December 26, 2014

tanda labor second baby.

okey ni utk remind mmy tanda labor.
supaya next bby mommy leh tau.

37 weeks..
rase rengat and kebas kat pinggang

38 weeks.
rasa kene tekan, korek kat bawah. mcm tengah bukak laluan.

okey nanti refer sini balik ye mmy...

mmy nk anak mmy lahir hari baik bulan baik je.. :). sihat wal afiat, di kelilingi orang yg baik-baik.

amin..

December 24, 2014

38 weeks! Manjanya aeyyman

skarang ni semua nk mmy buat

mmy suap
mmy tepuk
mmy dukung

dari bilik nak ke hall pon nak dkung

last weekend gi sunway.
keliling mmy dukung. walau tk larat.. mmy pikul gk awak.
coz mmy tau pasni mesti rindu nk dukung awak.

sayang anak mmy ni.

membesar jadi abg and anak yg baik ye..

38 weeks now.

mmy dah rase contraction.. kebas and cramps since 37 weeks.
nervous
seronok
tak sabar...

moga dimudahkan.. cepat cuti mmy nak restt.. nak nesting .. hihi

December 12, 2014

jasa

Sang air,
berjasa dapat dilihat
Sang udara,
berjasa tidak terlihat.
Malah tiada dalam kotak mahal itu hatta sehari
Namun tetap sang udara akur.Taat.

36th Weeks --adik aeyyman

subhanallah.
kejap je rasa.
dah nk bersalin...

time aeyyman 35th weeks dah braxton hiccups
time adik nih 36th okey lagi.

cuma rasa kt bawah cam ade org bukak laluan

1st trimester badan okey sket
2nd trimester byk dugaan.
dari segi emosi.
fizikally badan byk asthma and kejang kaki

masuk 3rd trim semua okey.
skarang ni kerap sakit perut n nak berak.

moga Allah mudahkan usaha dan process kite ye sayang mmy.

pejam celik je haaa.... muahh kt anak mmy dalam peyut.

nak bace pengalaman bersalin abang.. hehehe.

CHECKLIST

alhamdulillah 70% dah siap.
tinggal sket je lagi nih.

moga bersalin hari baik bulan baik ye...

November 28, 2014

Vaksin - to read

http://mindaahad.wordpress.com/2011/01/30/bahaya-suntikan-vaksin-dan-imunisasi/

November 13, 2014

Tanyaa Hotel Cyberjaya

1. Nov 2014 haritu ada event har tenaga pengajar & dinner SCPUH.
Memandangkan cik suami involve..
Kene jadi runner here and there.
Lalu beliau mengebook hotel tanyaa kt cyberjaya.
Ingatkan hotel penuh ngn negro.
Tp not bad.
Dpt suite premium. Ade hall and bedroom.
Breakfast je agak 3/5..
Terima kasih la.. ilang penat kita yg membuyung nih..

October 29, 2014

Wean Off Abang Aeyyman

Tips to wean off.

mase aeyyman dah 1 tahun setengah..
mmy dah mula pesan2.. aeyman kene stop masa 2 tahun ye.

masa dia tengah tidur pon mmy pesan.
aeyman dah kene stop susu... bg kt adik plak. aeyman dah big boy now.

pump pon stop masa eyman genap 2 tahun hijrah Syaaban - Syaaban.. aci tk ek? ke kene tahun Georgia gk? hahaha

bermula kisah .. konon tk nak wean off sampai eyman nak wean off sendiri.

tp sebabkan pregnant. rase tak best bila dia nenen.
ayah dia plak kata tak elok dah.. susu turning to blood.

so letak la asam jawa.
dia tolak. mmy ckp susu dah yek.

aeyyman dah big boy tk yah susu dh.
at the same time ganti ngn susu kambing.

so nak nenen je dia mintk susu kambing.
dia tak ngamuk. just masa nak tidur je nak pegang2 cium. sian lak.. sedih.

tp kalau tak skang bile lagik.. terus la mmy kuatkan semangat.
dia pon cam redha je. dah faham kot selalu kene pesan..

dah seminggu stop nenen. just menempek je byk.

oh mmy pon bykkan body contact. peluk2 hug2 gurau2..
biar dia rasa mmy sayang lebih kalau dah tak nyusu...


September 9, 2014

2nd pregnancy


ini kisah adik eyman.

i recorded my period, ovulation date.
so tau when there is something missing.

2 UPT buat. 2-2 negative
(padahal dah tau jgn buat malam2..)
tak sabar punye pasal. hohoho.

so 3rd UPT test buat sebaik bangun tidur.
tak sabar. tengok result.
wah positifff....

serta merta panic.
camne umah tak siap lg.
camne tu camni ni.

alhmadulilah dimudahkan.
walaupun serba penat pindah umah. baby sihat.

sekarang dah 5 bulan.
mase nak masuk 2nd trimester mmy rasa sangat la penat balik kerja.
nak jage eyman lg. nk masak lg. dengan eyman merap nye.

Allah hadirkan assitant -sepupu husband stay kt rumah ngam ngam 6 bulan.
so dia la layan eyman bertumbuk main segala.

mmg tak larat benor 17 weeks tu.
sakit je badan.

sekarang dah 2nd trim. alhamdulillah. sihat sket. ble melayan budak manje tuh.

Thank you Allah.

bby dah start flipping rowling... 
asal scan je ligat pusing. sempat senyum kt mmy.

TQ Allah. 

July 22, 2014

Ubat Demam tanpa Panadol

Bismillahirrahmanirrahim

Maha suci Allah. Fatih dan Hassan baru sahaja sembuh dari demam. Sejak Fatih dan Hassan lahir, sudah beberapa kali mereka demam atas beberapa faktor. Kedua-duanya, Allah bagi peluang untuk sembuh sepenuhnya tanpa pernah makan sebarang ubat. Paracetamol, antibiotik dan lain-lain ubat. Pendek kata, mereka tidak pernah makan sebarang ubat sejak lahir.

Saya ambil keputusan mahu mencuba kaedah semulajadi bukan kerana saya menolak perubatan moden. Tapi, bagi saya apa salahnya kalau cuba dahulu kaedah ini. Lagipun, saya bukan pandai-pandai sahaja. Kaedah ini juga disokong oleh beberapa doktor juga. 

Setakat ini, mereka sembuh dengan remedi semulajadi. Demam pula tidak terlalu tinggi dan mereka sangat aktif. Saya masih merujuk pada doktor atas apa yang saya buat.



Apa yang saya lakukan jika anak demam adalah :
  1. Minum banyak air. Saya bagi minum air kelapa sebagai elektrolit. Semasa demam, biasanya mereka susah mahu minum air. Jadi, saya bagi air jus buah buatan sendiri, bukan beli di kedai yang dalam botol/kotak tau. Kena cairkan dahulu kepekatan jus mengikut usia bayi. 
  2. Biasanya saya bagi jus oren sebagai sumber vitamin C dan jus tembikai sebagai sumber kekuatan imun. Sifir saya mudah. Banyak minum=banyak buang air. Jadi, panas dalam badan cepat turun.
  3. Bagi minum air rebusan barli. Saya bagi minum tanpa letakkan gula.
  4. Selain itu, saya bagi minum air rebusan kurma dan kayu manis. Yang penting mesti banyak minum, jika tidak mahu minum susu. Air rebusan ini boleh juga dijadikan jus tonik ubat batuk
  5. Mandikan selalu, setiap 2 jam. Saya mandikan dengan air yang tak terlalu sejuk dan tak terlalu panas.
  6. Basahkan kepala dan bawah ketiak selalu dengan kain basah.
  7. Berikan sup tulang ayam. Subhanallah. Air rebusan tulang ayam dapat menguatkan sendi-sendi tulang yang lemah ketika demam.
Kalau mereka tak mahu semua jenis air yang saya buatkan seperti di atas, saya terpaksa gunakan cara ini. Paksa mereka makan 1 sudu minyak kelapa dara. Disebabkan saya inicerewet sangat teliti, maka saya hanya bagi yang saya yakin sahaja. Hihi

Yang berbentuk kapsul, saya amat berwaspada. Saya agak meragui kandungan gelatin. Maka saya hanya berikan minyak kelapa dara buatan tangan orang kampung dan keluaran universiti (UTM, Skudai) sahaja. Kedua-dua produk ini, saya sudah lihat sendiri cara pemprosesan produknya. Di UTM, Skudai banyak produk tradisional yang sudah dikeluarkan secara komersial.

Minyak kelapa dara bagus untuk meningkatkan sistem pertahanan badan. Selain itu, boleh juga diberikan ekstrak minyak zaitun. Baca khasiat Minyak Zaitun di sini. Khasiat Minyak Zaitun.


Point penting yang saya selalu jaga semasa anak demam adalah :
  1. Tingkatkan sistem pertahanan badan anak - sup ayam, air kelapa, jus buah, elakkan gula dan makanan berproses.
  2. Beri makan probiotik bukan antibiotik. Antibiotik akan bunuh semua bakteria jahat dan baik. Badan perlukan bakteria baik - Minyak kelapa dara, ekstrak minyak zaitun.
  3. Pastikan anak aktif dan ceria. Kalau dia mahu dukung 24 jam, layankan. Asalkan anak gembira, maka cepat sembuh. Orang murung lambat sembuh. 
  4. Turunkan suhu secara bertahap bukan mendadak - lap badan, mandikan dengan air bersuhu sederhana.
  5. Rawatan rohani - selawat shifa', solat hajat, solat taubat, bersedekah.

lailatulqadar


Petua Imam Al Ghazali Mencari Malam Lailatul Qadar



Maksud Lailatul Qadar

Lailatul Qadar atau Lailat Al-Qadar (malam ketetapan) adalah satu malam penting yang terjadi pada bulan Ramadhan, yang dalam al-Quran digambarkan sebagai malam yang baik dari seribu bulan. Dan juga diperingati sebagai malam diturunkan al-Quran. 


Jika awal Ramadhan jatuh pada hari:
 

Ahad atau Rabu malam Lailatul Qadar dijangka berlaku pada malam 29 Ramadhan
 

Isnin - 21 Ramadhan
 
Selasa atau Jumaat - 27 Ramadhan
Khamis - 25 Ramadhan
Sabtu - 23 Ramadhan

Kata Sheikh Abu Hassan bahawa mula dia baligh, dia sentiasa dapat menghidupkan Lailatul Qadar pada malam yang tepat mengikut petua diatas. Walaubagaimanapun, janganlah ibadat pada malam ini sahaja, carilah malam Qadar pada malam-malam yang lain juga. Sebabnya Ibnu Kathir ada menulis dalam kitabnya; ada sebahagian ulama' berpendapat setiap malam dalam bulan Ramadhan ialah malam Lailatul Qadar [tak kira ganjil tak ganjil] Jadi, lebih baik kita anggap setiap malam adalah malam Lailatul Qadar supaya boleh jadi peransang kepada kita untuk tingkatkan ibadah secara istiqamah.. Jika ditakdirkan Allah tak memberi malam Lailatul Qadar pada kita, ibadah yang kita buat secara bersungguh sungguh tu tak sia sia bukan? malah Allah akan berikan ganjaran yang setanding dengan amalan yang kita lakukan tu.. Allah kan Maha Adil  dan Pemurah..
 

Tanda-tanda Lailatul Qadar
 

Malam itu tenang, tidak dingin dan tidak panas. Siangnya cahaya matahari warnanya pucat. Pada malam itu malaikat Jibril akan menyalami orang yang beribadat dan tandanya ialah tiba-tiba rasa sangat sayu dan kemudiannya menangis teresak-esak secara tiba-tiba. Itu sahaja dapat dikongsi sempena bulan yang baik ini. Insyaallah kita akan bertemu dengan malam tersebut jika diizinkan oleh Allah S.A.W.
 

Marilah Kita Menjadi Umat Yang Memperolehi Kelebihan Daripada Anugerah Allah ini .

July 4, 2014

Puasa dan Mengandung

Alhamdulillah.
today 5th day puasa.
ingatkan tak larat.
alhamdu lillah okey.
kalau tak makan kurma ja rasa lemah sgt.
moga cukup 30 hr ye anak mmy...


ssekarang ni mmy tak tau boy ke girl.
tp alam rahim. siapa yg tau kan..
wah cant wait to feel u move inside my tummy.

muah.

June 10, 2014

Exclusif Breastfeeding

Alhamdulillah.
another month to go.

Alhamdulillah.. berjaya susukan awak
kuasa Allah mudahkan.

sedih.. dari awak kecik sampai la besar kt pangku mmy.
nanti mesti rindu kan sayang mmy.

tapi kehendak Allah lg terbaik.

tak tau normal ke ..
susu mmy wangi lately ni.
mmy bau macam pencuci botol.
tapi mmy takde palk pencuci botol bau cenggitu.
wangi.

ayah kate macam bau bunga matahari.

Alhamdulillah. merasa menyusu sambil mengandung.
walaupon susu makin kurang.
awak senang adapt.

mula2 ngamuk. tapi dah okey.

:). thank you Allah.

June 5, 2014

Aeyyman yang sudah besar

few days mmy penat.

mmy terlelap.
ayah outstation.

bkak mata. tgk awak tak tidur lagi. tgh main bedak.
tido balik.
bukak balik mata.. tengok awak tengah tempek bedak kt muka mmy
redha.
lelap balik
bukak mata.. awak tengah koyak2 tisue.. susun kt muka mmy.

apekah?

***

tertidur lagi.
bukak mata .. awak susun pisang sejajar kt ujung kaki mmy.
mmy senyum. sambung tidur.

macam2 perangai.

May 22, 2014

Bertuah anak mommy

lagi sebulan genap 2 tahun.
my prince charming.

aeyyman anak baik.
soleh

sekarang dah pandai ckp.

mommy - penuh
kan -- makan

kalau bg dia makan. kita tengok je dia makan.
dia akan tunjuk2 makanan.

mi.. kan.. mi kannnnnnn..
nak gk mmy makan.

baik.

kalau naughty. mommy ckp elok2 mesti dengar

kalau tak nak pakai pampers.
mmy kate nak susu.. kene pakai pampers...
terus nak pakai pampers

dengar ckp
baik
soleh
suka zikir
suka solat
suka hiburkan mmy
tak byk kerenah

moga adik ikut jejakmu.

arjuna mmy ni.

May 15, 2014

My Second Journey

Alhamdulillah rezeki. Dia sebaik perancang.

mula-mula confirm tak confirm. sebab last period cycle berubah.
tp badan mmg rasa lain


  • mual
  • muntah (sekali je)
  • first few week mmg rasa melayang macam nak pitam.
  • tak boleh makan supplement. mesti macam nak muntah
  • gigi sakit
  • hidung berdarah
  • the best thing is badan rasa panas je time subuh macam aeyyman

Week 4 test UPT alhamdulillah positif. before tu test 2 kali negative.
maklum le tak sabor test waktu malam

kalau boleh test UPT waktu pagi baru bangun tidur tu. Hormon HCg tengah tinggi.

harap perjalanan mudah sempurna .. thank you Allah

April 30, 2014

tukar url blog...

saje je ...
tengok macam tak balance je my-jintanamanis.

masuk bulan ni dah 4 bulan hidup tak berumah.
rindu la rumah.
hari hari tanya suami.
b.. bila nak siap..

hu hu..

nak setting rumah lelawa. nak peluk2 rumah sangat nanti.


April 23, 2014

senyum riang tawa kamu

for my son

dalam sedih aku jumpa tawa kamu
dalam susah aku ingat senyum kamu
dalam suram aku jumpa cahaya kamu
dalam riang aku sayang sayang kamu

-mae2014-




April 22, 2014

Taska atau Babysitter

tengah bulan 3 hari tu. babysitter SMS kate tak dapat jage aeyyman.
terus pening kepala.
carik punya carik konon nak masukkan taska.

first day mcm biasa aeyyman with strangers. susah sket.
fine la ingat dia tak biasa.
siap amek cuti.
tengahari amek. pengasuh kata dia okey ja nangis memula ja then okey.

okey fine la. maybe dia depan mak ja nengade.

2nd day.. 3rd day hantar mmg konfem nangis.
mmy tunggu tepi taska dengar nangis lama tak.
kejap ja.

petang amek bs kate ikut mood dia nak main ngn kawan ke. kalau tak main sorang.
mmy said.. oh anak aku dah pandai sesuaikan diri nih.

still positif.

sampai hari ke tujuh.
ayah plak balik lewat.

sebabkan biskut jatuh kat lantai.. mmy buang. awak nangis sampai 1/2 jam.
selalu tak penah marah mmy. ni mmy pujuk pon taknak.
nangis teruk.
sian.

lama2 penat. mmy tidurkan.

dalam hati.. oh mungkin penat ni tak cukup tidur.

then berlarutan.. tantrem few nights.
membawak ke tantrem tengah tidur.

kul 2-3 pagi bangun meracau menangis.

kesiannn..... tak sampai hati mmy.

kebetulan berkenalan dengan makcik kt semejid. dia cakap anak dia baru nak bukak taska.
okey why not mmy try first.

gi la interview. walaupun tempat kepam.
tp BS tuade diploma montessari.

English power. leh ajar awak speaking.
yang penting boleh bagi tumpuan ..

kesimpulannya.
tak semua taska tak baik & tak semua BS tak baik.

ikut instinct mak.

tengok anak berubah sikap tu cecepat la carik lain.
dah la kita suh org jaga. perangai dia lak leh berubah sebbkan kita salah hantar.
huk huk sedih mmy

at least dgn taska merangkaap BS ni 2 3 hr ja dia nangis..
ni dah pesan2.. dia faham. tak nangis dah. alhamdulillah..

March 10, 2014

3rd Anniversary

Lovely Vacation at Avani Goldcost Resort & Spa.
Best Part is the view.
atas laut.
Toilet pon jenguk bawah nampak laut.
Big bedroom.
kitorang dapat bilik atas. sebab bawah 2 single bed.
yg bawah pon 2 bedrooms.

ade buggy hantar sampai doorstep.
banyak activity kt sini.
our favourite is cycling. best sgt. sebaik ade kerusi utk carry budak.
sakan la mengayuh.

tak gi pool. gi beach ja main air and pasir. pool selalu sgt jumpe.
ade activity area for kids. sakan budak ni main air. main pasir.
skit lagi nak test go cart. tapi mahal tak berbaloi.

anyway kami puas hati cuti kat sini.. nak datang lagi bawak sedara mara. hohoho


dari lobi

budak seronok tengok waterfall.


buggy hantar. rumah kami kat "batang pokok"








view dari bilik.


basikal adalah free. bleh selambe parking memane. nasib tak baik org amek la. :D



tu ayah tengah bawak aeyyman.

pool dia









budak tak pakai pampers



bawak basikal to travel within the resort

our room

bawak bilik

muke nak balik dah

muke happy

February 19, 2014

Kinetic Sand

mmy bought this kinetic sand.
tak sempat amek gambar.

tak berderai
macam pasir basah.
seakan playdough. just that bila dah in shape, bila pegang tu dia pecah.

aeyyman suke sangat main pasir ni.
senang tak berterabur.
tak merbahaya.


February 17, 2014

doa

saat ini.
mommy doa sangat.
cepat la rumah siap.
sian awak makan tak terjaga.
main pon ke laut.

:(.
tinggal kat 1 bilik ja.
aduhai.

February 7, 2014

lawkana bainana

hiduplah kamu wahai anakku,
seumpama mata baginda sentiasa melihatmu.
jadi
malulah kamu dalam berbuat maksiat,
dalam tidak mentaati Allah.
kerana mata kekasih Allah sentiasa melihatmu.

kerana pengorbanan  baginda,
tidakkah kamu sanggup meruntuhkan apa yang telah baginda bina.

February 6, 2014

January 24, 2014

kotamu.

masih teringat wangi kotamu.kadang tidak terbawanya hati.dek kurangnya diri.untuk semua zarah yang diberi.

link within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...