November 8, 2012

Bagaimanakah saya boleh meningkatkan jumlah susu yang saya keluarkan?




Lebih kerap anda mengeluarkan susu, akan lebih banyak susu yang dihasilkan, tetapi menyusukan dengan lebih kerap (selagi susu masih mengalir) adalah lebih efektif daripada menyusukan dalam masa yang lebih panjang. Apabila anda berjauhan dengan bayi anda, dan perlu mengepamkan susu keluar, cuba relaks ketika itu dan fikirkanlah bayi anda, dan jika perlu, bawa gambarnya bersama atau barang kepunyaannya seperti baju atau selimut - sy selalu replay video aeyyman :). Ini membantu merangsang refleks yang menenangkan, yang terhenti buat sementara jika anda tertekan atau letih.

Menggunakan pam secara berganda mengambil masa yang lebih singkat. Juga, menyusukan bayi di sebelah buah dada sambil mengepam buah dada yang lagi satu juga akan mempercepatkan proses. Meletakkan flanel hangat pada buah dada anda atau mandi air panas sebelum mengepam akan membantu meningkatkan bekalan darah ke kawasan tersebut dan ia akan memudahkan lagi proses pengaliran. Walaupun ramai ibu mendapati pam buah dada mudah dan sesuai digunakan, tidak semua buah dada wanita akan bertindak balas dengan baik kepada pam buah dada – sesetengah daripadanya akan mendapati bahawa mengeluarkan susu menggunakan tangan adalah lebih efektif.

Jika anda merancang untuk kembali bekerja, anda akan merasa kurang tertekan jika anda sudah mula mengepam beberapa minggu lebih awal. Ini bukan hanya memberikan masa untuk anda berasa yakin dengan keupayaan anda untuk mengeluarkan susu, tetapi anda juga akan mempunyai bekalan susu beku untuk kegunaan di masa hadapan. (Baca dengan lebih lanjut mengenai bagaimana untuk menyimpan susu badan dengan selamat.)

Mengeluarkan susu selalunya menjadi lebih produktif dengan latihan, jadi jangan risau jika anda hanya mengeluarkan sedikit susu pada awalnya. Waktu terbaik untuk mengeluarkan susu berbeza bagi setiap wanita tetapi buah dada anda selalunya berasa lebih penuh pada waktu pagi. Pilih masa yang mana anda tidak tergesa-gesa dan tidak akan diganggu.

sumber: babycenter

Shaklee supplement untuk tambah susu , for more info


Mai | 012 698 2177

No comments:

link within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...