May 18, 2012

[32wks] Abu Bakr Mommy


Alhamdulillah.
32 weeks. genap 8 bulan awk dalm ni.

ni position awak kalau scan. hari tu pi scan kat pakar, 45 minit dia tunggu awak tunjuk muke. 
takmau takmau la ye. ke dgn doc lelaki je awak tutup muke nih? 

papa suke. awak malu dlm perot. nape tah...

Abu bakr mommy.

Tak sabar nak tunggu awak keluar. at the  same time, sedih nak tinggalkan alam kehamilan.
sekejap je rasa.
rahmat dari Allah sepanjang kehamilan.

walaupun rumah kecik, walaupun papa tak kerja, tp dapat jugak mmy mkn untuk kamu sihat.

smuga Allah memberkati kehamilan mmy. 
Ampunkan kesilapan dan kejahilan mmy sepanjang kehamilan.

mmy minta maaf kalau kurang sesuatu. mmy cuba yg terbaik. cuma agak jahil.

Awak, anugerah terindah selepas kakak/abang awak.

Awak ciptaan tuhan, dari air awak jadi daging, dari tiada jantung , jantung awak berdegup, dari tiada tumbuhnya tangan awak tumbuh tangan, dari tiada tulang yg keras, awak ada tulang yg keras.

sebak mommy fikir kejadian tuhan. moga awak faham dah besar nanti.
antara kejadianNya. mana mungkin sesiapa boleh meniru.

Abu bakr mommy,
jadilah anak yg baik, berjasa pada agama. tidak termakan dik dunia.
yg memahami agama.
sebenar pengikut Muhammad Rasulullah.


No comments:

link within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...