June 29, 2012

[38wks] Suami isteri



lame dah tak citer pasal suami isteri.. kan?

dulu pernah buat entry ni. link
tadi terbaca balik.

entry before kawen.
skang da kawen.

boleh dikatakan, apa yg mmy fikir & yakin mase tulis entry ni 97% betul after kawen.


sebelum kahwin & after kahwin. Allah semacam bg "satu pandangan" kasih bile kite tengok wajah partner kite.


dari mana datang?


  “Di antara tanda-tanda kebesaran-Nya ia menjadikan untuk kamu pasangan dari jenis kamu sendiri untuk kamu tinggal tenteram di sampingnya dan dijadikan di antara kamu kasih sayang dan belas kasihan. Semuanya itu menjadi tanda-tanda bagi orang-orang yang berfikir. “


(ar-Ruum:21)


okey rite now meremang bulu roma mmy tulis.
and really. mmg mengandung ni byk mengajar erti yakin pada Yang ESA.
jgn anggap ini ckp besar, ini cume luahan hati mmy. harap tiada yg silap paham )

mmg, kahwin sgt adventure.
mana nk faham hati pasangan, mana nak terima hati pasangan, and especially wanita, mana nk letak diri tu serendah-rendahnya dari suami. dlm erti kata lain - TAAT.

mmy perhati pattern mmy, mmy perhati pattern papa.
toleransi is not easy.

n stakat ni , kekurangan duit bukan masalah utama kami. alhamdulillah. itu telah diberi dn kami telah menjalaninya.

bukan nak ckp rumahtangga kami sgt perfect. jauh sangat dari perfect.

Cuma doa mmy, Semuga pencipta Mmy tetap dan tidak putuskan taliNya dari mmy.
jgn mencintai Islam kerana nafsu.

nafsu senang menipu. gantikanlah ia dengan IKHLAS.
ikhlas rahsia segala rahsia.

jika tidak manakan si pelacur dapat ke syurga hanya dengan memberi anjing minum air?

Allah maha Agung , Aku sngt kerdil, jahil, miskin.

berilah petunjuk pada ku dan zuriatku. hari ini dan selamanya.

this is not a perfect me. byk kurang. Nafsu? sukar sekali dikawal. Solehah? lagikan jauh. Hamba? lagikan di mana, Redha? lagi lah... tiada pendidik sebaik MU ya RABBI.

[38wks] oh anak




oh anak.
tahu tak Maher is mmy's favourite reciter.
mmy suke sebab bacaan dia seketul2, tak laju, nada pon tak over, tenang je.

lagi satu sudais. mmy suka suara semput2 dia. tp dia baca laju tak terikot mmy.

this video, time fajar. subuh. imagine kite kat sana.. best kan?
tenang. 

oh rase nak ke masjid besi skarang ni.

***

susah dahulu.

back to basic. skarang ni rumah kita kosong. abg ipar sudah angkat semua barang ke rumah baru. tinggal lah mmy tidur beralaskan toto di lantai. tanpa tv. but mmy okey. sbb dah hujung2 kehamilan. and boleh ajar awak jadi biasa n tak manje2 sangat kan? 

ye la dh la sulung.. boboi lak tu. mane leh manje sangat!!... 

tp sebaik mmy n papa dah stabil .. insya Allah. so leh beli barang penting. 
and alhamdulillah byk org bg barang. mmy kuar sket je duit mmy. kecik2 awak dh tlg ringankan kami yeh. good boy abu bakr mmy. :D

June 28, 2012

[38wks] Aneh

tadi jenjalan kt bawah. survey bunge rose konon esok kalau bby tak kuar mmy nk beli sekuntum.

then odw nk balik opis, seorang pakcik tua dari jauh berdiri tgk mmy.. diri tegak. mcm tunggu mmy sampai dekat dia.

mmy pon.. " oh mybe dia ni tunggu org"

turun je tangge ...

pakcik: jaga diri... turun tangga elok2...
mmy: insya Allah pakcik
pakcik: ni berapa bulan.
mmy: 9 buln pakcik. tunggu masa je.. insya Allah.
pakcik: ooo dekat je.. jalan elok2. turun tangga tu elok2... jgn lupa suruh suami doakan dia jadi anak yg baik, soleh, sempurna (katanya sambil tunjuk2 perut mommy dgn sopan)
mmy: insya Allah pak cik.. tima kasih * senyum *
pakcik: pkcik ada anak tgh mengandung... lagi 2 bulan ni insya Allah
mmy: oo yeke. semuga selamat pkcik.
pakcik: awak pon boleh smyg. smyg duduk pon boleh. doa byk2.
mmy: *angguk senyum*
pakcik: ni pakcik nk tanye ade smyg tk?
mmy: insya Allah ade sket pkcik.
pakcik: okey. janji ye dengan pakcik jaga diri
mmy: insya Allah pakcik
pakcik: janji!

lalu pkcik berlalu.

mmy tekejut aneh.
siapakah beliau? huhuhuhu
terharu, sedih, sbb mmy jenis takleh tgk org tua. rase sayup-sayup di dada

[38wks] mmy di hujung kehamilan.



semalam otot bawah di tarik2. time husband tgh urut.
mmg dah byk kali rasa. tp kali ni dia tarik belakang, and mcm nak krem kan kaki -both.
diikuti rasa nk poo poo.

belegar2 mommy dalam rumah. menenangkan diri. sebab rasa tak selesa sgt.
but i knew. this is not the real one. so mmy just tgk jam.
pi toilet tp poo poo takmo kuar.

husband sudah panic. sediakan sebaldi air panas.

" sy tatau ape nk wat b"

ala siannye.

mmy pon kalau sakit selalu nye mmg suke isolate diri. mcm time miscarriadge. sbb nk control emosi. esok2 kat labour room cenggane la agaknye.

after an hour dia jadi balik. mmy just tell my self. esok kalau terus gk mmy off. tak pon dtg lmbt tunggu jalan lengang. malas nk cuti. rugi.

so here is the article related to mmys punye false alarm.

tp wht mmy can say, even sakit, tp rasa sakit yg seronok. anugerah tuhan melalui Rahimnya kan .. :)

***


Sejak akhir-akhir ni saya sering mengalami kontraksi. Kontraksi yang bukan dalam erti kata yang sebenar tetapi dikenali sebagai kontraksi palsu. Kontraksi atau contraction merupakan petanda yang kelahiran baby semakin hampir. Apabila kontraksi berlaku... perut akan terasa mengeras dan rasa seperti hendak membuang air besar. Dunia perubatan mengenal kontraksi palsu yang disebut Braxton Hicks, sesuai nama penemunya.  


Oleh kerana saya sememangnya tiada pengalaman dalam melalui petanda kontraksi palsu dan hanya mengetahui tentangnya melalui bacaan, sedikit sebanyak ianya turut menimbulkan kebimbangan dalam diri. Semoga info yang saya perolehi dari hasil carian google ini dapat menambahkan pengetahuan kita tentang kontraksi palsu dan sememangnya saya berasa sedikit lega kenapa keadaan ini wujud.


Kontraksi yang ditemui pada tahun 1872 oleh ahli kebidanan Inggeris, John Braxton Hicks ini sebenarnya hanya merupa proses pengencangan otot-otot rahim. Otak mengirim signal agar tubuh mempersiapkan diri menghadapi persalinan dengan cara membuat kontraksi otot-otot rahim seperti yang dirasakan (seperti rasa sakit senggugut). 


Biasanya keadaan ini hanya berlangsung selama 1-2 minit sahaja. Kontraksi ini boleh berlangsung sepanjang kehamilan, dan semakin menguat pada bulan terakhir. Tanpa kontraksi Braxton Hicks ini, persalinan cenderung lebih lama, lebih menyakitkan, dan keberkesanan kontraksi sebagai usaha menggalakkan bayi melalui jalan lahir menjadi kurang berkesan. Di sisi lain, kontraksi Braxton Hicks yang dialami menjelang persalinan juga bermanfaat untuk melembutkan mulut rahim. Walaupun kontraksi palsu ini seringkali baru dirasakan wanita hamil pada trimester ketiga, sebenarnya sudah terjadi pada minggu 28 kehamilan. Jika sudah pernah hamil sebelumnya, anda mungkin boleh merasakan kontraksi ini lebih awal.   


Tidak semua wanita hamil merasakan kontraksi Braxton Hicks. Bagi sebahagian wanita hamil, kontraksi ini tidak menyakitkan. Tapi bagi sebahagian yang lain, kontraksi ini sangat mengganggu, menyebabkan ketidakselesaan terutama menjelang persalinan. Apalagi semakin mendekati harinya, kontraksi ini juga semakin kuat. Kontraksi ini timbul secara tidak teratur dan rentang waktunya berbeza-beza. Seringkali terasa timbul entah dari bahagian perut sebelah mana.


Saat terjadi kontraksi Braxton Hicks, anda dapat merasa otot rahim menegang. Hal ini membuat otot perut pun ikut mengencang dan keras jika disentuh. Walaupun hanya berlangsung sesaat, anda mungkin merasakan nyeri pada perut yang kemudian menjalar ke tubuh bagian bawah. Beberapa hal yang mungkin mencetuskan terjadinya kontraksi ini antara lain pergerakan bayi dalam rahim, selepas membawa beban yang cukup berat atau bersenam, dehidrasi atau selepas melakukan hubungan seksual. 


Meskipun demikian, anda tak perlu bingung membezakan kontraksi Braxton Hicks dengan kontraksi persalinan yang sebenarnya. Intensitas kontraksi Braxton Hicks biasanya tidak semakin kuat dan akan menghilang, sedangkan kontraksi persalinan justeru menguat dari masa ke masa. Jika kontraksi Braxton Hicks cenderung berkurang apabila anda menukar kedudukan, kontraksi persalinan justru semakin terasa. Ini kerana kontraksi persalinan juga berfungsi untuk membuka dan menipiskan mulut rahim.   


Selain itu kontraksi Braxton Hicks berlaku secara sporadis dan tak beraturan, sementara kontraksi persalinan memiliki pola tertentu dengan rentang waktu yang semakin kecil. J Jika pada awalnya anda merasakan kontraksi tiap 15 minit, setelah beberapa waktu anda akan mengalami kontraksi tiap 10 minit, dan semakin dekat waktunya. Perbezaan lain, kontraksi Braxton Hicks cenderung tidak menyebabkan rasa sakit, hanya ketidakselesaan. Sedangkan kontraksi persalinan menyebabkan rasa sakit. 


Untuk meminimumkan ketidakselesaan akibat kontraksi Braxton Hicks, cubalah mengubah kedudukan atau menamatkan aktiviti yang sedang dilakukan. Beristirehat sejenak dan minum segelas air. Biasanya perubahan sederhana boleh membuat kontraksi berhenti. Jangan lupa untuk tetap mencukupi keperluan air kerana dehidrasi seringkali menyebabkan kaku pada otot dan mencetuskan timbulnya kontraksi Braxton Hicks. 


Selain itu, seringlah mengosongkan pundi kencing kerana iritasi pada organ tersebut juga boleh membuat kontraksi Braxton Hicks semakin kuat. Bernafas perlahan dan dalam boleh membantu mengurangkan rasa tak selesa. Manfaatkan kontraksi ini untuk melatih kesiapan anda menghadapi persalinan.




 

June 27, 2012

He who loves perfume


30.06.12 ni papa's birthday.
hadiah mmy dah beli. semalam balik keje singgah JJ keramat. carik punye carik sebaik ade kedai perfume.

This is his FAVOURITE!. senang keje mmy sebenarnye. tk yah pilihkan.
walaupun jenuh salesgirl tu promote brand lain yg EDP, same bau, lg murah... tp mmy terpaksa tetapkan hati.

mmy to salesgirl : i tak boleh simply choose, dia memilih. nnt i beli dia tak pakai
salesgirl: bukan dia yg bau akak yg bau
mmy: masalahnye nnt dia tak selesa. very particular. kang i yg kene pakai perfume dia kalau dia takmau.
salesgirl cuma senyum.

tp tak serik2 promote lagi. srry la .. kalau for mmy mmg mmy dah tukar fikiran. tp kalau for papa, cannot meh. for somebody yg tetap pendirian, particular, details segala segi... ketepikan lah kesedapan hidung mmy.

secara tak langsung mmy terbeli perfume mmy. ngeheheheehe.

key.. my plan is.
his birthday will be in saturday.

ingat nak order delivery McD, breakfast in bed - his fav, then letak dunhil blue, card, and bunga kat meja makan.

pestu ajak pi zoo... <-- ape kes besday celebration cengginih? 

in this case, kalau mmy tak deliver lagi la. and pak angkat mcm nak stay kat rumah for 2 days. so nampak gayenye no suprises.

we will see. paling tak belanje satay station & hadiah suruh dia ambik sendiri dalam kotak. what to do.. huhuhu. dia tamau pak angkat tau aritu besdei dia. takot org tu serba salah.


ice cream cake for him.



 



False Alarm vs Proses Kelahiran Sebenar

Ketika berada dalam proses bersalin, tubuh menghasilkan hormon pitokin. Hormon ini bertindak sama seperti hormon yang terhasil apabila tubuh kehilangan air. Jika anda mengalami dehidrasi ketika di hujung minggu kehamilan, ini akan menyebabkan rahim mengecut walaupun ketika itu belum tiba masanya untuk bersalin. Jadi, anda perlu minum dalam jumlah yang mencukupi bagi mengelakkan false alarm berlaku.
Langkah bijak yang boleh anda amalkan ialah mencatat setiap kontraksi yang dialami di atas sekeping kertas. Catatkan kontraksi pertama dan berikutnya. Bagi kontraksi sebenar, jarak masa antara satu kontraksi dengan kontraksi berikutnya adalah tetap dan semakin lama semakin kerap. Namun, jika anda mengalami false alarm, jaraknya tidak tetap.

Anda juga perlu mencatatkan berapa lama jarak masa bagi setiap kontraksi. Catatkan bila ia bermula dan berhenti. Proses kelahiran sebenar menyaksikan anda mengalami kontraksi lebih daripada 30 saat bagi satu-satu masa kemudian makin kerap. Lebih daripada seminit dan kuat. Jika false alarm, jarak kontraksinya berbeza di antara satu sama lain.

Dalam proses kelahiran yang sebenar, kesakitan yang dialami bermula di bahagian atas abdomen kemudian “merebak” ke seluruh abdomen dan anda turut mengalami sakit belakang. Berlainan pula dengan false alarm, kontraksinya banyak tertumpu di bahagian bawah abdomen dan pangkal paha.

Tanda-tanda False Alarm :
1. Kontraksi yang dialami tidak teratur dan tidak dijangka.
2. Apabila kontraksi berlangsung, bahagian perut mengeras.
3. Perubahan posisi tubuh akan menyebabkan kontraksi berkurangan ataupun terhenti.
4. Kebiasaannya tiada pendarahan yang berlaku.
5. Kantung air ketuban tidak pecah.

Tanda Awal Kelahiran
1.Penurunan paras rahim (lightening)
Petanda awal yang akan anda alami ialah perut kelihatan “turun” sedikit. Hal ini berlaku kerana :

-Symphisis pubis mengembang.
-Otot pelvik menjadi lembut dan longgar.
-Bahagian bawah rahim mengembang.

Keadaan sebegini akan menyebabkan fetus bergerak turun ke pelvik. Bagi yang bakal melahirkan anak sulung, kepala bayi akan terus masuk ke rongga pelvik. Namun, bagi yang pernah mempunyai anak sebelum ini, rahimnya lebih mengembang ke hadapan tetapi kepala bayi tidak masuk ke rongga pelvik.

Pada peringkat ini, anda akan berasa selesa setiap kali bernafas. Organ jantung dan perut juga berfungsi dengan lebih baik. Namun, anda akan mengalami kesukaran untuk berjalan dan sakit belakang. Selain itu, anda juga berasa tidak selesa di bahagian bawah perut, kelengkang dan paha.

2. Kekerapan Membuang Air Kecil
Keadaan ini berlaku hasil daripada tekanan kepala bayi ke atas pundi kencing. Ini akan menyebabkan pundi kencing tidak mampu menampung jumlah air yang banyak. Oleh kerana itulah, anda perlu membuang air kecil sekerap mungkin. Dalam keadaan tertentu, kadang kala anda akan “terkencing” dengan sendirinya. Ini berlaku kerana otot pelvik menjadi semakin lembut dan longgar.

3. Penarikan Pangkal Rahim
Pada peringkat ini, pangkal rahim mula tertarik. Ini akan menjadikannya selari dengan bahagian bawah otot rahim.

Tanda Sebenar Kelahiran
1. Kontraksi
Proses ini berlaku untuk menolak keluar bayi daripada rahim melalui faraj pada saat kelahiran. Dalam masa yang sama, rahim akan menjadi keras. Ketika ini anda akan berasa tidak selesa.

Perlu diingat, keadaan ini berlaku secara semula jadi dan tidak boleh dikawal. Sakit yang anda alami bermula dari bahagian belakang tubuh dan kemudiannya beralih ke hadapan dan bahagian atas paha. Kesakitan ini semakin kuat dirasai apabila saat kelahiran semakin tiba.

Proses ini adalah tanda yang paling penting bagi menunjukkan bahawa anda akan melahirkan pada bila-bila masa sahaja. Jika kesakitan yang dialami berterusan sehingga ke lima minit setiap kali kontraksi, segeralah ke hospital berdekatan

2. Sakit Belakang
Keadaan ini adalah salah satu daripada tanda bahawa anda akan bersalin. Ketika dalam proses kelahiran, kesakitan ini akan menjadi lebih teruk. Kesakitan yang dialami ketika ini sama seperti senggugut.

3. Pendarahan
Kebiasaannya lendir yang bercampur darah keluar dari faraj beberapa jam sebelum proses kelahiran bermula. Paling tidak pun apabila saat kelahiran hampir tiba. Lendir darah tersebut keluar kesan daripada pembesaran pangkal rahim sehingga menyebabkan selaput ketuban terpisah daripada lapisannya.

4. Pecah Ketuban
Mungkin dalam fikiran, setelah pecah air ketuban, anda akan bersalin dalam tempoh yang terdekat. Namun, hakikatnya tidaklah sebegitu. Ada kes di mana kebanyakan wanita hamil yang ditahan di wad, tidak mengalami pengalaman ini. Ketuban mereka terpaksa dipecahkan oleh doktor bagi mempercepatkan proses kelahiran.

Namun begitu, bagi yang berpeluang merasakan air keluar dari faraj, sama ada banyak ataupun sedikit, ini menandakan anda akan melalui proses awal kelahiran ataupun sudah berada dalam proses itu. Selepas daripada itu, anda perasan bahawa kontraksi akan menjadi lebih kuat.

5. Pembukaan Pintu Rahim
Dalam proses kelahiran, serviks akan menjadi lembut dan nipis daripada biasa. Ia juga sedikit demi sedikit terbuka bagi menampung saiz kepala bayi. Pintu rahim akan terbuka bagi memberi laluan kepada bayi agar dia dapat dilahirkan. Proses ini akan lebih cepat berlaku jika kepala bayi menekan tepat ke bahagian pintu rahim. Dalam pada itu, saiz serviks dapat diketahui apabila doktor melakukan pemeriksaan pelvik.


June 26, 2012

38wks- choc cake for him

shemangat wat cake. ni mmy dpt dari online, tp ubah sket sebab tak suke manis. mmg moist. hubby pon suke. dia suke choclate je so takyah mommy blaja kek lain. muahaahah.

sape nak try , ni choc cake moist yg simple munya.

nnt mmy nk try lain nye resepi. dekat nk deliver ni makin suke wat kek lak.


Step 1
bahan-bahan A

1 cup serbuk koko
1/2 cup susu cair
1.2 cup gula halus
1 cup air panas.

- masakkan barang2 tersebut sehingga choc berkilat.

Step 2

Bahan - bahan B - ayak 3 times

2 cups tepung gandum
1 1/2 sudu kecil baking powder
1 1/2 soda bikarbonat



Step 3.

Bahan-bahan C

1 1/4 cups gula halus - patut 2 cups, sy kurangkan
1 tbs brown sugar
2 sudu kecil esen vanila
3 biji telur
250g buttercup - seketul
1 sudu kecil garam - xmo letak pon takpe , husband suke ade rase garam.

Cara: mix all the ingredients above. 
- butter & sugar
- telur 1 by 1
- esen vanila
- garam

Then add selang-seli tepung + pes coco (step 1) pukul rata.

Masukkan dalam oven 180 Degree selama 1 jam.

Tray - letak butter & paper tamo bagi melekat.

Sos Choclate

Double boiler bahan tersebut - baking choc - 100g, 1 sudu susu pekat, 4 sudu air panas.

dah masak curah.... 

inilah hasilnya.






lepas mix - by hand okey. lastly husband kene ganti pukui ini barang sbb mmy dah lenguh. org nk beli mesin tak kasik. so tlg menolong amalan mulia .. :D



letak lam tray. excitedddd.. lagi sejam baru siap. tiap 10 minit pi jenguk lam oven. keke.


dah letak toping. letak choc chips skali. ni pon still manis. kene kurang kan gule next time :D

[38wks] bila-bila masa saja

semalam check up kt KK.

nurse: akak ingat dah tak datang minggu ni dah deliver.

huk... baby suke duk lelame kot dlm peyot mamy.

false alarm: mule dah sakit2.

ari-ari
bawah cam ade benda nk kuar
sakit cam period
kaki cam nk krem tetibe
belakang dah ditarik.

sikit demi sedikit dia tunjuk sign.

behave yer sayang mommy. ill be waiting for you. tolong mmy kuar baik2 ye sayang. pestu kuar hari baik bulan baik waktu baik.

rite now: dia menolak2 kat bawah - sakit. :(
ari ari di tarik2.

mommy still drive sendiri. huk. terpaksa.

cepat cepat kluar coz i wanna meet you. tak sabar.

June 20, 2012

[36wks] 3D 4D scan Ampang

 smalam dok browse facebook. sbb suke tgk 3d babies in the world.

sekali kulihat macam kenal ini budak.
terus bukak folder awak.
compare2... eh ak aaa... sayang mommy di situs.

terus paste kat papa.

cite kat papa. ingtkan bby lain. tp iras2 bby kite. papa dgn slumber


ee...
 u x kenal ke? kene compare gmbar ke?

agk kurang asam di situ.




awak. itu lah awak. abu bakr mommy.
sape yg berminat. sgt recommended especially under jezz.

tp tatau baby suke tak. dia suke ketuk perot bg baby jage. slagi boleh la.
then bg support. ur bby cute. active. chubby. comel. buat mood mommy dia happy so bby pon ble bagi kerjasama.

then tanye banyk2. berat berapa. okey ke. berapa extra. extra brape minggus.

kalau tengah que tu, tengok momies and daddies kluar sume tersenyum lebar.... hppy tgk bby.

3D 4D scan Ampang & Sri Kembangan
- link


18w - time ni yg awak tunjuk montot kat mommy. guling, 
reverse kaki tolak dinding peyot mommy.


25w - time ni memule tamo posing.






35w - cium lutut sendiri.

skarang tunggu nak sentuh jer. will be missing u sayang. inside me. miracle. sayang abu bakr mmy.


June 19, 2012

36wks autmunz sterelizer + warmer


ikotkan penjimatan kos, takyah la beli nih.
tp aritu mommy try basuh botol awak, BM container, pestu rebus. pergh. masak.
pestu suhu terlalu tinggi. dah terbayang camno nak panaskan susu smua. i love simple. simple is sweet.. ngahaha.

so mommy amek keputusan. should by one. baru RM175. baru? kalau papa sure tak stunjut. kakaakak.
tp nk gk. 

June 15, 2012

9 months - False Alarm!

maklumla takde experience.
dah la bangun lewat hari ni.
tetibe sakit macam ade benda nak kluar.

terus tinjau husband.

b.. rasa sakit la.

u pi duduk dlu. - muke tahan sebab nak berak.

lalu aku pon mengingat satu persatu pesan org contraction gi mana.
ni bukan ni. derang kte kat perot. nk drive ke tak.

pesan bby. tamo sakit awal pg eh. sakit malam so esok leh mmy cuti. nnt kang jem sian mmy.

terus gagah pi keje.

mommy boleh!!!!

yang lain tawakkal.

kite tunggu next alarm. hiuuuuuuuuuuuu~~

June 14, 2012

9 months of pregnancy!!

hungga hunggahhhhhhhhh!!





sejak kejadian pi for the last time aritu. punye la tak sabar nak cium awak wahai abu bakr mommy.

punye la gado.. papa kate muke awak same ngn dia - angkat kening tanda bangga.
mommy plak kate muke awak macam anak buah mommy - bertekak manje di situ.

tak kesah la . asalkan sedap mate memandang. sedap di gomol begitu saje. tak leh lupe papa cubit2 pipi awak kt screen monitor. teruja!.

9 bulan! menghitung hari.

dulu kan, kunun2 time 7 months bace2 artikel, mommies akan rase risau n takot time deliver...
dalam hati mommy

" tak de pon rase tu... maybe tak sakit"

skarang ni mommy panic habis. takot menghadapi kesakitan. leh ke?
tp lame lame mmy yakin Allah bg kudrat kat ibu-ibu adalah sangaaaaaaaaaaaaat miracle kn.
hadapi dengan senyuman.

kalau dulu mommy nk awak lame2 dlm peyot, skang ni mommy tak sabar nak push push.

skarang perut dah jatuh.
aritu gi genting - semua mate uncle untie , dok tengok peyot mommy.
papa pon kate.. dalam 5 org mesti ade sorang menjeling. tidak lupe yg memandang, badan dah kedepan, kepala dia still toleh2 tgk mommy.

kami kaget. apsal eh.. ape yg tak kena.? tak penah tgk ibu kecil mengandung?

tetibe mommy tanye selepas tgk sorang mamat dgn bangganya jalan seblah awak dia yg cun..

" b, u bangge tak jalan ngn pompwan cun gila"

" sy lagi bangge jalan seblah perempuan mengandung sambil pegang2 tangan.. ble buat ape sahje"

mommy tersipu. lepas ni jalan pegang awak lak.

ramai tol tegor perot mommy. daripada makcik cleaner sampai la tukang jage tiket ketapi kt genting.

"kak berapa tu kak."

" sembilan" lek je aku jawab.
"dah ke bawah dah tu kak."

ade aku kesah.. ngahahaha. tk la la , dah hati ni suke berjalan2... lagipon bby mommy nak kuar time mommy kat rumah kan.. pandai anak mommy..

menghitung hari. smoga Allah memudahkan mommy melahirkan awak. seperti Maryam melahirkan Isa.

lagi berapa minggu lagi dapat rasa gudik gudik lam peyot.
berapa minggu je nak ulang dialog -
"haipp sayang mommy watpe .. sakit mommy..." bile dia gerak.
"haip sayang mommy tido la.. kul baper dah ni."
"haipp sayang mommy sayang mommy tk.. tamo gerak kuat2"
- nak tengok perut kembang .. ciptaan Allah. and ade manusia cute dlm tu.
- nk ckp .. sayang mommy kentut ehhhhhhh.. padahal mommy yg kentut.
- nak cerita2 kat perut sendiri.
- nak dengar papa jerit... tido laaaaaaaaaaaa dah malam!! - dia mmg suke buli.

cant wait!!!!!

special thanks to my dear sahabat. dengar and setia menadah telinga dari mommy pregnant 3 weeks till now!. 9 bulan same ngn mommy... bg mommy semangat... love u oommmiiiii...


June 11, 2012

[35wks] 2nd 3d/4d scan

mok mok la awak... :P

tembam kemain. papa sampai picit2 pipi awak kat screen monitor tu.

doctor plak: super chubby laa.. super comel laa.. super active la ...

nanti lepas bersalin mmy letak ur pictures yek.

mula mula tido, doc n mommy kejot terus bangun. pusing kepala kiri- ke kanan. doc suruh mmy ngereng kiri, 5 minit ke kanan sebab awak gerak byk. tp apsal mmy tak rase sngt ek.

comel. tak sabar la. mommy pikir.. ape la awak buat dlm tu ye. perasaan awak... sebab mmy penah ade kat situ. dalam rahim. miraclenya kuasa Allah .. dari rahim mmy kecik, jadi sangat besar boleh muat seorang manusia yg comel.

dari xde ape terus wujud satu tubuh manusia.

miracle nye Allah. ingat.. miraclenye Allah.
nnt dah besha mommy cerita2.. pengalaman papa n mommy.


June 8, 2012

BF accessories - autumnz


Nah kau. barang dh sampai. momy shopping online.

total: RM13+.++. at onebabyworld.

5 items.
1 - autumnz nursing cover - purple of course. mommy target since awal mengandung. tp sebaik tak gelojoh beli. dapat murah RM39
2.8+2 breastmilk container dapat free berapa ziplock tah. 
3. ziplock 25 pcs
4. beg comey - cooler bag.
5. icepack autumnz - berat gak benda alah ni ek.

so byk. and byk discount. :). tp breastpump nye tak beli lagi. kui2. semangat punye pasal. jgn tersangkut tengah jalan ye mommy.. 



10 bm storage

ziplock

cooler bag


okey pinjam gambar eizmierah :)

bley pakai macam2 fesyen.

ice pack

[35wks] berbolak-balik




pelikkan manusia ni,
rahim nya Allah tetap menerima.

walau berkali manusia pergi, datang balik,
tetap Dia terima,

bila "sampai" yakin betul2 atas sesuatu. Dia bagi.
walau byk silap dan salahnya manusia.
Allah tetap bagi.

tak kenal maka tak cinta,

bagi mmy,

tak kenal maka takkan kasih.

tak mencari "kenal" takkan bertambah kasih.

mana datang kasih pada Rasulullah? tanpa kenal dia siapa.
tanpa kenal dari kalam ke kalam, siapa baginda,
dari yang menyampaikan sanad.

kasih datang, kasih pergi.. cuba kekalkan? macammane?
dengan belajar lagi "kenal" tambah "kenal"

mohon Taufiqmu atas perjalan hidupku.
mohon taufiqMu ya Rahman kurniakanlah kefahaman pada zuriatku akan kasih pada Rasulullah.

sayang mommy,
 kerap mommy bisik,

kenallah akan rasulullah, kenal lah akan baginda. tiada baginda tiada kita bertuhan secantik ini. walau buruk nya kita sebagai hamba Allah.

kenallah rasulullah, kenallah abu bakar wahai khalif mommy.
mommy tetap doa, agar kekhilafan kami membawa kamu 9 bulan, tidak mengalir dalam darahmu. kerana mommy byk salah.

betap risaunya menunggu saat kamu keluar. bagaimana mahu mencorakkanmu dengan cara yg betul. kerana dunia ini bukan seperti di dalam rahim mommy. nafsu dan bisikan mengawal dunia. jangan kalah anakku.
tetaplah berpegang pada Allah. pada rasulullah. milikilah sifat abu bakar. mengasihi rasulullah kerana Allah.

tidak ada meratap beliau ketika wafatnya rasulullah. kerana "sebab" cinta beliau pada Rasulullah adalah pd Allah.

Hai anakku,
sebak mommy tulis ayat-ayat ini.
sebab mommy takut ,
sebab mommy tak sabar,
sebab mommy jahil.
sebab mommy takde apa dalam dunia ini.

mohon mmy diberi petunjuk mendidikmu.


 

June 6, 2012

[35wks] tanda awal bersalin



okey mmy nervous sangat.
aritu pegi kenduri .. semua ckp perut dah ke bawah.
nguwaaaaaaaaaaaa...

rasa sakit kat bawah pon mule dh rase. huiii..
tp yg bestnye kalau tengah ligat gerak , mmy tepuk awak senyp. baguih. dengar ckp mmy ye.

pandai anak mmy. :)

tak tahu nape.. nebes nebes. lame tak korek info utk itu ini. sebab dah rase nebes. sebab mmy tak suke wat keje last minit. kalau leh nak terus ade tande terus pi spital.

mmy still tak duduk diam. last week ke jalan tar.. gile ke? ingat awak berjalan sorang ke.. aih.
tp takleh la .. cannot handle :D

sane sini kiri kanan org bagi petua..
dah byk sangat. mmy tak reti nak follow yg mane.

mak mertua suruh carik buku dalam pantang terus. uhuhuhhu.



eh besar kan hershey's .. mmy takleh la tengok menda luarbiasa besar dr normal. atau luar biasa kecil dr normal. rase nak buat koleksi je. comeyssssssssssssss.

okey. copy paste utk second baby nanti kot.


Tanda-tanda bersalin & Petua Senang Bersalin

Arini dah 37 weeks 5 days aku pregnant...lama sungguh nak menunggu bila nak beranak...
aku budget baby ni kuar awal, sbb masa Aishah dulu, 36 weeks aku dah branak...tp tak kuar2 lg pun...takpa, sabaq2...

isnin lepas aku pi buat CTG kat hosp kangar...punca nya baby krg gerak...kena pi 3 ari berturut2...ari ketiga(rabu) tu, doktor detect mild contraction...tp tak kerap, sekali je...nasib baik la jgk, sbb tanak aku bersalin kat kangar ni heheh (ngada ka?)

ok, ni aku google td tanda2 nak bersalin, mmg dah lupa pun masa bersalin dulu...

Tanda-tanda Hendak Bersalin

PENGALAMAN sakit bersalin berbeza-beza bagi setiap wanita. Ada yang merasakan seperti perut memulas hendak membuang air besar, sakit belakang, perut seperti akan pecah dan seumpamanya.

Bermula seawal 28 minggu usia kandungan, wanita akan mula mengalami pengecutan rahim yang normal secara fisiologi, ia dinamakan pengecutan rahim Braxton-Hicks.

Pengecutan rahim ini berlaku jarang-jarang, sekitar setiap 30 minit dan mengambil tempoh beberapa saat saja serta tidak menyakitkan. Ini berbeza dengan pengecutan rahim bersalin yang dialami setiap 15 minit namun kemudiannya menjadi lebih kerap (setiap lima atau tiga minit), setiap satu pula semakin panjang tempohnya (sehingga 45 saat) dan disertai dengan kesakitan.

Tempoh ini bolehlah dikira secara meletakkan tapak tangan pada puncak rahim untuk mengesan pengecutan rahim itu yang sentiasa datang dan menghilang.

Berjumpalah dengan doktor untuk mengesan punca kesakitan yang anda alami. Tanda hampir bersalin adalah seperti berikut:
  • Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun 'turun' ke dalam kawasan rangka tulang pelvis. --> tak perasan plak perut ni makin ringan
  • Keluar lendir pekat seperti gam yang lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu rahim mula menipis. --> aaaa ada kuar 2 3 minggu lepas
  • Pengecutan otot rahim yang semakin kerap dan untuk tempoh yang lama. --->false contraction ka, ada jgk skit2..
  • Keluar lendir bercampur darah apabila pintu rahim mula membuka. --> blom lg la
Anda juga boleh mempelajari cara mengesan pengecutan otot rahim. Ia juga dapat dilihat dalam carta cardio-tocograph atau CTG yang mencatat pola aktiviti jantung bayi serta pengecutan otot rahim.
Ia dilakukan secara melekapkan dua alat berbentuk cakera tebal ke atas puncak rahim dan pada kawasan jantung bayi, alat ini dilekapkan dengan bantuan tali pinggang bergetah dan dibiarkan selama kira-kira 20 minit. Ujian air kencing juga mungkin dilakukan untuk memastikan tiada jangkitan air kencing yang juga boleh mengakibatkan kesakitan yang sama walaupun lazimnya ia lebih kepada sakit bahagian ari-ari. 

Selain tanda di atas, anda juga perlu ke hospital jika mengalami keluar air ketuban, pergerakan bayi menjadi kurang kerap, keluar darah atau apa saja masalah yang dialami untuk kepastian doktor.
 Waktu 40 minggu adalah dikira bermula hari pertama haid terakhir sehingga tarikh jangkaan bersalin. Namun, 90 peratus wanita didapati sudah selamat bersalin sebelum tiba tarikh terbabit, sekitar 10 hari sebelum tarikh itu. 

Bayi dikatakan cukup bulan apabila mencecah usia 38 minggu kandungan. Bayi pula dikatakan lebih hari jika masih belum dilahirkan selepas tarikh 40 minggu, jika melebihi 42 minggu pula dikatakan lebih masa.
 Lazimnya bayi selamat jika lahir dalam tempoh 38 hingga 41 minggu, sebaliknya melebihi usia 42 minggu pula dikaitkan dengan risiko kepada bayi.
Membenarkan bayi di dalam kandungan melebihi usia 40 minggu memerlukan pengawasan pergerakan bayi, kandungan air ketuban, keadaan uri, aktiviti jantung dan seumpamanya bagi wanita yang tidak mempunyai masalah seperti darah tinggi, kencing manis atau rhesus negatif.Pada masa sama, jika keadaan terbabit masih memuaskan, kandungan mungkin dibenarkan selama sekitar seminggu bagi memberi peluang jika anda didatangi sakit bersalin sendirinya tanpa perlu dipaksa bersalin (induksi). Namun, ia lebih bergantung kepada keputusan anda setelah mendapat pandangan doktor anda. 

Sumber: Harian Metro
Ok, ni plak petua mudah bersalin (from google ye):

PETUA MUDAH BERSALIN - PETUA SEBELUM BERSALIN
  • Elakkan mengangkat benda-benda terlalu berat kerana boleh menyebabkan rasa mual dan hendak muntah. Elakkan 'melompat' dari kati selepas bangun tidur.
  • Amalkan pemakanan yang mengandungi asid folik yang baik untuk pertumbuhan otak bayi dan badan ibu.
  • Sesetengah ibu mengalami gejala gusi lembut dan mudah berdarah. Pilihlah berus gigi dari jenis yang lembut. Banyakkan memakan sayur, buah dan yogurt. Elakkan makan buah nenas atau buah peach kerana boleh menjadi punca keguguran.

Minum Minyak Tanak --> aku ada buat selusuh pakai minyak, tp tak telan la, sapu kat perut ja, yg minum tu air
Semasa kandungan berusia 6 bulan minum minyak tanak ( santan kelapa tua yang ditanak sehingga menjadi minyak) sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. Bila kandungan mencapai 9 bulan amalkan meminum setiap hari. Kadar minyak satu sudu teh. Boleh juga membeli ubat mudah bersalin yang dijual di Homeopathy.

Petua Mudah Melahirkan Anak : Telan Telur Ayam --> mentah? oohh tak gamak aku nak telan
Supaya mudah bersalin, telanlah sebiji telur ayam kampung mentah setiap pagi seminggu sebelum waktu untuk melahirkan anak.

ni aku tambah skit (berdasarkan info yg ku dpt dr source lain, n yg ku buat masa branak Aishah dulu):
  • baca Surah Maryam start from 3rd trimester
  • masa dah contraction (dlm labour room) baca doa Nabi Yunus masa terperangkap dlm perut ikan nun (baca ulang2 kalo bleh sampai la bersalin) 
“Tidak ada Tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku termasuk orang orang yang zalim". (Surah Al-Anbiya': ayat 87)
  • mintak maaf kat husband, sbb org ckp kalo byk dosa ngan husband susah branak
  • mkn kurma masa pregnant
  • byk berjalan --> btul ka ni, aku pun tatau...tp time2 mcm ni mmg dah tak larat nak jln, sakit urat
  • byk2 berdoa kpd Tuhan supaya dipermudahkan utk bersalin nanti

mommy baru yang nak beli breast pump diminati ramai dengan harga murah 

contact me ya mai 012 698 2177

http://www.facebook.com/groups/125849530905533/


 

June 1, 2012

huriah!!!

geramnye!!

halfway buat documentation for deliver, terestart lalu tk sempat save. dh la mommy paling malas nak buat docmuentation!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

 

link within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...