April 4, 2012

[26wks] cepatnyer



lately ni dia gerak sangat banyk. especially when mmy baring.
maybe lagi banyk space kot mase baring. tu dia dok putar alam, susun2 organ dlm tu yek.
gerak jangan bawah sangat tau , nanti block jalan kuar. sian awak. kuar elok2 tau nanti. tolong mmy, mudahkan mmy.

semalam papa dia ajar training, mmy kat rumah. paling active gerak mlm tadi la kot, bedebuk2 mmy rasa.
naughty!!!! 

mmy tggu je awak rest. 10-11-12-1 am, till 2 am mmy dah lelap pon awak dok bergusti kt dlm.
awat excited sangat. mmy salah mkn ke? hermmmm.. 

countdown. lg 3 bulan lagi awak ade dlm tu. mmy seriously enjoy. the best moments. rasa cam nak pregnant selalu. feeling nya tuhan je yg tahu. at the same time mmy taksabar nak tunggu awak keluar. budak baik nih.
everyday datang office, mesti bukak video awak dlu. hilang stress mmy pi keje jejauh.

papa kata muke awak redup, dahi jendul,  tak kesah la asalkan sihat sempurna.
memilik iman yg kuat
menjadi pengikut nabi sebenar pengikut
jaga solat
cepat faham ilmu
jadi contoh yg baik pada adik2.. mmy hoping sangat, ull be the second leader kalau kami takde for your siblings.

sekarang ni pon makin dekat, mmy makin risau. dah prepare ke nak didik awak. semua mmy serah pada Allah. smuga di beri kekuatan & petunjuk.

excited mmg excited. tp mmg jenis pandang ke depan what will happen. so exxcited tu mmy simpan dalam hati mmy n dalam blog je.

Bismillah, dengan namaMu ya Tuhanku, peliharalah zuriatku. jangan lah Kau letakkan kesalahan dan kekurangan ibu bapanya pada nya, kuatkan iman nya. kurniakan lah dia CINTA yg ikhlas hanya pada Mu.

lenggangnya lenggang abu bakar
tenang nya tenang abu bakar
sabar nye sabar abu bakar
imannya iman abu bakar

jika tidak semua, separuh mungkin.

baru mmy jumpa... bagaimana jiwa cinta abu bakar pada nabi.
walhal dia paling rapat dengan baginda.
tp di hari kewafatan beliau menerima dengan tenang.
apabila umar seperti sasau tidak menerima kematian baginda

katanya: "Wahai kaum Muslimin! Barangsiapa yang menyembah Muhammad, maka Muhammad telah mati. Tetapi barangsiapa yang menyembah Allah maka Allah selama-lamanya hidup tidak mati.

sungguh tiada yg dapat menandingi beliau.


Baby sikat rambut.
mmy letak video cover muke sopan2 awak. letak gmbr active kang lain lak.. 
video ni elok je puas tunjuk muke kat scan dia kalih balik ngadap dinding. malas nak layan kot. mmy dh lapar bangat!!


 

No comments:

link within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...