November 28, 2013

TIPS MENDIDIK

smillahirrahmanirrahim.... TIPS YANG MENARIK  Masalah ibu cepat marah anak-anak : Puan senang saja, saya pun mengalami perkara yg sama ada 4 anak semuanya berlainan perangai. Setelah saya banyakkan membaca cara2 mendidik anak serta pergi ke bengkel kursus alhamdulillah.
1) baju kotor rumah bersepah - puan biarkan anak habiskan main dan bila anak2 melihat muka puan, jgn ada mimik marah, jeling atau masam cuba senyum (dengan semulajadi ia akan sampai ke otak dan turun ke hati akan berbisik subhanallah Ya Rabb aku amat bersyukur kerana mempunyai zuriat yg cukup sifat, comel, mencuit hati, sihat dan aktif). Pandanglah anak2 puan seperti kain putih masih suci tiada dosa.
2) panjat, jerit tak dengar kata - saya praktikkan pergi pada anak peluk berkata dengan perkataan lembut sangat2 dengan penuh kasih sayang beserta gosoklah dadanya dan explain pada anak apa yg kita nak anak buat.
3) puan sungguh lucky tidak bekerja dapat mendidik anak kejalan Allah swt. Cuba puan lebihkan anak2 semasa anak2 tengah main join anak2 dan bergurau insyallah bila anak2 melihat ibunya pun bermain selalu puan tengoklah anak2 akan berubah. Saya kata terus terang puan, saya sampai anak2 ajak main hujan dengan air banjir saya join dengan bermain bersama2 anak mereka lebih menyayangi, memahami dan mendengar kata.Last skali sekiranya puan betul2 tak dapat control puan lihatlah anak2 seperti esok kita dah tak jumpa anak2 kita lagi. Maaf ingat anak2 bukan hak kita amanah Allah s.w.t jgn sekali ingat hak kita! Beri didikan dan kasih sayang.
4) setiap malam amalkan membaca selawat 3x, 3 Qul, ayat kursi dan tiup keubun2 anak2 dan gosok seluruh badannya kemudian wajib bercakap ke telinganya dengan menyebut namanya dan cakaplah apa yg puan impikan pada anak. Amalan ini saya buat hanya 3x sahaja dah nampak perubahan anak2 subhanallah doa n bisikan seorang ibu dengan penuh kasih sayang dan ciuman betul2 dapat merubahkan anak tak kira umur sekiranya istiqomah. Sekarang ni cuba puan amalkan bila nak marah je istighfar dan senyum pada anak automatic dengan segera berubah mood kita puan.Anak memang itu fitrahnya bila kita pukul atau marah anak2 tu tiada guna kerana otaknya belum lagi boleh berfikir seperti kita. Saya doakan puan akan berjaya mendidik anak2 puan dengan kasih sayang serta didikan agama. Ingatlah Allah swt MAHA pengasih dan Allah swt amat benci kemarahan atau kekasaran. Jom kongsikan artikel menarik ini..

November 20, 2013

His own dialect

semalam balik kerja.
seperti biasa, bukak pintu rumah
mmy buat muke sehabis manis utk anak mmy
walaupun penat.

terus dia senyum lebar.
talking.. whe whe whe whe.

be be be be.. bersama lenggok
eh anakku dah start nak cakap la.

semua mmy sebut semua dia tiru.

nakkk.. annnakkkkkkk..

sedap nye suara aeyyman. lunak nya.
suke mmy dengar.
sampai tdur pon bercakap2.

cepatnya awak besar. rinduuu awak yg bby.
tak sabar nak cakap2 dgn awak


November 18, 2013

Teknik Makna al Quran dgn mudah

hurm.

lately ni mmg terniat
minta Allah bg jalan utk al Quran dan sunnah.
itu dua yg pasti
itu dua yg tiada sangsi.

kerna aku fikir
pergi balik ku, seminggu
tiada pertambahan
hanya di kadar sama

till my friend
getting active dgn teknik nabi berdasarkan hadith
till my friend bg tau semua kt wall
i get interested

till she offered utk study cara faham alquran dgn mudah
tanpa fikir panjang aku terus stuju
tanpa fikir mcm mana nak pegi
siapa nak jaga bby

so sini aku share ilmu yg aku dapat
mudahan bermanfaat dan di perpanjangkn.



Antara bahan yang diperlukan ..
1.Al-Quran Per Kata 
2.Kertas A4 warna atau putih ..
3.Gunting
4.Pen 

Cara-cara mudah hafalan menggunakan flash card:

1.Mulakan dengan ayat lazim contoh surah Al-fatihah...

2.Ambil kertas A4 dan lipat hingga kecil sperti gambar no 5.

3.Gunting hingga kecil seperti gambarajah no 6.

4.Scan maksud arab yang ,anda tidak tahu maknanya ...
Seperti "Bismi" ...dan dibelakang bahasa arab itu tulis makna bagi ayat Bismi iaitu " "dengan nama" hingga habis ayat al-fatihah...

5.Mulakan hafalan dengan melihat makna arab dan kemudian diikuti makna melayu...berulang kali hingga ingat..

6.Kemudian ,setelah 70% berjaya ,uji diri dengan melihat makna arab sahaja ..Makna yang betul asingkan letak dibelah kanan anda..yang gagal letak dikiri anda...Ulang2 yang gagal hingga berjaya...

8.Dan kemudian jika sudah mahir 90% ...baca sepenuhnya ayat Al-Fatihah dan translate setiap butir ayat dalam kepala...

9.Praktiskan hingga fasih...In shaa allah kaedah ini berjaya ...

10.Teruskan dengan ayat-ayat lazim yang lain in shaa Allah mudah hafalan bg semua...
Kaedah flash card ini sesuai digunakan untuk ayat-ayat lazim yg pendek seperti yasin,al-mulk dan bacaan dalam solat...

boleh juga refer makna di sini

http://sallihassan.blogspot.com

antara Teknik lain untuk mudah menghafal

1. buka youtube - refer imam paling perlahan bacaannya.
ikut dgn tafsir per kata
mulakan dengan al mulk kerana ia amalan harian.

Kebaikan per kata

selama ni mmy hafal ikut sentence utk makna ayat.
tapi kalau hafal ikut word, any repeated word in other surah kita boleh relatekan balik.
subhanallah. tidak mmy nampak tanpa hidayah Allah <3


link within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...