March 26, 2015

handling 2 sons

kali ni mommy pantang kat ampang.
guna bibik. kononnya 2 months
tapi 1 month dah nak resign
tinggallah mmy dengan anak-anak

mula-mula kalut
lepastu belajar bertenang.
dapatlah rentak
menjadi ibu anak dua.

seronok time ni
handling anak.
bangun awal pagi
mandikan adam
pam
siap siap sarapan
main ngn aeyman
tengahari masak
kadang buat kerja office
adam senang jaga. bangun kejap2 je nk susu.

seronok kerjak t rumah sendiri ni
kalau lah ade rezki
kalau..
hermm..

aeyman sangat sayang adik
kadang mmy busy. nampak la dia cium adik senyap2
kadang2 tiru mommy

syhh... jangan nangis
abang kan ade

syhhh.. sayang sayang.
sayangggg..
mmy solat...
kejap ye
jgn nangis..

hihi so comel
tersentuh mmy tengok.

kt rumah time pantang
kadang gaduh ngn eyman
mane tak
asek nak tengok tv.
dah pandai rewind.
berebut remote je la..
tp worth it..

sayang anak anak mommy
semoga jadi anak soleh
dengar cakap
taat peritah
pelihara solat
sayang rasul dan keluarga..

March 24, 2015

Karangan hati abah diskusi dengan YM

Mengapa kita bingung memikirkan kekalutan hidup di dunia
Tapi jarang sekali memikirkan kekalutan yang akan dihadapi di akhirat

Mengapa kita kebuntuan menyelesaikan masalah di dunia
Padahal cahayaNya yang dekat menerangi dan memberikan jalan keluar

Mengapa hati terasa sempit dan luka
Sedangkan dengan mengingatiNya dijamin hati menjadi tenang dan bahagia

Mengapa mencari cinta yang akan pergi meninggalkan
Bukankah Cinta yang asli itu menciptakanmu dengan kasih sayang yang tak mampu kau ukurkan

Lihat apa yang ada di balik hatimu
Dengarkan apa yang dibicarakan Tuhanmu
Yang mampu difahami hati yang bening
Yang suci lagi tetap mengingatiNya

Lepaskan segala kekalutan
Hapuskan segala kedukaan
Tinggalkan segala kecintaan
Yang setanding cinta kepadaNya
Barulah kau mampu berjalan menuju
Yang Maha Tak Terbatas
Barulah kau mampu melepasi nafsu dan akal yang menipu

Moga moga kau mengerti
Rahsia perbuatanNya ada maksud tersendiri
Moga-moga kau fahami
Takdir dan kehendak Ilahi
Semuanya atas nama Asmaul Husna
Nama-namaNya yang baik lagi indah
Maka apapun yang didatangkan dalam kehidupanmu di dunia
Pasti adalah kebaikan dariNya......

[24/03 11:37 AM] Mae`lal: Uhu.. bestnyee
[24/03 11:37 AM] Mae`lal: Abah karangke?
[24/03 11:40 AM] Abah: tak..Guru abh yg karang
[24/03 11:41 AM] Mae`lal: YM ke..
[24/03 11:41 AM] Mae`lal: Mcm kene jeeee ngn situasi semass
[24/03 11:46 AM] Mae`lal: Kalau semua kita buat .. utk gapai cinta Allah

Camane dgn kasih sayang kita pada anak.. buangkan ke? Or tukar jadi lain
[24/03 11:52 AM] Abah: yg mailal fikir apa..
[24/03 11:53 AM] Mae`lal: Tktau nk explain
[24/03 11:54 AM] Abah: tapi faham tak..
[24/03 11:55 AM] Mae`lal: Apa YM tulis kat atas semua sy penah rasa.. fikir..
[24/03 11:55 AM] Mae`lal: Tp bila hati sedih.. nk recall balik tu susah
[24/03 11:55 AM] Mae`lal: Selalunye Allah akan bg signal..
[24/03 11:55 AM] Mae`lal: Utk igt balik
[24/03 11:56 AM] Mae`lal: Mcm ni la.. tiba2 abah htar
[24/03 11:57 AM] Abah: itu jerr lah jwpn dari jiwa dan keadaan mailal maaf bkn Ym tapi jiwa mailal yg beritahu kpd abh untuk abh jawabkan apa yg jadi masalah kpd mailai pd skrg ini...kut
[24/03 11:59 AM] Abah: abh ambil dan kumpulkan setiap petikan jiwa mailal yg mailal curahkan kpd abh..maka abh dpt lah jwpn nya bgmana cara mailal hendak atasi
[24/03 12:00 PM] Abah: mailal tau tak apa beza zikir dgn solat..?

March 17, 2015

THE DAY YOU BORN 18 JANUARY 2015 II



mmy tunggu ayah datang.
dia tak kasi masuk bilik tu sebab bilik equipment and labor.
mmy jahit kt situ je

ayah masuk. tengok bby.
ayah dah azan mase awak keluar...

ramai dah tunggu kt luar.
mmy nk jumpe aeyman
tp takleh masuk.
sampai kene tolak kt wad.

bonding ngn awak.. peluk awak. sayangg awak.

kt wad abng dtg... tengah happy happy sebab ade kawan
and opah bg byk toys

sayang abang. peluk and cium..

automatically mmy tengok abang dah jadi budak yg saaangat besar.
terus dia tanye mmy buat ape

mmy silap jawab
mmy susu adik.

dia jerit satu wadddd.... nangis2 kene bawak keluar
ayah takde
sian abg

diorang balik
sedara and kawan ziarah.. mmy duk je ngn awak

malam. mmy bonding
seronok
d best moment ever
tkde keje nak buat
takde orang
gelap
mmy ngn awak je
susu kan
belai-belai

mmy letak and peluk awak kt ketiak
bg susu...

letak kat cot











sampai la esok nye.. ayah datang
perang mulut taknak vaccine

discharge...

malam bond ngn awak kt rumah plak..
abg  tidur kat hall.

all this beautiful experience.

mommy bangga dengan diri sendiri mampu buat sorang2. syukur ya Allah. Dia mengajar erti kuat. erti bergantung.

..........................................


THE DAY YOU BORN 18 JANUARY 2015






17 Jan 2015
Hospital Ampang


Arrived at hospital 4 something
Doctor bising. kenapa tak induce.
kenapa check up KPJ and deliver sini?

mmy ckp takde org hantar. husband tkde. nk gi office pon tkde transport.
doctor diam.

pg tadi check doctor ckp bby tk engage. 1cm baru dilate. Check kt Mutiara.

Then kat hospital Doc VE lg, scan bby.
Doctor ckp, no need to induce. u dah bukak 3cm. i tolong besarkan.
terkejut mommy. Allah Mendengar!!
engaged satu hal. dah bukak satu hal.
That was my first VE!.

Doc suruh monitor CTG dlu.
so mmy turut.

Assesment room doc did CTG. ayah handle sape jage eyman.
mmy suruh ayah balik dulu amek beg.
dalam 20 minit doc suruh masuk wad.

diorang suruh duk atas wheeelchair. mmy tolak. tapi diorang insist jugk. procedure katanya.
(ape lah org nak jalan pon tak kasi)

mak ngah eyman dah standby mmacam kenduri kt rumah.

WARD - petang

duduk la mmy dalam tu..
Wad with 4 katil
sorang dah deliver, sorang tunggu masa, sorang keracunan makanan.

sampai dinner mommy telan.
selang dengan coklat.
kurang selera makan kurma.
ayah datang malam tu bawak barang mmy.
mmy tanye aeyman camane. rindu kt anak mmy. first time bermalam takde dia.
borak kejap.. ayah kene keluar wad. mak gad dah cot cet.
security guard tk kasi tunggu.
so ayah lepak kat surau, kt depan wad.
without charger!! okey? mmy nak bersalin dia takde charger!!!

mommy pon round round wad bersalin macam warden check hostel. jengah tu jengah ni.

11PM. 



mommy dah rase surge.
rasa nak berak tp tak leh.
mmy layan kat birth ball.
sway macam org mabuk. macam org high. senyum sorang2.
mmy menonggeng.
mmy baring sambil letak EO kt selimut, mmy bau bau clary sage.
induce lagi natural dengan basil kt point kaki.



nurse keep on datang check tekanan darah etc. tp kurang.
ada yang tanye puan menyangkung ke bila nampak mmy sit.

" tak. atas gymball" kata mmy. jeling.

each surge mmy ride dengan khayal.
swaying.
breath J technique.
visualise flower blossom
visualise awak slide.
visualise ombak bawak awak.
mmg membantu gymball nih.
sebab dia helping bby position their head. and permukaan lembut membantu mmy masa rasa nak berak tu. so tkde la yang atas katil tu rase benda tersekat kat bontot.

kalau dulu rasa nak berak mmy takut. tahan. siap doc bagi ubat berak lg.
padahal ni rasa surge. rahim tengah stretch.


time ni selang 5 minit. tp tak teruk.

few hours.
around 1-2pm dah bleeding. tp mmy tak call nurse. still layan.
darah tambah banyak skit.
mmy layan dalam toilet.
rase nk berak je mmy gi toilet..
(alhamdulillah takde org kerap ke toilet) i am the conquerer!!


3 AM



mmy rasa tak mampu dah. mmy tak tahan.
sakit. nk mintk induce. czer .. ape nak jadi jadi la.
nak mintk painkiller. segala bagai ubat.

whatsapp ayah. takde reply.
tak tahan sangat dah.

mmy gagahkan diri bangun.. ckp nurse mmy sakit.
nurse buat VE dah 5cm. mmy shaking sebab bilik sejuk.
masa buat VE mmy layan surge sambil nonggeng.
nurse suruh sit properly...
mase VE tu pon gigil2.

"puan duduk dlu ye.. labor room penuh lg..."
okey mmy harus terima.
camne pon kene ride this surge.

dari mana kekuatan mmy tak tau. mmy kate mmy can do this!!!

mmy layan the surge.
bila tak tahan mmy ckp ngn awak.
jap ye sayang.. mmy sakit.. tunggu jap.
awak dengar.. lame lepas tu awak turun balik.

mmy set mood macam kt rumah. mmy imagine.

datang lagi surge.
mmy layan
darah makin byk.. memancut
bila ngantuk mommy lelap kejap.
mmg bantal busuk n gymball la membantu.
dok bersandar kat katil.
try position lain tpi tak dapat bertahan lama.





mmy duk atas ball.. menonggeng..
gi toilet.
darah keluar byk mana pon mmy layan je. layan as in high
mulut senyum.

keep on tanye labour room ade lg tk.

sampai around subuh...
whatsapp with ayuni and mas.

azan subuh.
nurse dah datang bukak langsir.
mmy harap awak tak keluar waktu melawat. nnt camne nak tahan. nanti stress. nanti org ramai. so mmy pesan pesan.

mmg byk layan dalam toilet. sebab senang darah keluar.
layan kat katil. rase darah mengalir kt kain.
mmy pon tak tau mane datang keyakinan nak terus layan surge sendiri.

breath in as bg oxygen kt baby masa surge.
then breath out in J shape.
senyum senyum sway sway
J shape mmy bunyi haaaaaaaa..

terasa kepala awak dah ke bawah sangat time ni. dah tekan kt pelvic.

till 7-8AM ...
mmy ckp ayuni
mmy tak larat sangat.
bila nak abes
ayuni ckap around 9am keluar la tu
mmy tk sanggup...

ayuni ckp. the time u putus asa.. time tu la bby nak keluar.

Surge makin kuat
mmy sit on the ball
mmy borak2 ngn org depan
anak ape.. bila lahir.
oh okey.. jap..
mmy tutup mata.
buat bunyi
layan surge awak
senyum

sampai la time mmy layan surge kt atas katil smbil tonggeng
mmy tanye.. takde katil lagi ke .. bila nurse nak buat ctg
nurse ckp.. takde..
kalau kt labour pon puan takleh buat camni.

ye gak..

mmy sempat whatsapp ayuni.
dia pasang ctg
mmy tak tahan
dia kata takpe la.. mengiring pon boleh. sebab mengiring tu boleh tahan surge dari baring

dia tinggalkan mmy.
dalam kol 9 mmy rasa sangat awak nak keluar.
mmy sms ayah suruh masuk sambut bby.
mmy dh kelaur air mata
awak dah crowning

mmy dapat rasa tolak awak.. tp awak tk keluar.
ayah masuk
mmy ckp b.. sakit
ayah ckp jap.. nak gi toilet.. sambil betulkan tirai
mmy: B... bby dah nak keluarrrr..
terus ayah tinjau bawah. nampak kepala. en caul.

ayah panggil nurse.
kebetulan doc tengah round sebab kol 9 kt wad gynea.

masa ayah panggil tu la mmy breath out awak. mcm berak tak kesah dah ape jadi.
mmy lupe kene position all 4.
tengah abring tu mmy tolak
terasa awak keluar masuk.
mmy dah berserah. takut ape ape jadi pada awak
mmy pushh lg.. terasa awak dah keluar separuh
terasa ring of fire ..pedih kt situ
bila awak dah keluar skt mmy push lg
masa ni doctor sampai nurse sampai. buat bising tekejut bagi...

 and tarik awak.

nurse: nak pecahkan ketuban ke doc
doc: no need.. tk payah.
mmy: jangan.. jangan pecah..

ayah kate awak dalam kantung
alhamdulillah.
anak baik mommy.
baru dengar awak nangis. dengar bunyi mulut penuh air.
terus letak atas mmy.
tengok awak.. alhamdulillah syukurrr.... besar abang...

patut snap gmbr.

nurse nak basuh awak
mmy ckp jangan ..mmy nak susukan
mmy susukan awak. awak tk ppandai carik lagi.

sementara kene tolak naik atas tu.
mmy cuba lagi.
sampai la nak kene jahit.. diorang nak gk amek awak
mmy tau awak lapar.

mmy kene jahit 2 jam
doc kate sampai bontot.
tapi 1st degree je.

dah abes jahit dia tinggal mmy
mmy ckp nurse. nak anak sy dah 2 jam tak minum tu dia lapar
nurse pegi
lame tunggu takde lagi
mmy jeritttttt .. nurse .. nurseee. nurseeeee.
sampai nurse datg. dah nak 5 min panggil

anak sy lapar.. dah 2 jam ni"

sampai nurse ke tiga baru dia amek awak
baru dapat bonding ngn awak
bg awak susu..
sampai senyap.

dengar suara awak.
dari bilik nursery kuattttttt...



















39th-41st week : THE DAY BEFORE YOU BORN II

mmy serah buku pink
doktor bising.
kenapa update kat KPJ
datang kat hospital ampang.

mmy cakap tkde budget last minute.

terus mmy checkup dengan doctor sebab overdue.
doctor check
dia kata kepala bby dah kat bawah
jalan dah bukak 3 cm.
nanti otomatically bby twist ke bawah.

so duduk dulu time CTG.

few minutes kene naik atas.

mmy ckp ayah. tlg balik amek barang.
mommy sayang abang siap2.

dah panggil makngah tolong mmy jaga aeyman
sedara semua dah berkampung kt rumah.


link within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...