February 25, 2013

BREASTFEEDING & BABYWEARING @UMRAH PART 1

MADINAH

Pengalaman memang manis breastfeed di Mekah dan Madinah.

Breastfeed di masjid nabawi, di kawasan menunggu raudhah, di depan kaabah, sambil berjalan ketika saie,  berhenti di marwah, di atas bas di masjid hudaibiyah, di masjid quba' dn byk lagi

semoga susu yg mengalir ketika itu meresap ke dalam dagingmu, membawa kebaikan dari bumi barakah, menjadikan dirimu anak yg soleh, mencintai rasulullah, sahabat dan ahlul bait.

Alhamdulillah, Allah murahkan rezki mmy, walau kurang minum air, susu tetap byk, cepat bengkak compare dengan malaysia. awak pon membantu. kerap minum susu. :)

tapi menyusukan bayi di tanah suci perlukan byk pengorbanan. kadang2 terpaksa stop makan utk bg awak susu, kadang2 kene lari2 carik tempat menyusu ( sebab tu kene selalu prepare selendang ). 

Terima kasih ya Allah memberi kesempatan dan peluang kami anak beranak ke sana. dapat kami rasakan manis dan bonding di sana. dapat kami rasakan pengorbanan siti hajar mencari air. 

dengan kesabaran anak bagi kerjasama di sana, dapat mmy fikir, ini semua kuasa Allah.. maka dengan kuasa Allah jua , Nabi Ismail dapat bertahan, dan akhirnya bawah hentakan kakinya timbul air zam zam yg berkat.

semua kekuasaan Allah. AJAIBNYA aeyyman perilakunya amat baik sekali, tak menyusahkan orang, tak meragam, tak merengek. hatta dalam flight lagi. AJAIBNYA walaupun demam panas. aeyyman cuma tidur je, kurang merengek , cuma mmy kesian, tak penah tengok anak mmy ni demam seteruk tu. lembik je. bg air zam zam ditolaknya mentah2. mmy la kene minum air zam2. bagi aeyyman mandi air zam zam. Alhamdulillah berkat rezki Allah bg, air susu mmy la ubat utk aeyyman. kurang kan demam dia.

sebelum ke mekah, hari hari mmy doa, jika baik utk mmy bawak aeyyman mudahkan lah mmy.
itu yg berlaku. mudah, mmy rasa, bawak aeyyman lah byk memudahkan mmy dari dirempuh, dr penat lelah, dpt lagi kasih sayang bangsa-bangsa lain yg nk dukung awk je.

tambah kasih mmy pada awak. sebab kerjasama yg awak bagi. bayangkan lah awak 7 bulan mesti rimas, penat, meragam. tp tak langsung. kalah budah sekolah menengah lagak behavenya.

Allah jualah yg menjadikan jadi itu jadi. Dia yg memudahkan. memberi peluang mmy bawak bayi 7 bulan ke madinah dan mekah. merasai kemanisan bwk kamu, dan keberkatan madinah dan mekah.

malu sebenarnya mmy atas peluang yg diberikan. atas hinanya mmy sebagai hamba.


semua yg bergerak sezarah pun adalah izin Dia

BREASTFEEDING/BABYWEARING @AIRPORT and take off
5feb2013




Alhamdulillah. ramai sahabat yg hantarkan rombongan. Terima kasih. yg hulurkan duit belanja apatah lg.

sebab kan ramai orang kt airport, mommy byk lari-lari ke tempat kurang utk NIP. awak suke tarik2 baju. so kene prepare nursing cover. Pashmina pon okey dah. mommy prefer pashmina.

baju jubah semua kene make sure berbutang atau berzip. kt dlm pakai inner nursing. so takde la expose sgt. awal preparation  , susah gk carik jubah nursing putih ( sunnah buat umrah warna putih ) at last jumpe kat koleksi ana shah alam.

time ni kendong awak gune SSC. tk bg awak tidur. senang nnt nak take off takde la lame sgt nk tidurkan. takut pressure je.

preparation BF

  • jubah zip / butang
  • inner nursing ( mudahkan utk bra yg open dia luas. mmy borong 3 kat OBW.
  • selendang.


730pm: take off to dubai.
atas kapal  terbang agak letih. mommy kecik so ble la bersimpuh @ bersila kat atas tu.. kalau nasib baik leh la angkat divider seblah and tumpang kaki kat orang seblah.






alhamdulillh flight kosong, kekadang mmy gi seat kosong, ble baring skali ngn awak. merata2 mmy gi huhu.

oh ye byk dapat freegift.. best.. sebab bawak bby kan.

Alhamdulillah.. walaupun dah 7 bulan awak takmau mkn sangat. so mmy prepare biskut je in case nk makan.

time ni malam and jet lag sana pon malam. so mmg awak tidur je all the way. kekadang je merengek. tak selesa kot. bawak jalan depan belakang settle. mmy takleh tidur sebab awak kerap bangun. mmy plak cam tah.. ngantuk gila tp takleh tidur.

Transit Dubai at 1100pm, 4 pagi waktu malaysia.
Transit di dubai. susukan macam biasa. take off, pressure tak kuat sgt mybe coz short distance. dpt lagi gift :D. awak sambung tidur balik. mmy tak tidur sampai ke madinah. jet lag kot.











BREASTFEEDING & BABYWEARING @UMRAH
6feb2013 | Rabu

sampai at 4 pagi. naik bas ke hotel. stay at al raudhah Hotel - selang 1 block to pintu 25 ( senang access ke raudhah bg wanita)

hari ni free activities. kami cuma solat sempat solat zohor ( kt luar ) sbb dah lambat.

menyusu : agak janggal mula2. ye la tempat org kan. tp tengok mak arab lain susukan je baby, so mmy buat macam biasa. kalau solat kat luar masjid kene hati-hati la. dalam senang sket.

kat Masjid Nabawi, mmg indah sangat susukan, rasa tenang je. mungkin sebab tu susu byk kot. most of the time awak tidur je time mmy solat. before solat mmy bg susu sesiap. tp kekadang even dah bg minum, awak still terjaga n carik susu. mmg setiap kali solat berdebar takut awak terjaga / buat hal. tp Alhamdulillah 2-3 kali je nangis sepanjang kt sana.





SOLAT bersama bayi.

ramai je mak arab bawak bby. tp yg peliknye kalau mak arab start takbir je anak dia menjerit2.. nape tah. tp aeyyman bertahan .. tidur jerr..

normally kalau time tidur mmy letak awak kt bawah.
kalau time awak takde mood, mmy dukung dalam carrier/kat bahu. senang sket awak mmg suke melekat.
kalau time mood okey mmy biarkan awak main kt bawah. kalau jauh gerak, sujud je mmy akan angkat awak .. solat dukung. better guna carrier senang sket nak solat.

dalam masjid nabawi yg tenang amat

solat di luar masjid nabawi.



mudah sangat bawak awak. ramai tlg jaga. mommmy selalu gi masjid nabawi sorang2 je bawak awak. kene byk berkorban skit la.. byk ibadat tk dpt buat. yela terkejar2 ke hotel & masjid. waktu sana awal. kekejap dah azan..kene gi awal sbb children section cepat penuh. penah one day, mmy pusing2 carik seat kosong, takde.
till 1 auntie ni bg duk seblah dia ( dia solat duduk so ade space utk letak awak). mmy susukan awak, then auntie tu ( dr turkey) suruh solat sunat, dia jagakan bby. mmy buat dua. .dia suh buat 4 rakaat lagi... mazhab hanafi mungkin.

mudah sgt... di timang timang nye awak. and ramai akan pegang paler awak, cium, bagi gula2, bg kurma ( mmy le makan sebab awak takleh mkn) ... 

kalau time sesak nak keluar je, mesti ade orang kiri kanan bg ruang, 
1 day time mmy bawak awak sorang, dah sesajk nak keluar. ramai sangat. tetibe terjumpe group mate, terus escort mmy sampai luar.







Day 02 |7 feb2013
ziarah masjid Quba
kalau boleh time ni suruh org pegang bby kt luar... sebab ramai sesak kat dlm. susah jummpe tempat ksoong sini. alhamdulilah ade plak kawan yg cuti.. so dia tlg dukung.

cuaca agk terik dan tak panas. sempat ziarah masjid qiblatain, bukit uhud, ladang kurma. usung je awak guna carrier.

mmy bayangkan bagaimana tentera islam berjuang dn mendapat kemenangan. bayangkan mereka di bukit memanah.

dapat tinjau ke maqam syuhada. perasaannya tak dpt dibayangkan. macam ada insan hidup di situ. 
perkataan lagi indah dari sayup
perkataan nya lebih dr ketenangan ketika melihat maqam mereka.



RAUDHAH

rezki awak dpt ke raudhah mmy bawak.
at first, group mmy tak bg bawak awak. sebab kat sana ada rempuhan sket. hari first mmy tinggalkan awak kt kawan. tawakkal je . sempat la pump 5 minits dapat 4oz ( Penting bawak BREASTPUMP!! )

tp 1st attempt tk dpt masuk. raudhah dh tutup. ( raudhah for women ade shift. so mmg terhad dan bersesak sket,lelaki 24 hrs.)

2nd attempt mmy bg ayah jaga awak.
alhamdulillah mudah je masuk dan tak berpusu2 sgt. cuma waiting hour lama lah.
time ni ayah bawak awak lawat maqam. ayah kata
time bawak ke maqam, sesak, tp alhamdulilah pak gad bagi satu ruang kosong utk kamu.
after that ayah bwk awk ke dalam masjid. dia guna carrier. dia kata ubat nk bagi awak tido kalau dgn dia, duk dalam carrier je..

 awk tidur depan mimbar.. Allah bg kawasan kosong utk awak tidur. alhamdulillah. dpt anak mak tengok mimbar nabi.









mmy masuk raudhah. terus ke kiri seblah maqam nabi. manis. doa ape yg terlintas. sempat solat taubat dan hajat... ade satu bau wangi... tp agak rushing sbb mak arab suruh cepat..
mmy dapat sampaikan salam sahabat, doakan rumahtangga, doakan awak smoga jadi pengikut rasulullah... dok terbayang di seblah nabi itu saidina abu bakar. tokoh yg mmy kagum ketika mengandungkan awak. smoga awk memiliki sifat siddiqnya.

tp hati ini tak rindu seperti di malaysia. mungkin mmy tertipu dengan nafsu. perlu memperbaiki diri...

time ni tunggu dalam 3-4 .. dari kol 10 sampai kol 1 lebih baru keluar dr raudhah.
mmy bayangkan rumah nabi hingga ke mimbar. cantik je..
takde plak tolak2 time ni.

3rd attempt.

masa ni mmy taktau nak ziarah wida masuk raudhah. so mmy carry je awak. dah menunggu baru tau nak masuk raudhah. takut awak kene rempuh. mommy doa byk2 di mudahkan.
cuma time ni siang awak meragam. mungkin panas. tapi awak anak baik. bertahan je :). even menunggu tu dah 3-4 jam...

at last dapat gak masuk. solat tepi maqam nabi, mmy bongkok,  jejakkan kaki kanan awak, jejakkan kaki kiri. time ni rindu, takmau balik. letak nya jasad mu yang mulia. tp sekali lg. perasaan di sini tidak serindu mmy pada rasulullah ketika di malaysia.

Ziarah masjid Nabawi
Day 02 |8 feb2013














Yang Mulia Sheikh bawak kami sekitar masjid nabawi. tunjukkan babussalam, pintu jibril, maqam rasulullah dr luar. kemudian ke tempat abu bakar dilantik menjadi khalifah. YM kata kalau dok dekat dapat rasa angin sejuk. selalunye dpt masuk sini. tp ni kunci plak.

tengahari tu alhamdulillah. dapat mmy solat Jumaat kat masjid nabawi.

kat sini toktam sempat cium awak, usap dahi.. 
katanya " semoga mendapat keberkatan di hari jumaat di masjid nabawi"

malamnye mmy jalan2 ngn ayah... isya tu mmy solat berdekatan ngn ayah (pemisah saf lelaki dan perempuan).. best. carik jus mangga, kebab, then beli barang skit.









Ziarah wida
Last day| 9 feb 2013

time ni la buat ziarah wida, dah tengahari baru keluar dr raudhah. sedih mmy nk tinggalkan raudhah n masjid nabawi .. kat sini tenang setenang tenang nya, sejuk bumi ni. kemudian ayah berpakaian ihram.
dalam hati mmy risau awak meragam. sebab travel by bus to mekah took 6 hrs.

tp alhamdulillah. sepanjang perjalanan awak tidur je.. 

meninggalkan bumi madinah.. sangat sedih. macam nk balik hostel masa kecik2 dlu. sedih sangat .. pedih hatii. mmy nangis. doa awak dpt belajar sini .. senang mmy nk ulang alik. hihi..

SELAMAT TINGGAL MADINAH KOTA BERCAHAYA. INSHA ALLAH KAMI AKAN KEMBALI DENGAN PERSEDIAAN YG LEBIH BAIK...

sepanjang perjalanan, mmy bayangkan hijratul rasul. baginda mengambil masa 7 hr dari mekah ke madinaah. walhal kami hanya 6 jam. betapa beruntung nya kita, dan betapa berkorbannya rasulullah di zaman itu.



mommy rindu perasaan ulang alik ke masjid. berdua je dengan awak. rindu solat kt dalam, solat kat luar.. rindu sangat-sangat... tiap kali teringat mesti ade satu rasa menyelinap kat hati. semoga kita dapat kembali ke sana lagi. dengan persediaan yg lebih baik.



No comments:

link within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...