July 22, 2014

Ubat Demam tanpa Panadol

Bismillahirrahmanirrahim

Maha suci Allah. Fatih dan Hassan baru sahaja sembuh dari demam. Sejak Fatih dan Hassan lahir, sudah beberapa kali mereka demam atas beberapa faktor. Kedua-duanya, Allah bagi peluang untuk sembuh sepenuhnya tanpa pernah makan sebarang ubat. Paracetamol, antibiotik dan lain-lain ubat. Pendek kata, mereka tidak pernah makan sebarang ubat sejak lahir.

Saya ambil keputusan mahu mencuba kaedah semulajadi bukan kerana saya menolak perubatan moden. Tapi, bagi saya apa salahnya kalau cuba dahulu kaedah ini. Lagipun, saya bukan pandai-pandai sahaja. Kaedah ini juga disokong oleh beberapa doktor juga. 

Setakat ini, mereka sembuh dengan remedi semulajadi. Demam pula tidak terlalu tinggi dan mereka sangat aktif. Saya masih merujuk pada doktor atas apa yang saya buat.



Apa yang saya lakukan jika anak demam adalah :
  1. Minum banyak air. Saya bagi minum air kelapa sebagai elektrolit. Semasa demam, biasanya mereka susah mahu minum air. Jadi, saya bagi air jus buah buatan sendiri, bukan beli di kedai yang dalam botol/kotak tau. Kena cairkan dahulu kepekatan jus mengikut usia bayi. 
  2. Biasanya saya bagi jus oren sebagai sumber vitamin C dan jus tembikai sebagai sumber kekuatan imun. Sifir saya mudah. Banyak minum=banyak buang air. Jadi, panas dalam badan cepat turun.
  3. Bagi minum air rebusan barli. Saya bagi minum tanpa letakkan gula.
  4. Selain itu, saya bagi minum air rebusan kurma dan kayu manis. Yang penting mesti banyak minum, jika tidak mahu minum susu. Air rebusan ini boleh juga dijadikan jus tonik ubat batuk
  5. Mandikan selalu, setiap 2 jam. Saya mandikan dengan air yang tak terlalu sejuk dan tak terlalu panas.
  6. Basahkan kepala dan bawah ketiak selalu dengan kain basah.
  7. Berikan sup tulang ayam. Subhanallah. Air rebusan tulang ayam dapat menguatkan sendi-sendi tulang yang lemah ketika demam.
Kalau mereka tak mahu semua jenis air yang saya buatkan seperti di atas, saya terpaksa gunakan cara ini. Paksa mereka makan 1 sudu minyak kelapa dara. Disebabkan saya inicerewet sangat teliti, maka saya hanya bagi yang saya yakin sahaja. Hihi

Yang berbentuk kapsul, saya amat berwaspada. Saya agak meragui kandungan gelatin. Maka saya hanya berikan minyak kelapa dara buatan tangan orang kampung dan keluaran universiti (UTM, Skudai) sahaja. Kedua-dua produk ini, saya sudah lihat sendiri cara pemprosesan produknya. Di UTM, Skudai banyak produk tradisional yang sudah dikeluarkan secara komersial.

Minyak kelapa dara bagus untuk meningkatkan sistem pertahanan badan. Selain itu, boleh juga diberikan ekstrak minyak zaitun. Baca khasiat Minyak Zaitun di sini. Khasiat Minyak Zaitun.


Point penting yang saya selalu jaga semasa anak demam adalah :
  1. Tingkatkan sistem pertahanan badan anak - sup ayam, air kelapa, jus buah, elakkan gula dan makanan berproses.
  2. Beri makan probiotik bukan antibiotik. Antibiotik akan bunuh semua bakteria jahat dan baik. Badan perlukan bakteria baik - Minyak kelapa dara, ekstrak minyak zaitun.
  3. Pastikan anak aktif dan ceria. Kalau dia mahu dukung 24 jam, layankan. Asalkan anak gembira, maka cepat sembuh. Orang murung lambat sembuh. 
  4. Turunkan suhu secara bertahap bukan mendadak - lap badan, mandikan dengan air bersuhu sederhana.
  5. Rawatan rohani - selawat shifa', solat hajat, solat taubat, bersedekah.

No comments:

link within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...