April 19, 2012

[28wks] Breastfeeding - intro


Antara masalah yang mungkin dihadapi adalah:
puting yang luka atau merekah
kekurangan susu
bengkak payudaraatasinya

Mari kita lihat sebab dan cara mengatasinya

1. puting luka atau merekah
Penyebab:
Bayi menyusu pada puting bukan apa areola
Cara ‘latch’ yang salah

Cara mengatasi:
1.Pilih kedudukan yang selesa dan dekatkan bayi ke payudara
2.Pastikan bayi memasuk areola ke dalam mulutnya
3.Beri bayi menyusu payudara yang tidak sakit terlebih dahulu barulah ditukar ke belah yang sakit
4.Sapukan sedikit susu ke puting untuk memulihkannya
5.Elakkan penggunaan sabun-kerana sabut lebih menyeringkan kawasan tersebut
6.Jika boleh dedahkan sekerap mungkin puting pada udara.
7.Elakkan memakai bra yang menyakitkan
8.Jika sakit berlarutan dapatkan nasihat doktor atau pakar laktasi

2. kekurangan susu
Adalah masalah yang terlalu ‘common’
Apakah sebabnya?
Pengaliran susu akan berkurangan jika:
1.tidak membenarkan bayi menyusu sekerapnya seperti yang dikehendaki
2.Mula memberi makanan tambahan terlalu awal atau memberi susu botol
3.menyusukan bayi sebelah payudara sahaja
4.menghadapi tekanan emosi
5.kurang yakin dalam menyusukan anak

Cara mengatasinya
1.susukan bayi sekerap mungkin..2-3jam sekali…
2.susukan bayi dengan kedua dua belah payudara
3.makan makanan seimbang
4.yakin pada kemampuan diri
5.Tenangkan diri-susukan bayi dengan rasa gembira dan penuh kasih sayang

3. bengkak payudara
penyebab:
1.tidak menyusukan bayi secepat mungkin selepas kelahiran
-susukanlah bayi seawal 30 minit selepas kelahiran...baby syafiq setengah jam lepas lahir sudah mampu menyusu dengan baik hari tu, alhamdulillah.
2.tidak menyusukan bayi dalam tempoh masa yang lama
-proses menyusu biasanya makan masa 10-40 minit

Cara mengatasi:
1.menyusukan bayi secepat mungkin sebaik sahaja dilahirkan
2.‘menyusukan sekerap yang mungkin
3.memastikan bayi menyusu dengan cara yang betul
4.Jika payudara masih keras selepas menyusukan bayi, perah baki susu dan simpan
5.memakai bra yang mengampu payudara

Selamat menyusukan bayi anda, moga kita berjaya menyusukan si manja sehingga dia berumur 2 tahun, insyaAllah.

-sumber-

ade gak youtube cara2 nak BF. smuga berjaya . Bismillah.. :)



No comments:

link within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...