dibeni nama Gua Tsaur. Pada saat suasana amat kritis, Saiyidina Abu Bakar R.A. diserang rasa kegelisahan dan cemas kerana khuatir kalau-kalau musuh dapat mengetahui di mana Rasulullah sedang bensembunyi, maka pada saat itu turun ayat suci Al Quran dari Surah Taubah yang isinya memuji Saiyidina Abu Bakan Al-Siddiq, sebagai orang kedua sesudah Nabi s,a.w. dalam Gua Tsaur. Dalam pada itu Rasulullah S.A.W. pun mengerti akan situasi dan kegelisahan sahabatnya itu yang oleh kerananya Rasul benkata, "Apakah yang menggelisahkanmu, bukankah Allah menemani kita?

Kemudian Rasulullah S.A.W., diriwayatkan berkata selanjutnya untuk menghilangkan kebimbangan Saiyidina Abu Bakan, "Kiranya mereka masuk juga ke dalam gua ini kita masih dapat melepaskan diri dari pintu belakang itu, ujar Rasul sambil menunjukkan ke belakang mereka. Saiyidina Abu Bakar R.A. pun menoleh ke belakang. Betapa terkejutnya beliau bila dilihatnya pintu belakang yang ditunjuk oleh Rasul itu, padahal pintu tersebut tadinya tidak ada sama sekali. Sebenarnya kebimbangan Abu Bakar R.A. tatkala di dalam gua itu bukanlah kerana takutkan nyawanya akan diragut oleh pihak musuh tetapi yang lebih dibimbangkannya ialah keselamatan jiwa baginda Rasul. Beliau pennah berkata, "Yang saya bimbangkan bukanlah mengenai diri saya sendiri, kalau saya terbunuh, yang tewas hanyalah seorang manusia biasa. Tapi andaikata tuan sendiri dapat dibunuhnya maka yang akan hancur ialah satu cita-cita yang suci murni. Yang akan runtuh ialah keadilan dan yang akan tegak pula ialah kezaliman.

Ucapan antara dua orang sahabat tatkala dalam gua itu ada tersebut dalam Al Quran dalam Surah Al Taubah ayat 40:

 إِلَّا تَنْصُرُوهُ فَقَدْ نَصَرَهُ اللَّهُ إِذْ أَخْرَجَهُ الَّذِينَ كَفَرُوا ثَانِيَ اثْنَيْنِ إِذْ هُمَا فِي الْغَارِ إِذْ يَقُولُ لِصَاحِبِهِ لَا تَحْزَنْ إِنَّ اللَّهَ مَعَنَا فَأَنْزَلَ اللَّهُ سَكِينَتَهُ عَلَيْهِ وَأَيَّدَهُ بِجُنُودٍ لَمْ تَرَوْهَا وَجَعَلَ كَلِمَةَ الَّذِينَ كَفَرُوا السُّفْلَى وَكَلِمَةُ اللَّهِ هِيَ الْعُلْيَا وَاللَّهُ عَزِيزٌ حَكِيمٌ (40)

"Kalau kamu tidak menolongnya (Muhammad) ketika dia diusir oleh orang-orang kafir (dan kampung halamannya), dalam keadaan berdua orang sahaja di dalam suatu gua, Di kala itu dia (Muhammad) berkata kepada sahabat karibnya (Abu Bakar): Jangan engkau berdukacita; sesungguhnya Tuhan bensama kita. Tuhan menurunkan ketenanganNya kepadanya, dan dikuatkannya dengan tentera yang tidak kamu lihat. Dan Tuhan menjadikan perkataan orang yang kafir itu paling rendah dan perkataan Tuhan itu yang amat tinggi. Dan Tuhan Maha Kuasa dan Bijaksana.

Demikian satu lagi keistimewaan Saiyidina Abu Bakar AlSiddiq sebagai seorang sahabat yang sama-sama mengalami kesukaran dan kepahitan bersama-sama Rasulullah dalam menyampaikan seruan Islam. Saiyidina Abu Bakar R.A. tidak bercerai jauh dengan baginda Rasul sepanjang hidupnya dan menyertai semua peperangan yang dihadapi oleh baginda. Beliau bukan sahaja berjuang menegakkan Agama Islam dengan segenap jiwa raganya bahkan juga dengan harta kekayaannya. Sungguh beliaulah yang paling banyak sekali berkorban harta untuk menegakkan Agama Islam. Bahkan seluruh kekayaannya telah habis dipergunakannya untuk kepentingan penjuangan menegakkan kalimah Allah. Di kalangan para sahabat beliaulah tergolong onang yang paling murah hati dan dermawan sekali.

Dalam Perang Tabuk misalnya, Rasulullah S.A.W. telah meminta kepada sekelian kaum Muslimin agar mengorbankan hartanya pada jalan Allah. Tiba-tiba datanglah Saiyidina Abu Bakan R.A. membawa seluruh harta bendanya lalu meletakkannya di antara dua tangan baginda Rasul. Melihat banyaknya harta yang dibawa oleh Saiyidina Abu Bakar R.A., bagi tujuan jihad itu maka Rasulullah S.A.W. menjadi terkejut lalu berkata kepadanya:

"Hai sahabatku yang budiman, kalau sudah semua hanta bendamu kau korbankan apa lagi yang akan engkau tinggalkan buat anak-anak dan isterimu?

Pertanyaan Rasulullah S.A.W. itu dijawab oleh Saiyidina Abu Bakar Al-Siddiq dengan tenang sambil tersenyum, ujarnya. "Saya tinggalkan buat mereka Allah dan RasulNya.

Allah telah merakamkan kedermawanan Abu Bakar dalam ayat 18-21 surah al-Lail.

الَّذِي يُؤْتِي مَالَهُ يَتَزَكَّى (18) وَمَا لِأَحَدٍ عِنْدَهُ مِنْ نِعْمَةٍ تُجْزَى (19) إِلَّا ابْتِغَاءَ وَجْهِ رَبِّهِ الْأَعْلَى (20) وَلَسَوْفَ يَرْضَى (21)

"Yang mendermakan hartanya dengan tujuan membersihkan dirinya dan harta bendanya, Sedang dia tidak menanggung budi sesiapapun, yang patut di balas, Hanyalah mengharapkan keredaan Tuhannya Yang Maha Tinggi; Dan demi sesungguhnya, dia tetap akan berpuas hati (pada hari akhirat, dengan mendapat segala yang diharapkannya)". ayat 18-21 Surah al-Lail.


Demikianlah kehebatan jiwa Saiyidina Abu Bakar AlSiddiq, suatu contoh kemurahan hati yang memang tidak dijumpai bandingannya di dunia. Memandangkan besarnya pengorbanan beliau terhadap Islam maka wajarlah kalau Rasulullah bersabda bahawa tegaknya Agama Islam itu adalah lantaran hanta benda Siti Khadijah dan juga Saiyidina Abu Bakan Al-Siddiq. Tepatlah juga tatkala baginda bersabda bahawa kiranya iman seluruh ummat ditimbang bersama iman Saiyidina Abu Bakan R.A. maka berat lagi iman Saiyidina Abu Bakan R.A. Beliau memang manusia luar biasa kebesarannya yang telah ditakdirkan oleh Allah S.W.T. untuk menjadi teman akrab Rasulullah s.a.w

Pada suatu ketika di saat Rasulullah membaca khutbah yang antara lain menyatakan bahawa kepada seseorang hamba Allah ditawarkan untuk memilih dunia dan memilih ganjaran yang tersedia di sisi Allah, dan hamba Allah tersebut tidak akan memilih dunia, melainkan memilih apa yang tersedia di sisi Tuhan... Maka ketika meñdengar khutbah Nabi demikian itu Saiyidina Abu Bakar R.A. lalu menangis tersedu-sedu, kenana sedih dan terharu sebab beliau mendengar dan mengerti bahawa yang dimaksud dalam isi khutbah tersebut ialah bahawa umur kehidupan Rasul di dunia ini sudah hampir berakhir. Demikian kelebihan Saiyidina Abu Bakar R.A. di- banding dengan para sahabat yang lain kerana beliaulah yang mengetahui bahawa umur Rasul hampir dekat.

Keunggulan beliau dapat dilihat dengan jelas selepas wafatnya Rasulullah S.A.W. di kala mana ummat Islam hampir-hampir menjadi panik serta tidak percaya kepada kewafatannya. Bahkan sahabat besar Saiyidina Umar Al Khattab sendiri telah diselubungi kekacauan fikinan dan tampil ke muka umum sambil mencabar dan mengugut sesiapa sahaja yang berani mengatakan baginda telah wafat. Ujan Umar n.a., "Rasulullah tidak wafat, dia hanya pergi menghadap Allah sahaja seperti perginya Nabi Musa yang telah menghilangkan diri dan kaumnya selama empat puluh hari, kemudian pulang semula kepada kaumnya setelah diheboh-hebohkan wafatnya.

Ketika kegawatan itu berlaku Saiyidina Abu Bakar sedang berada di suatu kampung Al-Sunnah. Tatkala berita kewafatan Rasulullah itu sampai kepadanya, beliau dengan segera menuju ke Madinah. Di sana beliau dapati ramai orang sedang benkumpul mendengarkan pidato Saiyidina Umar Al Khattab tadi. Tanpa lengah-lengah lagi Saiyidina Abu Bakar terus ke rumah puterinya Siti Aisyah dan di sanalah beliau dapati mayat Rasulullah S.A.W. terbujur di satu sudut rumah. Beliau lantas membuka wajah Rasulullah dan mengucupkannya, sambil berkata, "Wahai, betapa cantiknya engkau ketika hidup dan betapa cantiknya engkau ketika mati! Kemudian beliau pun keluar mendapatkan orang ramai yang sedang dalam panik itu lalu berkata dengan nada yang keras:

 أَيّهَا النّاسُ إنّهُ مَنْ كَانَ يَعْبُدُ مُحَمّدًا فَإِنّ مُحَمّدًا قَدْ مَاتَ وَمَنْ كَانَ يَعْبُدُ اللّهَ فَإِنّ اللّهَ حَيّ لَا يَمُوتُ .

"Wahai kaum Muslimin! Barangsiapa yang menyembah Muhammad, maka Muhammad telah mati. Tetapi barangsiapa yang menyembah Allah maka Allah selama-lamanya hidup tidak mati.

Seraya menyambung membacakan sepotong ayat dan Al Qun'an:

وَمَا مُحَمَّدٌ إِلَّا رَسُولٌ قَدْ خَلَتْ مِنْ قَبْلِهِ الرُّسُلُ أَفَإِنْ مَاتَ أَوْ قُتِلَ انْقَلَبْتُمْ عَلَى أَعْقَابِكُمْ وَمَنْ يَنْقَلِبْ عَلَى عَقِبَيْهِ فَلَنْ يَضُرَّ اللَّهَ شَيْئًا وَسَيَجْزِي اللَّهُ الشَّاكِرِينَ (144)

"Muhammad itu tidak lebih dari seorang rasul seperti rasul-rasul yang terdahulu darinya. Jika ia mati atau terbunuh patutkah kamu berundur ke belakang. Sesiapa yang surut ke belakang, dia tidak akan membahayai Allah sedikit pun dan sesungguhnya Allah akan memberi ganjaran kepada orang-orang yang bersyukur. Ali Imran : 114

Sejurus sahaja mendengar ayat itu, Saiyidina Umar Al Khattab pun terus rebah hingga barulah beliau dan orang ramai Islam yang telah mendengar pidatonya tadi mendapat kepastian bahawa Rasulullah sudah wafat. Kaum Muslimin tentunya telah pernah dengar ayat ini sebelumnya, kerana ayat itu telah turun semasa peperangan Uhud, ketika Rasulullah S.A.W. telah diberitakan mati terkorban dan menyebabkan banyak pejuang-pejuang Islam berundur ke Madinah. Tetapi mereka tidaklah memahami maksud ayat ini seperti yang difahami oleh Saiyidina Abu Bakar R.A. Ini jelas membuktikan kecerdasan Saiyidina Abu Bakar Al-Siddiq dalam memahami Islam.

Ketika Rasulullah S.A.W. wafat, baginda memang tidak meninggalkan pesan tentang siapa yang patut menggantikan baginda sebagai Khalifah ummat Islam. Tetapi setelah lama berbincang kaum Muslimin dengan suara ramai memilih Saiyidma Abu Bakan Al-Siddiq sebagai Khalifah setelah namanya itu dicalunkan oleh Saiyidina Umar Ibnul Khattab R.A. Pemilihan ini tentulah tepat sekali kenana pada pandangan kaum Muslimin memang beliaulah yang paling layak sekali memegang kedudukan itu memandangkan kelebihan-kelebihannya dari para sahabat yang lain. Apatah lagi beliaulah yang pernah ditunjuk oleh baginda Rasul semasa hayatnya untuk menggantikan baginda sebagai imam sembahyang tatkala baginda sedang uzur.

Setelah dipilih oleh sebahagian besar ummat ketika itu Saiyidina Abu Bakar Al-Siddiq pun memberikan ucapannya yang tenkenal yang antana lainnya baginda berkata:

 أَيّهَا النّاسُ فَإِنّي قَدْ وُلّيت عَلَيْكُمْ وَلَسْت بِخَيْرِكُمْ فَإِنْ أَحْسَنْت فَأَعِينُونِي ؛ وَإِنْ أَسَأْت فَقَوّمُونِي ؛ الصّدْقُ أَمَانَةٌ وَالْكَذِبُ خِيَانَةٌ وَالضّعِيفُ فِيكُمْ قَوِيّ عِنْدِي حَتّى أُرِيحَ عَلَيْهِ حَقّهُ إنْ شَاءَ اللّهُ وَالْقَوِيّ فِيكُمْ ضَعِيفٌ عِنْدِي حَتّى آخُذَ الْحَقّ مِنْهُ إنْ شَاءَ اللّهُ لَا يَدَعُ قَوْمٌ الْجِهَادَ فِي سَبِيلِ اللّهِ إلّا ضَرَبَهُمْ اللّهُ بِالذّلّ وَلَا تَشِيعُ الْفَاحِشَةُ فِي قَوْمٍ قَطّ إلّا عَمّهُمْ اللّهُ بِالْبَلَاءِ أَطِيعُونِي مَا أَطَعْت اللّهَ وَرَسُولَهُ فَإِذَا عَصَيْتُ اللّهَ وَرَسُولَهُ فَلَا طَاعَةَ لِي عَلَيْكُمْ .

"Wahai sekelian ummat! Aku telah dipilih menjadi pemimpin kamu padahal aku ini bukanlah orang yang terbaik di antara kamu. Sebab itu jika pemenintahanku baik, maka sokonglah, tetapi jika tiada baik, maka perbaikilah. Orang yang lemah di antara kamu adalah kuat pada sisiku hingga aku harus menolongnya mendapatkan haknya, sedang orang yang kuat di antara kamu adalah lemah pada sisiku, hingga aku harus mengambil hak orang lain yang berada di sisi nya, untuk dikembalikan kepada yang berhak semula. Patuhilah kepadaku selama aku patuh kepada Allah dan RasulNya. Akan tetapi jika aku mendurhakai Allah, maka kamu sekelian tak harus lagi patuh kepadaku.

Aku dipilih untuk memimpin urusan ini padahal aku enggan menerimanya. Demi Allah aku ingin benar kalau ada di antaramu orang yang cekap untuk urusan ini. Ketahuilah jika kamu meminta kepadaku agar aku berbuat sebagai yang telah dilakukan oleh Rasulullah S.A.W. sungguh aku tidak dapat memperkenankannya, Rasulullah adalah seorang hamba Allah yang dapat kurnia wahyu dari Tuhan, kerana itu baginda terpelihara dari kesalahan-kesalahan, sedang aku ini hanyalah manusia biasa yang tidak ada kelebihannya dari seorangpun juga di antara kamu.

Ini adalah satu pembaharuan dalam pemerintahan yang belum pernah dikenali oleh rakyat jelata kerajaan Rome dan Parsi yang memerintah dunia barat dan timur ketika itu. Baginda telah mematuhi manifesto politiknya. Baginda hidup seperti rakyat biasa dan sangat tidak suka didewa-dewakan. Adalah diriwayatkan bahawa pada satu masa ada orang memanggilnya, "Ya Khalifah Allah! Baginda dengan segena memintas cakap orang itu dengan katanya:

"Saya bukan Khalifah Allah, saya hanya Khalifah RasulNya!

Adalah diriwayatkan bahawa pada keesokan harinya iaitu sehari setelah baginda terpilih sebagai Khalifah, Saiyidina Abu Bakan R.A. kelihatan membawa barang perniagaannya ke pasar. Beberapa orang yang melihat itu lalu mendekati baginda, di antananya Abu Ubaidah Bin Janrah. Sahabat besar itu mendekati baginda seraya berkata, "Urusan Khalifah itu tidak boleh dicampuri dengan berniaga! Lalu Abu Bakar R.A. bertanya, "Jadi dengan apakah aku hidup, dan bagaimana aku membelanjai rumah tanggaku? Demikian sedihnya nasib yang menimpa Saiyidina Abu Bakar R.A. sebab walaupun kedudukannya sebagai Kepala Negara namun belum ada lagi ketetapan untuk bagi seseorang kepala pemenintah Islam memperolehi gaji dari hanta kerajaan.

Keadaan ini mendapat perhatian dari para sahabat lalu mereka menentukan tunjangan secukupnya buat baginda dan buat keluarga baginda yang diambil dari Baitul Mal. Kemudian itu baharulah Khalifah Abu Bakar meninggalkan usaha penniagaannya kerana hendak memusatkan selunuh tenaganya untuk mengembangkan agama Islam dan menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang Khalifah. Semasa hertugas sebagai Khalifah ummat Islam baginda hanya menerima penuntukan sebanyak enam ribu dirham sahaja setahun iaitu kira-kira lebih kurang 1,200 dolar sahaja setahun. Peruntukan itu tidak dibelanjakannya untuk keperluan dirinya malahan sebelum wafatnya baginda telah memenintahkan supaya pendapatannya itu diserahkan kembali kepada Baitul Mal.

Kebijaksanaan Abu Bakar R.A. juga ternyata dalam polisinya menyamakan pemberian elaun kepada orang-orang yang berhak agar mereka tidak dipisahkan oleh jurang-jurang perbezaan yang jauh agar tidak lahir satu golongan yang mendapat kedudukan yang lebih istimewa dan golongan-golongan yang lain. Sedangkan baginda sendiri hanya mengambil sekadar keperluan-keperluan asasi buat diri dan keluarganya.

Sebelum baginda wafat, kepada Saiyidina Umar Al Khattab baginda telah mewasiatkan agar jangan menghiraukan jenazahnya nanti bila baginda pulang ke rahmatullah, melainkan haruslah dia segera mengirim bala tentera ke Iraq untuk membantu Al Muthanna yang sedang bertempur di Iraq itu. Saiyidina Abu Bakar R.A. tidak lupa mengingatkan Saiyidma Umar R.A. apa yang dikerjakannya di waktu Rasulullah wafat dan bagaimana cintanya kepada Rasul dan perhatiannya kepada jenazah baginda yang suci itu tidak mengabaikannya dan melaksanakan kewajipan bianpun yang demikian itu amat berat bagi jiwanya. Dengarlah antara lain kata-katanya kepada Umar Ibnul Khattab R.A.:

"Dengarlah hai Umar! Apa yang akan kukatakan ini dan laksanakanlah. Aku mengharap akan kembali ke hadrat Allah hari ini sebab itu sebelum matahani terbit pada esok hari engkau hendaknya telah mengirim bala hantuan kepada Al Muthanna. Janganlah hendaknya sesuatu bencana bagaimana pun besannya dapat melupakan kamu dan urusan agama dan wasiat Tuhan. Engkau telah melihat apa yang telah ku lakukan tatkala Rasulullah wafat sedang wafatnya Rasulullah itu adalah satu bencana yang belum pernah manusia ditimpa bencana yang sebesar itu. Demi Allah, andaikata di waktu itu aku melalaikan perintah Allah dan RasulNya, tentu kita telah jatuh dan mendapat siksaan Allah, dan pasti pula kota Madinah mi telah jadi lautan api.

Dalam masa pemerintahannya yang singkat Saiyidina Abu Bakan Al-Siddiq yang memerintah hanya dalam masa dua tahun sahaja itu telah meletakkan asas pembangunan sebuah pemenintahan Islam yang teguh dan kuat setelah berjaya mengatasi berbagai macam masalah dalam negeri dengan segala kebijaksanaan dan kewibawaannya. Baginda telah memenuhi segenap janji-janjinya dan dalam masa dua tahun pemerintahannya itu telah terbentuk rantai sejarah Islam yang merupakan lembaran-lembaran yang abadi.

Sungguh kehidupan Saiyidina Abu Bakar Al-Siddiq adalah penuh dengan ibarat, penuh dengan nasihat, penuh dengan ajaran serta kenang-kenangan yang indah mulia. Selama dua tahun pemerintahannya itu baginda telah berjaya menyusun tiang-tiang pokok dan kekuatan Islam. Baginda telah membangunkan kekuatan-kekuatan yang penting bagi memelihara kepercayaan kaum Muslimin dan bagi memelihara keagungan Agama Islam. Bahkan baginda telah mengakhiri niwayat pemerintahan yang dipimpinnya dengan menundukkan sebahagian daripada negeri Syam dan sebahagian danpada negeri Iraq, lalu pulang ke rahmatullah dengan dada yang lapang, ketika umur baginda menginjak 63 tahun. Baginda dikebumikan di samping makam Rasulullah S.A.W. di Masjid Madinah. Semoga niwayat serta penjuangan baginda menjadi contoh ibadat yang murni bagi sekelian kaum Muslimin.





 

April 2, 2012

[25wks] Barut Bayi/Bedung

pergh barut pon mmy buat research.

okeyh ni antara pilihan mommy. mmy nak beli satu set - tungku + bedung + barut.
actually mmy dah decide nk gune kain batik. tapi atas nasihat mas my love :P, mmy tak jadi.
beli la selai buat rasa2. okey ke tak


this one is form babyshop.com

mule mule berkenan ngn colorful. tp mahal RM1-RM2, and mmy research better pakai putih. nnt takde la nampak color2 kalau pakai baju putih. tp kalau ade budget ill take this one. :) 

price sini last update putih plain RM3


mybabycomel.com

yang ni pon okey. tp plain white beza RM1. maybe quality lagi ok. :)
tgk2 comel2 je rase cam nak belajar jahit je biar mmy yg jahitkan tok bby.





link within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...